Friday, September 30, 2011

PC Meletop~Skrin Camera Pecah~ Teh Masin

Assalamualaikum w.r.t

Tak tahu lah Te-Yan hari ni macam hari apa. Macam-macam hal yang terjadi. Rasanya hari paling malang sedunia. Ada tiga perkara pelik yang berlaku hari ini. Mungkinkah akan terjadi sesuatu perkara? Baik atau buruk ? Kalau perkara baik, Alhamdulillah. Tapi kalau perkara tidak baik, minta dijauhkan.

Camni agaknya PC tu meletop..???
Insiden PERTAMA yang terjadi memang mengejutkan Te-Yan. Tyme tu Te-Yan berada di makmal komputer. Sewaktu berbincang dengan technician, tiba-tiba Ketua Bidang datang beritahu ada one of the PC MELETOP. Tyme tu terkejut juga. Te-Yan tanya lah PC mana. Then KB cakap, "PC BILIK REDAKSI".. Astaghfirullah, terus Te-Yan mengucap. Dan lebih mengejutkan bila dapat tahu student yang tolong pasangkan CPU tu. Bila dia onn plug, terus PC meletop. Berasap satu bilik redaksi. Nasib baik tak berlaku perkara yang mencederakan student tu. Tapi student tu memang dah pucat lesi dan terkejut. Kalau toreh muka pun tak berdarah. Mana taknya. Bukan salah dia pun. Dah PC tu nak meletop nak buat cemana. Janji dia selamat. Itu yang paling utama. Dua hari sebelum ni, kami hantar PC tu untuk di format semula sebab banyak virus dan asyik jadi shortcut folder je bila masuk dalam portable hard disk atau pen drive. So dah sah-sahlah PC tu dah kena VIRUS SHORCUT tu. Dah cuba clean ngan Karpersky original pun tak mau jalan jugak. So jalan terakhir pi hantar kedai lah. Dah lah bahan majalah sekolah semua dalam tu. Seb baik dapat backup all data. Then hari ni amik semula PC tu. Perghhh macam-macam software untuk desktop publishing kedai tu install. Memang lah software tu kami guna. Sebab tu perlukan spec PC yang mantap. PC tu RAM 8 GB dan Hard disk 1 Terabyte. Tapi lain pulak jadinya bila PC tu meletop. TERPANA seketika. Cemana ngan data dalam hard disk? KB kata power supply yang meletop. Memang terbakar terus. Wayar dalam tu pun cair. Leaking habis kat dalam casing masa bawak pi kedai tadi. Bila test guna power supply baru memang tak hidup. SAH..!!!! MOTHERBOARD KONG.....!!!!!!! Adussssss dugaan betul. Check hard disk pulak. Alhamdulillah boleh diselamatkan. Cuma Te-Yan ngan Cikgu Su blurr sebentar di kedai, berfikir nak buat cemana ngan PC hanget tu. Call KB, dia kata susah nak dapat warranty sebab kategori burn out. PC BARU tuuuuu.....Tapi kedai tu kata, dia cuba cari motherboard yang sama spec, nak check processor sama ada burn out juga atau tak. Kalau processor okey, so tukar motherboard sahaja. Kalau tak leh juga, kompom BELI BARU....tapi....BOLEH KE BELI YANG BARU...!!!!!! WAAAAAAA... huhuhu kena tunggu lah apa jadi esoknya nie...

Ni bukan camera Te-Yan, tapi pecah macam ni lahhhh...huhu

Insiden KEDUA. Waaaaaa yang ini memang mau tangkap NANGIS......Skrin digital camera Te-Yan PECAH !!!!!!!..Ya Allah, tak terkata apa Te-Yan bila tengok camera tu. Yang ini salah diri sendiri. Te-Yan letak camera tu kat poket depan beg laptop. Selalu memang letak dalam henbeg je. Tapi entah cemana semalam kuarkan dari henbeg, terus letak kat beg laptop. Then pagi tadi Te-Yan letak beg laptop kat makmal macam GANAZZZZ sikit. Tak teringat langsung ada camera kat poket depan. Haaaaa amik kau...Pecah terus.....ingatkan tak boleh pakai. Tapi bila try cucuk kat laptop, Alhamdulillah gambar-gambar boleh backup. Terus cut and paste. LEGA....Cuma sedih tengok camera tu. Dah le kumpul duit bagai nak rak sebab nak beli camera tu..pastu jadik macam nie pulak...takde rezeki. Camera still boleh function, cuma tak nampak apa lah bila ambil gambar. Nak tahu gambar jadi cemana, kena transfer terus kat laptop. Huhuhuhu WAHAI CAMERA, SUNGGUH KESIAN KAT KAU....TAPI KESIAN LAGI KAT AKU, TUAN KAU NI HAAAA....!!!!!!!

