Saturday, August 04, 2012

~Mereka Yang Istimewa~

Assalamualaikum w.r.t

Update blog selepas sahur nie memang banyak idea yang datang mencurah-murah. Kali nie Te-Yan cuba untuk berkongsi rahsia alkisah pelajar-pelajar istimewa yang ada di sekolah Te-Yan nie. Kalau nak tahu di sekolah kami nie ada satu kelas yang dinamakan sebagai Program Pendidikan Khas dan Integrasi (PPKI). PPKI nie menempatkan pelajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran. Atau kita boleh panggil mereka anak-anak istimewa. Walaupun mereka ni kurang dari fizikalnya tetapi mereka tetap mempunyai keistimewaan. 

Kadang-kala Te-Yan rasa dari segi akhlak, pelajar-pelajar PPKI ni lebih berakhlak daripada pelajar-pelajar yang normal. Mereka lebih menghormati guru dan lebih mengikut peraturan sekolah.

Hari Isnin yang lalu telah diadakan kuiz sempena Bulan Kemerdekaan semasa perhimpunan pagi. Jadi kalau dah namanya kuiz, mesti ada hadiah kan. Tak kiralah hadiah tu berapa harganya, berapa besar saiznya. Bila diperhatikan, setiap kali soalan diajukan majoriti pelajar-pelajar yang normal akal dan fizikalnya tidak ada keyakinan untuk menjawab. Tetapi pelajar-pelajar PPKI ni mempunyai keyakinan untuk menjawab. Dan paling menyentuh hati dan membuatkan semua terkejut pada hari itu apabila diajukan soalan "Pada tahun berapakah Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia?"... haaaa semua ternganga-nganga. Tak tahu jawapannya. Tetapi dengan penuh keyakinan, seorang pelajar lelaki PPKI telah bangun dan menjawab soalan tersebut dengan betul. Cuba bayangkan ye, mereka yang mempunyai masalah pembelajaran juga boleh menjawab soalan-soalan berkaitan dengan kemerdekaan negara kita. Dan pelajar PPKI yang menjawab soalan ini juga merupaka Juara Pertandingan Azan Negeri Selangor. Wahhhhh...tahniah....

Selalunya setiap hari Rabu, kumpulan pelajar ini akan masuk ke makmal komputer, sebab mereka juga diberikan asas kemahiran untuk menggunakan komputer. Kebetulan pada hari Rabu lepas, memang Te-Yan berada dalam makmal semasa sesi kelas ini bermula. Apa yang Te-Yan perhatikan, mereka amat mudah untuk memahami segala yang diajar oleh guru mereka. Minggu ni mereka belajar cara nak design kad hari raya. Hanya guna Microsoft Word sahaja. Tapi penghasilannya amat membanggakan. Sangat kreatif. 

Hari tu Te-Yan tersentuh hati bila penyelaras PPKI ni buat teguran di perhimpunan. Ditujukan khas kepada sekumpulan pelajar-pelajar yang normal akal fizikalnya ni. Rupanya ada kes dimana terdapat sekumpulan pelajar-pelajar normal yang telah mengejek dan menendang beberapa orang pelajar PPKI ni. Masya Allah, terkejut kami semua bila mendengar laporan ni. Di mana letaknya akal fikiran pelajar-pelajar normal ni..? Tak ada sifat berperikemanusiaan langsung. Cuba bayangkan sekiranya ada diantara ahli keluarga kamu yang akal fizikal nya memang telah dilahirkan tidak sempurna diperlakukan sedemikian..??? Mesti marahkan..!!!!

Inilah barisan guru-guru PPKI yang penuh dedikasi.
Kesimpulannya, kita mesti menerima mereka yang istimewa ini dengan hati yang penuh keikhlasan. Jangan dihina atau diperlekehkan mereka kerana mereka ini ada sesuatu yang istimewa yang pastinya telah dijanjikan oleh Allah. Syabas kepada guru-guru PPKI kerana sangat sabar mendidik mereka menjadi orang yang penuh berilmu. Jasa dan pengorbanan anda sudah pasti Allah yang membalasnya. 

1 comment:

Unknown said...

kalau tak ahli keluarga sendiri yg istimewa, ssh org biasa nk terima..sekadar pendapat..sbb org malaysia ni mmg suka mengejek..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...