Saturday, May 17, 2014

~Hari Guru 2014 : Guru Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi~

Assalamualaikum w.r.t



Semalam, 16 Mei 2014 merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh semua guru di Malaysia sebab tarikh ini sememangnya khas untuk meraikan jasa guru-guru di Malaysia. "Guru: Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi". Itu lah tema yang telah dipilih untuk tahun ini. 

"Guru memainkan peranan penting sebagai penggerak agen perubahan yang sentiasa kreatif dan inovatif, mempunyai ketrampilan yang tinggi dari segi personaliti, mempunyai pemikiran yang luas dan strategik serta mampu mencetus ledakan ilmu yang dapat diterapkan kepada murid bagi membolehkan mereka menghbungkan pelbagai disiplin ilmu untuk mencipta ilmu yang baharu bertaraf dunia.

Membudayakan inovasi merupakan agenda berterusan dalam gelombang transformasi pendidikan bagi melahirkan generasi muda yang bersedia mencapai kecemerlangan dalam persekiratan yang kompetitif secara global. Keupayaan warga pendidik menyediakan peluang kepada murid bagi mendapat pengalaman pembelajaran leboh bermakna, pengalaman pembelajaran dalam menyelelesaikan masalah, kreativiti dan pemikiran kritikal dilihat mampu meningkatkan kemahiran murid yang dapat berfikir secara kritis dalam konteks akademik dan persekitaran kehidupan sebenar."

Dua perenggan di atas ini merupakan antara huraian tema hari guru pada tahun ini. TeYan amat tertarik dengan ayat "kreatif dan inovatif", "membudayakan inovasi", "menyediakan peluang kepada murid" yang sememangnya menjurus kepada gaya pendidikan pada zaman kini. Zaman pendidikan yang berteraskan teknologi. Tak kiralah walau pun di mana kita berada, rata-rata kita akan melihat keupayaan pelajar mengeksplorasi dan menggunakan gadjet terkini. Tanpa perlu diajar oleh guru, mereka boleh mengaplikasikan segala teknologi ICT secara "self access learning". Jadi sebagai guru tidak salah kita cuba untuk menjadikan kita seorang guru yang kreatif dan inovatif dalam meningkatkan kemahiran kita menggunakan teknologi dalam PdP. Cuba pelbagaikan kaedah yang ada sekarang ini untuk menjadikan pengajaran kita lebih menarik dan tidak membosankan pelajar. Cuba kita beri peluang kepada murid untuk membudayakan teknologi. Ini bukan bermaksud kita membiarkan murid untuk mengeksplorasi tanpa batasan. Sebagai guru kita juga bertanggungjawab untuk memberitahu atau memaklumkan kepada murid batas-batas dalam dunia tanpa sempadan ini. 

Sebagai Guru Penyelaras Bestari di sekolah, TeYan memang akan cuba sedaya upaya untuk mendedahkan semua guru, pelajar dan ibu bapa di sekolah dengan teknologi terkini dalam dunia pendidikan. Tidak kira guru itu masih muda setahun jagung dalam dunia pendidikan ataupun sudah menjadi "otai" atau guru senior dalam dunia pendidikan, tidak semestinya menolak mentah-mentah teknologi yang boleh memberikan impak yang terbaik dalam kaedah pengajaran kita sebagai guru. Kita seharusnya berani untuk mencuba sendiri, sekurang-kurangnya kita tahu untuk menggunakannya. Masih teringat dengan kata-kata seorang sahabat " Jangan hanya tahu teori sahaja. Kita perlu guna, baru kita boleh tahu". Ya memang betul. Kalau setakat pandai berkata-kata dan hanya bercakap berlandaskan teori sahaja, mana mungkin kita akan tahu kelebihan atau kekurangan sesuatu teknologi itu. Ambil peluang yang ada untuk mempelajari sesuatu yang baru. Jangan sehingga kita ini dikatakan ketinggalan zaman. 