Sedap je teh ni kannnn....MASIN tak..?

Insiden KETIGA memang paling lawak. Malu pun ye jugak. Hari ni ada member Te-Yan datang rumah. Dari minggu lepas dia nak datang tapi asyik tak jadi aje. Then tadi jadi juga dia datang umah Te-Yan. Best wooo jumpa kawan lama. Hampir 11 tahun tak jumpa selepas grade dulu. Jump kat GIANT pulak tu. Yang best sebab dia masih kenal SUARA Te-Yan walaupun dah tak ingat nama Te-Yan. Huhuhu nape dia kenal suara yeee..? Spesel ke suara Te-Yan nie..??? Actually dia member satu universiti and housemate masa keje kat KL dulu. Dok sembang-sembang, Te-Yan pun pi bancuh AIR TEH. Bila rasa air teh tu...MAKKKKKK AIIIIIIII......MASIN GILAAAAAAA....!!!!!!! Eh, tengok tong memang sah-sah bekas GULA...tapi pesal rasa macam GARAM...bila dok ingat balik, ooohhh patutlah, hari tu Te-Yan tertuang garam kat dalam tong tu. Ingat kan gula sebab plastik cover lebih kurang macam palstik gula. Dah sah-sah lah bila gula bercampur dengan garam dalam bekas yang sama jadi macam mana. Nak buang pun mana boleh. Try gak buang bahagian atas nya. Ingatkan habis dah semua garam dalam tu, rupa-rupanya ada lagi....huhuhu.. nasib baik rasa dulu. Kalau terus bagi kat kawan Te-Yan minum tadi, haaaaa cemana....mau BERSEMBUR dia minum.....Adusssss....pehal lah hari ni....

Kesimpulannya, Te-Yan tak terkata apa-apa lah....

ESOK APA PULA YANG BERLAKU...??????

AKU BERSERAH PADAMU YA-ALLAH. KAU SELAMATKAN LAH PERJALANAN KU BERSAMA PELAJAR-PELAJAR KU PADA ESOK HARI.

Thursday, September 29, 2011

Akan Ku Cuba Sebelum Pengakhirannya

Assalamualaikum w.r.t

Semalam students ICT Te-Yan menduduki peperiksaan Percubaan ICT SPM bagi kertas bertulis. Sebelum ini Te-Yan hanya mampu untuk berdoa supaya mereka dapat menjawab soalan dengan baik. Segala usaha Te-Yan dah lakukan sebelum trial ini. Tahun ini usaha dilakukan memang drastik memandangkan Te-Yan mengajar kelas yang agak lemah dari segi teorinya. Kelas tahanan, kelas tambahan dan latih tubi entah berapa kali dalam seminggu. 

Bila mereka masuk aje dalam dewan semalam, kebetulan pula tyme Te-Yan mengawas semasa itu. Hmmm bila mereka menjawab aje, Te-Yan meronda lah melihat apa yang mereka tulis. Sudah nampak sedikit kesungguhan mereka dalam menjawab soalan. Yang rajin datang kelas tambahan dan membuat semua latih tubi yang diberikan, Insya-Allah mereka tiada masalah. Tapi Te-Yan cukup risau dengan beberapa orang pelajar yang agak lemah dan selalu gagal dalam subjek ICT ni. Soalan pula adalah selaras negeri. Ini bermakna satu negeri menduduki peperiksaan ICT semalam. Jadi memang tiada berlaku kebocoran soalan. Elok sangat sebab Te-Yan memang tak galakkan pelajar Te-Yan untuk spot soalan itu ini. Buat apa macam tu. Kalau dapat result bagus pun bukan atas usaha sendiri. Kalau dalam peperiksaan sebenar siapa nak tolong ?

Habis aje exam, Te-Yan terus tanda paper ICT mereka. Keputusan yang di luar jangkaan. Alhamdulillah semua LULUS dengan keputusan yang memberangsangkan. Ada yang mendapat A, A- dan yang rendah pun cuma E. Pelajar yang mendapat E tu memang Te-Yan dah jangka. Harapan Te-Yan supaya dia boleh menilai dirinya selama ini. Pelajar-pelajar yang selama ini gagal, mendapat keputusan di luar jangkaan. Alhamdulillah. Bukannya tidak boleh, tapi usaha dalam diri tu tiada. 

Tapi ingat ye, ini baru pertengahannya. Belum pengakhirannya. Jangan terlalu gembira dengan keputusan yang telah diterima ini. Pengakhirannya hanya boleh ditentukan bila kamu semua menduduki peperiksaan sebenar nanti. 

