Sunday, August 28, 2011

Salam Aidilfitri Tulus Ikhlas Dariku Untukmu

Assalamualaikum w.r.t


Ramadhan bakal melabuhkan tirainya. Agak terkilan juga di hati bila Ramadhan bakal berlalu pergi. Ada KPI Ramadhan yang tidak dapat dipenuhi. Syawal bakal menjelma nanti. Tanda kemenangan kita sepanjang Ramadhan ini. 

Te-Yan tak berpeluang nak bagi kad raya pada semua. Cuma e-kad ini bolehlah Te-Yan hulurkan buat tatapan semua. Terima kasih kepada bekas murid ICT Te-Yan, Wan Norazura Wan Indera atas lukisan gambar Te-Yan pada kad di atas tu. Gambar Te-Yan tu Zura lukis pada tahun lepas atas permintaan Te-Yan sendiri sebab itu satu kenangan Te-Yan pada murid Te-Yan. 

Khas buat Mak tercinta dan adik-beradik tersayang, Yong mohon ampun dan maaf kerana tahun ini kita tidak dapat beraya bersama. Halalkan makan minum Yong selama ini. Mohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap Yong pada mak dan kalian semua. Yong rindu ,sayang mak dan kalian semua.

Kepada murid-murid 5PD (ICT), Selamat Hari Raya Aidilfitri. Tece halalkan segala ilmu yang Tece telah sampaikan. Tece doakan semoga kalian dapat menjawab dengan baik dalam peperiksaan percubaan SPM selepas raya nanti. Ingat raya,ingat exam juga. Jaga diri kalian sepanjang cuti ini. Mohon maaf sekiranya Tece ada kata-kata yang mengguris hati dan perasaan. Tece marah ada sebabnya. Carilah keberkatan ilmu. Cuma tece pinta pada kalian semua agar mohon maaf kepada sesiapa sahaja yang telah kalian guriskan hati dan perasaannya. Semoga kalian berjaya. Tece sayang kamu semua.

Kepada semua murid 4ICT, Tece ucapkan Salam Aildilfitri. Jaga diri kalian semua. Jangan lupa, lepas raya nanti dah mula kelas tambahan tau. Mohon maaf sekiranya ada kata yang mengguris rasa. Tece sayang kamu semua.

Buat rakan-rakan guru, ucapan Salam Syawal buat kalian semua. Mohon maaf sekiranya ada yang tidak berpuas hati, ada yang terguris hati dan perasaan, ada yang menimbulkan kemusykilan. Kerana sifat manusia itu tidaklah sempurna. 

Buat bekas pelajar ICT 2008 (SEMESRA) dan ICT 2010 (SMKBBST), Tece ucapkan Salam Aidilfitri buat kalian semua. Kenangan bersama kalian tetap terpahat dalam ingatan Tece buat selama-lamanya. Berusaha untuk mencari ilmu setinggi yang boleh. Tece doakan semoga kalian sentiasa sukses dalam apa jua bidang yang diceburi. Tece sayang kalian.

Kepada teman-teman BLOGGER, Te-Yan ucapkan Salam Aildilfitri buat kalian semua. Walaupun hanya ruangan maya yang menemukan kita, tapi ikatan silaturrahim itu yang pasti. Terima kasih atas segala ilmu blogging yang diberikan. Semoga sentiasa bergembira di hari lebaran ini.

Kepada bekas teman-teman sekolah, teman-teman sekuliah, Salam Aildilfitri juga buat kalian semua. Hanya Allah yang boleh merencanakan bila kita semua akan berjumpa. Kenangan bersama kalian tetap terpahat dalam ingatanku.

Tatapan buat Along, Angah, Acu dan Adik. Mama ucapkan Selamat Menyambut Aildilfitri buat kalian berempat. Mohon maaf sekiranya ada tersalah kata, perlakuan, tutur bicara yang mengguris hati kalian tanpa mama sedari. Buat Angah, Acu dan Adik,terima kasih atas segala kerjasama yang diberikan  sepanjang kita bertugas. Jaga diri kalian walau di mana juga kalian berada kerana selepas ini kita mungkin tidak berjumpa lagi. Mama doakan kalian diberikan ketenangan dalam menempuh peperiksaan percubaan STPM dan SPM yang bakal ditempuhi selepas cuti hari raya nanti. Buat Along, walaupun jauh dari kami semua nanti, tapi Along tetap di hati kami dan mama doakan Along berjaya dalam peperiksaan semester nanti. Mama sayang kamu semua.

Dan akhirnya, kepada mereka-mereka yang tidak dapat Te-Yan sebutkan nama-nama kalian di sini, Te-Yan mohon maaf zahir dan batin. Salam Aildilfitri buat kalian semua.

