Tuesday, November 06, 2012

~Tertusuk di Kalbu dengan Istikharah Cinta~

Assalamualaikum w.r.t

Hari ni Te-Yan mulakan tugas macam biasa di sekolah. Selesaikan segala tugas yang bakal diserahkan sebelum bermulanya cuti sekolah. Banyak yang perlu diselesaikan. Memang terasa amat penat tapi Te-Yan tidak perlu mengeluh dalam menjalankan tugas. Masih ingat dengan nasihat teman seperjuangan, "Buat sesuatu dengan ikhlas, dan jangan sesekali mengeluh". Ya, jangan mengeluh. Hari ni dah rasa jadi macam operator meja bantuan (help desk) dekat syarikat. Sejak dari jam 8.43 pagi sudah ada panggilan telefon masuk. Tapi Te-Yan tak perasan. Sebab masa tu tengah bersarapan di kantin. Kemudian Te-Yan buat semula panggilan. Habis satu panggilan, ada panggilan lain pula yang masuk. Kemudian dengan SMS yang bertanya itu ini. Sudahnya sampai ke balik menjawab panggilan dan SMS. Tapi semuanya berkaitan dengan kerja. Rasanya tak pernah alami situasi macam ni sejak kerja. Tapi hari ni memang merasa. Sampai technician kat makmal pun gelak. Dah jadi HOT LINE.  Tapi tak mengapa.Te-Yan membantu selagi boleh. Ilmu satu perkongsian.

Dah jam 1 petang Te-Yan kemas-kemas barang. Nak balik dah. Sambil drive, onn radio. Tiba-tiba dengar satu lagu yang menusuk di kalbu. Menghayati liriknya yang penuh mendalam maksudnya. Rasa nak menangis pun ada juga. Balik rumah, solat dan kemas rumah, terus Te-Yan onn laptop. Mencari siapa empunya lagu tu.~ "SIGMA"~ Satu kumpulan nasyid. Kiranya semua lagu nya berkonsepkan Ketuhanan. Memang sesuai didengar. Syahdu meresap dalam hati. 

Istikharah Cinta

Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yang tersembunyi 
Berteman di malam sunyi penuh doa

Sebut nama-Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjuk-Mu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata

Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Mememuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
Di istikharah cinta




Monday, November 05, 2012

~Penang - Kuala Kangsar- Terjejak Kasih Di Sini~

Assalamualaikum w.r.t

Minggu lepaih Te-Yan kena meeting nun jauh di utara...Kat mana..??? Nun kat Penang tu ha. Heheh dah kata meeting kat Penang, meh kita guna loghat utara nooo. Dah lama Te-Yan tak jejak Penang. Rasanya dah dekat 12 tahun kot. Ha betuilah..Last pi tahun 2000 sebelum final sem kat universiti. Pakat-pakat ngan member sekolej meronda sakan sebelum final exam. Dari utara pi Penang..pastu turun KL..pastu balik universiti.. Jadi bila dapat call dok kata ada meeting pasai si katak tu, kat Penang pulak tu, haishh mana boleh tolak. Orang lain pi meeting luaq negara sana sini. Tapi dalam Malaysia sendiri pun tak habis meronda kan.

Meeting dalam tiga hari. Tapi rasa macam satu hari setengah ja. Mana taknya..hari pertama perjalanan dah amik masa setengah hari. Gerak pukui 3 petang dari Shah Alam. Dah lah hujan sepanjang jalan. Sampai Penang dekat pukui 8.30 malam. Humang haiii...walaupun jadi penumpang ja, tapi penat duduk saja dalam keta. Tapi yang paling bestnya, tak boring sepanjang perjalanan sebab Te-Yan belajaq benda teknologi yang baru dengan boss2 Te-Yan tu. Hahaha dapat guna huddle 4G boss Te-Yan. Pastu menginstall apa saja sesuka hati. Dah orang bagi guna free..pakai ja la kan. Pastu Te-Yan install satu perisian untuk trafik. Namanya Waze. Heheheh manyak syiokkk ooo dengan Waze ni. Satu perisian untuk melihat trafik di jalan raya. Woooww..saya suka..saya suka...tak payah la hangpa nak beli Garmen ka..PapaGo ka..MamaGo ka..guna ja yang ni..Free ja..dengan syarat hangpa mesty ada line tenet kat henpun. kalu dak, tak dapat lah. Baguih lah software tu. Siap boleh chat bagai. Tahu mana ada kamera...trafik jem...keta banyak..ada construstion ka...apa ka...boleh navigate mana nak pi. Sama ja bunyi sora macam GPS. Dah tu kita boleh tau sapa dok kat jalan raya tu...ngehhhh..syiokkkk...Apa lagi..menge"waze" ja lah kami sepanjang perjalanan.

