Tuesday, September 24, 2013

Perlis Indera Kayangan ~ Aku Datang

Assalamualaikum w.r.t

Entri terbaru daripada Teyan setelah sekian lama blog ini menyepi. Semasa entri ini ditulis, Teyan dalam kereta dalam perjalanan ke negeri Perlis Indera Kayangan. Alhamdulillah penerbangan tepat pada masanya, dan tiba juga pada masanya. Awal sungguh penerbangan tadi. Jam 6.40 pagi kami dah berlepas. 

Hampir 10 tahun dah kot rasanya tak jejak kaki ke Perlis sejak menjadi warga Selangor. Rindu pada tempat bermain. Rindu nak ke sekolah lama.Akhirnya hari ini jejak juga ke sini. 

Teyan datang ke Perlis pun sebab bekerja. Untuk kali ini Teyan akan berkongsi ilmu buat teman-teman guru di Perlis berkaitan dengan pembelajaran maya VLE Frog. Mudah-mudahan perkongsian ilmu ini dapat memberikan impak positif dalam membudayakan VLE di sekolah.

Okeylah, Teyan tak nak lah menaip entri yang panjang untuk kali ini. Mahu melihat keindahan alam ciptaan Allah sepanjang perjalanan ini.

Sampai jumpa lagi.

Sunday, August 11, 2013

~Raya Di Kampung Tetap Di Hati~

Assalamualaikum w.r.t

Masa entri ni di taip, Te-Yan baru je sampai di rumah opah kat Kampung Talang Masjid, Kuala Kangsar. Hari ni dah raya ke 4. Baru nak balik ke kampung. Tahun ni semua adik beradik Te-Yan berkumpul dan beraya di Shah Alam. Beraya bersama ibunda kami tercinta di sini. Kalau tak memang every year kami akan pulang ke kampung. Tahun ni ubah selera nak beraya di bandar, kebetulan adik Te-Yan yang kerja atas kapal tu sedang bercuti dua bulan. Jadi peluang ini kami manfaatkan bersama. Bukan senang kami berlima nak berkumpul bersama memandangkan masing-masing sibuk dengan tugas dan tanggungjawab. Seronok juga beraya di bandar. Hahahha jalan lengang. Umpama bandar tu kami punya. Nak ke mana-mana pun jalan tak jem.

Hari ni kami berkumpul di rumah opah di Kuala Kangsar. Mesti juga balik ke kampung walaupun dah hari raya ke 4. Bukan apa, suasana di kampung memang meriah. Hari ni pun masih lagi ada dentuman bunyi mercun. Haishhhh geram jugak lah kan. Tapi nak buat cemana, dah nama lagi hari raya. Sepanjang perjalanan dari ibu kota ke utara, jalan menuju ke arah selatan memang sangat sesak. Sepanjang jalan kereta dalam kesesakan lalu lintas. Entah dari mana lah mulanya kesesakan tu. Memang dari utara lah tu. Kesian bila tengok warga kota yang dah mula pulang ke ibu kota. Entah pukul berapa lah sampai ke ibu kota tu. Esok dah mula kerja kan. 

Kami singgah di Kampar dahulu. Nak beraya di rumah saudara di sana. Dari Tapah nak ke Kampar, perjalanan yang boleh dikatakan 40 minit dah jadi sampai dekat sejam setengah. Banyaknya kereta nak menghala ke sana. Penat sungguh tempoh kesesakan nie. Letih memandu.

Dari Kampar kami bergerak ke Kuala Kangsar. Alhamdulillah perjalanan lancar. Dalam 30 minit dah sampai rumah opah. Yeayyy..punya lah seronok my kiddos bila dah sampai rumah Onyang dorang. Tambah pula rumah pakcik berdepan dengan rumah opah. Dah kira ada dua homestay kami boleh lepak-lepak. Ayat my dotter bila dia berada di rumah pakcik, "Mama, adik nak pegi rumah kampung tau". (sambil tunjuk rumah Onyang yang berdepan dengan rumah pakcik)..hahahah dia pun konfius yang mana satu kampung sebenarnya. Tapi itulah kanak-kanak. Keseronokan terlepas bebas di kampung memang saat yang ditunggukan. Memang puas lah mereka bermain. Masa entri ni ditulis pun, my kiddos tak berhenti lagi nak bermain. Kompom malam ni tido lena dan mengigau. Rumah pakcik ada open house sekarang ni. Penuh laman rumah opah dengan kereta. Menu terbaik kat rumah pakcik, soto, spagetthi carbonara dan paling best sekali tapai. Kenyang perut.

Esok, masih tak tahu apa agendanya. Nanti Te-Yan update lagi. Mata dah layu. Mahu tido. 
Selamat malam.

Tuesday, August 06, 2013

~Mood Design Kad Raya~

Assalamualaikum w.r.t

Hari ni dah masuk Ramadhan ke 28. Maknanya tinggal dua hari aje lagi Ramadhan bakal meninggalkan kita semua.

