Sunday, October 02, 2011

Kami Jadi ANIMATOR..korang adaaaa..????

Assalamualaikum w.r.t

1 Oktober 2011, hari pertama di bulan Oktober. Hari ni Te-Yan dan Tece Salwa bawa 8 orang pelajar ke MYCORE CENTRE di Cyberjaya. Dua hari sebelum ni, cikgu lain yang bawa mereka. This is a day 3 for this students to complete their animation project. Sampai je kat tempat ni, satu perkataan je yang terkeluar dari mulut Te-Yan....WAAAAAAHHHHHHHHHHHHHH !!!!!!! Korang nak tau sebab apa..? Hebat gila tempat nie. Kalau lah sekolah macam MyCore ni, Te-Yan rasa kompom budak-budak sekolah tak mau balik rumah. Mana taknya MyCore ni merupakan pusat gamming paling canggih kat Cyberjaya nie di samping sebagai salah satu pusat latihan yang berkaitan dengan bidang IT nie.

Apa budak 8 orang ni buat kat sini..? Ha kalau nak tahu, sekolah Te-Yan telah terpilih untuk menyertai satu pertandingan CerDig 2011 ( Cerpen Digital ) anjuran Cyberview. Ini merupakan satu bengkel penghasilan animasi dan objektifnya untuk mendedahkan pelajar dengan teknik-teknik penghasilan animasi dan seterusnya mencungkil bakat pelajar yang mempunyai kemahiran dalam bidang animasi ini. Sofware yang digunakan adalah ADOBE FLASH 4....This is the first experience for them. Ada pertandingan lagi nie. 10 sekolah menengah terpilih untuk mengikuti bengkel ini.So its worth it. Jom kita tengok kronologi dari hari pertama hingga hari ketiga.

Hari Pertama: Taklimat / Storyboard / Tracing

Storyboard yang dilukis di atas kertas
Hari pertama semua peserta diberikan taklimat tentang bengkel tersebut. Kemudian, semua peserta mengikuti bengkel tentang penghasilan animasi menggunakan software Adobe Flash 4. Bermula dari penghasilan STORYBOARD, TRACING, AUDIO RECORDING dan seterusnya sehinggalah terhasilnya satu animasi. Setiap kumpulan dikehendaki menghasilkan satu cerita kartun untuk dijadikan animasi. Sekolah Te-Yan telah mencipta satu animasi kartun bertajuk "FISH AND BAIT". Cerita yang dihasilkan mestilah memenuhi kriteria yang telah ditetapkan dan mempunyai moral value. 

Storyboard yg telah diupload dlm PC
Langkah pertama ialah menghasilkan STORYBOARD ataupun PAPAN CERITA. Ini merupakan langkah paling utama dalam fasa rekebentuk kerana storyboard ini akan menunjukkan jalan cerita dari mula sehingga akhir. Kumpulan kami telah mencipta 10 scene. Ini bermakna mereka perlu menyediakan 10 storyboard. Jadi kepakaran melukis amat diperlukan di peringkat ini. 




Teknik Tracing menggunakan sotware
Adobe Flash
Kemudian, storyboard perlu di scan dan di upload dalam PC untuk membuat teknik TRACING. Tracing bermaksud, graphic designer perlu melukis semula karakter dalam storybord menggunakan Adobe Flash, memasukkan warna dan rekabentuk pada karakter supaya menarik. Kepakaran dalam teknik tracing ini amat diperlukan kerana perlu melukis semula karakter supaya mengikut sama dengan konsep cerita dalam stroryboard.




Hari Kedua : Audio Recording / Creating Animation

Discussion wif Audio Technician
Editing the audio using Audacity
Pada hari kedua, semua peserta menjalani proses AUDIO RECORDING ataupun SOUND DUBBING. Langkah ini untuk merakam suara yang perlu ada dalam cerita tersebut. Haaaa sapa yang rasa suara dia sedap, boleh lah offer diri jadi SOUND ARTIST....Hehehe kat sini lah korang boleh ubah suara korang tu. Te-Yan takde masa students Te-Yan buat dubbing nie. Kalau tak salah mereka menggunakan software AUDACITY. Heheheh macam-macam stail suara yang ada. Tapi merupakan pengalaman berharga pada dorang nie. Dah lepas dubbing, pandai-pandailah dorang nak edit cemana suara tu. Nak panjang ker, nak pendek ker. Ikut lah kesesuaian cerita. 

