Monday, October 24, 2011

Bahu Kena Cyst ..???

Assalamualaikum w.r.t 

Semasa entri nie ditaip, Te-Yan masih lagi kat NCI Hospital. Today is day 4,  My Kajol admitted here. So far Kajol dah tak muntah-muntah lagi. Cuma masih lagi di wad sebab nak buat MRI scanning kat bahu dia. So hari ni Te-Yan bawa Kajol ke KPJ Seremban untuk MRI Scanning. Kami bertolak dengan ambulan NCI. Seronok je Kajol dapat naik ambulans. Tak sabar-sabar dia. Kat NCI nie takde mesin MRI tu. Jadi kena buat di KPJ Seremban.

Bila dah sampai KPJ, Kajol terus dibawa ke bilik MRI. Hehehehe sebelum tu kena tukar baju dulu. Loooo takde baju untuk budak kecik nak buat MRI tu. Terpaksalah Kajol pakai baju dewasa yang gelebeh tu..Berbungkus-bungkus lah dia dengan baju tu. Then terus masuk bilik MRI...Oooooo macam ni rupanya mesin MRI. 

Macam ni lah mesin MRI tu......


Nurse bagi dua pilihan, sama ada Kajol nak dibius atau tak perlu bius. Bila tanya berapa lama buat MRI, nurse kata 45 minit...haaaaaaaaaaa !!!!!!! 
45 MINIT..!!!!!!
Weeeeehhhhh lama nyaaaaa......So Te-Yan amik keputusan bius kan Kajol. Biar dia tido. Bukan apa, dibuatnya dia meronta kat dalam mesin MRI tu kang cemana. Lepas makan ubat bius tu, dalam 3 minit, mata Kajol sudah lalok. Then nurse letak lah alat-alat kat bahu Kajol tu. Bungkus dia dengan selimut and ikat macam tali pinggang kat tangan dia supaya tak bergerak. Buat MRI ni tak boleh bergerak langsung. Te-Yan masuk juga dalam bilik MRI. Tunggu Kajol. Nurse bagi selimut. Katanya sejuk. 

Then bermula lah proses MRI. Seluruh badan Kajol berada di dalam mesin tu. Semasa proses dijalankan, macam-macam bunyi eh yang keluar dari mesin tu. Tapi disebabkan masa yang lama, Te-Yan terlelap kat kerusi dalam bilik tu. Then nurse kejut bila dah selesai. Kajol pun dah sedar dari ubat bius tu. Ngam...ngam..hoooo ubat tu.....Then tunggu report pula. Dah dapat report tu, Te-Yan baca lah, rasa macam faham jugak lah apa yang ditulis kat report tu. Memang tercatat perkataan " Cyst " kat report tu. Cuma nak tahu dengan lebih lanjut esok, bila doktor briefing nanti. Hopefully tiada perkara yang berbahaya. 

GET WELL SOON MY LITTLE KAJOL. MAMA LUV U SO MUCH....

Saturday, October 22, 2011

Cuti-cuti Malaysia di Hospital Lagi......:|

Assalamualaikum w.r.t

NOTHING TO SAY :|
Terrible week for me.



Semalam My Kajol warded lagi. Kali ni kat NCI Hospital, Nilai pula. Wohhhhhh tak habes lagi cuti-cuti Malaysia Te-Yan kat hospital. This is becoz My Kajol vomiting since last Thursday. Pity of her. Sampai lembik badan. Last week dah kena. Minggu ni kena lagi. Musim agaknya. Banyak juga dengar citer ada virus yang serang kanak-kanak sampai muntah-muntah and cirit-birit. Bukan disebabkan oleh food poisoning. Hari ni My Kajol still muntah lagi. Semalam dah masuk drip air. My Kajol kena warded sampai hari Rabu nie. Selain kes vomit ni, My Kajol kena pi buat MRI kat KPJ Seremban pula Isnin ni. Tadi buat ultrasound kat bahu dia sebab ada  bengkak sebesar 5 cm kat bahu dia. Tadi scan doktor kata macam ada lendir kat situ. Te-Yan tengok masa buat ultrasound tu. Memang nampak macam ada bendalir kat area yang bengkak tu. Actually bengkak tu dah ada since My Kajol umur dua tahun. Tapi ambil ignore aje sebab My Kajol tak bising pun kata tangan dia sakit. Tapi tak sangka pulak jadi besar macam tu. So Isnin ni kena gi buat MRI pula untuk sahkan apa sebenarnya lendir tu. Jadi My Kajol kena bius 30 minit supaya senang nak dibuat MRI tu nanti. Hopefully takde apa-apa perkara yang negatif. Get well soon my sweety. Mama Love U So Much.