Agaknya sekarang ni masing-masing dah balik ke kampung halaman. Kalau nak tahu, masa Te-Yan taip entri terbaru ni, Te-Yan berada di sekolah. Huhuhu kena bertugas di sekolah buat seketika. Dua jam je pun. Tapi takpelah, tolong menolong kan. Orang lain semua dah cuti.

Kalau tengok di Facebook, rata-rata sibuk mengepost kad raya digital mengikut kreativiti masing-masing. Sungguh berbeza suasana raya zaman dahulu dan kini. Kalau dulu sibuk kita mengira berapa jumlah kad raya yang dapat dalam bulan puasa tu. Kalau siapa paling banyak, dia lah yang paling hebat sebab ramai kenalan. Tapi sekarang ni, dengan teknologi ICT yang semakin hebat, nostalgia kad raya tu dah takde. Masing-masing hanya post sahaja kat raya melalui laman sosial. Tapi, walau bagaimanapun cara kita menyampaikan ucapan kemaafan di hari raya, janji ucapan kita itu lahir dari hati kita yang tulus ikhlas.

Te-Yan pun tak ketinggalan juga dalam mood design kad raya nie. Setakat ni dah dua kad raya digital Te-Yan hasilkan khas untuk sahabat handai.

Nak tengok hasilan rekabantuk kad raya yang Te-Yan buat..? Hehehhe jom...


Heheheh inilah kad raya yang Te-Yan design khas dari Group Frog Te-Yan. Hari terakhir sekolah kami buat havoc dengan buat photoshoot pre raya kat sekolah. Macam-macam gaya. Siap import jurugambar lagi. Tapi tak cukup korum lah sebab last minute punye plan. Tapi itulah hasilnya. Kelasssss kan.


Yang ini pula hari terakhir bermesyuarat bersama team Frog negeri. Waaahhh hebat tak. Ini pun tak plan juga. Mereka inilah antara team Frog Selangor yang bersama-sama berjuang untuk memastikan VLE di sekolah dapat dibudayakan dengan sepenuhnya. Penat jerih telah kami semua lalui untuk memastikan VLE ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya di sekolah. 

Nanti ada satu lagi kad raya bakal menyusul. Itu khas daripada Te-Yan dan family. So tunggu je lah yer.



Saturday, June 22, 2013

Journey to LEGOLAND Malaysia

Assalamualaikum w.r.t

Kisah cuti sekolah dah habis. Tapi Te-Yan baru je rasa nak update segala aktiviti yang Te-Yan dan family lakukan sepanjang cuti sekolah yang lalu. Hasrat di hati memang nak bagi my kiddos happy during their school holidays. 

Memang agenda nak bawa mereka ke USS tapi bila dah survey banyak game yang my kiddos tak boleh naik. So ubah plan bawa mereka ke Legoland. Hmm memang berbaloi lah. Kami gunakan khidmat hotel terus. Tak perlu fikir masalah transport or nak uruskan pembelian tiket. Semua diuruskan oleh pihak hotel. Kami bercuti 3 hari 2 malam di KSL Resort Hotel. Sebelum ni Te-Yan dah pernah berkursus di hotel tersebut. Sangat cantik. Ada shopping kompleks. Ada swimming pool. Dan sekarang ni dah ada taman tema di hotel tersebut. 

Hehhe sebelum ke Legoland Te-Yan bawa my kiddos balik kampung..nak tengok apa my kiddos buat...hahah anak orang bandar yang tak pernah merasa apa yang budak-budak di kampung boleh buat..

Di persisiran sungai Perak dekat Kuala Kangsar

Jambatan untuk ke Sayong

Popular laksa ni..nama pun kelas tau..LAKSA ZIMBO

hahaha tau kan ini anak ayam..tapi my kiddos tak pernah tengok anak ayam hidup..so agak jakun

ehehhhh buat apa terngendap2 nie...hahha kejor anak ayam tu..kesian lah anak-anak ayam tu dikejar oleh my kiddos


nasib tak mati je anak ayam tu

Jakun tengok kucing yang baru lepas beranak....

My hensem anak sedara...haaa..tak pernah main pasir

Rumah my lovely opah

Ngadap lah pasir..nak merasa main pasir...

After balik kampung tu, esoknya we all bergerak ke Johor Bahru. Sampai sahaja..hmmm my kiddos dah mula lah nak main pool. Sekarang ni kat KSL tu dah ada Dinasour Theme Park. Kalau tak salah baru dibuka pada 5 Jun 2013. Masa kami pergi tu tak buka lagi. Masih dalam pengujian oleh kakitangan. 




Ha inilah Dinasour Water Theme Park kat KSL tu...

Now jom view journey we all kat Legoland...woottttt





















Yang pastinya dengan harga tiket sedemikian semua game boleh naik berulang-ulang kali...Puas hati...My kiddos happy so mama n abahnya pun happy sama...





