Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahada
Bermulalah sebuah kisah
Malam Isnin subuh yang indah
Dua belas Rabiul'awal yang cerah
Dua puluh April tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah
Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putera yang utama
Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Ilahi sama disyukuri
Terima putera yang berbakti
Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembia
Terima junjungan mulia
12 Rabiul'awal : Tarikh kelahiran Nabi Muhammad S.A.W
Sama-sama kita hayati empat sifat terpuji Rasulullah S.A.W : Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fatonah.
Siddiq : Benar
Ia merupakan sifat pertama yang wajib dimiliki para Nabi dan Rasul yang dikirimkan oleh Allah bagi membawa wahyu dan agamaNya. Perkataan yang disampaikan oleh Rasulullah adalah benar. Perbuatan Rasulullah juga adalah benar.
Amanah: Benar-benar boleh dipercayai
Jika sesuatu urusan telah diserahkan kepada Rasulullah, nescaya orang mempercayai bahawa urusan tersebut akan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya oleh Rasullullah. Kerana itu, Rasulullah digelar "Al-Amin" oleh penduduk Mekah.
Tabligh: Menyampaikan
Segala firman Allah yang ditujukan oleh manusia, disampaikan oleh Rasulullah S.A.W. Tiada satu pun yang disembunyikan walaupun ianya menyinggung Baginda sendiri.
Fathonah: Bijaksana
Baginda S.A.W harus mampu untuk menjelaskan firman-firman Allah S.W.T kepada kaumnya sehingga mereka mahu memeluk Islam. Baginda juga harus mampu berdebat dengan orang-orang kafir dengan cara yang sebaik-baiknya.
Selamat Menyambut Maulidur Rasul
No comments:
Post a Comment