Friday, September 28, 2012

~Terubatnya Hati Seorang Guru~

Assalamualaikum w.r.t

Wahhh lamanya Te-Yan tak update blog. Almaklumlah agak sibuk sikit waktu ni kat sekolah. Tambahan pula peperiksaan Percubaan SPM baru sahaja selesai. Jadi sibuk dengan menanda kertas peperiksaan. Nak kena kejar dateline key in markah dalam sistem. Kang buat last minute mau jem sistem tu. 

Kali ni Te-Yan nak bercerita tentang keputusan peperiksaan. Nak bercerita tentang progress student Te-Yan dalam peperiksaan ICT. Tahun ni kelas ICT yang Te-Yan mengajar adalah dari kelas aliran Sains Teknologi. Maksudnya pelajar-pelajar dalam kelas ni ambil subjek sains tulen tapi tak ambil paper Biologi. Paper tu digantikan dengan subjek ICT. Bilangan pelajar kelas Te-Yan seramai 17 orang. Walaupun 17 orang aje tapi punya perangai yang macam-macam. Te-Yan follow mereka dari tingkatan 4 sehingga tingkatan 5 memandangkan subjek ini ada kerja kursus yang perlu selesaikan sebelum bulan Ogos hari tu. 

Jadi sejak tahun lepas lagi bila peperiksaan selesai memang ada seorang pelajar dalam kelas ni yang pencapaiannya agak konsisten. Tak pernah kurang dari A. Dan dia pernah capai A+ bagi subjek ICT ni. Masa peperiksaan pertengahan tahun juga pelajar ini masih lagi konsisten dengan pencapaiannya mendapat A dalam paper ICT. Dan paling terharu dan menggembirakan Te-Yan bila menanda paper percubaan pelajar ini, dia mendapat A+ dengan markah 97%. Kat bawah ni paper sebenar pelajar tu. Te-Yan upload dalam fesbuk supaya menjadi motivasi kepada pelajar yang lain. 


Agak-agak pembaca sekalian, bagaimana pelajar ini dapat memperoleh pencapaian sebegini rupa..? Kalau anda pun boleh tersenyum bila melihat markah seperti ini, apatah lagi bila Te-Yan guru subjek yang mengajar subjek ini. Memang rasa amat terharu dan rasa seperti satu kepuasan mengajar. Sepanjang pemerhatian Te-Yan dari tingkatan 4 lagi pelajar ini merupakan seorang pelajar yang sangat pendiam. Tetapi pendiam yang berisi dengan ilmu. Dia tidak pernah buat bising dalam kelas. Dia tidak pernah melawan kata guru. Dan yang paling penting, dia sangat fokus dalam kelas bila Te-Yan bagi penerangan. Bila menanda paper pelajar ini memang amat mudah sebab dia menjawab seperti mana penerangan Te-Yan semasa dalam kelas. Jawapannya penuh dan sangat lengkap. Jadi tidak mustahil dia boleh mendapat markah penuh bagi Section B dan Section C untuk soalan struktur dan esei. Bukan tiada pelajar lain yang mendapat A atau A-, tapi Te-Yan memang suka dengan sikap pelajar ini. Kadang kala kita boleh bergurau senda dalam kelas, tetapi kalau waktu belajar, kita kenalah belajar. 

Kalau seseorang pelajar itu mendengar kata guru dan ibu bapa, beri tumpuan sepenuhnya dalam kelas, rajin dan bertanggungjawab dengan diri sebagai pelajar, menjawab peperiksaan mengikut panduan yang diberikan oleh guru....hasilnya....PELAJAR ITU MEMANG BERJAYA DALAM PEPERIKSAAN.....Te-Yan doakan semoga semua anak didik Te-Yan berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM yang sebenar nanti. Renung-renungkanlah masa depan anda semua sekiranya tingkah laku masih di takuk lama.

#Hasilnya memang sudah terbukti....

Thursday, September 06, 2012

~Mood Raya Dah Habis, Mood Exam Pula ~

Assalamualaikum w.r.t

Bulan Syawal masih tinggal berbaki  dalam 10 hari lagi. Tapi Te-Yan rasa mood raya dah habes. Sebab mula sekolah hari tu, dah start trial SPM. Tengok dalam fesbuk, majoriti status student semuanya masih dalam mood raya. Risau juga sebab masih ada yang tak sedar trial dah tiba. Te-Yan pun masih lagi mencari slot-slot masa exam mereka sekiranya kosong sebab nak buat lagi kelas tambahan pada students ICT Te-Yan. Ni cikgu yang cuak terlebih, students relax semacam je. 

Fenomena "check-in" hotel pun dah mula balik. Mulanya kursus-kursus yang melibatkan peningkatan dalam pengajaran dan pembelajaran. Ohoo risau nye sebab takut tak sempat nak buat revision dengan students. 

Hopefully my students dapat menjawab exam trial dengan baik. I wish u all da best.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...