Sunday, August 11, 2013

~Raya Di Kampung Tetap Di Hati~

Assalamualaikum w.r.t

Masa entri ni di taip, Te-Yan baru je sampai di rumah opah kat Kampung Talang Masjid, Kuala Kangsar. Hari ni dah raya ke 4. Baru nak balik ke kampung. Tahun ni semua adik beradik Te-Yan berkumpul dan beraya di Shah Alam. Beraya bersama ibunda kami tercinta di sini. Kalau tak memang every year kami akan pulang ke kampung. Tahun ni ubah selera nak beraya di bandar, kebetulan adik Te-Yan yang kerja atas kapal tu sedang bercuti dua bulan. Jadi peluang ini kami manfaatkan bersama. Bukan senang kami berlima nak berkumpul bersama memandangkan masing-masing sibuk dengan tugas dan tanggungjawab. Seronok juga beraya di bandar. Hahahha jalan lengang. Umpama bandar tu kami punya. Nak ke mana-mana pun jalan tak jem.

Hari ni kami berkumpul di rumah opah di Kuala Kangsar. Mesti juga balik ke kampung walaupun dah hari raya ke 4. Bukan apa, suasana di kampung memang meriah. Hari ni pun masih lagi ada dentuman bunyi mercun. Haishhhh geram jugak lah kan. Tapi nak buat cemana, dah nama lagi hari raya. Sepanjang perjalanan dari ibu kota ke utara, jalan menuju ke arah selatan memang sangat sesak. Sepanjang jalan kereta dalam kesesakan lalu lintas. Entah dari mana lah mulanya kesesakan tu. Memang dari utara lah tu. Kesian bila tengok warga kota yang dah mula pulang ke ibu kota. Entah pukul berapa lah sampai ke ibu kota tu. Esok dah mula kerja kan. 

Kami singgah di Kampar dahulu. Nak beraya di rumah saudara di sana. Dari Tapah nak ke Kampar, perjalanan yang boleh dikatakan 40 minit dah jadi sampai dekat sejam setengah. Banyaknya kereta nak menghala ke sana. Penat sungguh tempoh kesesakan nie. Letih memandu.

Dari Kampar kami bergerak ke Kuala Kangsar. Alhamdulillah perjalanan lancar. Dalam 30 minit dah sampai rumah opah. Yeayyy..punya lah seronok my kiddos bila dah sampai rumah Onyang dorang. Tambah pula rumah pakcik berdepan dengan rumah opah. Dah kira ada dua homestay kami boleh lepak-lepak. Ayat my dotter bila dia berada di rumah pakcik, "Mama, adik nak pegi rumah kampung tau". (sambil tunjuk rumah Onyang yang berdepan dengan rumah pakcik)..hahahah dia pun konfius yang mana satu kampung sebenarnya. Tapi itulah kanak-kanak. Keseronokan terlepas bebas di kampung memang saat yang ditunggukan. Memang puas lah mereka bermain. Masa entri ni ditulis pun, my kiddos tak berhenti lagi nak bermain. Kompom malam ni tido lena dan mengigau. Rumah pakcik ada open house sekarang ni. Penuh laman rumah opah dengan kereta. Menu terbaik kat rumah pakcik, soto, spagetthi carbonara dan paling best sekali tapai. Kenyang perut.

Esok, masih tak tahu apa agendanya. Nanti Te-Yan update lagi. Mata dah layu. Mahu tido. 
Selamat malam.

Tuesday, August 06, 2013

~Mood Design Kad Raya~

Assalamualaikum w.r.t

Hari ni dah masuk Ramadhan ke 28. Maknanya tinggal dua hari aje lagi Ramadhan bakal meninggalkan kita semua.

Agaknya sekarang ni masing-masing dah balik ke kampung halaman. Kalau nak tahu, masa Te-Yan taip entri terbaru ni, Te-Yan berada di sekolah. Huhuhu kena bertugas di sekolah buat seketika. Dua jam je pun. Tapi takpelah, tolong menolong kan. Orang lain semua dah cuti.

Kalau tengok di Facebook, rata-rata sibuk mengepost kad raya digital mengikut kreativiti masing-masing. Sungguh berbeza suasana raya zaman dahulu dan kini. Kalau dulu sibuk kita mengira berapa jumlah kad raya yang dapat dalam bulan puasa tu. Kalau siapa paling banyak, dia lah yang paling hebat sebab ramai kenalan. Tapi sekarang ni, dengan teknologi ICT yang semakin hebat, nostalgia kad raya tu dah takde. Masing-masing hanya post sahaja kat raya melalui laman sosial. Tapi, walau bagaimanapun cara kita menyampaikan ucapan kemaafan di hari raya, janji ucapan kita itu lahir dari hati kita yang tulus ikhlas.

Te-Yan pun tak ketinggalan juga dalam mood design kad raya nie. Setakat ni dah dua kad raya digital Te-Yan hasilkan khas untuk sahabat handai.

Nak tengok hasilan rekabantuk kad raya yang Te-Yan buat..? Hehehhe jom...


Heheheh inilah kad raya yang Te-Yan design khas dari Group Frog Te-Yan. Hari terakhir sekolah kami buat havoc dengan buat photoshoot pre raya kat sekolah. Macam-macam gaya. Siap import jurugambar lagi. Tapi tak cukup korum lah sebab last minute punye plan. Tapi itulah hasilnya. Kelasssss kan.


Yang ini pula hari terakhir bermesyuarat bersama team Frog negeri. Waaahhh hebat tak. Ini pun tak plan juga. Mereka inilah antara team Frog Selangor yang bersama-sama berjuang untuk memastikan VLE di sekolah dapat dibudayakan dengan sepenuhnya. Penat jerih telah kami semua lalui untuk memastikan VLE ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya di sekolah. 

Nanti ada satu lagi kad raya bakal menyusul. Itu khas daripada Te-Yan dan family. So tunggu je lah yer.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...