Thursday, May 30, 2013

~Memori Hari Guru 2013- Pop Yeah Yeah~




 
Assalamualaikum w.r.t

Malam ni baru berpeluang nak tulis entri terbaru dalam blog personal ni. Entri tentang Sambutan Hari Guru di sekolah yang telah diadakan pada 16 Mei 2013 yang lalu. Walaupun dah nak penghujung bulan Mei, tapi kemeriahan hari guru tahun ni masih lagi terasa.

Eheeee nak tahu tema hari guru tahun ni..tahun ni kelab KEBAGUS buat tema ala-ala 60an dan 70an..hahahha Tema Pop Yeah Yeah gitu. Kelas gitu. Jenuh lah cikgu-cikgu ni berfikir nak buat baju bertemakan Po Yeah Yeah. Maka sekarang ni kan ke dah keluar balik fesyen zaman dulu kala "Peplum" tu. Jadi ramai jugak lah cikgu-cikgu yang pakai ikut tema termasuklah Te-Yan sendiri. Heheh sambutan hari guru setahun sekali. Jadi tak salah rasanya, nak bergembira untuk diri sendiri.

Jom lihat gambar-gambar yang Te-Yan dah upload ni. Yang pastinya, semua cikgu memang sporting. 

Fresh flowers for teachers....uhuuuu last dulu dapat fresh flower masa konvo jer...sadis betul...


Acara wajib setiap tahun bila sambutan hari guru ni. Cikgu-cikgu diarak ke Dataran Pengetua. Wahaaahaha tengoklah betapa glemer nya cikgu-cikgu uols...

Ini pasukan kompang sekolah. 

Hehehhehe bunting ni Te-Yan yang design. Biasalah kan..Te-Yan kan ke suka  benda-benda yang berkaitan dengan design ni. 

Penyerahan kd ucapan hari guru daripada Ketua Pengawas yang mewakili semua pelajar SMK BBST

Ahaaaaa yang ni so suprise.. Mentang-mentanglah SMK BBST femes ngan En Katak tu (VLE FROG) , ada kad ucapan logo Frog lagi. Yang ini dihasilkan oleh para pelajar kelas 4ICT. hihihi....

Dengan salah seorang pelajar Tingkatan 6, Cik Gak...heheh birthday kami sama..bulan Disember..

Inilah team sukaneka Te-Yan....well time sukaneka lah boleh tau cikgu tu macam mana orangnya. 

Peace yo...Student kelas Te-Yan...


Ni cikgu-cikgu praktikal. Single lagi dua orang tu. Sapa berkenan cepat-cepat masuk meminang...hehheheh
Ahaaaaa ni selepas perasmian. Team ni Te-Yan dan Tece Chuah yang latih. Last minute punya idea. Nasib lah menjadi. 

Kad Ucapan dari pelajar-pelajar Pendidikan Khas. Kreatifnya mereka. 

Uhuuuuu sporting habis PK Akademik..cayalah....

Hamboiiii cikgu..tekunnya masukkan biji manik dalam jarum....Susah wehhhh....tapi group Te-Yan paling banyak jumlah manik yang dapat diambil gunakan jarum tu....

Game masukkan air dalam botol guna span...pandai betul sapa yang buat game ni...guna span tak serap air...grrrr...

Hahhaha..yang ini memang tak boleh blah betul.....inilah antara finalis pakaian ikut tema.  Kena buat catwalk bagai pulak kat atas pentas...hahhaha 

Inilah pemenang pakaian tercantik...Yang warna merah tu pemenang guru sesi pagi. Dan yang kuning diraja tu pemenang guru sesi petang...meletoppppp lah uolsss...

Esoknya juga diadakan pertandingan bowling hari guru peringkat daerah. Hahahha main bowling sekali sekala. Juara longkang lah jawabnya. Tapi kali ni Te-Yan tak jadik juara longkang okey. Siap ada supporter datang bagi pinjam bola hikmah lagi...

Sebelum baling bola kita bergambar dulu. Nampak tak si kecik tu. Peminat setia Te-Yan. Entah apa ada kat muka Te-Yan ni pun tak tau lah. Tak berenggang lah ngan Te-Yan si kecik tu. Baru kenal si kecik tu hari tu. Anak cikgu praktikal.

Tak yah dok kata apalah ye. Kami memang JUARA BERGAMBAR...wooottttt

Gambar lagi...hahahahah..kelas ko nyahhhh

That's the Bola Hikmah that i'm using it...tenkiu to my laling yang bagi pinjam bola tu ye...Takde lah mama korang ni  dapat telor ayam jer....yang pastinya Te-Yan melaram ngan TSHIRT FROGASIA....hahahha dapat masa 1Bestarinet Roadshow......

My Son and Daughter...datang bagi support kat mama dorang neh..dan datang bagi pinjam bola  lagi...kelas takkk....tenkiu lalings...

So, that's all for tonite entry. Enjoyed ur reading. See ya....