Sampai kat Penang dalam kol 8.30 malam. Huih penat owhhh..Perut pun dah lapaq. Sebelum tu dah singgah sat kat Sungai Perak. Terkujat sebentar sebab tak sangka dah ada eskalator kat situ. Nampak sangat dah lama tak berenti kat Sungai Perak punya RnR. Hhehehe dok kat Penang, hotel 5Star..bilik sorang pulak tu..dikelilingi dengan 5 bijik bantai gebu atas katil...manyak empuk loooo..

Esoknya meeting bermula. Huih tak sangka Te-Yan. Ni bukan meeting cokia-cokia punya..ini meeting penting. First time bermeeting ngan orang besaq-besaq dalam KPM ni..ada orang Iran lagi. Dah tu cakap English agak-agak slang arab. Kena lah dengaq betui-betui. Sat gi nganga tak paham apa. Tapi memang ternganga lah jugak...meeting punya meeting, dalam kol 1030 mlm tu break jap. Ingat dah abes dah..laaa kami tak leh off lagi..ada lagi meeting..tu dia aihhhhh...memang hangat lah meeeting....terkesima dalam tu...tengok jam dah dekat kol 12tengah malam..tak habis lagi..mata dah ngantuk..dok tersengguk-sengguk kat meja meeting. Mana pernah meeting sampai macam ni..kalau kat sekolah paling lama pun sampai kol 5 pm ja..heeee..sudahnya naik bilik jam 1 pagi...huhuhu...dah lari tyme tidoq..langsung takleh nak tidoq. Sudahnya melayan mata dengan baca novel..bila baca novel ingatkan boleh lah mata tu layu..takda nya nak layu..lagi segar bugar adalah. Hishhh penangan baca novel...kalau nak baca akan baca sampai habis...sudahnya pukui 4 pagi baru Te-Yan dapat lena...dikelilingi oleh 5 biji bantai gebu peneman tidoq...

Ada lah masa sekejap kot nak ronda-ronda pekan Penang. So dua orang boss Te-Yan tu ajaklah meronda pekan Penang. Te-Yan tak tau lah berubah ke tak Penang tu. Tapi yang pastinya pi mana-mana mesti nampak Komtar tu..ceruk mana pun komtar tu mesti nampak gak. Trademark Penang kan. Boss parking keta kat Jalan Chowrasta. Kawasan yang popular sangat dengan segala macam jeruk meruk. Sana sini jeruk. Bau pun dah bau masam jeruk. Huhuhu..Te-Yan tak le teringin nak beli sebab tak berapa nak makan sangat jeruk ni. Ronda-ronda dulu. Huih depa bawak jalan kaki punya lah jauh meronda sakan. Penat gila rasanya. Tapi buat muka kontrol ayu kata tak penat. Tapi kaki dah rasa nak tercabut. Nasib Te-Yan bawak kamera canggih adik Te-Yan tu..dapatlah jugak snap gambaq-gambaq sekitar Penang tu..dan sempat jugak belajaq photoshoot ngan boss Te-Yan. Tenkiu boss. Dari Perangin Mall, masuk Komtar...Dari Komtar patah balik pi Jalan jeruk tu...huihhh membeli belah sakan jeruk boss-boss Te-Yan..depa beli banyak dapat jeruk free..hahaha Te-Yan bedal lah..hahahha..pandai tak....

Dari pekan teruskan perjalanan ke Pantai Feringgi..kengkonon nak carik cendui lah..apa lah..hahah dah lah jauh..amik hang..satu cendoi pun takdak....rupanya memang kat pekan ja ada..padan muka..sudahnya belasah makan air batu campur, laksa n rojak kat tepi pantai...sabaq ja lah kan. Pastu kami ronda lagi pusing Penang..ikut jalan macam bukit bukau..lengkok sana sini...laaaa yang bestnya kiri kanan penuh la ngan buah durian..looo musim ka..berjuntai2 kat tepi jalan..kalau hati jahat dah berenti petik..hahaha..tapi kami baik okey..tak suka nak amik2 orang punya tau...lalu tepi empangan..cantik..dan paling best berenti kat satu lokasi yang ada tulisan cina...tapi tak tau apa maksud...dan pemandangan di situ sesungguhnya sesuatu yang sangat indah. Subhanallah..indah ciptaan Tuhan....ronda punya ronda, Te-Yan notis macam ulang balik jalan yang sama...taraaaa...kami sesat...hahahahha....rasa dah nak muntah dalam keta ikut jalan pusing-pusing tu..ini semua Waze tu punya pasai lah..entah jalan mana bagi direction. Akhirnya sampai gak kami kat hotel semula..boss dua orang tu sempat lagi pegi mengeteh kat kedai mamak lagi...haiyooo hangpa tak kenyang-kenyang ka..?

