Assalamualaikum w.r.t
Kembali lagi untuk entri terbaru kali ini. Kali ni rasa nak bercerita tentang perhimpunan Guru Muda 1 Malaysia (GM1M) yang Te-Yan sertai pada Jumaat dan Sabtu lepas. Tak pernah sertai himpunan seumpama seperti ini.
Tapi tugas Te-Yan uruskan booth pameran 1Bestarinet Vle Frog. GM1M zon tengah ni diadakan di SMK Sungai Besar, Sabak Bernam. Wowwww dah lama Te-Yan tak ke daerah Sabak Bernam semenjak berpindah ke Sepang ni. Waktu 1st tyme posting Te-Yan ditempatkan mengajar kat Sekinchan tu. Setahun juga lah mengajar di sana. Jadi tahulah serba sedikit tempat kat situ.
Te-Yan dan buddies tercinta Azmi, Amiza and Syuhaimi dah ditugaskan untuk menjadi jurucakap di booth 1Bestarinet VLE Frog tu. Sama macam yang we all present kat TPM masa kat PICC tu. Memang best. Peluang dah orang beri, kami tak kan lepaskan.
Kami bertolak hari Jumaat. Tumpang kereta buddies yang kebetulan rumahnya dekat dengan rumah adik kat Shah Alam. Bukan dekat tau nak ke Sabak Bernam tu. Adalah dekat 2 jam perjalanan. Letih. Sebelum sampai kat SMK Sungai Besar tu, kami bertiga singgah kat satu gerai cendol paling polular kat area Kuala Selangor ni. Gerai Cendol Bakar. Yang tabik spring tu siap ada DRIVE THRU gitu..mak aiii memang lah ramai orang. Nasib baik lah kami sampai kat kedai cendol tu dalam jam 12 tengah hari. Masih lagi ada tempat kosong nak duduk dan menikmati cendol. Ingatkan cendol tu dibakar. Bila baca oooooo sempena nama atuk nya. Sabor je lah kan. Tapi memang sedap jugak lah cendol tu. Ada macam-macam perisa. Kami order ikut citarasa sendiri lah. Sudah makan, gerak terus ke Sabak Bernam. Nak kejor member sorang ni nak gi solat Jumaat. Lepas member solat Jumaat, gerak terus ke Sabak. Hahahha melilau carik sekolah tu. Lajak sampai ke Sabak Bernam. Sempat lagi si Amy beli belah kat situ. Sabor je lah kan. Kiranya sampai kat sekolah tu dalam kol 3.15 petang.
Sampai sekolah tu, terus ke bilik Bestari. Sebelum tu tengok booth...haiyoooo apa pun takde lagi...baru ada kayu jer nak pasang...mehhhhh....bila nak mula setting booth. Sudahnya kami berempat buat kerja dulu kat bilik Bestari. Best tak. Sampai terus buat kerja. Homestay pun tak check in lagi. Buat kerja mana yang tak settle lagi sampai lah kol 6pm...giloss..dah tak sanggup nak tunggu sebab badan dah rasa semacam..berlengas tak mandi...mana leh tahan lo...ngan cuaca panas lagi...erkkk mau pengsan..so En Zaki bawak gi homestay..Alhamdulillah tempat penginapan amat selesa.
Dah mandi, solat dan rehat seketika, lepas maghrib tu kami ke tempat booth semula. Sebelum tu pi dinner dulu. Singgah lah satu kedai kat area Sungai Besar tu..nama kedai memanglah gah kan..tapi tak yah lah korang pi. Kedai tak ramai orang tapi dekat sejam tunggu tak dapat makanan lagi.
Lepas dinner terus setting booth. Memang setting up dari mula sampai siap. Nasib baik lah ada cik-cik abang nak tolong pasang besi, gantung banner..ye lah kami dua orang je bunga nye. Tak kan lah plak nak gantung banner..pasang besi kan...tapi alhamdulillah berkat kerjasama semua, dalam jam 1.00 pagi settle semua. Gilaaa..keje sampai kol 1 pagi..huhuhu.
So jom tengok apa kami dah buat supaya perjalanan majlis berjalan dengan lancar.....To My Buddies..tenkiu so much...best kerja dengan korang....
Terus buat kerja.....penat belakang kira..janji siap... |
Inilah My Buddies.....Kerjasama itu penting |
Prose lipat 500 brosur...erkkkkkkkkkk....brosur ni Te-Yan yang design.... |
Hihihi takde keje ni........ |
Model of the year......... |
Boss sedang memantau pekerjanya..... |
Pasang Banner....hehehhhe..hasil kerja Te-Yan...... |
No comments:
Post a Comment