Monday, October 24, 2011

Bahu Kena Cyst ..???

Assalamualaikum w.r.t 

Semasa entri nie ditaip, Te-Yan masih lagi kat NCI Hospital. Today is day 4,  My Kajol admitted here. So far Kajol dah tak muntah-muntah lagi. Cuma masih lagi di wad sebab nak buat MRI scanning kat bahu dia. So hari ni Te-Yan bawa Kajol ke KPJ Seremban untuk MRI Scanning. Kami bertolak dengan ambulan NCI. Seronok je Kajol dapat naik ambulans. Tak sabar-sabar dia. Kat NCI nie takde mesin MRI tu. Jadi kena buat di KPJ Seremban.

Bila dah sampai KPJ, Kajol terus dibawa ke bilik MRI. Hehehehe sebelum tu kena tukar baju dulu. Loooo takde baju untuk budak kecik nak buat MRI tu. Terpaksalah Kajol pakai baju dewasa yang gelebeh tu..Berbungkus-bungkus lah dia dengan baju tu. Then terus masuk bilik MRI...Oooooo macam ni rupanya mesin MRI. 

Macam ni lah mesin MRI tu......


Nurse bagi dua pilihan, sama ada Kajol nak dibius atau tak perlu bius. Bila tanya berapa lama buat MRI, nurse kata 45 minit...haaaaaaaaaaa !!!!!!! 
45 MINIT..!!!!!!
Weeeeehhhhh lama nyaaaaa......So Te-Yan amik keputusan bius kan Kajol. Biar dia tido. Bukan apa, dibuatnya dia meronta kat dalam mesin MRI tu kang cemana. Lepas makan ubat bius tu, dalam 3 minit, mata Kajol sudah lalok. Then nurse letak lah alat-alat kat bahu Kajol tu. Bungkus dia dengan selimut and ikat macam tali pinggang kat tangan dia supaya tak bergerak. Buat MRI ni tak boleh bergerak langsung. Te-Yan masuk juga dalam bilik MRI. Tunggu Kajol. Nurse bagi selimut. Katanya sejuk. 

Then bermula lah proses MRI. Seluruh badan Kajol berada di dalam mesin tu. Semasa proses dijalankan, macam-macam bunyi eh yang keluar dari mesin tu. Tapi disebabkan masa yang lama, Te-Yan terlelap kat kerusi dalam bilik tu. Then nurse kejut bila dah selesai. Kajol pun dah sedar dari ubat bius tu. Ngam...ngam..hoooo ubat tu.....Then tunggu report pula. Dah dapat report tu, Te-Yan baca lah, rasa macam faham jugak lah apa yang ditulis kat report tu. Memang tercatat perkataan " Cyst " kat report tu. Cuma nak tahu dengan lebih lanjut esok, bila doktor briefing nanti. Hopefully tiada perkara yang berbahaya. 

GET WELL SOON MY LITTLE KAJOL. MAMA LUV U SO MUCH....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...