Dalam tempoh dua tahun ini, rata-rata semua sekolah di Malaysia telah dibekalkan dengan satu platform pembelajaran secara maya yang dikenali dengan Frog VLE. Sebelum adanya Frog VLE ini, TeYan dah banyak menggunakan pembelajaran maya seperti ini bermula dengan NiceNet, kemudian Edmodo, LMS dan seterusnya Frog VLE. TeYan cuba semua kaedah ini dan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran TeYan. Tahun 2009-2010, TeYan menggunakan Nicenet dalam proses PdP. Tahun 2011 pula memperkenalkan Edmodo kepada murid. Dan tahun 2012 hingga kini TeYan memang menggunakan Frog VLE sepenuhnya dengan murid. Setiap aplikasi yang kita guna mesti ada kebaikan atau kelemahannya. Tapi sebagai guru, kita perlu ada rasa usaha untuk mencuba dan mempelbagaikan kaedah pengajaran kita supaya lebih kreatif dan inovasi.

Dalam tempoh ini memang TeYan dapat melihat perubahan di kalangan murid dan juga guru di sekolah. Murid menjadi lebih kreatif kerana mereka dapat mengeksplorasi perkara baharu yang melibatkan ICT. jadi proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih mudah. Guru pula sudah berusaha untuk mempertingkatkan kemahiran ICT secara berperingkat. Walaupun masih ada lagi yang agak kurang mahu untuk menggunakan teknologi, tetapi TeYan ambil itu sebagai satu cabaran untuk terus memberikan yang terbaik kepada guru-guru di sekolah. Tidak perlu memaksa guru tetapi kita boleh gunakan pendekatan yang lebih mesra pengguna untuk menarik perhatian guru supaya membudayakan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.

In Sha Allah, TeYan akan terus berusaha untuk memberikan yang terbaik buat warga sekolah dan berkongsi ilmu dengan rakan-rakan guru di Malaysia. Jangan takut dengan teknologi kerana kita yang mengawal teknologi itu. Jika kita gunakan dengan sebaiknya, maka baiklah kesannya.Tepuk dada tanya hati cikgu-cikgu semua. 

Kepada semua guru-guru dan para pensyarah yang pernah mengajar TeYan sejak dari tadika (Tadika Kemas Kem Penrissen Kuching Sarawak), sekolah rendah (SRMJDI Kuching Sarawak, SK Permatang Pelanduk Teluk Intan, SK Sri Kinta Ipoh), sekolah menengah (SMK Seri Intan Ipoh, SMK Syed Sirajuddin Arau), matrikulasi (Universiti Utara Malaysia), universiti (Universiti Utara Malaysia) dan maktab (IPDA, Jitra), terima kasih kerana mendidik TeYan sehingga TeYan juga bergelar seorang pendidik. Jasa kalian semua tidak termampu untuk dibalas.

Kepada semua rakan-rakan seperjuangan yang bergelar guru, berbanggalah kita sebagai guru. Biarlah pekerjaan kita ini tidak setinggi mana, tidak semewah mana, tetapi ilmu yang kita ada ini amat tnggi nilainya kepada anak didik kita. Jadilah guru yang kreatif dan inovatif. Ikhlaskan segala ilmu kita. 

Untuk hero dan heroin TeYan, mama akan berusaha untuk menjadi guru yang terbaik dalam kehidupan kalian. Semoga anak-anak mama berjaya dunia dan akhirat. 

Dan teristimewa sekali untuk ibu tercinta dan arwah abah yang menjadi guru terbaik untuk hidup TeYan dan adik-adik semua sehingga kami semua berjaya dalam kehidupan masing-masing.

Selamat Hari Guru: Guru Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi

Saya Bangga Saya Seorang Guru








Tuesday, May 06, 2014

~#throwback Labuan Aku Datang Part 5: Bila Sang Mentari Hilang Di Balik Awan~

Assalamualaikum w.r.t

Ini entri terakhir tentang Labuan. TeYan ingin kongsikan sesuatu dengan uols. Kalau naik flight, TeYan memang akan booking seat tepi tingkap. TeYan memang suka sangat bila dapat melihat keindahan pemandangan di udara. Satu panorama yang sangat mengasyikkan. Sepanjang penerbangan memang mata ni tak lepas dari melihat keindahan itu. 

Balik dari Labuan, TeYan and group menaiki penerbangan Malaysia Airlines. Nombor flight tak ingat dah sebab ini kisah semasa bulan Mac yang lalu. Tapi kalau tak silapnya, flight kami dari labuan tu dalam jam 5.30 pm atau 6.30 pm. 

