Showing posts with label Sumber: Majalah Solusi Isu 34. Show all posts
Showing posts with label Sumber: Majalah Solusi Isu 34. Show all posts

Sunday, August 07, 2011

Kehebatan Muslim Pada Bulan Ramadhan

Assalamualaikum w.r.t


*Majalah Solusi terbaru yang terlalu banyak
info yang sangat menarik*
Salam pembaca semua. Te-Yan baru sahaja selesai membaca satu topik di majalah Solusi Edisi terbaru ini. Sambil-sambil update blog, sambil-sambil update notes at my online class
( 4 ICT, 5PD :: kejap lagi tece post keyword yang korang nak tu ye dalam Nicenet), sambil-sambil tu juga Te-Yan luangkan masa baca majalah kesukaan Te-Yan ini. 


Majalah Solusi keluaran baru ini banyak menyingkap rahsia di bulan penuh barakah ini. Salah satunya topik tentang kejayaan umat islam yang berlaku dalam bulan Ramadhan ini. 

Perang Badar
Berlaku pada 17 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah dan umat Islam telah mencapai kejayaan.

Pembukaan Kota Mekah
Berlaku pada bulan Ramadhan pada tahun ke-8 Hijrah

Pemusnahan Berhala
Berhala yang disembah sekian lama di sekitar Baitullah dan kota Mekah dihancurkan pda bulan Ramadhan tahun ke-8 Hijrah

Kerajaan Islam
Kerajaan Islam menumbangkan kerajaan Parsi pada bulan Ramadhan tahun 15 Hijrah

Salahuddin al-Ayubbi
Telah mengalahkan tentera Salib pada bulan Ramadhan tahun 585 Hijrah

Mesir dan Syria
Telah menewaskan Israel di semenanjung Sinai pada bulan Ramadhan 1393 Hijrah



Tuesday, August 02, 2011

Mari Bertadarus Al-Quran

Assalamualaikum w.r.t


Hari kedua Ramadhan Te-Yan sambut dengan penuh kesyukuran dan keinsafan. Te-Yan berdoa kepada Allah supaya Te-Yan diberikan kesabaran yang paling tinggi sepanjang bulan Ramadhan ini. Minta dijauhkan juga perasaan kecil hati kepada sesiapa sahaja. Minta dijauhkan segala sifat mazmumah yang ada dalam diri. Izz juga penuh berpuasa masuk hari kedua ini. Walaupun Izz agak keletihan, tetapi semangat berpuasa tetap ada dalam dirinya. Te-Yan sarankan Izz berbuka sebab nampak agak keletihan dia pada hari ini. Tapi kata Izz " Malu kalau tak puasa. " Jadi anakku itu teruskan berpuasa sehingga tiba waktu berbuka. Alhamdulillah. 

Al-Quran....Kalam Allah yang paling suci. Kalam Allah yang menjadi panduan hidup umat Islam.Bulan Ramadhan diturunnya Al-Quran. Jadi perbanyakkan membaca Al-Quran sepanjang bulan pengampunan ini. Bagaimana caranya untuk kita khatam Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan ini ya..? Insya Allah kita boleh lakukannya. Jika niat kita baik, Insya Allah segala urusan kita akan dipermudahkan oleh Allah  S.W.T.

Jadi entri kali ini, Te-Yan ingin berkongsi tips sekiranya kita ingin khatam Al-Quran sebulan Ramadhan ini. Tips ini Te-Yan dapat melalui pembacaan Majalah Solusi Edisi Khas. Amat bagus majalah ini kerana diberikan jadual kepada pembaca untuk membolehkan kita khatam Al-Quran di bulan Ramadhan ini. Sama-sama kita berkongsi tips ini. Mudah-mudahan kita mampu khatam Al-Quran di bulan Ramadhan ini. 