TANGAN KU HULUR MAAF KUPINTA(Al-Mizan)

Ku mengambil kesempatan untuk menghulurkan tangan ini
Dengan hati suci bersih
Ku pohonkan kemaafan bagi setiap kesalahanku
Yang telah berlalu itu
Memang resam manusia makhluk Allah
Tak terlepas dari kesalahan selagi kau bernyawa
Tutur kata dan perbuatan yang terkasar
Di dalam pergaulan haruslah kau maafkan
Ku harapkan kepadamu lupakan sengketa lalu
Berdamailah dalam iman
Ku mengambil kesempatan untuk menghulur tangan ini

SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA. 
SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI SEKIRANYA DIIZINKAN ALLAH.




Saturday, August 27, 2011

Lagenda MERIAM Kampung Talang

Assalamualaikum w.r.t

Batang besi yang disusun..Hebat...

Hmmm dah beberapa hari Te-Yan tak update blog nie. Agak sibuk dengan tugas seharian. Hari ni dah ramai yang pulang nak sambut raya kat kampung. Jalan for sure dah mula macam siput. Hmmm agak-agaknya dah sampai ke belum mak tercinta Te-Yan and adik-adik yang lain ke kampung tercinta kami di Kuala Kangsar.


Kali ni Te-Yan nak buat entri pasal MERIAM. Haaa sapa orang Perak mesti tau kan pasal meriam kat Kg Talang, Kuala Kangsar tu kan...Haaaa kalau nak tahu, kampung opah Te-Yan la kat Kampung Talang tu. Kampung opah Te-Yan nama Kampung Talang Masjid. Kawasan kampung talang ni besar. Ada Kampung Talang Masjid, Kampung Talang Hulu, Kampung Talang Hilir...Hmmm sedey nya tahun nie Te-Yan tak dapat nak balik beraya ke kampung opah sebab hubby Te-Yan keje raya kedua nanti. So malas nak rushing balik beraya. Lagipun dah beraya dulu dengan mak and adik baradik.

Tahun ni tak dapat lah Te-Yan dengar dentum dentam bunyi meriam malam raya kat kampung opah nie. Inilah tradisi yang dibuat oleh anak muda Kampung Talang pada malam hari raya sejak berkurun lama dulu. Sejak Te-Yan kecil sampai lah sekarang tradisi itu tidak pernah dilupakan. Wahhh bayangkan lah berapa kampung berbalas meriam besi tu...perggghhh bunyi meriam tu memang lah buat rumah opah Te-Yan bergegor. Memang bunyi meriam tu akan berdentum sepanjang malam raya hingga lah sebelum sembahyang raya. Sangat seronok. Sapa yang ada anak kecik tu siap sedialah...mau menangis ajelah. Dorang akan main meriam ni kat kawasan bendang seberang jalan umah opah Te-Yan tu. Geng kampung sini akan susun meriam...geng kampung satu lagi pun akan susun juga meriam..kemudian start je malam raya...haaaa apa lagi bingit la telinga. Bukan calang-calang orang lah yang boleh main meriam nie...Adik-adik Te-Yan, Sepupu sepapat dan pakcik semua dah merasa bakor membakor meriam kg talang nie...Agak-agak Paksu Atan balik tak tahun ni gi bedil meriam.....???...Tapi inilah tradisi yang tak dilupakan. Kalau tak buat, Te-Yan rasa bukan trademark kampung talang lah ye...

Jom tengok video deme bedil meriam tahun lepas punye. Yang tahun nie punye Te-Yan dah pesan ngan adik Te-Yan gi rakam video nanti....Huhuhu bestnye kome semua dapat balik raya kat kampung....

Akhir kata buat Mak tercinta, Yong minta maaf sebab tak dapat join mak balik kampung tahun nie. Tapi Yong dah raya dulu ngan Mak, Sha-sha, Fifi , Ijat and Oya. Yong minta maaf banyak-banyak pada Mak atas salah silap Yong selama nie. Rindu rendang mak masak...Yong sayang mak..

Buat Opah Seni..cucu opah tak balik tahun ni jumpa opah tau. Yong nak minta maaf kalau Yong ada buat salah silap kat opah. Rindu kat opah. Tak dapat join bakar lemang ngan Mak Uda n Ayah Uda.....

Sunday, August 21, 2011

Lagu Raya Yang Sangat COMEL

Assalamualaikum w.r.t

Hmmm pagi-pagi nie Te-Yan rasa nak masukkan entri baru. Actually, after solat Subuh tadi, terus Te-Yan ngadap lappy nie sebab nak teruskan kerja contengan Te-Yan sambil mengedit semula laporan untuk redaksi. Hehehe la ni Te-Yan dok pulun habis ngadap Photoshop nie. Malam tadi dah siap banner raya. Now tengah menconteng KAD RAYA khas buat tatapan rakan-rakan fesbuk dan blog. Tapi lambat lagi nak post. Tunggu lah dekat-dekat nak raya nanti.

