Saturday, August 11, 2012

~ Kerana Mulut Badan Binasa ~

Assalamualaikum w.r.t

Sejak dua hari ni pemilik nama "JOHARI PAIN" telah menjadi tersohor. Mula-mula Te-Yan pelik juga, sebab bila view di fesbuk, rata-rata friends list mention nama yang sama. Lepas tu kait-mengait dengan Pandalela, atlit renang negara kita yang telah memenangi pingat gangsa di temasya Olimpik. 

Jadi, bila Te-Yan view segala komen dan membaca blog-blog yang berkaitan, barulah faham kenapa nama insan bertuah ini menjadi begitu popular. Laaaa, rupanya status dia di fesbuk yang menjadi bahan diperkatakan. 

Hmmm betul lah seperti kata pepatah Melayu, "Kerana Santan Pulut Binasa, Kena MULUT Badan Binasa". Kadang-kala memang kita sebagai manusia ni suka membuat kesilapan, terutamanya dari segi percakapan. Mungkin kita tidak sedar, sepatah perkataan yang dikeluarkan dari mulut kita boleh mengguris perasaan orang lain. 

Maybe insan bernama Johari Pain yang menulis status begitu di fesbuk tidak sedar bahawa penulisannya yang dianggap lawak itu boleh menjadi satu isu panas. Mungkin agaknya perasaan geram yang ada di hati nya bila melihat atlit-atlit kita masih tidak mampu untuk menyumbangkan pingat selain Dato Lee Ching Wei membuatkan dia secara tidak sedar menulis status seumpama itu. Facebook dan Twitter pada zaman sekarang ni merupakan medium penghantaran yang paling mudah untuk kita menyampaikan sesuatu. Tapi, kita kena beringat, setiap tulisan atau perkataan yang kita post di wall masing-masing tu akan menjadi perhatian orang lain. Tidak kira status kita di laman-laman tersebut hanyalah sebagai gurauan. Tapi biasalah, orang akan suka memperbesar isu-isu yang hangat. 

Johari Pain pun dah meminta maaf. Jadi, ini menjadi satu pengajaran kepada anda sebelum menulis sebarang status selepas ini. Gunakan medium sosial network ini sebagai salah satu tempat untuk berkongsi sesuatu perkara yang baik dan berhemah. 

Kepada students Te-Yan yang dikasihi, kamu semua jadikan perkara ini sebagai satu pengajaran. Selama ni pun banyak kali dah tece dah pesan tentang penulisan status di fesbuk dan twitter. Semoga kalian mendapat pengajaran dari situasi di atas. 

Kepada Pandalela, tahniah diucapkan atas kejayaan anda merangkul pingat gangsa di temasya Olimpik.  Jangan peduli dengan penilaian orang kepada kemampuan anda kerana sudah terbukti anda telah berjaya. Semoga kejayaan anda ini menjadi titik semangat kepada atlit Malaysia yang lain untuk mengejar pingat buat negara kita. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...