Cuma Te-Yan rasa sungguh terharu bila menerima kata-kata dari dua orang pelajar ini melalui fesbuk Te-Yan.

lpas cikgu Marziean Shapian ckp kt aq td...
jgn setakat lulus,target math A...
aq dh berkobar2 utk study besungguh2....
thanks cikgu...
View Post · 15 hours ago


Cikgu yang paling baik dan ikhlas mengajar , The Best Teacher Ever Marziean Shapian ♥
View Post · 17 hours ago



Tenkiu sayang. Tece cuma berikan yang terbaik untuk anak-anak didik tece. Buat Fathin Aisyah, jangan kecewa dengan keputusan yang diterima. Cuba buat yang terbaik. Walaupun tece tak mengajar kamu Math, tapi tece doakan kamu buat yang terbaik dalam SPM nanti. Hopefully you can do the best. 

Aishah Ghazali : Terima kasih atas kata-kata itu. Tece hanya berikan ilmu yang tece ada. Tapi yang paling penting ialah usaha kamu. Jadi kamu dah nampak hasilnya kan. Kekalkan prestasi kamu sehingga peperiksaan sebenar. Hopefully tahun depan tece boleh tengok kamu naik pentas terima anugerah di hari kecemerlangan. 

Te-Yan terpaksa post result mereka semua di group fesbuk. Bukan untuk memalukan, tapi untuk beri kesedaran kepada mereka yang masih tidak sedar. Dan kesannya, ada yang membuat pengakuan maaf secara terbuka atas apa kesalahan yang telah dilakukan. Harapan Te-Yan kemaafan yang diminta itu akan ditunaikan. Bukan sekadar omongan kosong. 



Tuesday, September 27, 2011

~One In A Million ~

Assalamualaikum w.r.t
~ One in A Million ~


You one in million 
Sometimes love can hit you everyday
Sometimes you can fall for everyone you see
but Only one can really make me stay

A sign from the sky

said to me

You're once in a lifetime

You made me discover one of the stars above us

I've been looking for that special one

I've been searching for someone to give my love

And when I thought that all the hope was gone

a smile, there you were and I was gone

I always will remember how I felt that day

A feeling indescribable to me

i always knew there was an answer for my prayer

And you, you're the one, the one for me

in the beginning i was cool and everything was possible

they tried to catch me but it was impossible

Nobody could hurt me it was my game

Until I met you baby and were the same

You didn't want me, I wanted you

Because the funny thing bout it was I like the show

I like it when its difficult I like it when its hard 

then You know it's worth it when ya found your heart

Find you're heart...

You're one in a million

You're one in a million


Pernah dengar lagu nie..? Kalau pertandingan ratu cantik mesti ada lagu nie. Bestt.. Universal punya lagu dan boleh ditujukan kepada sesiapa sahaja yang istimewa di hati kita. Pasangan, kawan, sahabat, teman, dan sesiapa sahaja. 

Tapi lagu ni Te-Yan tujukan khas buat cik abang Te-Yan yang terchenta...I Love U....muaaaahhhhssss...




Monday, September 26, 2011

Suka Benor Guna Bahasa Short Form

Assalamualaikum w.r.t

Entri kali ini Te-Yan nak cerita pasal bahasa short form yang memang popular di zaman canggih manggih ni. Sebagai guru, nasib baik lah Te-Yan tak mengajar subjek BM lagi. Kalau tak mau aje pengsan tengok bahasa budak-budak zaman sekolah sekarang nie. Dalam karangan BM pun dah guna bahasa short form nie. Dalam fesbuk or sms apatah lagi. Haiyoooo sampai tak paham budak-budak nie tulis apa. Pagi tadi on the way nak gi meeting, dengarlah topik pagi dalam Suria FM..Hohohoho isu pasala bahasa short form nie lah. Hahahah dah lah celoteh Kerinting 3 tu dah memang lawak, ditambah pulak dengan respon dari pendengar tentang bahasa short form ni. So, dapatlah juga tahu bahasa-bahasa short form yang pelik-pelik. Ngeeee...Tapi short form SURIA fm yang paling kreatif diberikan oleh seorang pendengar 

SURIA = Stesen Unggul Radio Idaman Anda 
[ kalau tak silap lah. Rasanye ya dah..]