Bukan setakat My Kajol yang warded. Abahnya juga kena warded esok sebab blocking ears. Ini risiko sapa yang kerja atas flight. Dah dua-dua warded, Te-Yan pun kena lah warded sebab nak take care both of them. Dugaan Allah beri. Te-Yan terima seadanya dan redha. Itu tandanya Allah sayang pada hambaNya. Get well soon honey. 

Izz terpaksa stay with his aunt sebab dia sekolah and ada final exam. Cian Izz juga. 

Ya Allah sembuhkanlah penyakit suami dan anak ku ini. KepadaMu aku berserah segala-galanya. Amin Ya Rabbalalamin. 

Wednesday, October 19, 2011

Cant Smile Without You

Assalamualaikum w.r.t

Cant smile without you.
Tetiba je Te-Yan suka dengan lagu nie. 1st time dengar masa satu majlis di MyCore dulu. Sebab apa suka? Ishh tak tau nak cakap la. Tapi lagu ni sangat SWEET
I LIKE........!!!!!!

LISTEN TO THIS SONG AND YOU WILL LOVE IT


You know I can’t smile without you
I can’t smile without you
I can’t laugh and I can’t sing
I’m finding it hard to do anything
You see I feel sad when you’re sad
I feel glad when you’re glad
If you only knew what I’m going through
I just can’t smile without you
You came along just like a song
And brightened my day
Who would have believed that you were part of a dream
Now it all seems light years away
And now you know I can’t smile without you
I can’t smile without you
I can’t laugh and I can’t sing
I’m finding it hard to do anything
You see I feel sad when you’re sad
I feel glad when you’re glad
If you only knew what I’m going through
I just can’t smile
Now some people say happiness takes so very long to find
Well, I’m finding it hard leaving your love behind me
And you see I can’t smile without you
I can’t smile without you
I can’t laugh and I can’t sing
I’m finding it hard to do anything
You see I feel glad when you’re glad
I feel sad when you’re sad
If you only knew what I’m going through
I just can’t smile without you


Tuesday, October 18, 2011

Budak Nak Exam, Cikgu Yang Cuak

Assalamualaikum w.r.t

Huih lama benar Te-Yan tak update blog nie. Kesibukan yang melanda membataskan semuanya. Banyak benar program yang dijalankan kat sekolah nie. Nie pun Te-Yan dok mendesign buku program untuk majlis paling BERPRESTIJ bulan November nie. Majlis apa...? Korang tunggu je lah.. Nanti Te-Yan buat entri pasal majlis paling gah tu. 

Entri kali ni mungkin tak panjang lah kot. Sebab sekarang nie semua mood EXAM. Tak habes-habes lagi dengan exam nie kan. Baru lepas Trial sambung pulak dengan Peperiksaan Akhir Tahun. Tapi paper Te-Yan dah habes awal. Muahahahah buat pertama kali paper Te-Yan hari pertama exam. Dah tu bebudak tu dapat menjawab exam dalam bilik ber AIRCOND sebab tak cukup kelas. So terpaksa menagih simpati pinjam sehari kelas Form 6 yang lawa bebenor tu. 

Tapi Te-Yan paling CUAK dengan bebudak SPM nie ha. Haishhhh tinggai bape minggu lagi je lah dorang nak exam, tapi muka masing-masing macam tak gabra langsung exam SPM dah dekat. Pandai-pandai lah korang. Semua cikgu dah bagi ilmu secukupnya. Usaha hanya di tangan korang kan.

