Monday, January 27, 2014

~2nd GENERATION : WE ARE THE CHAMPIONS~

Assalamualaikum w.r.t

Inilah barisan AJK VLE Generasi Kedua bagi tahun 2014. Tahniah...
Alhamdulillah hari ni terlaksana juga Majlis Pelantikan 1BestariNet VLE Teacher Champion dan 1Bestarinet Student Champion. Guru dan pelajar yang dilantik ini juga merupakan Generasi Kedua Frog Champion. Ini juga merupakan tahun kedua sekolah Te-Yan membudayakan VLE dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 

Banyak cabaran dan dugaan yang pihak sekolah alami untuk membudayakan VLE di sekolah. Memang agak sukar bagi Admin untuk memastikan guru-guru dapat menerima arus perubahan dalam dunia pendidikan masa kini. Tapi berkat usaha dan kerjasama daripada pihak pentadbir, Jurulatih Guru dan Student Champion yang dilantik pada tahun lepas, sedikit sebanyak dapat membuka mata para pendidik bahawa teknologi yang diperkenalkan bukan untuk membebankan para guru sebaliknya memberikan manfaat kepada guru dan juga pelajar. Yang sukar untuk kita ubah adalah sikap "zon selesa". 

Pelantikan Teacher Champion dan Student Champion ini bertujuan untuk membantu para guru dan juga pelajar dalam mempraktikkan dan membudayakan VLE dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Secara tidak langsung, guru-guru dan juga para pelajar mempunyai "kaunter pertanyaan" untuk mereka mendalami VLE. 

Tahun ni Te-Yan buat perubahan sedikit. Ada kategori sesi pagi dan petang. Jadi minggu ni lantikan untuk sesi pagi dahulu. 13 orang guru sesi pagi dan 10 orang pelajar sesi pagi. Untuk sesi petang ada 4 guru yang dilantik dan 10 orang pelajar sesi petang. Setiap pelajar yang dilantik pihak sekolah berikan sijil dan yang paling ditunggu dah sah-sah ler badge katak yang comel-comel itu. Hehehhe bukan senang nak dapat. Hanya pelajar yang berpotensi sahaja yang terpilih. Untuk guru pihak sekolah beri sijil lantikan. 

Bulan Februari sahaja pihak sekolah bakal dikunjungi oleh dua buah sekolah dari Selangor yang berminat untuk menjadikan SMK BBST sebagai sekolah bench mark untuk mereka melihat pelaksanaan VLE yang telah kami laksanakan di sekolah. Hmmmm tak tahu lah apa keistimewaan SMK BBST, tapi bak kata seorang GB di salah sebuah sekolah di Selangor setiap sekolah ada keistimewaannya. Jadi mungkin pelaksanaan VLE di SMK BBST merupakan satu keistimewaan kami. Almaklumlah, kami cuma sekolah harian biasa, dan kami juga bukan sekolah Champion, tapi kami berusaha untuk melaksanakan agenda KPM ini dengan seboleh mungkin. Tapi Te-Yan memang nak ucapkan ribuan terima kasih kepada beberapa orang individu (rasanya tak perlu lah sebut di sini. Biarlah nama-nama itu tersimpan dalam hati.) yang telah banyak memberikan sokongan dan nasihat dalam kami melaksanakan VLE ini. Segala susah dan senang sudah dirasa. Jasa mereka tetap tersemat dalam hati Te-Yan sampai bila-bila. Syahdu pula bila mengingatkan semua yang telah berlaku. Segala memori itu akan tetap terpahat dalam ingatan. Insha Allah, Te-Yan dan rakan-rakan yang lain akan teruskan usaha kalian ini walaupun banyak cabarannya. 

For my ICT boss, En Zahri dan Pn Mai, terima kasih tidak terhingga sebab banyak beri peluang kepada saya dan juga rakan-rakan VLE Selangor yang lain untuk berkongsi idea dalam memperluaskan VLE di Selangor dan secara tak langsung auranya dah sampai satu Malaysia...heheheh...

Juga terima kasih kepada pihak FrogAsia yang telah banyak memberikan peluang kepada SMK BBST untuk berkongsi ilmu VLE dengan sekolah-sekolah lain. Madam Elizabeth Lopez, Salfarizan, Azima, Fitri, Shahrizan, Aqila, terima kasih banyak-banyak tau. 

To my Weng Frenz : Azmi Hj Muda , Aida Suzana, Asmah Biran, Amiza, thanks sebab kita sentiasa bersama-sama susah dan senang dengan VLE nie. Kita dah rasa sama-sama dari tak tahu apa sampai kita tahu belaka..orang kata apa pun kita tetap kita...sebab pedulikan orang kata..yang penting kita tahu apa yang kita buat untuk manfaat rakan guru dan pelajar...huhuhu

To kak roi, thanks sebab banyak kongsi ilmu dengan rakan-rakan guru di Malaysia.

To My Partner in Crime, Tece Salwa Hanim, thanks a lot sebab sama-sama berganding bahu menggerakkan VLE di sekolah walaupun kita sama-sama sibuk dengan tugasan yang lain.

We are the champion...we are the champion.....
KepadaPentdbir sekolah, terima kasih sebab sentiasa menyokong apa yang terbaik untuk sekolah. Untuk Teacher Champion dan Student Champion SMK BBST yang telah dilantik, tahniah diucapkan. Te-Yan harap kita semua dapat berganding usaha dan tenaga dengan lebih cemerlang pada tahun ini bagi memastikan VLE semakin dibudayakan di sekolah kita.

Semoga sekolah kita terus berjaya, cemerlang dan terbilang.




Te-Yan rindu mereka ini. Generasi Pertama Frog Student Champion yang telah membawa AURA di sekolah. Semoga kalian berjaya dunia dan akhirat. Mama rindu kamu semua........
Sekian.
(Erkkk baru notis, asal Te-Yan buat entri macam bagi ucapan jer..tetiba cam jadi luahan rasa hati...hmmm layan je lah yer)

1 comment:

White Rose said...

Miss u tooo teacher...keep on frogging! <3

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...