Hohohoho memang sesuai. Sebab radio Suria FM memang best. I likeeeeee....
Dulu Te-Yan memang hangen satu badan bila budak-budak dok guna bahasa short form or bahasa sms yang susah nak difahami. Memang tak paham langsung. Tapi dah lama-lama Te-Yan terpaksa juga belajar bahasa cenggini sebab itu cara budak zaman teknologi sekarang berkomunikasi. Dah lama-lama tu, boleh lah faham sikit-sikit.

Jom kita tengok contoh-contoh bahasa short form atau sms yang Te-Yan dengar kat SURIA dan pernah juga digunakan :


  • LTC - Line Tak Clear
  • FAMILY - Father Mother I Love You
  • FYI - For Your Information
  • BTW - By The Way
  • OTW - On The Way
  • Hari ini - rini
  • Beritahu - bgthu
  • Aku - aq /ak
  • Betul - tol
  • Apa - apew 
  • Tidak mengapa - x pew
  • Ya kah - ye kew
  • Tidak mengapa lah - x pe ar
  • Sekarang - skang
  • Keluar - kuar
  • Jadi - jd
  • Tidak tahu - x taw
  • Pun - pon / pown
  • LOL - Laugh out loud / Laugh out love
  • ASAP - As soon as possible
Dan ada banyak lagi lah.. entah macam mana lah budak-budak zaman sekarang nie dapat wording macam nie kan..tapi itulah dinamakan teknologi. Lagi nak dijadikan "paperless environtment". Tapi tak kisah lah korang nak guna bahasa apa pun. Janji jangan digunakan dalam penulisan karangan BM korang ye. 

Tapi sentiasalah ingat kata-kata ini : 

BAHASA JIWA BANGSA

Friday, September 23, 2011

Persahabatan Yang Disalah Erti

Assalamualaikum w.r.t

"A friend is someone you can be alone with and have nothing to do and not be able to think of anything to say and be comfortable in the silence "

Kadangkala sukar untuk kita mengerti tingkah laku individu di sekeliling kita. Tidak kiralah siapa pun. Pasangan, keluarga, saudara mara atau sahabat handai. Dan yang pastinya agak sukar untuk kita mencari sahabat yang betul-betul bergelar SAHABAT dalam dunia ini. 

Entri Te-Yan kali ini bukanlah untuk menunding jari kepada sesiapa. Tapi seandainya ada di antara pembaca yang tersentap dengan entri Te-Yan kali ini, jutaan maaf Te-Yan pinta. Tapi Te-Yan harus juga menulis di sini, sekurang-kurangnya perasaan yang terbuku di hati ini dapat dileraikan. 

Pelik sungguh Te-Yan dengan sikap manusia di sekeliling, seolah-olah tiada perkara penting yang ingin dibuat selain daripada SUKA MENJAGA TEPI  KAIN orang lain. Kalau sekadar mengambil tahu untuk pengetahuan diri sendiri, tidak mengapalah juga. Tapi kalau sehingga menyampai-nyampai cerita kepada orang lain, baik kah perbuatan itu ? Jangan suka mengaibkan atau membuat cerita tentang orang lain sekiranya anda tidak tahu butir-butir yang sebenarnya. Tidak kah anda sedar bahawa tindakan anda itu bakal merosakkan nama baik orang lain walaupun hanya dengan sekecil perkara ?

Benarlah sikap manusia, tidak pernah senang seandainya kita berbaik dengan orang. Sering sahaja persahabatan itu disalah erti. SALAHKAH BERBAIK DENGAN ORANG ? Tidak salah kan ? Kenapa perlu untuk menyibukkan diri dengan hal peribadi orang lain ? Belum tentu diri anda itu benar-benar sempurna kerana TIADA MANUSIA DALAM DUNIA INI YANG SEMPURNA

Te-Yan rasa tidak salah kita berbuat baik dengan orang. Lebih baik kita berkawan dari bermusuh-musuhan. Buang kan sahaja sifat DENGKI, IRI HATI, CEMBURU yang ada dalam diri anda. Kalau kita berbuat baik dengan orang, tidak bermakna kita inginkan sesuatu buat kepentingan diri. Kalau ada pendirian seumpama itu, baiklah kita tidak perlu punya kawan di dunia ini. 

Sekurang-kurang nya kalau kita berbuat baik dengan orang, suatu hari nanti pasti orang yang berbaik dengan kita itu akan membantu kita jika kita ada kesusahan. Walaupun tidak dapat membantu, sekurang-kurangnya orang itu boleh menjadi PENDENGAR SETIA yang terbaik buat kita. Jadi lebih baik kita BERBAIK SANGKA dengan orang. Tidak rugi buat diri kita. 