Tapi hari nie Te-Yan nak entri pasal satu LAGU RAYA nie ha... Sambil-sambil dok menconteng, so boring kan bila tak dengar lagu. Dok search lagu raya dalam Youtube tu, tetiba ternampak video satu lagu ni...lagu raya ni dah biasa orang dengar tapi telah diubah suai menjadi lebih menarik. Nak tahu lagu apa...? Ni haaaa..


UPIN & IPIN : SUASANA DI HARI RAYA



Lagu ni kan dendangan Anuar Zain dan Ellina. Tapi sangat lah SHOMEL bila dinyanyikan oleh adik ASYIELA PUTRI, pemilik suara asli Upin dan Ipin tu. Sangat CUTE suara dia kan..? Boleh senyum sorang-sorang tengok gelagat Upin dan Ipin dalam video nie.

!!! JOM DENGAR LAGU RAYA !!!

Friday, August 19, 2011

Mencari LAILATUL QADAR

Assalamualaikum w.r.t

Sudah hampir kita kepada 10 malam yang terakhir di bulan Ramadhan ini. Di 10 malam terakhir ini sudah pastinya umat Islam berlumba-lumba untuk mencari malam Lailatul Qadar.

Apa itu Lailatul Qadar..?

Malam Lailatul Qadar bermaksud malam yang memiliki keagungan kerana pada malam Lailatul Qadar, Al-Quran diturunkan. Pada malam itu juga turunnya para malaikat, melimpahnya rahmat dan keampunan Allah dan Allah akan menganugerahkan keagungan kepada mereka yang beribadat pada malam itu.

Al-Quran mulai diturunkan pada malam Lailatul Qadar, yang nilainya lebih dari seribu bulan, para malaikat dan Jibrail turun ke dunia pada malam Lailatul Qadar untuk mengatur segala urusan.


Surah Al-Qadr terdiri daripada 5 ayat, dan termasuk dalam golongan surah Makkiyah. Surah ini dinamakan "Al-Qadr"[Kemuliaan], diambil dari perkataan "Al-Qadr" yang terdapat pada ayat pertama surat ini.

Terjemahan Surah Al-Qadr:
Ayat 1
Sesungguhnya Kami telah menurunkannya [Al-Quran] pada malam kemuliaan.

Ayat 2
Dan tahukan kamu apakah malam kemuliaan itu.?

Ayat 3
Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan

Ayat 4
Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibrail dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan

Ayat 5
Malam itu [penuh] kesejahteraan sampai terbit fajar.

Marilah sama-sama kita merebut kemuliaan ini. Mudah-mudahan kita adalah insan yang terpilih. 

Wallahualam

Thursday, August 18, 2011

Kemerdekaan Jangan Dilupa

Assalamualaikum w.r.t

Waaahh rajin pulak la Te-Yan update sampai dua entri untuk hari ni. Bukan apa, jenuh dok belajaq coding html kat blog...perghhh jem kepala neh. Okey, tak mau cakap banyak. La ni cuba hangpa tengok dulu poster kat bawah nie. Hasil contengan Te-Yan. Jangan dok copy tau. Penat dok conteng sampai tak tidoq.


Mesti hangpa dah tau Te-Yan nak ceta pasai apa kan. Ha mesti lah pasai 

"HARI KEMERDEKAAN KE 54"

Hmmmm dah 54 tahun negara kita ni merdeka. Pastinya sebagai rakyat Malaysia, Te-Yan amat berbangga jadi warganegara Malaysia. Walaupun negara kita ni tak besaq mana, tapi banyak kemajuan yang telah kita capai. Betui dak..? 

Haaa apa hangpa buat sempena Hari Kemerdekaan negara kita neh? Tahun ni sambutan kemerdekaan di adakan pada 16 September 2011. Sebab 16 September tu kan Hari Malaysia. Jadi dirangkumkan sekali. Kebetulan pula 31 Ogos ni kita menyambut Aildilfitri pula. Apa pula tema Hari Kemerdekaan tahun ni.....