CIKGU LAGI CUAK...!!!!!!!!!!!
MY HENSEM BOY EXAM GAK NIE...CEMANA AGAK NYE DYE....??????

Friday, October 07, 2011

Dapat TOP 5 ~ Jumpa ARTIS ~ Salah Tempat ~ Kira OK apa....?

Assalamualaikum w.r.t
Cakkkkkkkkkkkk!!!!!!!!! Uihhh suka gambar ni sebab ada orang kata Te-Yan
COMEL...hahahahhaha..mekacih eaaaaaa....
Muahahahaha....hari ni Te-Yan nak buat entri pasal semalam sebab semalam ada citer lawak ehhhhh...Tak habes-habes ngan nasib malang ehhh. Tapi naseb malang kali ni akhirnya bawa tuah jugak. Kan ke entri hari tu Te-Yan ada cerita pasal bengkel buat animasi tu kan..? Haaaa semalam tu Te-Yan ngan students tu pi untuk prize giving nya.

Huh before tu, Te-Yan and dua orang cikgu lagi termasuk lah budak-budak nie x-cited benar lah kan bila syarikat penganjur nak buat prize giving kat "Cyberview". Yang Te-Yan ingat bila dye sebut "Cyberview" dok membayangkan "CYBERVIEW RESORT AND SPA" yang lawa dan beshhh tu. So kami ni menunggu lah panggilan or emel dari penganjur tu pasal prize giving tu. Jeng..jeng..jeng dapatlah panggilan tu hari Selasa baru-baru ni. Weeeeee kami dah punya lah seronok ingat buat kat resort tu. Yg bestnya penganjur tu tepon tak direct ngan kami yang cikgu-cikgu nye ni, tapi dye call PK kami. PK pun suruh lah bawak budak-budak.Yang kami pun satu, tak menanya pun kat PK buat kat mana sebab dalam hati dah tau buat kat resort.
Nampak tu..DIGITAL STORYTELLING......
So tibalah hari yang dinantikan. Dah masuk area Cyberjaya, kami melilau lah mencari "Cyberview" yang dimaksudkan itu. Te-Yan dah sah-sahlah tak tahu menahu tempat tu. Follow keta satu lagi je. Budak-budak pun dah x-cited benar. Wahahahah...then jumpalah "Cyberview Garden"...terus je park keta tanpa tanya apa-apa kat pak guard tu...laaaa WRONG PLACE loooooo...tapi memang rasa salah tempat sebab gambar tempat yang Te-Yan tengok tu bukan macam tu .Rupanya ada lagi "cyberview"..Ceh...kali nie kami ke Cyberview Resort and Spa tu..muahaaahahah inilah tempat yang dicari-cari. Park keta terus ke kaunter...HAMPEH KOOOOOO....WRONG PLACE LAGI.....meh sini Te-Yan ulang semula...WRONG PLACE LAGI.....lo kat mana sebenarnya. Te-Yan tepon semula PK tanya kat mana. So ayat PK lagi beshh.."KAT TEMPAT KORANG BUAT PERTANDINGAN TU".....hahahahahahahahah amik kooooo....rupanya kat "MYCORE" tu rupanya. Muka budak2 termasuk cikgunya dah frust dowhhhhhh....Hengat boleh lah eksyen pi tempat gempak...Ceh....Kami pun ke MyCore...hahahaha kompom kat situ sebab bila masuk je dah nampak budak-budak sekolah....kui..kui..kui....

Walaupun WRONG PLACE, tapi kami TOP 5 gak...Korang ada..?
takde kan..kan...kan...
Tapi takpe, sebab sekolah kami dapat juga tempat dalam pertandingan tu walaupun NOMBOR 5 je.  Ulang sekali lagi ..NOMBOR 5.. Kira ok apa. Dari 10 buah sekolah kami dapat no 5. Dapat trofi, sijil dan yang best nya dapat DUIT TUNAI...haaaa korang ada?..tak de kan....so tak yah nak jeles. Yang best kami dapat TEWAS kan sebuah sekolah yang kalau dorang masuk pertandingan apa je asyik depa je menang..takde can orang len nak menang. So now we all dah kalahkan dorang..walaupun tempat ke 5 je. Dari dorang yang tak dapat tempat apa-apa...weeeeee..
Muka toya sebab dapat no 5..oklah dari hangpa semua x
dapat apa-apa langsung..hebat lah niee

Kalau menang 1st Prize untuk Cerpen Digital ni dapat RM2000 loooo. Tapi takde rezeki kami tahun nie. Takpe tahun depan cuba lagi....