Kadangkala kalau kita bercerita perkara yang agak rahsia dengan rakan baik kita, dengan suara yang agak perlahan, ada juga orang yang berfikiran negatif. Eh, biarlah kan. Takkan lah pula semua cerita mahu dicanang satu dunia. Kita perlu lah pandai mencari sahabat yang betul-betul boleh dipercayai. Bukannya sahabat yang berciri TALAM DUA MUKA. Baik bagai semut dipijak pun tidak mati bila bercakap di depan kita. Tapi di belakang kita, dialah punya angkara. 

Pada Te-Yan, walau di mana juga kita berada, sikap manusia begini mesti kita akan berjumpa. Manusia yang tidak pernah puas melihat kebahagiaan orang lain, manusia yang tidak pernah puas melihat kegembiraan orang lain. Hanya yang tahu dalam fikiran nya, bagaimana cara untuk menjatuhkan mereka yang tidak disukai walaupun orang itu tidak dikenali. Eh, cubalah berfikiran positif. Jangan asyik mahu selongkar peribadi orang lain. Jangan satu hari nanti diri sendiri yang terkena. Balasan Allah bila-bila masa sahaja. 

Prinsip hidup Te-Yan senang sahaja. Kalau orang berbuat baik dengan kita, tidak salah kita berbuat baik juga dengan orang itu. Te-Yan bukan memilih kawan, tapi Te-Yan berkawan dengan semua orang. Macam Te-Yan di sekolah. Sudah nama lagi seorang guru, pastinya dengan semua orang Te-Yan bertegur sapa dan berkawan. Pentadbir, kakitangan, guru, murid, malah dengan pekerja am pun Te-Yan berkawan. Bukanlah satu kesalahan kita berbuat baik dengan orang, wahai teman seperjuangan sekalian. Yang penting keikhlasan di hati itu yang paling utama.


Thursday, September 22, 2011

Kemaafan Dendam Yang Terindah

Assalamualaikum w.r.t

" Forgiveness is not forgetting an injustice done
It is the understanding that allows us to set aside
the emotional impact of that injustice pertaining to ourselves.
When we no longer hold those emotions, 
and have understanding for the person, we have forgiven them"
~MoonSinger~


Semalam perasaan "terasa hati" itu masih membuku di hati Te-Yan. Sehingga sukarnya di hati Te-Yan untuk memberi kemaafan. Bukannya Te-Yan berdendam, tetapi perlukan masa untuk meredakan kemarahan di hati. Tetapi apabila perkataan "KEMAAFAN" diucapkan dengan penuh keikhlasan, akhirnya kemarahan dan terasa hati itu luntur dengan sendirinya. 

Sesungguhnya KEMAAFAN ITU DENDAM YANG TERINDAH. Sungguh Te-Yan tidak sangka, seseorang yang membuat hati Te-Yan tersentap semalam, memohon kemaafan yang penuh ikhlas dari dirinya. Mulanya ego dalam diri ni mengatasi segalanya. Mahu sahaja Te-Yan buat tidak tahu. Tapi bila difikirkan semula tidak salah sekiranya kita memberi peluang seandainya ada orang yang ingin memohon kemaafan dari kita. 

Sudah lama Te-Yan tidak berbual panjang dengan seseorang itu. Jadi peluang yang ada itu Te-Yan cuba bertanya permasalahan yang ada. Akhirnya sudah tahu apa puncanya. Alahai hanya sekecil perkara. Tapi kesannya amat mendalam. Tapi Te-Yan sudah berikan nasihat agar semangatnya kembali pulih. Bila dengar kembali suara dan gelak ketawa yang dah lama tidak didengar, gembira rasa di hati. Mudah-mudahan dirinya dapat kembali "spirit" yang dicari. 

Sungguh terharu bila kemaafan yang dipinta berkali-kali. Penuh keikhlasan. Akhirnya kemaafan itu Te-Yan terima. 

Tidak salah jika kita memaafkan seseorang kerana itu satu perkara yang terindah.

Wednesday, September 21, 2011

Tanya Pun SALAH Ke..?

Assalamualaikum w.r.t

Hari ni memang Te-Yan terasa hati yang amat sangat. Susahnya nak faham hati manusia. Betul lah bak kata peribahasa melayu "Rambut sama hitam, hati lain-lain". Te-Yan nak tanya korang lah kan, kalau kita bertanya pada seseorang tentang satu perkara yang baik atau sebarang kemusykilan, itu merupakan satu KESALAHAN ker? 

