Assalamualaikum w.r.t
Entri terbaru daripada Teyan setelah sekian lama blog ini menyepi. Semasa entri ini ditulis, Teyan dalam kereta dalam perjalanan ke negeri Perlis Indera Kayangan. Alhamdulillah penerbangan tepat pada masanya, dan tiba juga pada masanya. Awal sungguh penerbangan tadi. Jam 6.40 pagi kami dah berlepas.
Hampir 10 tahun dah kot rasanya tak jejak kaki ke Perlis sejak menjadi warga Selangor. Rindu pada tempat bermain. Rindu nak ke sekolah lama.Akhirnya hari ini jejak juga ke sini.
Teyan datang ke Perlis pun sebab bekerja. Untuk kali ini Teyan akan berkongsi ilmu buat teman-teman guru di Perlis berkaitan dengan pembelajaran maya VLE Frog. Mudah-mudahan perkongsian ilmu ini dapat memberikan impak positif dalam membudayakan VLE di sekolah.
Okeylah, Teyan tak nak lah menaip entri yang panjang untuk kali ini. Mahu melihat keindahan alam ciptaan Allah sepanjang perjalanan ini.
Sampai jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment