Thursday, May 30, 2013

~Memori Hari Guru 2013- Pop Yeah Yeah~




 
Assalamualaikum w.r.t

Malam ni baru berpeluang nak tulis entri terbaru dalam blog personal ni. Entri tentang Sambutan Hari Guru di sekolah yang telah diadakan pada 16 Mei 2013 yang lalu. Walaupun dah nak penghujung bulan Mei, tapi kemeriahan hari guru tahun ni masih lagi terasa.

Eheeee nak tahu tema hari guru tahun ni..tahun ni kelab KEBAGUS buat tema ala-ala 60an dan 70an..hahahha Tema Pop Yeah Yeah gitu. Kelas gitu. Jenuh lah cikgu-cikgu ni berfikir nak buat baju bertemakan Po Yeah Yeah. Maka sekarang ni kan ke dah keluar balik fesyen zaman dulu kala "Peplum" tu. Jadi ramai jugak lah cikgu-cikgu yang pakai ikut tema termasuklah Te-Yan sendiri. Heheh sambutan hari guru setahun sekali. Jadi tak salah rasanya, nak bergembira untuk diri sendiri.

Jom lihat gambar-gambar yang Te-Yan dah upload ni. Yang pastinya, semua cikgu memang sporting. 

Fresh flowers for teachers....uhuuuu last dulu dapat fresh flower masa konvo jer...sadis betul...


Acara wajib setiap tahun bila sambutan hari guru ni. Cikgu-cikgu diarak ke Dataran Pengetua. Wahaaahaha tengoklah betapa glemer nya cikgu-cikgu uols...

Ini pasukan kompang sekolah. 

Hehehhehe bunting ni Te-Yan yang design. Biasalah kan..Te-Yan kan ke suka  benda-benda yang berkaitan dengan design ni. 

Penyerahan kd ucapan hari guru daripada Ketua Pengawas yang mewakili semua pelajar SMK BBST

Ahaaaaa yang ni so suprise.. Mentang-mentanglah SMK BBST femes ngan En Katak tu (VLE FROG) , ada kad ucapan logo Frog lagi. Yang ini dihasilkan oleh para pelajar kelas 4ICT. hihihi....

Dengan salah seorang pelajar Tingkatan 6, Cik Gak...heheh birthday kami sama..bulan Disember..

Inilah team sukaneka Te-Yan....well time sukaneka lah boleh tau cikgu tu macam mana orangnya. 

Peace yo...Student kelas Te-Yan...


Ni cikgu-cikgu praktikal. Single lagi dua orang tu. Sapa berkenan cepat-cepat masuk meminang...hehheheh
Ahaaaaa ni selepas perasmian. Team ni Te-Yan dan Tece Chuah yang latih. Last minute punya idea. Nasib lah menjadi. 

Kad Ucapan dari pelajar-pelajar Pendidikan Khas. Kreatifnya mereka. 

Uhuuuuu sporting habis PK Akademik..cayalah....

Hamboiiii cikgu..tekunnya masukkan biji manik dalam jarum....Susah wehhhh....tapi group Te-Yan paling banyak jumlah manik yang dapat diambil gunakan jarum tu....

Game masukkan air dalam botol guna span...pandai betul sapa yang buat game ni...guna span tak serap air...grrrr...

Hahhaha..yang ini memang tak boleh blah betul.....inilah antara finalis pakaian ikut tema.  Kena buat catwalk bagai pulak kat atas pentas...hahhaha 

Inilah pemenang pakaian tercantik...Yang warna merah tu pemenang guru sesi pagi. Dan yang kuning diraja tu pemenang guru sesi petang...meletoppppp lah uolsss...

Esoknya juga diadakan pertandingan bowling hari guru peringkat daerah. Hahahha main bowling sekali sekala. Juara longkang lah jawabnya. Tapi kali ni Te-Yan tak jadik juara longkang okey. Siap ada supporter datang bagi pinjam bola hikmah lagi...

Sebelum baling bola kita bergambar dulu. Nampak tak si kecik tu. Peminat setia Te-Yan. Entah apa ada kat muka Te-Yan ni pun tak tau lah. Tak berenggang lah ngan Te-Yan si kecik tu. Baru kenal si kecik tu hari tu. Anak cikgu praktikal.

Tak yah dok kata apalah ye. Kami memang JUARA BERGAMBAR...wooottttt

Gambar lagi...hahahahah..kelas ko nyahhhh

That's the Bola Hikmah that i'm using it...tenkiu to my laling yang bagi pinjam bola tu ye...Takde lah mama korang ni  dapat telor ayam jer....yang pastinya Te-Yan melaram ngan TSHIRT FROGASIA....hahahha dapat masa 1Bestarinet Roadshow......

My Son and Daughter...datang bagi support kat mama dorang neh..dan datang bagi pinjam bola  lagi...kelas takkk....tenkiu lalings...

So, that's all for tonite entry. Enjoyed ur reading. See ya....



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...