Friday, April 25, 2014

~#throwback Labuan Aku Datang Part 2~

Assalamualaikum w.r.t

Kan TeYan dan janji nak sambung entri pasai trip gi Labuan tu kan. Semalam dah Part 1. Hari ni Part 2 pula. Seperti biasa, tengok gambar ada cerita. Heheheheh..alkisah di pasor.
Haaaaa tengok neh. Siap tengok henpun lagi. Order tu. Tak tau lah bape kilo nak bawak balik kopok tu.
Si Mamat Zemi ni pun sama gak. Tengok list order. Yang lagi dua orang tu sibuk memilih-milih kopok. TeYan jadi tukang tengok ajer sebab tak de rasa pun nak membeli belah kat situ. Heeeeeee
Hahahaha apa keje TeYan..?? Sibuk selfie tak sudah-sudah. Well bila camera di tangan, apa jadi..? Pikir sendiri...hahaha
Memang susah benau nak amik gambar mamat cool sorang neh. Ni kira macam candid ler. Tapi candid pebenda nye. Macho je tengok kamera ye dak....hahahah
Ni Pasar Besar Labuan yang bersebelahan je dengan pasar yang dorang membeli belah ni ha. 
Pilih-pilih kakak sayang. Semua peniaga jual benda yang sama. Kalau sapa pandai tawar menawar, for sure dapat harga okey.
Jakun seketika bila dapat tengok Offshore....haaaa cenggini rupenye OffShore..




Lepas perasmian malam tu, perut lapor. Yang kakak and adik dua orang tu dah beradu kat bilik. Apa lagi kami berlima buat agenda tersendiri. Pegi supper. Adik Ipin bawak kan. Entah kedai mana dia bawak. Katanya kedai paling fofular kat situ. We followwwwww....

Sapa le mamat macho ni kan...hahaha ni le Cikgu Afifin atau nama glemer Adik Ipin. Memang adik pun. Muda lagi. Orang Pahang yang mengajar di Labuan. 


Yang ni tak tau nak kata apa. Antara dorang bertiga ni kan, yang mana satu memang gila bergambor? Cer komen...hahahha


Taraaaaa....apa yang kami dua pegang tu..? Makanan paling fofular katanya....sedap gak..


Heeee ni namanya ABC versi Labuan. 


Haaaa ini ler yang TeYan ngan Kak Aida pegang tadi tu. Pisang Goreng Cheese. Cenggini rupanya orang buat Pisang Cheese. Memang sedap. Kak Asmah ngan Amy, korang jangan jeles. Korang dah tido, kami kuar gi makan sebab lapor....hahahahhahah

Well, tamat entri malam ni. Esok kita sambung lagi. Sementara TeYan bersemangat nak update blog comei TeYan ni kan.Kalau tak...boleh paham sendiri lah ye tahun bile nk update lagi.







~#throwback Labuan Aku Datang Part 1~

Assalamualaikum w.r.t

#throwback Labuan 

Yup, entri kali ni, TeYan nak buat #throwback masa handle kursus di Labuan bulan Mac lepas. Kesian lah my weng  frenz, tak dapat nak tengok gambar-gambar masa di Labuan. Hihihihi sory lah geng. I kan ke sibuk. Tak sempat sungguh nak upload all the pics. 

So, tonite TeYan upload some of the pics masa 1st day kami nak gerak ke Labuan. Bermulanya destinasi perjalanan di KLIA. Malas rasanya nak taip panjang-panjang. So buat caption kat gambar ajer. Janji dalam dalam gambar ada cerita. 

Disebabkan flight pagi, tak sempat nak brekfes kat rumah. So singgah brekfes di McD after check in bag. Hihihi 1st time brekfes kat McD ngan air mocha berseni ni. Sedap wooo.....Rasa-rasa ilustrasi apa yer dalam air tu..????

This is our kakak..Nama Cikgu Asmah. Dapat join kami for this trip. 


Ni pula our brother, Cikgu Nan. Pun 1st time join we all. Hehehe kami cekup dia nak gi kursus ni setelah melihat kehandalan abang kami ni masa kursus kat Kajang hari tu. Otai nehhhh.....

Huh...mamat sorang ni memang pantang nampak camera. Macam-macam gaya. Kalau dulu bila time buat kursus dia ler satu-satunya kumbang sekor dalam group we all. Idea brilliant mamat neh...Ni le Cikgu Mie...

Hihihi ini my partner in crime...Cikgu Aida...lawak minah nie..semua bahasa boleh cakap ni. Sampai orang tak tau pun dia ni sebenarnya asal mana. Tapi ko memang sempoi lah kak oiiii....

Ni sapa ler pula...pandai-pandai ler teka sapa minah nie yer....hahahah
Kami berlepas dengan penerbangan Malaysia Airlines. Tak ingat dah MH berapa. Hihihi kalau naik flight jer mesti nak amik gambor kapal terbang. Ni kapal 737-800. Weee seronok kalau dapat naik kapal ni sebab kategori kapal baru. Design body pun baru. Ada tv kat setiap seat. Takde lah boring dengan penerbangan selama 2 jam tu. 

