Wednesday, January 16, 2013

~Pendidikan Alaf Baru Bersama 1Bestarinet VLE Frog~

Assalamualaikum w.r.t

10 Januari 2013 yang lepas merupakan hari yang paling bertuah dalam hidup Te-Yan ni. Mana taknya Te-Yan dan My Frogger Buddies telah diberi kepercayaan untuk membentangkan penggunaan platform 1Bestarinet VLE Frog ni di hadapan Menteri Pendidikan Malaysia sempena Majlis Perutusan Tahun Baru KPM oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan. 

Hmm bukan kerja yang senang dan memerlukan kerjasama yang amat tinggi daripada rakan sepasukan. Tapi yang paling best sebab dapat bekerjasama dengan PMO, YTLC dan juga FrogAsia. Kami telah ditugaskan untuk memperkenalkan satu pendidikan alaf baru yang dikenali sebagai VLE Frog. Kira sejak tahun lepas sehingga ke tahun ini Te-Yan dan rakan-rakan memang sibuk dengan VLE Frog ni. 

Rasanya dekat 5 hari kami bertungkus lumus membuat persiapan bagi menjayakan majlis ini. Manis ada, pahit pun ada. Senyum ada, menangis pun ada. Merasa juga lah Te-Yan menempuh jem yang sangat teruk semasa bermesyuarat di BTP Bukit Kiara. Dah lah hari Jumaat. Meeting pukul 3pm. Then tak boleh nak balik sebab hujan yang teramat lebat pada masa tu. Tengok kat pintu gate BTP....mak aiiiiii keta bersusun tak bergerak. Berkampunglah kami di  BTP sampai jam 7.30 malam. Sempat juga makan malam di satu kedai kopitiam dekat kawasan tu. Ada orang belanja tau. Gerak dari BTP dalam jam 7.45 sebab tengok jalan macam dah clear. Tapi silap jangkaan. Elok je keluar dari simpang BTP tu...haaa hamekkkk sangkut kat jem. Oh My Gucci kan. Tak pernah hadapi jem teruk macam tu. Kalau tak jam dalam 45 min dah boleh sampai rumah. Tapi disebabkan jem, sampai rumah jam 11 malam. 3 jam lebih tersangkut kat jam. Tapi satu pengalaman lah juga. Selama ni hanya dengar orang mengeluh menempuh jem nak pergi dan balik kerja. 

Dari meeting di Bukit Kiara, minggu depannya kami meeting di KPM Putrajaya pula bersama-sama dengan pihak PMO, YTLC dan FrogAsia. Di sini lah kami dapat bertemu dengan team FrogAsia yang selama ini hanya bertemu di alam maya sahaja. They are so cool and friendly. Kami buat persediaan pembentangan di hadapan mereka.


Makin dekat dengan event makin tak tenteram jiwa dibuatnya. Nervous sungguh. Tapi Alhamdulillah bila hari yang ditunggu telah tiba, perasaan gemuruh tu hilang begitu sahaja. Kami menjawab setiap pertanyaan daripada  pengunjung dengan sebaik mungkin. Dan yang paling teruja Te-Yan dapat membentangkan site pembelajaran dalam VLE Frog di hadapan TPM kita. Walaupun sekejap tapi bangga juga rasanya. 



Te-Yan berharap dengan adanya pembelajaran alaf baru menggunakan VLE Frog ini dapat mengubah gaya pembelajaran masa kini dengan lebih efektif kreatif dan berteknologi. 

Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada pihak KPM, PMO, JPN, YTLC dan FrogAsia yang telah memberikan kami peluang keemasan ini. In shaa Allah, jika berkelapangan kami sedia membantu. 











2 comments:

azmi said...

sweet memories.... thanks buddies

FND said...

Tahniah dan syabas te yan jika semua guru mempunyai semangat..bekerja seperti te yan..malaysia dah lama Manu..dah lama cemerlang..malangnya..ramai yang hanya bercakap dan complain sana sini.bukan Mahu bekerja utk negara

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...