Kami pun berlepas dari Lapangan Terbang Labuan mengikut masanya. Sehingga lah hari memasuki waktu senja. Subhanallah sungguh indah pemandangan waktu itu. TeYan dapat melihat sang mentari yang semakin hilang di langit biru. TeYan kongsikan gambar-gambar itu untuk tatapan uols semua.

Masa ni dah berapa minit berlepas dari Lapangan Terbang Labuan. Waktu petang ketika ini. Lihatlah kepulan awan. Waktu ni penerbangan tak tau dah berapa ribu kaki. 

Masa ni dah memasuki waktu senja. Tak tau masa ni berada di sekitar mana. Indahnya di kala ini. Jaluran cahaya merah kuning orange sepanjang di langit dengan awan yang berkepul-kepul.

Time ni memang matahari dah sedikit demi sedikit semakin mengundurkan dirinya .

Pemandangan ini sangat menarik. Masa ni sang mentari dah makin turun. Dan jadinya fenomena seperti ini. Awan yang terbelah menampakkan langit biru di tengah nya. Subhanallah. 

Cantik kan semua kronologi gambar-gambar tu. Waktu nak sampai ke KLIA, juruterbang buat pengumuman berkaitan jerebu. Masa tu jerebu sangat kuat. Jarak penglihatan di KLIA hanya 1 KM sahaja. Betapa terhadnya pemandangan. Jadi landing agak lambat sikit. Takut juga masa tu. Kemudian, bila dah masuk ruang udara nak hala ke KLIA tu, bau asap jerebu masuk dalam kabin. Memang bau asap betul. Sampai terdengar ada penumpang yang berkata "Its haze". Namun kami semua mendarat dengan selamatnya. 

Memang banyak pengalaman menarik TeYan dan weng group semasa di Labuan. Insha Allah jika ada rezeki, TeYan nak bawa family ke Labuan lagi.

Tamat sudah kisah kami di Labuan. Sampai jumpa lagi di entri yang lain.


Saturday, May 03, 2014

~#throwback Labuan Aku Datang Part 4: Round The Labuan~

Assalamualikum w.r.t

Entri kali ni TeYan nak kongsikan aktiviti lain semasa di Labuan. 1st time TeYan lihat pemandangan "offshore". Selama ni dengar je orang keje offshore. Now boleh lihat dengan mata sendiri apa yang dikatakan dengan "offshore". 

Malam kedua semua geng pegawai, urusetia dan fasi ada dinner kat satu kedai tomyam ni. Tak ingat dah apa nama kedai neh. 

Hamboi lah aihhh..penuh meja wehhh...malam tu memang le telan apa yang disua. Ketam ada. Ikan pun ada. Macam-macam versi masakan ikan. Tomyam ada, sayur ada. 

After dinner, adik Ipin bawa we all pegi kat satu tempat ni. Ohooo ini lah yang dikatakan offshore. Mereka yang bekerja di kapal-kapal. 

Nice view malam tu

Hihihihi pegi Labuan ada kereta. Melaram sebentar dengan kereta tu yer....

Yang ini adik Ipin tengah explain something. Tak ingat dah pasai apa benda nye. 

Gelagat kak Aida masa kat umah member dia. kikiki...macam2 gaya...

Actually masa nak balik tu, kami tak join pun geng weng yang lain sebab Kak Aida nak pergi visit kawan dia, Kak Wati. Yang bestnya Kak Watie siap masak lagi......

TeYan memang suka sungguh dengan bekas Ferreror Rocher ni. Unik. Dalam isi coklat tau. Bukan siput tu.

Menu masakan kak Watie. Tq kak watie sebab sediakan lunch kat kami. Sedapnye nasi arab.

After lunch, kak watie bawa kami dua ke International School. Huiyooooo memang best lah sapa yang belajo kat sini.

Aksi kami

Hehehheeh syok plak. Dapat lihat pemandangan laut.

To Amy and Kak Asmah, jangan jeles eaaa....hihihih....


~#throwback Labuan Aku Datang Part 3 : Pembudayaan VLE di Zon Sabah, Labuan dan Sarawak~

Assalamualaikum w.r.t

Sambung lagi entri kegiatan TeYan and frenz di Labuan. Untuk entri kali ini, TeYan akan ceritakan apa sebenar tujuan TeYan and frenz ke Labuan.