Ramadhan 1
Surah al-Fatihah 1-7
Surah al-Baqarah 1-141

Ramadhan 2
Surah al-Baqarah 142-252

Ramadhan 3
Surah al-Baqarah 253-286
Surah Ali 'Imran 1-92

Ramadhan 4
Surah Ali 'Imran 93-200
Surah al-Nisa' 1-23

Ramadhan 5
Surah al-Nisa' 24-147

Ramadhan 6
Surah al-Nisa' 148-176
Surah al-Ma'idah 1-81

Ramadhan 7
Surah al-Ma'idah 82-120
Surah al-An'am 1-110

Ramadhan 8
Surah al-An'am 111-165
Surah al-'A'raf 1-87

Ramadhan 9
Surah al-'A'raf 88-206
Surah al-Anfal 1-40

Ramadhan 10
Surah al-Anfal 41-75
Surah al-Tawbah 1-92

Ramadhan 11
Suran al-Tawbah 93-129
Surah Yunus 1-109

Ramadhan 12
Surah Hud 1-123
Surah Yusuf 1-50

Ramadhan 13
Surah Yusuf 51-111
Surah al-Ra'd 1-43
Surah Ibrahim 1-52

Ramadhan 14
Surah al-Hijr 1-99
Surah al-Nahl 1-128

Ramadhan 15
Surah al-Isra' 1-111
Surah al-Kahfi 1-74

Ramadhan 16
Surah al-Kahfi 75-110
Surah Maryam 1-98
Surah Taha 1-135

Ramadhan 17
Surah al-Anbiya' 1-112
Surah al-Hajj 1-78

Ramadhan 18
Surah al-Muminun 1-118
Surah al-Nur 1-64
Surah al-Furqan 1-20

Ramadhan 19
Surah al-Furqan 21-77
Surah al-Syu'ara' 1-227
Surah al-Naml 1-52

Ramadhan 20
Surah al-Naml 53-93
Surah al-Qasas 1-88
Surah al-'Ankabut 1-45

Ramadhan 21
Surah al-'Ankabut 46-69
Surah al-Rum 1-60
Surah Luqman 1-34
Surah al-Sajdah 1-30
Surah al-Ahzab 1-30

Ramadhan 22
Surah al-Ahzab 31-73
Surah Saba' 1-54
Surah Fatir 1-45
Surah Yassin 1-27

Ramadhan 23
Surah Yassin 28-83
Surah al-Saffat 1-182
Surah Sad 1-88
Surah al-Zumar 1-31

Ramadhan 24
Surah al-Zumar 32-75
Surah Ghafir 1-85
Surah Fussilat 1-54

Ramadhan 25
Surah al-Syura 1-53
Surah al-Zukhruf 1-89
Surah al-Dukhan 1-59
Surah al-Jathiyat 1-37

Ramadhan 26
Surah al-Ahqaf 1-35
Surah Muhammad 1-38
Surah al-Fath 1-29
Surah al-Hujurat 1-18
Surah Qaf 1-45
Surah al-Dhariyat 1-24

Ramadhan 27
Surah al-Dhariyat 25-60
Surah al-Tur 1-49
Surah al-Najm 1-62
Surah al-Qamar 1-55
Surah al-Rahman 1-78
Surah al-Waqi'ah 1-96
Surah al-Hadid 1-29

Ramadhan 28
Surah al-Mujadalah 1-22
Surah al-Hashr 1-24
Surah Mumtahanah 1-13
Surah al-Saff 1-14
Surah al-Jumu'ah 1-11
Surah al-Munafiqun 1-11
Surah al-Taghabun 1-18
Surah al-Talaq 1-12
Surah al-Tahrim 1-12

Ramadhan 29
Surah al-Mulk 1-30
Surah al-Qalam 1-52
Surah al-Haqqah 1-52
Surah al-Ma'arij 1-44
Surah Nuh 1-28
Surah al-Jin 1-28
Surah al-Muzammil 1-20
Surah al-Muddaththir 1-56
Surah al-Qiyamah 1-40
Surah al-Insan 1-31
Surah al-Mursalat 1-50

Ramadhan 30
Juzuk Amma (Surah al-Naba'-Surah al-Nas)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud "Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya. " (Riwayat al-Bukhari)

Moral : Bertadarus Al-Quran di bulan Ramadhan

Tuesday, July 26, 2011

Ramadhan Dihayati

Assalamualaikum w.r.t


Te-Yan amat tertarik dengan majalah Solusi : Isu 34 keluaran Julai. Tajuk yang amat menginsafkan Te-Yan. "Andainya Ini Ramadhan Terakhir, Layakkah Kita Berhari Raya". Terfikir di minda dan hati ini, bersyukur sekiranya Allah masih memberi peluang kepada Te-Yan untuk sama-sama menghayati Ramadhan pada tahun ini.  Namun jika sebaliknya, bagaimana pula nanti ? Jika kita masih diberi kesempatan oleh Ilahi untuk bersama-sama di Ramadhan tahun ini, gunakanlah peluang yang ada sebaik mungkin untuk memenuhi Ramadhan dengan ibadah yang optimum. 