Majlis nie rangkum sekali dengan pertandingan fotografi. Best gile sapa menang fotografi tu. 1st prize dapat RM3500 loooooo..sapa nak bagi..dapat beli laptop dua bijik kooooo..

Korang ada..? takdenya kan..so tak yah nak jeles kami semua dok bergumbira
dengan Leya nie...
Dan yang paling BESSHHHHHH....kami dapat jumpa LEYA HOT FM....dia jadi Pengacara Majlis dalam majlis tu...Mula-mula tak cam dia tapi bila dengar suara, loooooo minah comey tu rupanya...sporting ooooo dye..mekacih le Leya sebab sudi melayan kerenah we all yang banyak songeh nie kan...hehehehe berbaloi lah kan....Walaupun WRONG PLACE, tapi dapat TOP 5, dapat jumpa ARTIS...korang ada....takde kan....so dok diam-diam je okey...?
Muahahahahahaha.......
Weeeeeee...... 

Moral of the story : Apa yang berlaku mesti ada hikmahnya.......

Thursday, October 06, 2011

Jom Kongsi-kongsi Ilmu

Assalamualaikum w.r.t

Mula dari hari Selasa hingga Khamis, Te-Yan ada kursus di Pusat Latihan. Kali ni Te-Yan jadi Fasilitator. Kena handle Mesyuarat Peningkatan Profesionalisme Guru-guru ICT Negeri Selangor. Huhuhu 1st tyme kena jadi jurulatih nie. Takpa la kan. Dah cuba yang terbaik. Mesyuarat ni lebih kepada perkongsian ilmu. Maksudnya semua JU akan bagi talk tentang ilmu yang dia ada. Ada 4 slot setiap hari. 


Ha dengar Cikgu Shah ceta tu...
Slot pertama menjurus kepada Pentaksiran bagi mata pelajaran ICT supaya cikgu-cikgu lebih faham lagi cemana nak taksir dengan lebih telus. 

Cikgu Hamdan, pakar Google Docs
Ni le Google Docs tu...
Slot kedua amat menarik sebab perkongsian ilmu tentang penggunaan Google Docs. Selama nie Te-Yan pernah dengar pasal Google Docs ni tapi tak tau nak guna cemana. Dalam Google Docs ni kita boleh sharing documents dalam bentuk spreadsheet, presentation, document, form, drawing....kita boleh share dokumen secara online then boleh select sapa kita nak share. Yang best tu boleh edit tyme tu juga. Ni satu ilmu yang amat bagus untuk diaplikasi kepada pelajar, x-specially bila tyme cikgu-cikgu asyik diarah keluar kursus aje. Ha so budak-budak takdak alasan kata kerja takdak.

Ni OpenOffice nye pakej
Slot ketiga pasal OpenOffice. Okey, part nie Te-Yan and partner kena handle. Te-Yan taklah pandai sangat guna OpenOfiice nie, tapi sebab dipaksa rela masuk pertandingan, tu yg tau jugak sikit-sikit. Huih, renyah jugak la guna OpenOffice nie. OpenOffice ni lebih kurang sama ja macam Microsoft Office punya pakej. Cuma yang paling utama sebab OpenOffice ni FREE...tak yah nak bayar apa2. Download ja from tenet. Dapatlah. 


Cikgu Rosli: Huih tgk tu berselirat
wayar atas meja. Memang la hebat...