Sunday, May 12, 2013

~1Bestarinet Roadshow : a.W.e.S.o.M.e~

Assalamualaikum w.r.t
Yuhuuuuuuuuu...Best giler datang karnival bila dapat semua ni.....

Semalam 11 May 2013, Te-Yan berpeluang ke 1Bestarinet Roadshow. Satu karnival VLE yang julung-julung kali diadakan. Permulaannya di Sepang. Jadi dah kebetulan dekat je ngan tempat Te-Yan, ambil lah peluang untuk melihat sendiri karnival ni. Karnival ni anjuran bersama KPM, PMO, JPN, PPD, YTLC dan FROGASIA. Akan diadakan diseluruh Malaysia, dan permulaannya di SK Taman Putra Perdana yang merupakan sekolah pilot pelaksanaan VLE Frog dalam pengajaran dan pembelajaran.

Sejak Te-Yan terlibat dengan Frog ni, banyak dah Te-Yan dapat ilmu. Sebagai Admin atau Lead User , sudah semestinya menjadi tanggungjawab Te-Yan untuk melaksanakan penggunaan VLE Frog ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Seronok sungguh pelajar apabila mereka menggunakan platform ini dalam proses pembelajaran mereka. 

Pada Te-Yan, kalau guru menggunakan, murid pasti akan menggunakannya. Tapi, kalau guru pun tak ada inisiatif nak menggunakan, jadi pelajar mesti tidak menggunakannya juga. Jadi sebagai guru, kita haruslah menggunakan kemudahan terkini yang disediakan oleh pihak KPM, dengan sebaik mungkin bagi memantapkan lagi pengajaran kita dalam kelas. Persekitaran pembelajaran pelajar masa kini sudah berubah. Mereka sekarang berada pada zaman pembelajaran alaf baru. Semuanya berasaskan teknologi. Jadi sebagai guru kita perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran kita supaya pelajar tidak berasa bosan. 

Memang happening betul di karnival ni. Macam-macam station yang ada di sana. Boleh menerokai platform VLE Frog, gamming station, collaboration station, Photobooth, dapat merasa sendiri penggunaan Chromebook dan juga boleh tahu gaya pembelajaran sendiri. Wooowww...

Te-Yan juga rasa sangat terharu sebab dapat berjumpa dengan rakan-rakan FrogAsia yang selama ni hanya berbual di alam maya. Korang memang terbaik lah....

Jom lihat ni...apa yang Te-Yan buat semasa kat sana......

Semasa sesi bergambar kat FotoBooth station..terus hantar ke email peribadi.

Waktu nak activate account. 

Haaaa inilah Chromebook. Best woooo guna Chromebook ni. 

Heheheh my hensem hero cuba nak activate kan account yes dia. Merasa dia guna Chromebook.

Ini bekas pelajar sekolah Te-Yan. Merangkap jiran dekat rumah jugak. Now dah keje ngan YTLC ni. Congratulation. Semoga jadi pekerja yang cemerlang.

My Little Kajol cuba main game kat Chromebook. Entah apa dia tekan. Main hentam saja. Soalan game tu pun bukan taraf dia lagi. Heheh

Inilah Gamming Station.

Masing-masing dah buat muka kelat. Ada ka nak tengok Iron Man 3 kat sini. Mana ada lah yang oii...

Hehehhe my kids teruja betul bila tengok cara staff FrogAsia scan borang dorang. 

Heyho..akhirnya kita jumpa face to face. Selalu sembang kat Facebook jer....

Mdm Elizabeth Lopez n Arafeh FrogAsia. Ni suasana kat Frog Classroom.

Kusyuknya lah my daugter ni bila orang nak amik gambar dia. Wohooo my daughter belajar Google Apps kat sini..hihihi

So sweet....

Tak sangka kat sini kawan Te-Yan jumpa semula classmate dia  yang kerja dengan FrogAsia. Jejak kasih selepas 17 tahun.

Transforming education through the Internet

The future of education

Hahahhaah inilah yang ditunggu-tunggu sebenarnya. Nak redem souvenir....hahahah

Cayang mama

Mana bas Frog ni tak sampai-sampai lagi. Jenuh dah tunggu.

What can I do with GOOGLE Apps..?

Hello....I'm Auditory learner....

Seriously, Te-Yan memang seorang Visual Learner.

Haaaa bas ni lah kami tunggu tadi...lompat lambat sangat...

Posing kat bas Frog.....heheheh..pastu bas tinggal kami..aiyaaaa

So colourful.....

Eheeee Immersive gitu......

Bersama Arafeh FrogAsia...Jumpa di sini lagi....

Woooo..awesome..Frog Classroom...ceria dan berteknologi...

Wif Madam Elizabeth Lopez...orang kuat FrogAsia. Tenkiu so much madam becoz always support me when I'm starting Frog On

Wif Madam Roslita Aida Rahim William...orang kuat YTLC.....Using Frog VLE, we can learn at home too...


Wif Suzana YTLC....zon selatan memang selalu jumpa dia lah....heheheh...



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...