1MALAYSIA: 
"TRANSFORMASI BERJAYA, RAKYAT SEJAHTERA"

Kat sekolah Te-Yan juga dah dirancang pelbagai aktiviti sempena sambutan bulan kemerdekaan nie..Pelancaran pun dah dibuat pada Isnin yang lalu. Antara aktiviti yang bakal berlangsung :

  • Bacaan Yassin Khas dan Tahlil arwah pejuang kemerdekaan negara
  • Keceriaan kelas dan sudut informasi bertemakan kemerdekaan
  • Kuiz merdeka/patriotik
  • Melukis poster pemimpin atau tokoh kemerdekaan
  • Rekacipta bendera Malaysia dari bahan terbuang
  • Buku skrap pemimpin negara/ tokoh kemerdekaan
  • Warisan budaya masyarakat Malaysia [Menganyam ketupat
Waaaaaahhhh semua aktiviti yang menarik. Tapi yang Te-Yan dok rasa ramai students akan tengok tyme dok anyam ketupat tu. Heheheh Te-Yan pun rasa cam nak masuk ja anyam ketupat tu. Dah lama tak asah skill anyam ketupat. 

Satu ja pesanan Te-Yan pada semua:

Berbanggalah kita sebagai rakyat Malaysia
Bersyukurlah kita berada di bumi Malaysia
Berbahagialah kita dengan kejayaan Malaysia
Kerana kita semua anak Malaysia

Dengar lagu ni dan hayati bersama:


Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andaiku dibuang dan tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Di bumi ini ku melangkah
Ke utara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampikan pesanan
Akulah penyambung warisan

Syahdu dengar lagu nie....

"AKU BANGGA MENJADI WARGANEGARA MALAYSIA"

CRIMPING CABLE !!! Apa Tuuu...?

Assalamualaikum

Perggghhhh hari ni Te-Yan tiga masa bersama students 4ICT. Sejam setengah kelas ngan depa. Haishhhhh...Hehehehe hari ini mendera mereka buat STRAIGHT CABLE. Muahahahaha hari nie testing je dulu. Bagi depa bermanja-manjaan dengan peralatan nak buat cable tu. Kalu dah bersedia baru buat yang betui punya. Dasyat silibus budak-budak nie. Te-Yan pun tak belajaq crimping cable masa dok kat universiti dulu. La ni kalu depa semua sambung belajaq ICT kat universiti, kompom tak nganga aihhhh...Semua tau dah. 

Macam-macam emosi dok ada hari ni. Ada yang menjerit penuh gumbira sebab first time buat terus jadi. Ada yang tensen sebab buat bape kali pun masih tak jadi-jadi jugak. Tu lah, Te-Yan dah habaq mai dah. Sebelum nak buat tu baca Bismillah dulu. Seb baik takde yang meroyan kat dalam kelas tadi. Dari 18 orang students hanya 6 orang ja yang berjaya crimping cable sampai successful. Hahahahahah......Te-Yan dok gelak ja dalam kelas tadi. Tak pa ada peluang lagi nak buat.....

Sebelum tu kita tengok dulu apa bahan yang diperlukan untuk buat Straight Cable neh...


Ni nama dye CAT 5E CABLE...La ni banyak dah pakai  CAT6 CABLE. Lagi laju speed nya. So dalam cable ni ada lagi 8 wayar berpintal.






Yang ni pula, RJ45 CONNECTOR. 8 wayar tadi tu kena susun elok-elok, then kena masukkan kat dalam RJ45 neh. Kalau yang telefon punya hanya ada 6 slot aja.





Ni dipanggil STRIPPER. Alat nak potong jaket CAT5E Cable. Ada banyak jenis. Tapi yang nie lagi okey. Nampak ja macam cokia, tapi lagi tahan.







Ni CRIMPING TOOL. Alat nak crimp kepala RJ45 tu. Kalau dah crimp memang tak leh nak tarik keluar semula RJ45 tu. 




Yang ni CABLE TESTER. Dah puas hati dengan cable yang dibuat, meh la test guna tester neh. Haaaa masa ni la nak tau jadi ka dak cable tu....ngeeeee
Jom kita tengok apa depa dok buat tadi.....


