Assalamualaikum w.r.t
Bila sebut aje Karipap Gergasi, mesti uols boleh bayangkan karipap bersaiz besar yang selalu jual kat pasar malam tu kan. Masa dolu-dolu, masa zaman belum kahwin, selalu jugak Te-Yan buat karipap ni. Time tu rajin sesangat lah nak buat karipap. Karipap biasa pun pernah buat, karipap gergasi pun pernah juga buat. Dalam banyak-banyak karipap, Te-Yan paling suka giant karipap ni. Sebab paling sempoi nak buat. Dah le besor, inti tak payah le nak beradun sesangat. Kalau nak cuba boleh je. Ikut resepi kat bawah ni eaaa..
Bahan A- Untuk doh
- Tepung gandum
- Marjerin/Planta
- Telur
- Air garam
Bahan B- Untuk Inti
- Telur
- Lada hitam- ditumbuk halus
- Bawang besar - dipotong dadu
- Cili merah- dipotong halus
- Daun sup- dipotong halus
- Secubit garam
Cara-cara
- Campur semua Bahan A. Bancuh sehingga menjadi doh. Sukatan tepung ikut suka uols lah yer. Agak-agak sendiri. Kalau rasa nak sikit jer tepung tu dalam dua cawan jer. Kalau nak banyak tambah le lagi.
- Kemudian ambil sedikit doh. Bulat-bulatkan dan uli sehingga sederhana nipis. Adunan doh yang diuli nipis ni kena besar lah yer. Dah nama lagi Giant Currypuff.
- Kemudian letak doh yang dah diuli tu dalam mangkuk yang sederhana kecil.
- Masuk semua bahan B. (Satu doh kecil : Sebiji telur + Sedikit lada hitam+ Sedikit cili merah+Sedikit bawang besar+Sedikit daun sup+ Secubit garam). Macam gambar kat bawah ni
Satu doh kecil: Sebiji telur+lada hitam+cili merah+bawang besar+daun sup+secubit garam |
- Then, klip ler bahagian tepi doh jadi macam klip karipap tu. Pandai-pandai lah uols klip tepi tu bagi lawa sebab adunan ni besar. Jadi bentuknye agak tak bape nak lawa.
- Kemudian, goreng le adunan dah siap tadi dengan api yang sederhana.
- Dah siap goreng, boleh le potong kecil-kecil. Satu karipap yang dah siap tu boleh potong 5 bahagian.
- Cicah le ngan sos thai.
Ini le rupenya Giant Currypuff yang dah siap dan dipotong. |
Maka, siaplah sudah Giant Currypuff nie. Haaaa tak susah mana lah kan. Anak-anak Te-Yan makan sampai kenyang ler. Dapat tiga biji pun dah okey sebab sizenya besar. Kalau ada lebih boleh goreng sikit dan buat frozen. Esoknya boleh goreng lagi yang dah frozen tu.
Selamat mencuba.
`
No comments:
Post a Comment