Friday, April 06, 2012

~ Satisfaction :)

Assalamualaikum w.r.t

Salam semua. Sudah agak lama tidak update blog sendiri. Atas kesibukan tertentu maka blog ini umpama gajah putih. Bersawang sana sini. Nasib baik hanya labah-labah online.  Jadi malam ini kiranya ingin membalas dendam meluahkan perasaan dalam blog kesayangan ini.

Entri kali ini nak berkongsi kegembiraan dengan keputusan SPM yang telah diumumkan pada 22 Mac 2012 yang lalu. Sejak SPM tahun lepas, hati terasa berdebar-debar dengan keputusan yang bakal diterima pada bulan Mac ini. Terutamanya subjek yang diajar. ICT oh ICT. Rasanya sudah sehabis daya memberikan segala ilmu kepada pelajar-pelajar tersayang. Tahun lepas debaran amat terasa memandangkan mengajar subjek ICT bagi kelas kemanusiaan, di mana ada segelintirnya agak lemah dalam aspek teori. Dengan enam orang daripada 18 pelajar yang sentiasa gagal dalam setiap peperiksaan, jadi sudah tentu debaran terasa bila mereka menjawab SPM. Ditambah pula apabila peperiksaan sebenar, ada pelajar yang keluar satu jam awal dari 2 setengah jam masa menjawab. Tepuk dahi dibuatnya. Dengan penuh kesungguhan pelajar itu memberitahu segala yang diajar keluar dan boleh dijawab. Waktu itu hati sudah merasa lega memandangkan pelajar itu juga yang jarang lulus selama ini. Tetapi bila melihat soalan dan ditanya kepada pelajar tersebut, terkedu sebentar bila mendengar setiap butir jawapan yang diberi. Sudah mendapat gambaran bagaimana keputusan yang bakal diumumkan bulan Mac ini. Dalam hati cuma mampu berdoan agar mereka lulus dengan baik. 

Apabila SPM diumumkan, cuma ingin tahu prestasi subjek ICT. Dari perasaan yang penuh debaran, senyuman mula terukir di bibir bila pihak panitia memaklumkan bahawa subjek kami lulus 100%. Al-hamdulillah syukur. Ini bermakna enam orang pelajar yang amat dirisaukan akhirnya lulus dalam subjek ini. Apabila melihat keputusan keseluruhan, syukur tidak terhingga  kerana 14 orang mendapat A. Kelas kemanusiaan yang diajar 5 orang mendapat A. Bila disemak, memang pelajar yang menjadi harapan mendapat A. Yang lain keputusan amat baik. Pelajar yang tidak lulus boleh mendapat B. Sangat teruja di waktu itu. Akhirnya penat lelah selama ini berbaloi. 

Trademark RM 1 dan semangkuk BUBUR NASI menjadi ingatan buat mereka semua. 

Tahniah buat 5PD[ICT] 2012 diatas kejayaan kamu semua yang tidak diduga. Terima kasih kerana memberikan senyuman buat tece sehingga kini. Semoga kamu semua berjaya. 

Tiada KEJAYAAN tanpa USAHA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...