Slot keempat memang slot yang AMAT HEBAT. Rugi sapa tak mai.Slot ni tekongnya Cikgu Rosli. Huih cikgu ni banyak ilmu woooo, x-specially pasal server n networking. Superb betul. Slot kali ni Cikgu Rosli bagi perkongsian ilmu tentang Virtual Box. Huhuhu best loooo software nie. Kita boleh install operating system tanpa mengganggu operating system yang sedia ada. Dah tu boleh stop bila-bila masa ja kita suka. Dah tu boleh jalan serentak kat semua pc kalau nak buat installation. Perghhhhh superb. Pastu Cikgu Rosli kongsi plak cemana thumbdrive kita tu leh jadi Portable USB..maksudnya boleh format guna thumbdrive ja, tak ganggu sistem.

Tiga hari ni, Te-Yan rasa lega sebab dapat laksanakan tugas yang diamanahkan walaupun tak seberapa. Insya Allah dilain waktu jika ada ilmu terbaru boleh kita kongsi bersama.
Peserta kursus. Mekacih sebab datang nooooo....Bukan
paksa rela yeee


>_< SHARING IS CARING
CARING IS LOVING >_<

Steve Jobs ~ Apple Co-Founder ~ Past Away

Assalamualaikum w.r.t
Steve Jobs 


Rasa-rasa kalau tengok gambar kat atas tu kenal tak sapa dia nie? Sapa-sapa yang suka ngan barang Apple, bukan buah epal eaaa, inilah pengasasnya. Tapi dunia dikejutkan dengan kematian Steve Jobs semalam 5 Oktober 2011. 

Beliau merupakan pencetus kepada revolusi komputer peribadi dan rangkaian komunikasi.

Kalau nak tahu lebih lanjut klik kat sini : http://www.apple.com/stevejobs/

Wednesday, October 05, 2011

Yuhuuuuuu...Cyberview Logde and Resort

Assalamualaikum w.r.t

Yuhuuuuuu bestnyeeeeee
Heheheh nape Te-Yan rasa cam best je kan...
Muahahaahaha ingat tak post sebelum ni pasal ANIMATOR tu..?


Ha esok, Khamis semua team yang terlibat akan ke Cyberview Lodge and Resort. Ada Majlis Penyampaian Hadiah dan juga penutupan bengkel CerDig 2011. Esok baru tau sekolah mana yang menang dalam penghasilan animasi tu. Dengar kata hadiah LUMAYAN...waaaaahhhhhh...Hadiah apa, Te-Yan tak tau la kan. Tapi kalau dah 3 hari bengkel kat MyCore, mewah-mewah belaka budak-budak nie dapat, esok apatah lagi kan. 

Te-Yan pernah la dengar Cyberview Lodge and Spa ni. Tapi kaki tak pernah masuk lagi kat pintu masuk resort tu. Ngeeeee...esok pucuk dicita ulam mendatang. Sapa nak bagi peluang. Bila view gambar-gambar dalam tenet, muahhhaaaaaa cantiknya la tempat nie...Huih tak sabar-sabar nak pergi esok..

My Dear Izzat Shukri, Fadzlan, Syafiq, Azeem, Elyza, Nabiha, Fatin and Yuna.....esok kita jumpa....

Sunday, October 02, 2011

Kami Jadi ANIMATOR..korang adaaaa..????

Assalamualaikum w.r.t

1 Oktober 2011, hari pertama di bulan Oktober. Hari ni Te-Yan dan Tece Salwa bawa 8 orang pelajar ke MYCORE CENTRE di Cyberjaya. Dua hari sebelum ni, cikgu lain yang bawa mereka. This is a day 3 for this students to complete their animation project. Sampai je kat tempat ni, satu perkataan je yang terkeluar dari mulut Te-Yan....WAAAAAAHHHHHHHHHHHHHH !!!!!!! Korang nak tau sebab apa..? Hebat gila tempat nie. Kalau lah sekolah macam MyCore ni, Te-Yan rasa kompom budak-budak sekolah tak mau balik rumah. Mana taknya MyCore ni merupakan pusat gamming paling canggih kat Cyberjaya nie di samping sebagai salah satu pusat latihan yang berkaitan dengan bidang IT nie.

