Tuesday, January 14, 2014

~DUGAAN DI AWAL JANUARI 2014~

Assalamualaikum w.r.t

Semalam TeYan menjalani pembedahan mata kiri di Hospital Annur Bangi. Bulan 10 last year mata kiri TeYan ni macam ada spotted bersebelahan dengan kornea mata. Spotted tu kecil sahaja dan tidak membesar. Tapi agak mengganggu penglihatan TeYan sebab mata akan rasa pedih kalau kering atau duduk di tempat yang ber aircond. Dah jumpa pakar mata last year dan bila cek ada luka. Bila masa luka pula mata tu tak tahu lah kan. Agaknya gonyoh mata kuat sangat. Tak sedar mata luka. Doktor bagi ubat untuk hilangkan spotted tu. Tapi sehingga awal tahun ni spotted tu tak hilang juga. Jadi TeYan ambil keputusan jumpa doktor lagi. Sudahnya doktor kata kena operate nak buang spotted tu. Minor operation. 

Sepanjang masih bernyawa ni tak pernah pula masuk bilik operation kan. Tapi untuk kebaikan diri sendiri TeYan accept cadangan doktor. Jadi semalam masuk operation room dan operate jam 10 pagi. 30 minit lepas tu dah keluar dari bilik OT. 

Sepanjang prosedur pembedahan TeYan boleh tau apa yang doktor buat. Sebab cum mata sahaja dibius. Walaupun mata di spray dengan eyemore tu tapi boleh rasa lah apa doktor buat. Dengar bunyi laser lagi. Pisau lagi....aaaaa mendebarkan. Kena berani janji spotted tu dibuang.

Dua jam after operate, balutan mata macam Pirates of Caribean tu dah boleh dibuka. Mata kiri merah menyala. Diri sendiri pun takut nak tengok. Hari ni dah hari kedua. Mata dah semakin okey. dan Alhamdulillah, TeYan rasa penglihatan mata kiri lebih jelas dari sebelum ni. Agaknya spotted tu yg buat pelihatan agak kabur sikit. Syukur seadanya pembedahan itu selamat.

Peringatan untuk diri sendiri dan rakan-rakan, sayangilah mata anda. 

2 comments:

Kina said...

Ngerinya Marzie... tapi kalau biar lagi melarat nanti kan... take care!!

Anonymous said...

Takut aku baca ni... syukur dah ok

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...