Heheheh tu menda-menda yang digunakan untuk buat straight cable. Ada STRIPPER. Ada CRIMPING TOOL. Ada CAT 5E CABLE. Ada RJ45 CONNECTOR..huhuhuhu
Heheeh tyme ni depa kena straight kan 8 wayar dalam cable CAT5E tu. Cable CAT5E tu jenis Twisted pair cable. Pasai apa paggil TWISTED PAIR...? Haaaa sebab kat dalam cable tu dok ada 8 wayar yang berpintal-pintal. So depa kena rungkai semua 8 wayar tu bagi lurus dan disusun ikut susunan yang betui. Tyme ada yang dah tak senang duduk sebab rumit gila nak buat. Hahaha tak rumit pun sebenaqnya. Tapi sebab depa first time jumpa menda ni kan. Nak bagi luruskan wayar ja dah dekat 10 minit. Haiyooooooo....sangat lama....
Khusyuk sungguh la dok meluruskan wayar..Dah habes depa luruskan dan susun ikut susunannya, depa kena pulak potong wayar yang berlebihan tu supaya nampak kemas bila dimasukkan ke dalam RJ45 Connector tu. Wahahahaha tyme ni sangat lah menguji keimanan sebab kena pastikan 8 wayar tu masuk dengan betul dalam RJ45 Connector. Ada pulak yang tanya soalan "Tece, takde mesin ke yang boleh buat cable tu..?"..haisssshh korang kene buat manual yeeee....Baru tau sakit ka tak sakit ka tangan tu dok pulun masukkan wayar kat RJ45 Connector. Then depa kena crimp plak wayar yang dah masuk kat RJ45 tu dengan crimping tool. Tujuan supaya cable tak terkeluar dari RJ45 Connector.
Lastly, depa kena test cable depa buat tu dengan Cable Tester. Tyme ni baru lah tau cable depa tu jadi ka dak. Kalau Straight Cable kedua-dua bahagian yang dimasukkan cable tu akan menyala serentak bermula dari no 1 sehingga 8. Ni antara student gurl yang berjaya buat crimping cable.

Heheheh maka selesailah tugas Te-Yan pada hari ini. After this depa kena buat plak CROSS CABLE.

!!!!! SEKIAN !!!!!

Wednesday, August 17, 2011

Nuzul Quran | 1432H

Assalamualaikum w.r.t

Hari ini sudah 17 hari kita berpuasa. 17 hari berpuasa bersamaan dengan 17 Ramadhan bersamaan dengan hari Allah turunkan kalam Allah iaitu AL-QURAN sebagai panduan umat Islam di dunia ini. Al-Quran bukan hanya sebuah kitab panduan tetapi juga merupakan kitab pentunjuk, kitab peringatan, kitab kemuliaan, kitab kerahmatan, kitab kebenaran, kitab kemenangan, kitab kerahmatan, kitab keberkatan, kitab penyembuhan malah merupakan juga kitab penyatuan.

Peristiwa Nuzul Quran merupakan peristiwa turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W secara berperingkat-peringkat menjadi lengkap. Peristiwa ini berlaku pada malam Jumaat 17 Ramadhan tahun ke 41 daripada hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira' . Perkataan "Nuzul" membawa pengertian turun atau berpindah dari atas ke bawah. Ayat Al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama surah Al-Alaq


Terjemahan Surah Al-Alaq [Segumpal Darah] Ayat 1-5

Ayat 1:
Bacalah dengan [menyebut] nama Tuhanmu Yang Menciptakan

Ayat 2:
Dia yang telah menciptakan manusia dari segumpal darah

Ayat 3:
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah

Ayat 4:
Yang mengajar[manusia] dengan perantaraan kalam

Ayat 5: 
Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahui.


Allah S.W.T telah berfirman:
"Hai manusia! Sesungguhnya telah datang kepadamu [Al-Quran yang menjadi] pelajaran daripada Tuhanmu. Penyembuh bagi[sifat-sifat jahat] yang berada di dalam dada. Dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman" (Surah Yunus: 57)


Sunday, August 14, 2011

Haaaa..Hamek Neh..!!!!

Assalamualaikum w.r.t

Kan Te-Yan dah habaq kan,kalau Te-Yan dah dating ngan Mr Photoshop memang la tak hengat dunia. Owhhh lama sungguh ikatan tak terjalin ngan Mr Photoshop. Akhirnya setelah termeterainya ikatan ini, maka inilah hasilnya....

!!!!!!!!!!!!! Haaaa Hamek Neh !!!!!!!!!!!


My first BLOG HEADER semenjak Te-Yan menjadi BLOGGER....Walawehhhh...ku merindui sungguh saat ini..Tak kesah la hangpa nak komen apa pun tentang CONTENGAN Te-Yan nie kan. Yang penting KEPUASAAN mengadap menda yang paling Te-Yan suka dok buat....

Tak yah dok kata apa-apa lah kan....bukan lawa sangat pun blog header Te-Yan design neh..Dok jeles orang  len punya blog dok ada header lawa-lawa, canggih manggih, blink sana blink sini...Hmmm dah dapat Mr Photoshop, Te-Yan kerjakan sungguh-sungguh.....

Itu aje nak habaq mai kat hangpa......

!!!!! SEKIAN !!!!!

Muaaahhhhsss MR PHOTOSHOP..!!!!!!

Assalamualaikum w.r.t


Pepagi nie Te-Yan pun tak mau citer panjang....sebab mood 


!!!!!!HAPPY BANGAT!!!!!!!!!
SENYUM pepagi sampai ke telinga.....

sebab apa mood happy bangat...?
sebab MY LOVE nie haaaaaa....
Te-Yan dah ada ikatan dengan.....