Te-Yan bukan lah suka busy body hal orang lain. Lantak lah korang nak tungggang terbalik ke, apa ker.. Tapi kalau orang tu dah kita kenal, dah sentiasa kita berbual, dah tahu hati budinya, dan bila kita rasa orang itu mungkin ada masalah dari riak air mukanya, sudah pasti kita sebagai orang yang kenal dia punya rasa untuk bertanya sebab musabab nya kan..? Bukan bermaksud untuk menyibuk kan diri dengan permasalahan orang tu, tetapi sekadar ingin bertanya kenapa wajah sedemikian rupa.. Tapi rupanya, pertanyaan kita itu bagai satu kesalahan pada empunya diri agaknya. Sebab tu dapat balasan kata-kata yang Te-Yan rasa amat menyentap di hati ini. Kata-kata yang memang buat Te-Yan amat terasa hati. Jadi kalau sudah begitu rupa, maka fahamlah Te-Yan maksudnya. 

Selama ni ada juga Te-Yan bagi nasihat juga, tapi boleh pula diterima. Agaknya masa tu buat-buat terima aje kot. Dalam hatinya tak lah pula Te-Yan tahu. Ye lah, kita bukan boleh baca hati orang. Tapi nasihat yang Te-Yan beri tu "ikhlas min qulubi" @ ikhlas dari hati. Tapi kalau rasa tidak selesa, baik lah dari dulu cakap awal-awal. 

Bila difikirkan balik, "Buat baik pun orang tak suka, buat jahat dah sah-sahlah orang lagi mengata". Tapi hati Te-Yan ni masih ada tahap kesabaran lagi. Mungkin juga memang orang tu tak mahu diganggu atau mungkin tidak mahu berkongsi apa permasalahan dia. Jadi tak perlu lah Te-Yan mendesak untuk tahu segala. Terpulang lah empunya diri mahu bercerita atau tidak. 

Cuma Te-Yan nak bagitau kat sini, Te-Yan tak pernah nak minta balasan apa pun atas apa yang Te-Yan dah beri, kongsi, atau cerita. Terpulanglah pada orang lain untuk menilai. 

Tapi hingga ke saat ini, Te-Yan masih lagi terasa hati. Thank you so much.

PERLU KE SELEPAS INI AKU BUAT TAK TAHU AJE SEKIRANYA ITU YANG LEBIH MENYENANGKAN ????

Tuesday, September 20, 2011

Jangan MONYET..Jangan..!!!!

Assalamualaikum w.r.t

Sang Kancil : "Jangan Monyet, jangan.."
Monyet : "Aku tak peduli. Au nak juga..aku nak juga.."

Hihihi ini antara dialog kartun yang pernah Te-Yan tengok masa kecik-kecik dulu. Tengah jenguk update kat fesbuk, terpandang satu video yang di post oleh kawan Te-Yan nie. Animasi yang dihasilkan oleh Filem Negara Malaysia sekitar tahun 80 an or 90 an. Tyme tu Te-Yan kecik lagi. Masih sekolah rendah lagi...Best giler citer Sang Kancil ngan kengkawan nye nie. Salah satunya kisah Sang Kancil dan Monyet. Kalau kuar je animasi ni kat TV sanggup ngadap sampai habis. Tapi yang pastinya setiap siri ni ada pengajarannya. 

Jom kita tengok....

"Ingat-ingat Monyet..Jangan diulang lagi..."

Monday, September 19, 2011

Isk..isk..Terharunye Rasa Di Hati

Assalamualaikum w.r.t

Isk..isk..isk...hari ni Te-Yan rasa terharu sungguh. Siang tadi Te-Yan on9 fesbuk sekejap. Then ada satu link post kat wall Te-Yan. Tajuknye agak pelik "Saya teringatkan diaaaa !!!!"....ngeeee pelik bin ajaib...apakah maksudnya itu..? Te-Yan pun klik la kat link tu...Pergggghhhhh rasa terharu di hati bila ada one of the student yang story mory pasal Te-Yan even though Te-Yan tak mengajar dia tahun nie. Cuma pernah mengajar kelas dia pada tahun lepas...Owhhhhh korang terharu tak bila ada student yang dok tengah study tetiba teringatkan cikgunye..??? Dear Izzati Kamsani, huhuhu Te-Yan tak sangka plak muka Te-Yan ni plak yang terpacul kat kepala ko tyme ko dok study tu..huk.huk..huk..apalah yang ada pada Te-Yan ni kan....Te-Yan  hanya seorang guru biasa aje..(ayat sadis).

