Hari ini terbaca satu artikel di akhbar tempatan berkenaan dengan laut. Indahnya laut salah satu ciptaan teragung Allah Taala. Jadi hari ini rasanya mahu berkongsi cerita berkaitan dengan laut yang tersembunyi keistimewaannya . Rupanya semakin dalamnya laut semakin ada hidupan aneh di jurang laut. Te-Yan ada juga menonton jurnal berkenaan dengan hidupan laut ini di National Geographic Wild (NatGeo) di saluran 550. Salah satu saluran Astro yang paling digemari oleh Te-Yan dan dua orang si kecil. Setiap hari mesti menonton saluran ini. Banyak pengetahuan tentang binatang yang dapat dtimba dari saluran ini. Kalau pembaca mahu mengetahui cerita tentang binatang atau serangga yang pelik, boleh melihat salah satu jurnalnya pada hari Rabu, jam 7.00 malam. Sesuatu yang amat menarik disitu. Kita boleh menimba pengetahuan tentang kehidupan haiwan atau serangga pelik yang kita sendiri tidak tahu kewujudannya.
Sebelum kita lihat hidupan apa yang berhabitat di laut dalam, kita tahu dulu apa itu jurang laut. Mengikut catatan akhbar tersebut, bahagian laut yang paling dalam di dunia terletak di Lingkaran Api Pasifik yang aktif dengan aktiviti gunung berapi dan gempa bumi. Aktiviti seismik telah membentuk jurang-jurang besar dengan kedalaman di antara 5000 meter hingga 10000 meter. Ia sesungguhnya kawasan yang sangat gelap dan mempunyai tekanan. Mengikut fakta, laut paling dalam di dunia dikenali sebagai Challenger Deep yang terletak di Mariana Trench, Lautan Pasifik. Ini kerana Challenger Deep mempunyai kedalaman 10916 meter ke dasar laut. Dengan kedalaman yang luar biasa itu, tidak mustahil sekiranya terdapat kehidupan organisma yang pelik.
0 meter :
Paras laut
40 meter:
Had selam skuba
195 meter:
Zon foto
318 meter:
Rekod selam skuba paling dalam
535 meter:
Kawasan makanan ikan dolfin
1035 meter:
Kedalaman yang boleh dicapai kapal selam tentera Amerika
1800 meter:
Permulaan laut dalam
1850 meter:
Habitat jerung Sixgill
2197 meter:
Sotong raksasa telah ditemui sepanjang 10 meter dan berat 495 kg
2500 meter:
Had maksimum selaman ikan paus berparuh
3790 meter:
Purata kedalaman laut
3800 meter:
Tempat kapal Titanic tersadai
6492 meter:
Keupayaan menyelam kapal selam Shinkai Jepun
7703 meter:
Habitat ikan laut paling dalam iaitu ikan cacing
8605 meter:
Bahagian paling dalam Lautan Atlantik
9450 meter:
Paras penerbangan pesawat di udara
10916 meter:
Dasar laut paling dalam
Mengikut fakta, penjelajahan tahun 1960 oleh saintis Switzerland, Jacques dan Leftenan Donald Wish menggunakan kapal selam Trieste merupakan satu-satunya pelayaran yang pernah membawa manusia sehingga tempat sedalam itu.
Betapa agungnya ciptaan Allah. Melihat pada kedalaman 1850 meter di mana terdapatnya habitat jerung Sixgill, Te-Yan telah menonton jurnal mengenai jerung ini di saluran NatGeo. Ikan jerung besar yang bermata hijau. Matanya bersinar di bawah kegelapan habitat kehidupannya.
Indahkan kehidupan di laut sana. Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya. Subhanallah.
Sumber: Kosmo
No comments:
Post a Comment