Assalamualaikum w.r.t
.jpg)
Tapi bila tyme bulan puasa ni, memang Te-Yan akan masak sepenuhnya. Sebab dapat balik awal waktu bulan puasa. Jadi masa untuk memasak tu ada. Setakat ni kaki tak jejak lagi kat bazaar Ramadhan. Te-Yan tak berapa gemar nak pi pasar Ramadhan. Malas nak bersesak-sesak ngan orang kat situ. Dengan parking yang memang susah nak cari. Haiiiissshh tak payah lah.
Kalau bulan puasa ni, macam-macam idea yang keluar nak masak apa. Minggu ni dah tiga kotak Te-Yan bawa serbuk cheese cheezy wedges dan tepung magic kat opis. Waaauuu...habis langsai member-member beli. Alhamdulillah. Ajar pulak dorang menu-menu guna bahan-bahan tu. Hehehhehe...
Memandangkan anak sulung Te-Yan tu tak tinggal puasa lagi, lagi lah bertambah semangat nak memasak. Menu buka puasa memang ikut menu si hensem tu nak makan apa. Setiap hari lah Te-Yan bertanya si hensem nak makan apa bila buka puasa. Kepuasan memasak tu memang ada sebab seronok bila tengok anak-anak dan cik abang makan dengan berselera.
Hmmmmm esok nak menu apa pula yeeee....???? Macam biasa mesti kena tanya hensem tu...
No comments:
Post a Comment