Tapi terima kasih bebanyak lah sebab story mory pasal Te-Yan. Ko orang ketiga yang buat story pasal Te-Yan kat blog...mak aiiii terglemer lah buat sementara waktu kalau satu dunia membacanya..ngeeeeee....tapi itulah Te-Yan...memang for the 1st tyme orang akan kata Te-Yan ni agak ARROGANT orang nye..Bukan apa, muka Te-Yan ni agak serius kalau mood tak baik..naseb lah sapa yang terselisih ngan Te-Yan waktu muka macam nasi hangit tyme tu kan..ngeeee..tapi sapa dah kenal tu, Te-Yan memang happy go lucky person. Kalau dengan students memang lah kena garang but garang bertempat..dalam kelas memang Te-Yan akan buat students enjoy sebab tak mau lah dorang tu stress memanjang...sapa students yang pernah Te-Yan ajar tu, korang tau lah kan Te-Yan cemana. 

Te-Yan ikhlas mengajar korang semua..segala ilmu yang ada Te-Yan akan berikan. Ilmu yang bermanfaat je tau. Yang karut marut tu Te-Yan tak ajaq noooo..Hangpa yang carik sendiri....

Cuma betui bak kata Izzati Kamsani ni, bila kebanyakan students sekarang ni suka sangat kutuk cikgu2 depa terang-terangan. Takdak hormat langsung pada seorang guru. Te-Yan tengok sekarang ni nilai-nilai moral yang baik sudah agak berkurangan dalam diri seorang pelajar. Guru ni bukan nya nak minta balasan wang ringgit atas apa ilmu yang dah disampaikan. Tak heran lah kami ngan duit hangpa semua tau. Cukuplah sekadar korang menghormati seorang yang bergelar GURU, fokus dalam kelas dan buktikan kecemerlangan korang semua. Tanpa seorang bergelar guru tiadalah semua pekerjaan yang baik di dunia ini. Cuba lah korang hayati sajak Usman Awang tulis pasal guru tu..pasti korang akan tahu betapa mulianya pekerjaan seorang guru walaupun hakikatnya pekerjaan guru sekarang nie orang tak pandang sangat. Tapi Te-Yan tak peduli semua tu. Janji Te-Yan dapat kepuasan mengajar walaupun gaji tak semenggah kerja2 swasta yang top-top tu. Kerana yang penting KEIKHLASAN hati untuk mengajar anak bangsa supaya dapat menjadi orang yang berguna.

Cuma Te-Yan nak bagi nasihat sikit lah kat sini. Pada mana-mana pelajar yang bakal nak menghadapi exam penting korang hujung pertengah bulan 11 nie kan, korang pi lah minta maaf kat guru, mak ayah, kawan2 yang pernah korang sakit kan hati mereka. Mudah-mudahan dengan keikhlasan korang minta maaf tu kan, akan membuka hati mereka-mereka itu untuk memaafkan korang. Carilah KEBERKATAN ILMU

Mudah-mudahan anda berjaya......

Kat sini Te-Yan buat Link tiga students yang buat story pasal Te-Yan...Mekasih ye...I luv U laaaaa...MMuaaaahhhhh......

Friday, September 16, 2011

Riang Ria Merdeka Raya 2011

Assalamualaikum w.r.t

15 SEPTEMBER 2011, tarikh keramat buat semua sekolah seluruh Malaysia rasanya. Mana taknya, semalam semua WAJIB buat sambutan MERDEKA RAYA  sempena bulan penutup kemerdekaan yang disambut pada hari ini 16 SEPTEMBER 2011 sempena HARI MALAYSIA.

Kesian juga buat student SPM yang exam trial terpaksa ditunda ke tarikh lain semata-mata nak beri laluan kepada Sambutan Merdeka Raya ni. Tak apa lah yang penting korang juga diberi peluang untuk bergumbira semalam. 

Majlis dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu rasmi, ucapan dan seterusnya pelepasan konvoi Kayuhan Merdeka yang disertai oleh murid-murid yang menaiki basikal ke sekolah. Mereka membuat kayuhan basikal mengelilingi taman. Perghhhh basikal masing-masing dihiasi bendera Malaysia dan Negeri Selangor.

Kemudian, diteruskan pula Forum Merdeka yang telah menjemput dua orang panel iaitu mantan pengetua Tn Hj Hisamudin bin Husnin dan juga seorang pelajar dari Tingkatan 6 Rendah, Saudari Faeqah Ahmad. 

Kemudian disambung lagi dengan persembahan dari pelajar-pelajar Form Lower 6. Yang sadisnya bila sound system tak berapa nak okey. Kesian dorang. Tenggelam timbul suara. Adoiyaaaaa....