Creating animation
Then seterusnya, inilah langkah yang ditunggu. Penghasilan animasi. Yeaaaaa.....Peserta menggunakan software ABODE FLASH 4. Perghhhh dulu last Te-Yan guna pun FLASH MX 4. Dah lupa habis. Ni version baru lagi. Jadi kena recall balik semula apa yang diingat. Memang lah tak ingat woooooo. Flash ni kalau nak mahir bukan sehari dua. Kena ambil masa yang lama. Tapi semua peserta ni kena hasilkan animasi dalam masa tiga hari...perghhhhhhh..kalau sapa tak sabar memang mau nangis...kena ada kerjasama kumpulan lagi. Tapi cuma Te-Yan bengang sebab sekolah Te-Yan takde Fasilitator. Fasi nye ada tapi asyik menghilang aje kerjanya. Rupanya memang Fasi tu tak tau pasal animation. Patutlah muka ada kat kaunter je. Hari ketiga Te-Yan sound je. So akhirnya kami dapat trainer yang best. Mau tak bengang. Dah lah sekolah we all the 1st presenter. Buatnye tak siap tak ke haru namanya. 

Hari Ketiga : Creating Movie Clip / Presentation / Cartoon Show

Final task
Hari ketiga Te-Yan follow dorang semua. Hari terakhir nie dorang kena siapkan semua animasi dan perlu combine semua 10 scene yang dah dihasilkan. Huihhh bukan senang nak buat movie clip nie. Naseb baik lah ada trainer yang bantu. Tapi bila lihat hasil akhirnya...fuhhhhhh superb students punya kerja. Bayangkan daripada tak tau pebenda pasal Flash nie, akhirnya mereka dapat hasilkan satu animasi yang sangat menarik. 


Hehehe, tengok skrip
The judges
Jam 2.30pm semua kena berada di Auditorium untuk sesi presentation di hadapan hakim-hakim. Heh bukan calang-calang judges tau.  Judges omputih tau. Heheheh bila bab presentation ni yang paling lawak. Ada yang tak dengar suara. Ada yang keluar slang negeri-negeri. Yang pastinya semua nervous. Tapi tak pe. Pengalaman pada dorang cemana nak berhadapan dengan orang ramai. Sekurang-kurangnya dorang tau betapa susahnya nak bagi penerangan kat orang tentang apa hasil kerja yang dah dibuat.

One of the trainer..Mr Tim..ade ke dye
pronounce nama sekolah we all
Sekolah Menengah BANDOR Baru Salak Tinggi
We all the 1st presenter. Jadi bila team we all dah beri presentation, then tibalah masa yang ditunggu..its a SHOW TIME...Weeee semua orang ternanti-nanti apa cerita cartoon yang we all buat. Bila intro lagu je orang dah gelak..mana taknye Intro lagu Ahmad Jais..dalam citer Man Laksa tu..wakakaka..memang lawak tol..

"Fish and Bait"
Story yang we all buat tentang bapak ikan yang bagi nasihat kat anak dia supaya tak makan pancing. Tapi anak ikan tu tak mau dengar nasihat bapaknye. Bila dah tak dengar cakap, haaa kena pancing terus. Jadi lah lauk. Moral of the story, dengarlah nasihat orang tua. 

Walaupun citer ni simple tapi dapat pujian dari Mr Tim. Dia puji we all punya story "WOW,VERY FANTASTIC and LOTS OF ANIMATION EFFECTS. Lagu pun best..Dah lah lagu Ahmad Jais, then ada lagu Doeramon, Priya oh Priya..dengan suara ala-ala India and Cina..memang 1 Malaysia lah...Bangga Te-Yan dengan budak-budak nie...

So keputusan pertandingan akan diketahui minggu hari Selasa nie. Kalau menang, Alhamdulillah. Kalau tak, jadikan pengalaman paling berharga buat mereka. Sekurang-kurangnya mereka tahu betapa susahnya nak hasilkan cartoon nie.

We are an ANIMATOR.....Yeeehaaaaaaaa

Te-Yan wif 4ICT students Fadzlan, Izzat, Nabiha, Elyza

Tece Salwa wif her students Fatin, Syafiq, Azeem and Yuna

Memang seronok kalau dapat pergi bengkel macam nie. Dah lah semua di support. Mewah pulak tu. Entah bape kali makan. Kejap-kejap makan. Tempat canggih. Kalau tak bersyukur tu tak tau lah. Satu statement yang paling Te-Yan suka bila one of my student cakap kat judges and audience dan mendapat tepukan gemuruh:

NOW I KNOW, ITS NOT EASY TO CREATE A CARTOON. SO, BE PROUD OF MALAYSIAN CARTOON !!!!




1 comment:

Azzam Fadzil said...

great..
boleh ajar nti..hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...