Esoknya kami dah nak balik. Sebelum balik masa turun breakfast ada lagi meeting tak bape nak official. Face to face dengaq pak Iran tu cakap...ngehhhh....Then time balik rasa macam tuan puteri...ada orang tolong angkat beg masuk keta....ada orang parking keta terus depan lobi..tak yah susah-susah Te-Yan nak turun kat parking keta tu...hahahah bertuahnya jadi satu-satunya wanita yang wakil negeri......kuang...kuang...Patu kami teruskan perjalanan balik..

Kami singgah di Kuala Kangsar sebentar. Kononnya nak makan cendui ngan laksa kuala sebab kat Penang tak dapat makan cendui..hahaha hampeh..Dalam keta lagi boss2 dua orang tu sibuk bercerita pasai kawan-kawan depa lah..Te-Yan tak amik port. Sampai kat lembah kuala tu nak dijadikan cerita boss-boss Te-Yan terjumpa semula dengan kawan masa belajaq..jumpa professornya..dan jumpa anak muridnya..what da small world lah kan....sembang punya sembang rupanya jumpa sungguh....maka jadilah drama sebabak "Terjejak Kasih Di Kuala Kangsar"...hahahaha..kalau boleh buat skrip, Te-Yan dah buat skrip dah nie....Te-Yan dengan rasminya mengambil gambaq mereka berlima dan berempat..masing-masing bersoreh itu ini..dalam hati dok kata dah...huhuhu tak dapat lagi lah nak makan cendui...tup-tup hujan lah pulak kan...sudahnya memang tak makan cendui..makan ikan keli bakaq ngan nasi putih.....hampeh lah kan....lepaih makan kami terus balik..nak kejaq masa..esok nak pi sekolah..hishhh tak mau pecah rekod Kehadiran Penuh tahun ni....bila dah sampai rumah baru terasa penat sesangat..

Tapi ini dijadikan satu pengalaman berharga pada Te-Yan....meeting untuk anak didik Te-Yan jugak....hehehe nanty kalau dapat pi Korea ka..New Zealand ka..jangan lupa offer kat Te-Yan...nak pi jugak....heeee
Suasana kat hotel..dah nama hotel..makan pun lebih kurang sama jerk...

Komtar di mana-mana..ceruk mana pi mesti nampak komtar

Kamera canggih boss...

Novel yang Te-Yan baca konon-konon nak bagi mata layu..cehh takde maknanya

Komplek kraf kat Kuala Kangsar

Pintu belakang komtar rasanya

Sekitar Penang...Perangin mall..tempat gadget2 nie

Stesen bas

Yes 4G di mana saja

Main entrance Penang....kedai bundle

Benda baru yang Te-Yan dapat.. DiskStation Manager

Jeruk lagi....

Kat batu Ferenggi

Kedai steak The Ship

Waaaaa nak naik jugakkkkkkkkk

Indahnya ciptaan Ilahi

Tiga makanan kena makan kat sana.....

Pokok yang pelik dan empangan


Tak tau tulisan tu maksud apa..pastu buah durian bergayut-gayut..cantik kan pemandangan tu..

Air terjunnnnnnn

Orang kuat meeting..selalu sembang dlm fesbuk..hr tu jumpa face to face

Otw to Penang Bridge

Penang Bridge

Drama sebabak bermula

Drama Sebabak "Terjejak Kasih Di Kuala Kangsar"...Yang bersongkok tu kawan boss yg pakai baju itam tu..yang kakak baju biru tu isteri kawam bos yg bersongkok..dan yang best kakak tu anak murid pulak dengan boss yang cakap tepon tu....tak ke sesuatu yang tidak disangka....ngehhhhh

Makan..dan makan..dan makan

View of Penang town

Jalan Chowrasta..penuh ngan jeruk meruk..

Jeruk lagi...huhuhu

Kat bawah jambatan ni

Komtar walk
 

Sunday, November 04, 2012

~A Meaningful Quotes~

Assalamualaikum w.r.t

Hmmm semenjak dua menjak ni, Te-Yan ingin mengembalikan zaman kegemilangan membaca novel. Memang minat Te-Yan dalam pembacaan novel ni. Tapi bila dah mula bekerja dan berkeluarga ni hobi itu makin berkubur sedikit demi sedikit. Hari ni Te-Yan membaca satu lagi siri novel penulis Anis Ayuni- Bayangan Rindu. Sehelai demi sehelai muka surat novel ini diselak, dan akhirnya mata tertangkap pada satu quotes yang sungguh mendalam maksudnya...