Apa budak 8 orang ni buat kat sini..? Ha kalau nak tahu, sekolah Te-Yan telah terpilih untuk menyertai satu pertandingan CerDig 2011 ( Cerpen Digital ) anjuran Cyberview. Ini merupakan satu bengkel penghasilan animasi dan objektifnya untuk mendedahkan pelajar dengan teknik-teknik penghasilan animasi dan seterusnya mencungkil bakat pelajar yang mempunyai kemahiran dalam bidang animasi ini. Sofware yang digunakan adalah ADOBE FLASH 4....This is the first experience for them. Ada pertandingan lagi nie. 10 sekolah menengah terpilih untuk mengikuti bengkel ini.So its worth it. Jom kita tengok kronologi dari hari pertama hingga hari ketiga.

Hari Pertama: Taklimat / Storyboard / Tracing

Storyboard yang dilukis di atas kertas
Hari pertama semua peserta diberikan taklimat tentang bengkel tersebut. Kemudian, semua peserta mengikuti bengkel tentang penghasilan animasi menggunakan software Adobe Flash 4. Bermula dari penghasilan STORYBOARD, TRACING, AUDIO RECORDING dan seterusnya sehinggalah terhasilnya satu animasi. Setiap kumpulan dikehendaki menghasilkan satu cerita kartun untuk dijadikan animasi. Sekolah Te-Yan telah mencipta satu animasi kartun bertajuk "FISH AND BAIT". Cerita yang dihasilkan mestilah memenuhi kriteria yang telah ditetapkan dan mempunyai moral value. 

Storyboard yg telah diupload dlm PC
Langkah pertama ialah menghasilkan STORYBOARD ataupun PAPAN CERITA. Ini merupakan langkah paling utama dalam fasa rekebentuk kerana storyboard ini akan menunjukkan jalan cerita dari mula sehingga akhir. Kumpulan kami telah mencipta 10 scene. Ini bermakna mereka perlu menyediakan 10 storyboard. Jadi kepakaran melukis amat diperlukan di peringkat ini. 




Teknik Tracing menggunakan sotware
Adobe Flash
Kemudian, storyboard perlu di scan dan di upload dalam PC untuk membuat teknik TRACING. Tracing bermaksud, graphic designer perlu melukis semula karakter dalam storybord menggunakan Adobe Flash, memasukkan warna dan rekabentuk pada karakter supaya menarik. Kepakaran dalam teknik tracing ini amat diperlukan kerana perlu melukis semula karakter supaya mengikut sama dengan konsep cerita dalam stroryboard.




Hari Kedua : Audio Recording / Creating Animation

Discussion wif Audio Technician
Editing the audio using Audacity
Pada hari kedua, semua peserta menjalani proses AUDIO RECORDING ataupun SOUND DUBBING. Langkah ini untuk merakam suara yang perlu ada dalam cerita tersebut. Haaaa sapa yang rasa suara dia sedap, boleh lah offer diri jadi SOUND ARTIST....Hehehe kat sini lah korang boleh ubah suara korang tu. Te-Yan takde masa students Te-Yan buat dubbing nie. Kalau tak salah mereka menggunakan software AUDACITY. Heheheh macam-macam stail suara yang ada. Tapi merupakan pengalaman berharga pada dorang nie. Dah lepas dubbing, pandai-pandailah dorang nak edit cemana suara tu. Nak panjang ker, nak pendek ker. Ikut lah kesesuaian cerita. 

Creating animation
Then seterusnya, inilah langkah yang ditunggu. Penghasilan animasi. Yeaaaaa.....Peserta menggunakan software ABODE FLASH 4. Perghhhh dulu last Te-Yan guna pun FLASH MX 4. Dah lupa habis. Ni version baru lagi. Jadi kena recall balik semula apa yang diingat. Memang lah tak ingat woooooo. Flash ni kalau nak mahir bukan sehari dua. Kena ambil masa yang lama. Tapi semua peserta ni kena hasilkan animasi dalam masa tiga hari...perghhhhhhh..kalau sapa tak sabar memang mau nangis...kena ada kerjasama kumpulan lagi. Tapi cuma Te-Yan bengang sebab sekolah Te-Yan takde Fasilitator. Fasi nye ada tapi asyik menghilang aje kerjanya. Rupanya memang Fasi tu tak tau pasal animation. Patutlah muka ada kat kaunter je. Hari ketiga Te-Yan sound je. So akhirnya kami dapat trainer yang best. Mau tak bengang. Dah lah sekolah we all the 1st presenter. Buatnye tak siap tak ke haru namanya. 

