Thursday, October 06, 2011

Jom Kongsi-kongsi Ilmu

Assalamualaikum w.r.t

Mula dari hari Selasa hingga Khamis, Te-Yan ada kursus di Pusat Latihan. Kali ni Te-Yan jadi Fasilitator. Kena handle Mesyuarat Peningkatan Profesionalisme Guru-guru ICT Negeri Selangor. Huhuhu 1st tyme kena jadi jurulatih nie. Takpa la kan. Dah cuba yang terbaik. Mesyuarat ni lebih kepada perkongsian ilmu. Maksudnya semua JU akan bagi talk tentang ilmu yang dia ada. Ada 4 slot setiap hari. 


Ha dengar Cikgu Shah ceta tu...
Slot pertama menjurus kepada Pentaksiran bagi mata pelajaran ICT supaya cikgu-cikgu lebih faham lagi cemana nak taksir dengan lebih telus. 

Cikgu Hamdan, pakar Google Docs
Ni le Google Docs tu...
Slot kedua amat menarik sebab perkongsian ilmu tentang penggunaan Google Docs. Selama nie Te-Yan pernah dengar pasal Google Docs ni tapi tak tau nak guna cemana. Dalam Google Docs ni kita boleh sharing documents dalam bentuk spreadsheet, presentation, document, form, drawing....kita boleh share dokumen secara online then boleh select sapa kita nak share. Yang best tu boleh edit tyme tu juga. Ni satu ilmu yang amat bagus untuk diaplikasi kepada pelajar, x-specially bila tyme cikgu-cikgu asyik diarah keluar kursus aje. Ha so budak-budak takdak alasan kata kerja takdak.

Ni OpenOffice nye pakej
Slot ketiga pasal OpenOffice. Okey, part nie Te-Yan and partner kena handle. Te-Yan taklah pandai sangat guna OpenOfiice nie, tapi sebab dipaksa rela masuk pertandingan, tu yg tau jugak sikit-sikit. Huih, renyah jugak la guna OpenOffice nie. OpenOffice ni lebih kurang sama ja macam Microsoft Office punya pakej. Cuma yang paling utama sebab OpenOffice ni FREE...tak yah nak bayar apa2. Download ja from tenet. Dapatlah. 


Cikgu Rosli: Huih tgk tu berselirat
wayar atas meja. Memang la hebat...

Slot keempat memang slot yang AMAT HEBAT. Rugi sapa tak mai.Slot ni tekongnya Cikgu Rosli. Huih cikgu ni banyak ilmu woooo, x-specially pasal server n networking. Superb betul. Slot kali ni Cikgu Rosli bagi perkongsian ilmu tentang Virtual Box. Huhuhu best loooo software nie. Kita boleh install operating system tanpa mengganggu operating system yang sedia ada. Dah tu boleh stop bila-bila masa ja kita suka. Dah tu boleh jalan serentak kat semua pc kalau nak buat installation. Perghhhhh superb. Pastu Cikgu Rosli kongsi plak cemana thumbdrive kita tu leh jadi Portable USB..maksudnya boleh format guna thumbdrive ja, tak ganggu sistem.

Tiga hari ni, Te-Yan rasa lega sebab dapat laksanakan tugas yang diamanahkan walaupun tak seberapa. Insya Allah dilain waktu jika ada ilmu terbaru boleh kita kongsi bersama.
Peserta kursus. Mekacih sebab datang nooooo....Bukan
paksa rela yeee


>_< SHARING IS CARING
CARING IS LOVING >_<

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...