Yeay semalam TeYan dah discharged from hospital. Tengah hari dah sampai rumah. Alhamdulillah masih boleh memandu setelah mata dibedah. Sampai je kat muka pintu, my kiddos dah menerpa nak tengok mata mama dorang yang kena operate tu kan. Ha meh sini TeYan tunjuk mata kiriku yang telah di operate itu. Jangan rasa ngeri yer.
Ha ini betul-betul dua jam selepas di operate. Balutan mata dah dibuka time ni. Erkkk agak ngeri bila tuan punya mata tengok sendiri. Masih ada lagi bekas-bekas tompokan darah di sekeliling mata.
Okey, yang ini pula 10 jam selepas operate. Mata dah kurang merahnya. Sebab every two hours nurse datang letak artifial eyemore dan every 6 hours letak lagi satu ubat mata. Memang pedih wooo. Tapi tahan ajerlah.
Lepas ni dah tak boleh lah nak tonyoh mata kuat-kuat lagi. Korang pun sama lah, jaga mata wehh...mata ada dua ajer. Nak pakai sepanjang hayat yang ada.
Terima kasih kepada kawan-kawan yang mendoakan TeYan semasa dibedah. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.
Selamat jaga mata.
1 comment:
Ya Allah teacher, ngerinya tengok. Anyways, get well soon! :)
Post a Comment