Entri hari ni Te-Yan nak berkongsi dengan pembaca peristiwa yang berlaku sepanjang perhimpunan GM1M yang lalu. Hari tu Te-Yan dah buat entri preparation sebelum event ni. Jadi kali ni Te-Yan nak cerita apa yang berlaku pada hari kejadian.
Himpunan GM1M Zon Tengah telah diadakan di SMK Sungai Besar, Sabak Bernam yang telah mengumpulkan sejumlah 5000 guru-guru muda sekitar Selangor, Perak, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Te-Yan dan team berasa amat bertuah sebab terpilih sebagai Jawatankuasa ICT Perhimpunan GM1M ni. Tugas kami untuk buat pameran 1Bestarinet dan Pembelajaran Alaf Baru (VLE). Banyak juga persedian yang mesti dilakukan. Bekerja seharian sebelum hari peristiwa sampai jam 1.00 pagi. Tapi itulah pegalaman yang paling berharga. Dapat team yang sangat komited dengan kerja. Perkara yang susah pasti menjadi mudah. Alhamdulillah Allah permudahkan semua urusan kami.
Inilah booth pameran 1Bestarinet kami. Terletak bersebelahan dengan booth Mini Cyber Fusion. Mula-mula dapat booth yang kecil sahaja bersebelahan dengan radio amatur. Tapi disebabkan booth 1M4U tak sertai sama, jadi kami dapatlah booth tersebut. Alhamdulillah. Dapat khemah yang besar. Bolehlah kami masukkan segala peralatan yang diperlukan. Dengan PC empat unit, zoom Yes 4G, Laptop, 2 unit TV, Banner, Bunting, Brosur dan souvenir yang lain tu...huihh memang lah memerlukan khemah yang besar. Alhamdulillah booth kami memang jadi tumpuan sebab 1Bestarinet dah dibekalkan hampir keseluruhan sekolah di Malaysia dan disertakan sekali dengan platform pembelajaran alaf baru yang dinamakan VLE Frog. Jadi kiranya Te-Yan dan team menjadi jurucakap pada hari tersebut untuk memberi penerangan kepada pengunjung tentang 1Bestarinet dan VLE.
Inilah antara team kami. Masing-masing sibuk dengan tugasan yang telah diamanahkan. Ada yang bertugas di kaunter pertanyaan. Edar brosur dan souvenir yang ada. Ada boss yang memantau kerja kami. Pihak FrogAsia dannYTLC pula dengan tugasan mereka memberikan penerangan tentang VLE Frog dan peralatan yang digunakan untuk mengakses platform ini.
Waktu ni Te-Yan sedang berikan penerangan kepada salah seorang guru muda yang hadir ke perhimpunan ini. Rata-rata mereka sudah ada akaun VLE Frog tetapi masih lagi tidak diberikan pendedahan yang sepenuhnya. Faham dengan situasi guru masa kini yang terlalu sibuk dengan tugasan masing-masing. Jadi Te-Yan dan team gunakan peluang yang ada untuk memberikan penerangan yang terbaik kepada para pengunjung.
Paling best Te-Yan dapat buat LADAP khas untuk sorang cikgu ni. Dia dari sekolah asrama penuh. Sudah ada akaun VLE tapi kurang pendedahan. Sangat berminat dengan ICT tetapi tidak diberikan pendedahan. Jadi Te-Yan buat kelas dengan cikgu ni dekat sejam lebih juga lah sehingga dia berjaya hasilkan satu site pembelajaran sendiri menggunakan VLE ni. Punyalah cikgu ni seronok. Dan Te-Yan tersenyum puas sebab dapat curahkan ilmu yang tidak seberapa ni kepada cikgu ni. Mudah-mudahan cikgu tersebut dapat sampaikan apa yang diperolehi kepada rakan-rakan guru yang lain.
Rasa seronok sangat di sana. Dengan bantuan dari pihak PMO yang diwakili oleh En Abdul Moies, pihak Frogasia dan YTLC, semua berjalan dengan lancar.
Heheheh tengok tU my buddies sibuk beri penerangan kepada pengunjung. Penuh pengunjung pada hari tu. Macam-macam soalan yang ditanya. Tapi Alhamdulillah semua dapat dijawab dengan baik.
Inilah waktu yang dinantikan oleh semua. TPM merangkap Menteri Pelajaran datang melawat ke booth kami. Masa ni Te-Yan jadi photographer dan sedang handle guru-guru yang ada di situ. Waktu ni my buddies dan En Moies yang ada menyambut kedatangan TPM. Azmi,Amyza and En Moies done their job very well. Tahniah.
Program ni tamat lebih kurang jam 1.30 petang. Hari yang penuh pengalaman buat kami semua. Diharapkan agar penggunaan VLE ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya di sekolah. Sebagai guru kita perlu sentiasa kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran.