Assalamualaikum w.r.t
Lamanya update blog kesayangan ni. Rindu pulak bila tengok entri-entri yang lepas. Tapi nak buat cemana, sesungguhnya masa tidak mengizinkan tuan punya blog ini untuk update blognya sendiri. Kesibukan teramat sangat sepanjang awal Februari sehingga awal bulan April nanti.
Sekarang ni rasanya otak jem seketika sebab memikirkan betapa banyaknya kerja yang perlu dibereskan di sekolah. Kalau nak tahu dah sebulan Te-Yan tak masak tau. Mana tak nya, kepenatan tau kerja cikgu nie. Sekarang ni kokurikulum dah 3 hari seminggu gara-gara adanya program 1 Murid 1 Sukan. Cikgu sekarang dah tak macam cikgu zaman dahulu kala. Cikgu sekarang banyak kerja. Haaa sesiapa yang rasa jiwa dan raganya nak menjadi seorang guru, baik fikir panjang ye. Takut tak termampu oleh mental dan fizikal. Te-Yan tak kisah sebab inilah kerjaya yang paling disukai. Rasanya mahu sahaja sampai pencen duduk di sekolah.
Apa tugas terkini Te-Yan kena siapkan ye....???
Pertama kena update blog rasmi sekolah. Sekolah buat blog je. Takde laman web. Lagi senang. Dah 3 kali buat laman rasmi tapi asyik jadi gajah putih sebab tak paham nak buat coding. Jadi sekarang nie buat blog lagi senang. Senang nak update dan senang nak faham. Kalau rasa-rasa nak tengok blog rasmi sekolah Te-Yan klik kat blog nie http://smkbbst.wordpress.com . Cuma blog yang simple tapi ada info. Masih lagi dalam pembangunan.
Kedua, kena buat soalan PKS 1. Waaaaa apa pun tak buat lagi. Minggu ni dah nak kene submit. Budak-budak nak exam dah nie.
Ketiga, kena kemas makmal bagi all out sebab ada pemantauan dari PPD. Haiyooo nak pantau pulak dah. Mentang-mentang lah sekolah kami ni paling dekat dengan PPD.
Keempat, kena buat buku program Mesyuarat PIBG. Ngehhh..asal cikgu ICT je tetap dan berpencen kena buat buku program kan..??? Kalau tak buku program, mesti sijil. Kalau tak sijil, mesti persembahan multimedia. Apa pun tak buat lagi. Meeting PIBG bulan March pula tu. Masakkk..masakkkkk
Kelima, ada pemantauan dari pihak KPM...Waaaa yang ini memang Te-Yan kena all out habis. Sebabnya ?? Heheheh adalah kan. Gara-gara dah menang negeri tahun lepas, jadi tahun ni ke peringkat kebangsaan pula. Hopefully semuanya berjalan dengan baik nanti. Apa depa nak tanya, Te-Yan jawab je lah. Janji dokumentasi kena all out. Wish me luck okey.
Huhuhu jumpa lagi nanti ye. Entah bila pula dapat update blog lagi. Kalau ada masa terluang, Insya Allah Te-Yan cuba update.