!!!!!! MR PHOTOSHOP !!!!!!

SAYANG kat hang la CS3 oiiiiii.....

CINTA kamu bangat lah Mr Photoshop...muaaahhhhh.....

Tak kisah lah version lagu mana pun kan, janji cek dah ada ikatan mesra ngan MR PHOTOSHOP ni..Jenuh gila nak install cik abang sorang nie kan. Try install PORTABLE punya dari blog Apit pun tak mau gak. Sedey sungguh...huhuhhu....tapi la ni....Muahahaha..hahahahha wahai Cik Apit,pasni cek dah boleh bermanja-manjaan ngan Mr Photoshop nie...

!!!!! 24 Jam pun tak pa...!!!!!!

tapi tak lah sehebat design cik Apit buat nun....
Muahaaaaa...hahahahhahaha
Cek tak mau kata apa-apa dah...cuma nak 
SENYUM ja hari nieeee.....ngeeeeeeeeeeeeee
!!!!!! SEKIAN!!!!!!!




My Mood Chronology

Assalamualaikum w.r.t

Kali ni tak mau entri panjang-panjang. Sat gi hangpa boring nak baca. Hangpa tengok ja lah gambaq-gambaq kat bawah ni..
Mood HAPPY Te-Yan bila taw  tadi nak gi shopping...ngeeee

Pastu HANGEN  sebentar bile tengok cik abang rendam kasut skula Firdaus ngan sabun  CUCI LANTAI ...haiyoooo mau reput kasut tuh....grrrrrr.....
Tapi mood COOL balik, sebab taw hari ni nak meronda sakan....so mood kena okey laaahhhh.....
Woooooo...Mood TERKESIMA  bila sampai kat PKNS Bangi...mak aiiiii ramai gila manusia..Dah la parking kat situ cam HAMPEH....Tapi takde mende yang berkenan kat situ..so chowww pi tempat len...
WORRIED !!!! Melilau cari butik Hajaba. Rasa satu bangi tu dah pusing. Mana lah ko ni wahai Hajaba oiiiiii..Risau tak dapat baju raya neh!!!!!
OH MYYYYYYY !!!!! Mana lah butik ni kan. Siap tanya orang lagi neh....Ishhhhhh...
TONGUE....Heheheheh..akhirnya jumpe jugak....beshhhhh..punyalah jauh tersorok..dah la tak xpert area situ..haisshhhhh seb baik tak gi Alamanda.....
WOOOOOOWWW!!!!! Macam-macam butik ada kat area neh rupanya..Wahhh  masa untuk mencari apa yang diidamkan kat Hajaba...tu dia aihhhh....sukanya cek....
Mood CRAZY...!!!!! Juling bijik mata aihhhh dok dalam butik nieee...Ngeee banyaknyaaa idaman kalbu...Gila cek dah nieee...nak yang tu ka..nak yang ni ka...semua nak aiahhhhhh...!!!!!!
ROLLEYES !!!!!  Hehehe tyme ni cek dok jeling manja kat cik abang...dah try baju satu..soh  cik abang tengok okey ka dak..so cik abang kata okey..waaaahh amik terus...then jeling manja lagi kat cik abang coz nak rembat tudung plak..cik abang angguk kepala..apa lagi rembat laaaa...offer gegila plak tuh.......
Ternampak plak satu lagi butik...heheheheh I  LUV.......rembat lagi dua pasang....hahahahhaa..memang la cek membuang duit hari neh....hahahhaha
WINK..WINK...WINK..!!! Tiga pasang baju, sehelai tudung cek rembat hari nie..Cik Abang hanya geleng kepala...hahahha sekali sekala lah cik abang oiiiiii.....
SMILEEEEE....menyerengeh sampai ke telinga la hari nieee...mau nya takkk...
PAIN...!!!!!! But now mood tak okey sebab  i'm so TIRED..Then something wrong wif my  spine and leg ..Its sooo PAIN....I cannot stand up properly....It happened again.....Pergghhhh......

So itu aje itu hari ini.....

!!!!! SEKIAN!!!!!














Saturday, August 13, 2011

Kisah KASUT...:)

Assalamualaikum w.r.t

Jam dah pukui 12.30 pagi. Pagi tau, bukan tengahari. Time ni baru lah ada idea nak mengarang. Tapi sebelum tu dah skodeng blog-blog yang Te-Yan join. Baca apa entri terbaru depa semua. Kali ni Te-Yan nak ceta pasai kasut la plak. Heh, KASUT ..? Apa ke hal la plak ceta pasai kasut pagi-pagi neh.

