Friday, November 02, 2012

~Assalamualaikum Tece~

Assalamualaikum w.r.t

"Assalamualaikum tece...maybe tece dah tahu tujuan saya text tece.. saya nak minta maaf sekali lagi..kali ni peperiksaan besar yangg akan sy hadapi..inilah penentu ms depan saya..saya mmg minat subjek ict.. n harap dpt sambung blaja dlm bidang ict jugak..tece, doakan utk saya ya..saya tak pernah lupakan tece sebagai ibu saya yang kedua di sekolah..tece byk beri ilmu pada saya..dan saya sangat berterima kasih..saya harap saya boleh jumpa tece n peluk tece utk minta restu..tp apakan daya..hanya ini yang mampu saya buat..
saya sayang tece <3
saya juga akan buat tece bangga satu hari nanti..
Insya Allah..
#salam sayang, ex-student tece.
-Iffah- "


Itulah bingkisan SMS dari seorang pelajar Te-Yan semalam. Terkedu sebentar. Setiap kali peperiksaan setiap kali juga Te-Yan akan dapat SMS dari dirinya. Apa perasaan kalian sebagai seorang guru jika dapat SMS seumpama ini..?? Te-Yan cukup terharu kerana dia masih mengingati Te-Yan sebagai guru yang pernah mengajarnya walaupun hanya untuk tempoh yang sementara. Hilang rasa penat dan letih sepanjang perjalanan balik dari berkursus di utara. Te-Yan hanya berikan ilmu yang terbaik untuk anak-anak didik Te-Yan agar mereka juga mendapat pendidikan yang sempurna. Bukan mudah sebagai seorang guru untuk mendidik pelajar menjadi generasi berguna di masa depan. Banyak cabaran dan dugaannya. Tapi Te-Yan anggap ini sebagai satu tugas yang mulia. 

Ini bingkisan kata buat Iffah di sana:

"Waalaikumsalam Iffah. Tece maafkan segala kesalahan Iffah walaupun tece rasa Iffah tak pernah buat salah pada tece sepanjang tece mengajar Iffah. Tece senang dengan Iffah. Iffah pendiam dalam kelas. Iffah tak pernah buat hal dalam kelas. Iffah beri tumpuan dalam kelas. Dan hasilnya Iffah tetap mendapat keputusan yang baik sepanjang tingkatan 4 dulu. Dan walaupun dah berpindah ke Johor, tapi keputusan ICT trial Iffah juga amat baik dan sangat konsisten. Tahniah Iffah kerana masih mengekalkan prestasi akademik Iffah dengan sebaiknya. Iffah buat yang terbaik sepanjang SPM nanti. Ini penentu masa depan Iffah sebenarnya. Keputusan SPM itu nanti bakal menentukan sama ada sebelah kaki Iffah bakal terjejak di bumi bernama "universiti". Teruskan minat Iffah dalam bidang ICT jika itu menjadi satu inspirasi untuk Iffah berjaya. Tapi jangan abaikan subjek yang lain pula. Terima kasih sebab anggap tece sebagai ibu kedua Iffah semasa di sekolah. Tece berikan yang terbaik untuk anak-anak didik tece. Tece marah sebab tece sayang. Tece gembira sebab tece mahu kamu semua juga gembira. Tiada balasan yang diminta oleh seorang guru melainkan kejayaan anak didik mereka. Peluk tece dalam mimpi. Tece doakan semoga kamu berjaya dan berbangga dengan kejayaan kamu sendiri. There's no shortcut for education. Setelah berusaha, bertawakkal kepada Allah. Mudah-mudahan hatimu diterangi sepanjang peperiksaan ini. Semoga berjaya, Iffah. Salam sayang dari tece di sini untuk kamu di sana. -Tece- "

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...