The most selfish one letter 'I' - Avoid it
Most satisfactory two letters 'WE'- Use it
Most poisonous three letters 'EGO'- Kill it
Most used four letters 'LOVE'- Value it
Most pleasing five letters 'SMILE'- Keep it
Fastest spreading six letters 'RUMOUR'- Ignore it
Hardworking spreading six letters 'SUCCESS'- Achieve it
Most enviable eight letters 'JEALOUSY'- Distance it
Most powerful nine letters 'KNOWLEDGE'-Acquire it
Most divine ten letters 'FRIENDSHIP'- Maintain it


Hmmmm....what do you think...????

Friday, November 02, 2012

~Assalamualaikum Tece~

Assalamualaikum w.r.t

"Assalamualaikum tece...maybe tece dah tahu tujuan saya text tece.. saya nak minta maaf sekali lagi..kali ni peperiksaan besar yangg akan sy hadapi..inilah penentu ms depan saya..saya mmg minat subjek ict.. n harap dpt sambung blaja dlm bidang ict jugak..tece, doakan utk saya ya..saya tak pernah lupakan tece sebagai ibu saya yang kedua di sekolah..tece byk beri ilmu pada saya..dan saya sangat berterima kasih..saya harap saya boleh jumpa tece n peluk tece utk minta restu..tp apakan daya..hanya ini yang mampu saya buat..
saya sayang tece <3
saya juga akan buat tece bangga satu hari nanti..
Insya Allah..
#salam sayang, ex-student tece.
-Iffah- "


Itulah bingkisan SMS dari seorang pelajar Te-Yan semalam. Terkedu sebentar. Setiap kali peperiksaan setiap kali juga Te-Yan akan dapat SMS dari dirinya. Apa perasaan kalian sebagai seorang guru jika dapat SMS seumpama ini..?? Te-Yan cukup terharu kerana dia masih mengingati Te-Yan sebagai guru yang pernah mengajarnya walaupun hanya untuk tempoh yang sementara. Hilang rasa penat dan letih sepanjang perjalanan balik dari berkursus di utara. Te-Yan hanya berikan ilmu yang terbaik untuk anak-anak didik Te-Yan agar mereka juga mendapat pendidikan yang sempurna. Bukan mudah sebagai seorang guru untuk mendidik pelajar menjadi generasi berguna di masa depan. Banyak cabaran dan dugaannya. Tapi Te-Yan anggap ini sebagai satu tugas yang mulia. 

Ini bingkisan kata buat Iffah di sana:

"Waalaikumsalam Iffah. Tece maafkan segala kesalahan Iffah walaupun tece rasa Iffah tak pernah buat salah pada tece sepanjang tece mengajar Iffah. Tece senang dengan Iffah. Iffah pendiam dalam kelas. Iffah tak pernah buat hal dalam kelas. Iffah beri tumpuan dalam kelas. Dan hasilnya Iffah tetap mendapat keputusan yang baik sepanjang tingkatan 4 dulu. Dan walaupun dah berpindah ke Johor, tapi keputusan ICT trial Iffah juga amat baik dan sangat konsisten. Tahniah Iffah kerana masih mengekalkan prestasi akademik Iffah dengan sebaiknya. Iffah buat yang terbaik sepanjang SPM nanti. Ini penentu masa depan Iffah sebenarnya. Keputusan SPM itu nanti bakal menentukan sama ada sebelah kaki Iffah bakal terjejak di bumi bernama "universiti". Teruskan minat Iffah dalam bidang ICT jika itu menjadi satu inspirasi untuk Iffah berjaya. Tapi jangan abaikan subjek yang lain pula. Terima kasih sebab anggap tece sebagai ibu kedua Iffah semasa di sekolah. Tece berikan yang terbaik untuk anak-anak didik tece. Tece marah sebab tece sayang. Tece gembira sebab tece mahu kamu semua juga gembira. Tiada balasan yang diminta oleh seorang guru melainkan kejayaan anak didik mereka. Peluk tece dalam mimpi. Tece doakan semoga kamu berjaya dan berbangga dengan kejayaan kamu sendiri. There's no shortcut for education. Setelah berusaha, bertawakkal kepada Allah. Mudah-mudahan hatimu diterangi sepanjang peperiksaan ini. Semoga berjaya, Iffah. Salam sayang dari tece di sini untuk kamu di sana. -Tece- "

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...