Assalamualaikum w.r.t
Salam Ramadhan ke 23. Kali ni rasanya nak bercerita pasal SMS BLASTER. Rasa-rasa kebanyakannya mesti dah tahu pasal sistem ni kan..? Sistem pemberitahuan sebarang makluman melalui henpon kita. Sekarang ni sekolah Te-Yan dah mula menggunakan sistem sms blaster ni dalam usaha untuk mempertingkat perluasan teknologi komunikasi pihak sekolah dengan ibu bapa pelajar. Tujuan utama sebab nak beritahu parents tentang aktiviti yang akan dijalankan oleh pihak sekolah. Semuanya gara-gara komplen daripada pihak parents yang mereka tidak tahu sebarang aktiviti yang dah dijalankan oleh pihak sekolah. Macam mana nak tahu, dah anak masing-masing diam membisu dan tidak buka mulut berkenaan apa sahaja aktiviti yang dijalankan oleh sekolah. Itulah tradisi pelajar masa kini.
Jadi untuk memastikan semua ibu bapa mendapat makluman, pihak sekolah telah pun menggunakan sistem SMS Blaster. Sistem ini telah pun digunakan pada Julai 2012 yang lalu. Yang nak dijadikan cerita, macam-macam reply yang sekolah kami terima alkisah dari penghantaran sms tersebut. Kami dah set kan alamat emel untuk sistem ni. Jadi bila hari pertama di bulan Julai tu sekolah ada hantar sms pasal makluman sumbangan PIBG, maka bila view sahaja di emel, masya Allah, macam-macam reply yang kami terima. Setiap makluman yang diterima di henpon mereka tu, kalau mereka balas akan terus masuk ke emel. Nak gelak pun ada, nak kesian pun ada. Entah macam-macam reply yang diterima. Kalau parents yang dah attend mesyuarat PIBG memang takde masalah sebab mereka dah tahu pasal perkara ini. Kalau yang tak attend tu yang jadi masalah.
" Nak tanya, ni siapa ye"
" Ni cikgu ye.."
"Kami dah bayar dah"
"Kata semua yuran free, kenapa nak kena bayar pulak"
"Kalau ada yang tak bayar yuran, apa kata pihak sekolah yang tolong bayarkan.Kata 1 Murid, 1 Yuran"
" Saya dah ada dua orang anak sekolah kat situ, kira anak ketiga saya tak perlu nak bayar yuran tu"
Itu antara sms yang parents telah reply dan masuk ke emel sms tu. Adusss pening kepala admin nak tengok semua tu. Ada pula yang masih bertanya sms tersebut daripada siapa. Dah terang-terangan sms yang pihak sekolah hantar tu tertera nama sekolah dan juga PIBG.
Ada juga makluman yang diterima, no telefon yang diberikan oleh pelajar-pelajar bukannya no telefon parents mereka. Sebab hari tu admin ada bagitau someone minta edit no henpon sebab katanya dia baru umur 22 tahun, takde lagi anak sekolah menengah. Haaaa dah sah-sah pelajar bagi no henpon salah. Sebab admin akan ambil semua no henpon parents yang ada kat APDM online tu. Kalau dah salah no henpon yang diberi, maka makluman pun sampai ke pihak yang tidak sepatutnya. Jadi tak sampai juga lah makluman kat parents mereka.
Te-Yan pun dah minta students pesan kat parents mereka, tidak perlu nak membalas sms tersebut.
Hohoho lepas ni kami nak sms pasal cuti hari raya pula. Nak tengok apa pulak reply nya nanti....
Pening nak membaca weeehhhhh.......!!!!!!