Haaa ni memang hobi kalau naik flight. Kamera wajib ada. Suka sangat melihat pemandangan di atas awan. Sungguh indah alam ciptaan Tuhan. Nanti last episod TeYan upload gambar pemandangan langit di waktu senja. Subhanallah tak tahu nak cakap macam mana. Sangat indah waktu itu.

Taraaaa dah safely landing. Hahahaha sebelum keluar pintu gate apot neh ada satu insiden yang paling lawak sedunia. Tak mau lah story kat sini. Hanya group weng je tahu. TeYan memang bantai gelak habis waktu tu. Hadoiii lah korang kan....

Hmmm keluar apot I see this arc. Apa kaitan arca ikan todak ni dengan Labuan yer..? Mesti ada sejarahnya.


Yeeee dah sampai ke destinasi. KV Labuan. Jumpa dengan Puan Pengarah dulu. 

Ini le sekitar KV Labuan. Besar dan luas sekolah ni. Rupa-rupanya sekolah ni le yang kami nampak dari dalam flight masa nak landing tu. Perghhh seriau betul kapal lalu betul-betul atas sekolah.

Oren sungguh. Ni le pelajar sebahagian pelajar KV Labuan. Rasanya semua KV baju sama macam ni.

Coop Mart. Cam koperasi rasanya.

Jeng jeng jeng..layanan mesra dari KV Labuan. Perut lapor. Bertambah-tambah makan..huhuhu

Hiishhhhh kan dah cakap. Mamat Mie ni memang pantang nampak camera. Selfie gaya gitu ko nyah....tak lalu mak...hahahhaha..gediks giler.....

Wanita dan camera memang tak boleh dipisahkan. Selfie kami beradap sikit yer. Penuh keayuan gitu.. Idak le macam kat atas tu....hahahahha..jangan sentap ye Mie...hihihi

Aktiviti masa senggang pelajar KV. Haaaa buat assignment okey. Bukan duduk saja. 

Ini ler geng weng yang menghangatkan kursus...hangat lah sangat...hangat bergambor...

Main entrance KV Labuan.

Haaaa amacam. Ni baru 1st entri. Banyak lagi entri throwback lepas ni.
So tunggu next episod- Kisah di pasar.....





Sunday, April 20, 2014

~GIANT CURRYPUFF PALING SEMPOI~

Assalamualaikum w.r.t

Bila sebut aje Karipap Gergasi, mesti uols boleh bayangkan karipap bersaiz besar yang selalu jual kat pasar malam tu kan. Masa dolu-dolu, masa zaman belum kahwin, selalu jugak Te-Yan buat karipap ni. Time tu rajin sesangat lah nak buat karipap. Karipap biasa pun pernah buat, karipap gergasi pun pernah juga buat. Dalam banyak-banyak karipap, Te-Yan paling suka giant karipap ni. Sebab paling sempoi nak buat. Dah le besor, inti tak payah le nak beradun sesangat. Kalau nak cuba boleh je. Ikut resepi kat bawah ni eaaa..

Bahan A- Untuk doh 
  • Tepung gandum
  • Marjerin/Planta
  • Telur
  • Air garam
Bahan B- Untuk Inti
  • Telur
  • Lada hitam- ditumbuk halus
  • Bawang besar - dipotong dadu
  • Cili merah- dipotong halus
  • Daun sup- dipotong halus
  • Secubit garam
Cara-cara
  • Campur semua Bahan A. Bancuh sehingga menjadi doh. Sukatan tepung ikut suka uols lah yer. Agak-agak sendiri. Kalau rasa nak sikit jer tepung tu dalam dua cawan jer. Kalau nak banyak tambah le lagi. 
  • Kemudian ambil sedikit doh. Bulat-bulatkan dan uli sehingga sederhana nipis. Adunan doh yang diuli nipis ni kena besar lah yer. Dah nama lagi Giant Currypuff. 
  • Kemudian letak doh yang dah diuli tu dalam mangkuk yang sederhana kecil.
  • Masuk semua bahan B. (Satu doh kecil : Sebiji telur + Sedikit lada hitam+ Sedikit cili merah+Sedikit bawang besar+Sedikit daun sup+ Secubit garam). Macam gambar kat bawah ni
Satu doh kecil: Sebiji telur+lada hitam+cili merah+bawang besar+daun sup+secubit garam
  • Then, klip ler bahagian tepi doh jadi macam klip karipap tu. Pandai-pandai lah uols klip tepi tu bagi lawa sebab adunan ni besar. Jadi bentuknye agak tak bape nak lawa.
  • Kemudian, goreng le adunan dah siap tadi dengan api yang sederhana. 
  • Dah siap goreng, boleh le potong kecil-kecil. Satu karipap yang dah siap tu boleh potong 5 bahagian.
  • Cicah le ngan sos thai. 
Ini le rupenya Giant Currypuff yang dah siap dan dipotong.

Maka, siaplah sudah Giant Currypuff nie. Haaaa tak susah mana lah kan. Anak-anak Te-Yan makan sampai kenyang ler. Dapat tiga biji pun dah okey sebab sizenya besar. Kalau ada lebih boleh goreng sikit dan buat frozen. Esoknya boleh goreng lagi yang dah frozen tu.

Selamat mencuba.

















































`

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...