Sunday, August 05, 2012

~Kasih Ramadhan~

Assalamualaikum w.r.t

Sepanjang bulan Ramadhan elok rasanya kalau ada rezeki lebih tu kita sedekah kepada mereka yang memerlukan. Mudah-mudahan rezeki yang kita peroleh itu mendapat keberkatan dari Allah Taala. Kadang kala Allah memberikan kita rezeki yang melimpah ruah dalam satu-satu masa. Jadi sebagai umatnya hendaklah kita beringat juga. Tidak salah jika kita sedekahkan rezeki yang Allah berikan itu kepada mereka yang lebih memerlukan. 

Jadi sepanjang bukan Ramadhan ni, sekolah Te-Yan sedang menganjurkan satu program yang dinamakan "Kasih Ramadhan". Program ini dijalankan oleh para pelajar Pra-Universiti atau Tingkatan 6. Tahun lepas pun mereka ada buat, dan Alhamdulillah sumbangan yang diterima amat membanggakan. Jadi tahun ini diteruskan lagi. Mudah-mudahan banyak sumbangan yang diterima untuk disalurkan kepada Rumah Anak Yatim Putra Perdana. 

Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang cara-cara mengendalikan program khidmat masyarakat. Di samping membentuk keyakinan dan daya kepimpinan pelajar dalam mengendalikan sesuatu program khidmat masyarakat. Dan yang paling penting dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan pelajar Pra-Universiti dengan golongan kurang berkemampuan dan anak yatim. 

Program ini akan berlangsung dari 27 Julai 2012 sehingga 15 Ogos 2012. Jadi kalau ada para blogger yang bermurah hati untuk menghulurkan sumbangan dalam program ini amatlah dialu-alukan. Maklumat lanjut boleh layari laman web ini smkbbst.wordpress.com Mudah-mudahan anak-anak yatim ini dapat bergembira di hari lebaran nanti. Dan mudah-mudahan sumbangan ikhlas kita itu nanti akan diberkati oleh Allah.
Program "Permataku Sayang" yang diadakan pada tahun lepas.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...