Bukan apa Te-Yan ni memang susah betui nak cari kasut yang sesuai ngan kaki neh. Bukan kata kaki tu besaq. Size besa ja. Size 6 ja. Mana besaq pun. Standard pa size 6 nun. Rasanya tiap-tiap bulan la Te-Yan dok skodeng kasut kat shopping complex, tapi semua tak menepati citarasa. Meh kita tengok jenis-jenis kasut pompuan yang Te-Yan mengGOOGLE petang tadi.


KASUT TUMIT TINGGI entah bape inci..? Heeeee macam gambaq kat sebelah neh?...Aiyoooo ni bukan taste Te-Yan looo. Ini model ka, artis ka, haruslah pakai. Tak kuasa la nak pakai kasut tumit tinggi lagu ni eh. Dengan tinggi tumit tah bape inci tu. Harus TERPELEOT time berjalan..huhuhu..Pastu bertutup kat belakang plak. Hisshhhh Te-Yan paling problem pakai kasut bertutup penuh. Belakang kaki tu kompom MELECET punya. 

Haaaa cam kasut merah ni ker? Ni kategori kasut tumit tinggi gak, tapi tak tutup penuh. Hmmmm yang ni cam menarik gak, tapi tinggi tu. Banyak dah Te-Yan beli kasut lagu nie, tapi semua tapak PATAH...maknanya,kalau tak HAUS tapaknya,maka kompom patah terus... heheheheheeh...ganas tak....so terpaksa REJECT gak kasut lagu nie..


Kalau kasut bertutup penuh cam ni sesuai gak kan. Dah kata keja cikgu memang sepatutnya kena pakai kasut bertutup penuh lagu ni ha. Lawa, tak tinggi sangat. Tapi macam Te-Yan dah kata tadi lah kan, problem la dengan kasut bertutup penuh nie. Orang kata GIGIT DEPAN KASUT SEBELUM KASUT MAKAN KAKI KITA. Heh dah buat dah. Bukan sedap pun rasa kasut tu.Sama ja hasilnya. Melecet gak. Dah beli pun yang macam nie.
Cam kasut putih sebelah ni sangat SHOMEL kan. Kiut miut ja. Tapi cam budak sekolah ja la plak. Yang nie FLAT sungguh kan. Mesti selesa bila berjalan. Te-Yan dah ada dah kasut cam ni. Tapi cam besa lah kan, tapak kompom haus nya. 
Hihihihi ni kasut pesen sekarang. Kasut BALLERINA. Mula- mula Te-Yan memang lah tak berkenan langsung dengan kasut pesen lagu neh. Entah apa kebenda bentuknya. Dengan FLAT Nye. Pastu macam-macam warnanya. Warna-warna menyerlah bagai. Decoration bukan main lagi. Time tu kalau masuk kat kedai kasut, pandang sebelah mata ja kasut lagu nie. Ngeeee..Tapi la ni dah try pakai satu.Oooooo baru tau. Selesa gak. 

TAPI ada satu lagi jenis kasut yang memang Te-Yan paling tak suka sampai la ni. Te-Yan panggil kasut ALADDIN...Ala hangpa mesti tau punyalah. Kasut yang muncung tajam meruncing sampai nak masuk jari pun tak leh tu. Ishhh memang tak berkenan langsung. Macam lawak gila eh kalau Te-Yan pakai kasut lagu tu. Ngeee amat tak sesuai.

Hmmmm Te-Yan dah ceta pasai kasut-kasut tu kan. Tu lah dilema Te-Yan sebenaqnya. Susah sangat nak cari kasut yang sesuai untuk kaki ku sayang ini. Pernah sampai tempah kasut ikut saiz dan bentuk kaki, tapi hampeh gak. Sakit lagi ada la. 

Kalau nak tau, bagi lah apa kasut pun kat Te-Yan. Pastu dalam masa seminggu kompom tapak haus dan patah. Isshhh mesti hangpa dok sok-sek, apalah Te-Yan ni kan, ganas gila la pakai kasut. Nak buat lagu mana,sebab jawapannya Te-Yan memang jalan

LAJU !!!!!!!!!!!

Hahahah students pun dah maklum dah. Ngeeee..sampai depa kata " Huih tece ni jalan laju sungguh." Abis tu, dah terbiasalah. Tak leh la jalan slow-slow nie kan. Te-Yan kan brutal skit. Tapi dalam KEBRUTALAN, ADA KELEMBUTAN..ececehhh....puji diri sendiri lah pulak kan. Huhuhu insiden kaki KREM masa bulan April dulu tu telah menyebabkan Te-Yan kena jalan slow bagai sang puteri. Teruk kaki krem time tu. Dah la kena masa kursus. Tak pasai-pasai kena angkut pi hospital. Hamek...kena injection dan x-ray terus....sampai tak leh nak drive keta balik umah...Adoiiiii..time tu azab nya rasa. Semenjak insiden itu, Te-Yan dah takleh lagi nak join sukan-sukan nie. Waaaaaaa rindu sama MR BADMINTON dan MR TENNIS...Dah rasa bukan macam diri Te-Yan lagi. Semua nak kena slow. 