Hari Ketiga : Creating Movie Clip / Presentation / Cartoon Show

Final task
Hari ketiga Te-Yan follow dorang semua. Hari terakhir nie dorang kena siapkan semua animasi dan perlu combine semua 10 scene yang dah dihasilkan. Huihhh bukan senang nak buat movie clip nie. Naseb baik lah ada trainer yang bantu. Tapi bila lihat hasil akhirnya...fuhhhhhh superb students punya kerja. Bayangkan daripada tak tau pebenda pasal Flash nie, akhirnya mereka dapat hasilkan satu animasi yang sangat menarik. 


Hehehe, tengok skrip
The judges
Jam 2.30pm semua kena berada di Auditorium untuk sesi presentation di hadapan hakim-hakim. Heh bukan calang-calang judges tau.  Judges omputih tau. Heheheh bila bab presentation ni yang paling lawak. Ada yang tak dengar suara. Ada yang keluar slang negeri-negeri. Yang pastinya semua nervous. Tapi tak pe. Pengalaman pada dorang cemana nak berhadapan dengan orang ramai. Sekurang-kurangnya dorang tau betapa susahnya nak bagi penerangan kat orang tentang apa hasil kerja yang dah dibuat.

One of the trainer..Mr Tim..ade ke dye
pronounce nama sekolah we all
Sekolah Menengah BANDOR Baru Salak Tinggi
We all the 1st presenter. Jadi bila team we all dah beri presentation, then tibalah masa yang ditunggu..its a SHOW TIME...Weeee semua orang ternanti-nanti apa cerita cartoon yang we all buat. Bila intro lagu je orang dah gelak..mana taknye Intro lagu Ahmad Jais..dalam citer Man Laksa tu..wakakaka..memang lawak tol..

"Fish and Bait"
Story yang we all buat tentang bapak ikan yang bagi nasihat kat anak dia supaya tak makan pancing. Tapi anak ikan tu tak mau dengar nasihat bapaknye. Bila dah tak dengar cakap, haaa kena pancing terus. Jadi lah lauk. Moral of the story, dengarlah nasihat orang tua. 

Walaupun citer ni simple tapi dapat pujian dari Mr Tim. Dia puji we all punya story "WOW,VERY FANTASTIC and LOTS OF ANIMATION EFFECTS. Lagu pun best..Dah lah lagu Ahmad Jais, then ada lagu Doeramon, Priya oh Priya..dengan suara ala-ala India and Cina..memang 1 Malaysia lah...Bangga Te-Yan dengan budak-budak nie...

So keputusan pertandingan akan diketahui minggu hari Selasa nie. Kalau menang, Alhamdulillah. Kalau tak, jadikan pengalaman paling berharga buat mereka. Sekurang-kurangnya mereka tahu betapa susahnya nak hasilkan cartoon nie.

We are an ANIMATOR.....Yeeehaaaaaaaa

Te-Yan wif 4ICT students Fadzlan, Izzat, Nabiha, Elyza

Tece Salwa wif her students Fatin, Syafiq, Azeem and Yuna

Memang seronok kalau dapat pergi bengkel macam nie. Dah lah semua di support. Mewah pulak tu. Entah bape kali makan. Kejap-kejap makan. Tempat canggih. Kalau tak bersyukur tu tak tau lah. Satu statement yang paling Te-Yan suka bila one of my student cakap kat judges and audience dan mendapat tepukan gemuruh:

NOW I KNOW, ITS NOT EASY TO CREATE A CARTOON. SO, BE PROUD OF MALAYSIAN CARTOON !!!!




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...