Wajib Puasa
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Berpuasalah kalian jika telah melihat hilal (anak bulan) dan sudahilah puasa kalian jika telah melihat hilal lagi. Jika tidak nampak akannya, maka genapkanlah hitungan Syaaban menjadi 30 hari."
(Riwayat al-Bukhari)

Niat Puasa
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang tidak berniat puasa sebelum terbit fajar, maka tidak ada puasa baginya."
(Riwayat Abu Daud)

Bersahur
Anas meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Bersahurlah, kerana pada sahur itu ada keberkatan."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Syaitan Dirantai
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Apabila bulan Ramadhan tiba, pintu-pintu syurga dibuka, sedangkan pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan pun dibelenggu."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Segerakan Berbuka
Daripada Sahl bin Sa'ad, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: " Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mana mereka mahu menyegerakan berbuka."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Memberi Makan Berbuka Orang yang Berpuasa
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: " Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti yang diperoleh orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut."
(Riwayat al-Tirmizi dan Ahmad)

Solat Tarawikh
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya aku benar-benar mengetahui keadaan kalian, hanya sahaja aku khuatir kalau aku keluar untuk solat Tarawikh, maka solat tersebut akan diwajibkan kepada kalian sehingga kalian tidak mampu mengerjakannya."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Jangan Sekadar Beroleh Lapar dan Dahaga
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Berapa ramai orang yang berpuasa hanya mendapat rasa haus dan lapar." 
(Riwayat Ibn Majah)

Tadarus
Rasulullah s.a.w menceritakan bahawa Jibrail a.s membacakan kepadanya al-Quran setiap tahun sekali pada bulan Ramadhan, dan pada tahun kewafatan Baginda sebanyak dua kali.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Iktikaf
Ibn Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Rasulullah s.a.w beriktikaf pada sepuluh hari terakhir Ramadhan."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Syafaat di Akhirat
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:" Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat kepada hamba pada hari kiamat kelak."
(Diriwayatkan oleh Ahmad dan Hakim)

Bulan Pengampunan
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :" Sesiapa yang berpuasa Ramadhan atas dasar iman dan mengharap reda Allah, maka dosa-dosanya yang telah berlalu akan diampunkan. Sesiapa yang melaksanakan qiyam Ramadhan atas dasar iman dan mengharap reda Allah, maka dosa-dosanya yang telah berlalu akan diampunkan. Sesiapa yang melakukan qiyam Lailatulqadar atas dasar iman dan mengharap reda Allah, maka dosa-dosanya yang telah berlalu akan diampunkan."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Lailatulqadar
Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam Lailatulqadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatulqadar itu? Malam Lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu,turun malaikat dan Jibrail dengan izin Tuham mereka, kerana membawa segala perkara. Sejahteralah malam (yang membawa berkat) itu hingga terbit fajar !" (Surah al-Qadr 97:1-5)

Nuzul al-Quran
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: "Bulan Ramadhan, bulan yang padanya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang batil)"
(Surah al-Baqarah 2:185)

Pintu al-Rayyan
Daripada Sahl bin Sa'ad, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di Syurga itu terdapat satu pintu yang diberi nama al-Rayyan. Dari pintu itu,orang yang berpuasa akan masuk pada hari kiamat kelak. Tidak ada seorang pun selain mereka yang masuk melalui pintu itu.Kemudian, jika mereka telah masuk, pintu akan ditutup sehingga tidak ada seorang pun yang masuk melalui pintu itu."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hari Raya Aidilfitri
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Sesiapa menghayati malam Hari Raya Aildilfitri dan malam Hari Raya Aidiladha dengan amal ibadah sedang dia mengharapkan keredaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati seperti orang kafir."
(Riwayat al-Tabarani)

Zakat Fitrah
Ibn Umar berkata: "Rasulullah s.a.w telah mewajibkan zakat fitrah (kepada umat Islam pada bulan Ramadhan)." 
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...