Friday, February 03, 2012

1001 Senyuman

Assalamualaikum w.r.t
Our team : Zhamel Harris, Muhammad Fatihin, Muhammad Firdaus, Anwar Faris, Sayyid Muhd Radzi,
Muhammad Izzat Shukri, Amirul Asmaan, Nik Muhamad 'Inwan, Surain
CONGRATULATIONS...


Hari ini merupakan hari yang penuh dengan senyuman dan kegembiraan bagi Te-Yan dan pasukan Tennis. 1001 senyuman tersirat di sebalik wajah yang kepenatan. Tetapi hasilnya amat menggembirakan semua. Pasukan Tennis kami berjaya merangkul kejayaan yang amat membanggakan. Hampir keseluruhan kategori menjadi milik kami hari ini. 

Alhamdulillah, bersyukur tidak terhingga kepada Allah Yang Maha Esa kerana telah memberikan kemenangan ini kepada kami. Dengan latihan yang cuma hanya dua minggu sebelum kejohanan, akhirnya kejayaan ini milik kami.  Ini keputusan keseluruhan kejohanan :

Johan Perseorangan L18
Naib Johan Perseorangan L18
Naib Johan Perseorangan P18
Johan Perseorangan L15
Ketiga Perseorangan L15

Johan Bergu L18
Johan Bergu L15
Naib Johan Bergu L15

Hasilnya seramai 6 dari 9 orang pemain terpilih untuk menjalani latihan berpusat sebelum ke Kejohanan Tennis MSSS Selangor yang akan berlangsung di Petaling Jaya dua minggu dari sekarang. 
Penuh style...kalah Nadal...ngeee

Te-Yan amat berbangga dengan semangat dan komitmen mereka yang berlatih setiap petang. Rasa amat gembira sekali sebab pada tahun ini baru ditubuhkan Kelab Tennis dan terus mendapat pencapaian sebegini. 
Kecik-kecik jeeee...tapi hebat

Cuma rasa agak terkilan juga sebab tidak dapat menghantar kategori perempuan bawah 15 tahun sebab kesuntukan masa untuk mecari pemain. Nasib baik juga semua pemain yang terpilih ini pernah menyertai kejohanan tennis sebelum ini. Jadi ini merupakan satu "advantage" kepada pihak sekolah. Sekurang-kurangnya masih ada pelapis untuk tahun-tahun seterusnya. Tugas Te-Yan tahun ini adalah untuk mencari pelapis-pelapis pemain tenis untuk setiap kategori terutamanya perempuan, sebab kami langsung tiada pemain untuk bawah 15 tahun. Rugi rasanya kalau tidak ada pemain tahun depan. Jadi  pencarian bermula tahun ini. 
Si kecil yang terbaekkkkk...

Syabas dan tahniah kepada kamu semua. Terima kasih di atas kesungguhan yang ditunjukkan sepanjang kejohanan berlangsung. Te-Yan amat menghargainya. 
Partner yg serasi...hebat korang main..terbaekkkk
Nik Inwan : Johan Perseorangan L18

Radzi : Ketiga Perseorangan L15

Firdaus : Ketiga Perseorangan L15

Zhamel : Johan Perseorangan L15

Asmaan : Naib Johan Perseorangan L18

Surain : Naib Johan P18

Niab Johan Bergu L15

Johan Bergu L15

Johan Bergu L18


SEMOGA BERJAYA DI KEJOHANAN TENNIS MSSS SELANGOR

Sayang semua..:)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...