Thursday, May 30, 2013

~Memori Hari Guru 2013- Pop Yeah Yeah~




 
Assalamualaikum w.r.t

Malam ni baru berpeluang nak tulis entri terbaru dalam blog personal ni. Entri tentang Sambutan Hari Guru di sekolah yang telah diadakan pada 16 Mei 2013 yang lalu. Walaupun dah nak penghujung bulan Mei, tapi kemeriahan hari guru tahun ni masih lagi terasa.

Eheeee nak tahu tema hari guru tahun ni..tahun ni kelab KEBAGUS buat tema ala-ala 60an dan 70an..hahahha Tema Pop Yeah Yeah gitu. Kelas gitu. Jenuh lah cikgu-cikgu ni berfikir nak buat baju bertemakan Po Yeah Yeah. Maka sekarang ni kan ke dah keluar balik fesyen zaman dulu kala "Peplum" tu. Jadi ramai jugak lah cikgu-cikgu yang pakai ikut tema termasuklah Te-Yan sendiri. Heheh sambutan hari guru setahun sekali. Jadi tak salah rasanya, nak bergembira untuk diri sendiri.

Jom lihat gambar-gambar yang Te-Yan dah upload ni. Yang pastinya, semua cikgu memang sporting. 

Fresh flowers for teachers....uhuuuu last dulu dapat fresh flower masa konvo jer...sadis betul...


Acara wajib setiap tahun bila sambutan hari guru ni. Cikgu-cikgu diarak ke Dataran Pengetua. Wahaaahaha tengoklah betapa glemer nya cikgu-cikgu uols...

Ini pasukan kompang sekolah. 

Hehehhehe bunting ni Te-Yan yang design. Biasalah kan..Te-Yan kan ke suka  benda-benda yang berkaitan dengan design ni. 

Penyerahan kd ucapan hari guru daripada Ketua Pengawas yang mewakili semua pelajar SMK BBST

Ahaaaaa yang ni so suprise.. Mentang-mentanglah SMK BBST femes ngan En Katak tu (VLE FROG) , ada kad ucapan logo Frog lagi. Yang ini dihasilkan oleh para pelajar kelas 4ICT. hihihi....

Dengan salah seorang pelajar Tingkatan 6, Cik Gak...heheh birthday kami sama..bulan Disember..

Inilah team sukaneka Te-Yan....well time sukaneka lah boleh tau cikgu tu macam mana orangnya. 

Peace yo...Student kelas Te-Yan...


Ni cikgu-cikgu praktikal. Single lagi dua orang tu. Sapa berkenan cepat-cepat masuk meminang...hehheheh
Ahaaaaa ni selepas perasmian. Team ni Te-Yan dan Tece Chuah yang latih. Last minute punya idea. Nasib lah menjadi. 

Kad Ucapan dari pelajar-pelajar Pendidikan Khas. Kreatifnya mereka. 

Uhuuuuu sporting habis PK Akademik..cayalah....

Hamboiiii cikgu..tekunnya masukkan biji manik dalam jarum....Susah wehhhh....tapi group Te-Yan paling banyak jumlah manik yang dapat diambil gunakan jarum tu....

Game masukkan air dalam botol guna span...pandai betul sapa yang buat game ni...guna span tak serap air...grrrr...

Hahhaha..yang ini memang tak boleh blah betul.....inilah antara finalis pakaian ikut tema.  Kena buat catwalk bagai pulak kat atas pentas...hahhaha 

Inilah pemenang pakaian tercantik...Yang warna merah tu pemenang guru sesi pagi. Dan yang kuning diraja tu pemenang guru sesi petang...meletoppppp lah uolsss...

Esoknya juga diadakan pertandingan bowling hari guru peringkat daerah. Hahahha main bowling sekali sekala. Juara longkang lah jawabnya. Tapi kali ni Te-Yan tak jadik juara longkang okey. Siap ada supporter datang bagi pinjam bola hikmah lagi...

Sebelum baling bola kita bergambar dulu. Nampak tak si kecik tu. Peminat setia Te-Yan. Entah apa ada kat muka Te-Yan ni pun tak tau lah. Tak berenggang lah ngan Te-Yan si kecik tu. Baru kenal si kecik tu hari tu. Anak cikgu praktikal.

Tak yah dok kata apalah ye. Kami memang JUARA BERGAMBAR...wooottttt

Gambar lagi...hahahahah..kelas ko nyahhhh

That's the Bola Hikmah that i'm using it...tenkiu to my laling yang bagi pinjam bola tu ye...Takde lah mama korang ni  dapat telor ayam jer....yang pastinya Te-Yan melaram ngan TSHIRT FROGASIA....hahahha dapat masa 1Bestarinet Roadshow......

My Son and Daughter...datang bagi support kat mama dorang neh..dan datang bagi pinjam bola  lagi...kelas takkk....tenkiu lalings...

So, that's all for tonite entry. Enjoyed ur reading. See ya....



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...