Wednesday, July 25, 2012

~Rezeki Berganda~

Assalamualaikum w.r.t

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah mengurniakan rezeki yang cukup bermakna buat Te-Yan pada tahun ini. Keberkatan sebelum bulan Ramadhan. Rezeki tidak disangka dan boleh dikatakan sebagai "Rezeki Berganda". Pada 17 Julai 2012, Te-Yan telah hadiri satu Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Sungguh tak sangka Te-Yan akan dapat APC setelah 9 tahun bertugas sebagai guru. Tak pernah langsung terfikir untuk dapat pengiktirafan ini. Sebelum tu juga kenaikan gred telah berjaya dan lulus. Tak sangka rezeki datang bergolek. Bersyukur ke hadrat Allah Yang Maha Esa atas kurniaan ini. 

Betul juga apa yang telah disampaikan oleh perasmi semasa majlis tersebut.

"Jika Allah telah takdirkan bahawa rezeki itu milik kita, tidak kira apa sekalipun ia tetap menjadi milik kita. Tetapi sekiranya Allah telah suratkan bahawa rezeki itu bukan milik kita, tidak kira macam mana sekalipun ia tetap bukan milik kita".

Te-Yan ucapkan ribuan terima kasih kepada ibu Te-Yan yang banyak berkorban selama ini. Jasamu ibu tetap dikenang sepanjang hayat. Tidak lupa juga kepada suami, anak-anak, adik-adik Te-Yan yang sentiasa menyokong dalam kerjaya Te-Yan. Juga kepada pihak pentadbir kerana mempercayai segala tugasan yang telah Te-Yan lakukan di sekolah. Insya Allah mutu kerja akan sentiasa dipertingkatkan selepas ini dan sampai bila-bila. Tidak lupa kepada anak didik Te-Yan. Kerana kamu semua menjadi pendorong untuk Te-Yan bergelar seorang guru yang berjaya. 

Te-Yan akan teruskan perjuangan sebagai guru sehingga hayat dikandung badan. 

Senarai Penerima APC sekolah Te-Yan.
Depan dari kiri:
 Cikgu Aisah, Cikgu Nariman, Cikgu Nik, Cikgu Rosnah, Cikgu Roslin, Cikgu Salmi, Cikgu Eva
Belakang dari kiri:
 Cikgu Alma, Cikgu Siti Fatimah, Cikgu Anidah, Tn Pengetua, Cikgu Shamsul, Cik Norriha,
Te-Yan


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...