Kumpulan kami seramai 12 orang yang terdiri daripada 3 orang pegawai BPTV, 7 fasilitator dan 2 urusetia telah berkampung selama 3 hari di KV Labuan untuk memberi tunjuk ajar kepada pensyarah KV dan guru SMT sekitar Labuan, Sabah dan Sarawak dalam membudayakan VLE Frog dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Ini merupakan kumpulan kedua yang dianjurkan oleh pihak Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV). Kumpulan 1 telah berlangsung dengan jayanya di KV Kajang untuk Zon Tengah.

Sepanjang 3 hari berkursus, memang ada kelainan pada group kali ini. Kelainan dari segi apa? Kelainan dari segi sikap dan semangat pensyarah KV dan guru SMT yang hadir ke kursus ini. Pembinaan laman pembelajaran berlangsung pada hari kedua kursus. Kami kagum dengan semangat mereka. Dalam tempoh sehari bermula dari jam 8.30 pagi sehingga 6.00 petang kumpulan ini dapat menghasilkan laman-laman pembelajaran yang sangat menarik dan kreatif. Waktu pembentangan pun ada yang volunteer untuk present laman yang telah dihasilkan. Bayangkan pada masa itu, aircond tidak berfungsi dengan baik, peserta yang ramai dalam satu lab yang besar, tengah hari sampai petang memang panas dalam lab tu. Sampai kena buka tingkap untuk pengudaraan. Tapi peserta kursus tidak merungut. Tekun menyiapkan laman pembelajaran masing-masing. Alhamdulillah, talian internet di sana baik sepanjang kursus. Ada juga berlaku gangguan talian internet tapi peserta kursus tak merungut kalau talian internet agak slow, malah mereka semua dah get ready dengan broadband masing-masing. Kami memang rasa sangat bangga dengan mereka. TeYan kongsikan di sini memory semasa di sana. 

Sebahagian pelajar KV Labuan. Masing-masing sibuk menyiapkan tugasan sementara menunggu waktu kelas seterusnya. 


Sangat teruja dengan makmal komputer yang sangat luas di KV Labuan. Bestnya kalau dapat makmal macam ni. Boleh menampung sehingga 60 orang peserta.

Pegawai dari BPTV, En Mohd Rahdi bin Darus memberikan taklimat.

Inilah peserta-peserta kursus yang terdiri daripada pensyarah KV dan guru SMT. Sangat friendly.

Tece Aida sedang memberikan tunjuk ajar kepada peserta.

Cikgu Adnan dari KV Sepang menunjukkan kepakaran.

Masalah teknikal..hehehe perkara biasa setiap kali kursus VLE dijalankan. Tak dapat detect wifi kita pakai kabel lerrr....

Cikgu Asmah with her group. Fasi telah dibahagian kepada beberapa kumpulan.

Hamboi aihhh Cikgu Amy...tekun bebenor.

Sifoo of the day..hihhi......dengor penerangan Cikgu Azmi neh....

Kusyuknya mereka.

Ngeeee this is my group from Sarawak. Hebat explore.Ajor sikit jer tapi hasil memang sangat interaktif.

Syoknye Cikgu Asmah dengan kumpulannya.

Cikgu Alice from Kuching. 1st presenter tau. Semangat present. Tahniah cikgu.

Heheeh....nak tau tak nama cikgu ni ?...korang mesti terkujat...mula-mula cam tak caya jer...tapi...lahhh betui ler..nama cikgu ni FARID KAMIL..nama macam artis youuuuu...orang Perak...dekat ngan kampung opah TeYan.....tapi ngajor kat Sarawak.

Apa yang satu tu ye cikgu..????

Memang semua bersemangat nak present.Tak perlu nak panggil. Semua volunteer nak present.

Peserta kursus. Ni baru sebahagian. Ada lagi beberapa group terpaksa balik awal sebab nak kejor flight.

Kami fasi yg pantang nampak camera. Heeee...Janji tugas kami dah laksanakan dengan sebaiknya.

Mereka yang awesome

Mereka yang bersemangat

Mereka yang ceria

Terima kasih KV Labuan

Subhanallah...dapat melihat matahari naik dari KV Labuan ni. Pemandangan yang cukup indah. 

Tahniah kepada semua peserta kursus yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi sepanjang 3 hari berkursus. Semoga ilmu yang kami sampaikan dapat anda semua manfaatkan. Selamat membudayakan VLE di KV dan SMT.










LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...