Hmmm skang ni Te-Yan nak cari kasut cemana lagi...Takkan nak pakai SELIPAR lah plak kan...Kalau selipar pun tak sesuai, takkan nak kena KAKI AYAM plak....Hissshh susah sungguh.. Tapi kasut idaman Te-Yan nun ada kat KLCC. Dah lama skodeng tapi sampai skang tak dapat-dapat lagi. Nak tau kasut apa....Jeng..jeng..jeng..

!!!!!! KASUT BALLERINA jenama TODS !!!!!!

Kompom kasut tu memang selesa gila. Dah try masa kat butik tu. Memang dah JATUH CINTA sama itu kasut. Tapi bila belek RM nya...TERBANTUT terus kat situ...ngeeeeee RIBU-RIBAN punya harga. Habis sebulan gaji beli kasut tu ja...Mahai gila. Tapi kasut mahai pasti selesa kan. Te-Yan tak kira, lepas ni nak nak dapatkan gak kasut tu. Tak kisah lah kalau TODS dah keluar pesen lain pun, kasut BALLERINA TODS tu lah jugak idaman kalbu. 

Hangpa suggest kasut lagu mana plak...??????

Moral: Kasut mahai memang selesa...huhuhuhu....


Thursday, August 11, 2011

Te-Yan Takdak Mood...

Assalamualaikum w.r.t

Malam nie Te-Yan takdak mood. Cuma dok buat blogwalking. Lawat blog sana. Lawat blog sini. Jenguk tutorial sana.Jenguk tutorial sini. Tapi  tak buat pon. Huhuhu hari nie memang takdak mood. Nak install Mr Photoshop pon takdak mood. Maunye tak. Hari nie Te-Yan mengamuk sakan dalam kelas. Haaaaa bergegar makmal komputer tu hari ni. Hamek korang. Nie baru pot-pet kat satu kelas. Esok ada satu kelas lagi. Esok lagi laaaa, mau runtuh kot makmal tu. 


Ishhh teremosi plak la Te-Yan malam nie kan. Bukan apa sakit jiwa bila habeh tanda paper exam students Te-Yan tu. Yang Form 4 ka or Form 5 ka, sama ja. Rasa mau ja pi koyak-koyak kertas exam depa tu, pastu sumbat dalam mulut masing-masing. Seb baik la fikiran masih waras lagi. Nak kata Te-Yan tak pandai ajaq, rasanya Te-Yan lah cikgu paling bersemangat dalam kelas.Nak kata tak paham, semua angguk paham. Ha bila mai soalan, nganga semua tak tau nak jawab. Alasan STEREOTAIP yang selalu student beri " Nape soalan susah sangat tece"..Heh, bosan sungguh dengar ayat yang sama tu. Memang la format soalan SPM. Kan dah bagitau awai-awai memang ikut format soalan SPM. Dah bgtau dah cara nak jawab cemana. Tu lah amik mudah sangat. Yang form 4 tu dok enjoy lah kan sebab tahun depan baru nak SPM. Ya lah hangpa oiiii...Dari form 4 la nak tau progress hangpa tu cemana kan. Te-Yan kalau dah ngamuk semua bahasa setiap negeri keluar. 


Esok kelas form 5 tu siap sedia lah kan. Tak hengat lagi tu tinggai bape bulan ja nak SPM. Naik ja lepas cuti raya terus TRIAL. Tapi progress sama ja. Yang suka monteng pun muka sama ja. Dah tau tak mai sekolah, tanya lah member-member apa benda dok belajaq hari tu. Ni tak, buat muka SEPOSEN masuk kelas. Sabaq Te-Yan ni ada hadnya kan. Tapi kalau dah melampau, hangen lah kan. 

Sebelum balik tadi, Te-Yan dah siapkan semua ICU GRAPH depa. Ha tengok lah esok sapa yang kategori MASIH BERNAFAS atau NAZAK. Tengok lah graph hangpa tu kan. Tu kalau masih tak sedaq juga tak tau lah. 

Wahai anak murid "kesayangan" Te-Yan, cubalah bina sikap POSITIF dalam diri. Cuba renung masa depan kalau hangpa takdak akademik. 

Sekian.

Mood: SANGAT KECEWA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...