Dan akhirnya yang ditunggu-tunggu oleh pelajar-pelajar JAMUAN MERDEKA RAYA...mak aiiiii..memang lah memerlukan KEKUATAN kaki untuk menjelajah satu sekolah, bermula dewan terbuka, turun ke parking kereta, masuk bangunan form 6, turun kantin...perghhhh banyak benar stall...dan juga KETAHANAN perut sebab nak menjamah segala menu yang ada...tapi Te-Yan cuma cari menu PELIK aje..setakat rendag, lemang, spagethi, haisshhh tu semua dah biasa makan......

Tapi yang pastinya meriah juga lah semalam walaupun berkobar-kobar ada yang kata PRESS datang....hahhaha tapi batang idung pun takdak....baik jadik PRESS sendiri...lagi berbaloi....








Monday, September 12, 2011

Open House Sesaje...Haishhhh

Assalamualaikum w.r.t

Masih lagi dalam bulan Syawal, thats mean masih lagi mood raya kan ? Tapi Te-Yan takde dah mood raya sebab memikirkan 18 anak tersayang yang nak menjawab exam nie. Entah datang ke tidak kelas tambahan Rabu nie. Nak tolong dorang sebenarnya. 

Open house tak habis-habis lagi. Maknanya makan-makan tak habis lagi. Bulan puasa perut okey aje kan. Tapi bila tyme raya, mak aiiiii membalun segala benda yang boleh di makan. Ye lah takkan lah pi beraya umah orang, dok diam aje. Nak jugak menjamah itu dan ini. 

Umah Te-Yan pun tak habes-habes lagi diserbu nie. Penat dah rasa kaki ni dok mengadap dapur ajew. Tapi rezeki orang nak datang umah kan. Kita jamu lah betul-betul.

Sabtu baru-baru ni terlepas nak gi open house yang paling grand. Memang every year cikgu ni buat. Memang grand betul. Macam kenduri kawen. Ada stall itu ini. Pilih aje. Tapi disebabkan stranded kat Ampang yang jem gila, hampeh semua plan tak menjadi. Bila lah isu jem nie nak settle. Penat ngadap jem nie. Itupun dah potong ikut Duke. Tapi bila masuk aje MRR2, mintak ampun bebanyak lah kan. Dah tak leh nak buat apa. Itu je pun jalan kat Ampang.

Yang pastinya selagi tak habes bulan Syawal selagi tu lah ada makan-makan. Apa lagi, makan-makan aje lah. Rezeki jangan ditolak.

Adiossssss.....

Friday, September 09, 2011

Lagenda Budak Setan ~ Suratan atau Kebetulan

Assalamualaikum w.r.t

Semalam Te-Yan berpeluang menonton filem LAGENDA BUDAK SETAN yang ditayangkan di Astro Ria. Dah lama Te-Yan tunggu filem ni. Dulu tak berpeluang nak tonton wayang sebab Te-Yan memang tak suka tengok wayang. Mencari CD nya asyik SOLD OUT aje. Nasib lah En Astro amat baik hati menayangkan filem ni malam tadi. Mestilah tak lepaskan peluang. Tapi kenapa Te-Yan suka sangat dengan filem ni yeee..? Ha meh sini Te-Yan nak cerita.

Kisah LBS ni lebih kurang sama dengan cerita masa zaman Te-Yan sekolah dulu. Tak tahulah ianya SURATAN atau KEBETULAN. Bukan totally sama, cuma perangai si Kasyah yang macam SETAN tu mengingatkan Te-Yan pada zaman persekolahan. 

Dulu, Ahadiat Akashah ni merupakan penulis yang PALING TOP masa zaman Te-Yan sekolah dulu. Rata-rata memang remaja sekolah pada zaman tu memang menanti-nantikan karya penulisan Ahadiat ni. Kan kebanyakan novel Ahadiat ni berkisar tentang remaja. Tak terkecuali lah dengan Te-Yan yang memang mengumpul novel penulisan Ahadiat. Mesti korang pernah dengar atau baca novel Budak Momok, Pilot Cafe, Katerina, Budak Setan 1, Budak Setan 2, Budak Setan 3 dan Lagenda Budak Setan. Itu semua karya Ahadiat. Tapi novel LBS lah yang paling TOP. Dan Te-Yan masih simpan koleksi ini. 

Bila tonton filem LBS ni membuat kan Te-Yan mengimbau semula zaman persekolahan. Kalau dalam filem ni ada 4 orang satu geng, tapi masa zaman sekolah Te-Yan tu kalau tak silap ada 7 budak SETAN. Tapi yang FOFULAR dalam group tu cuma dua makhluk aje. Yang lain tu bak kata teman baik Te-Yan, SUAM-SUAM KUKU. Waktu tu zaman yang amat taksub dengan RAPPERS. So kumpulan artis yang memang TOP tyme tu dah sah-sah lah KRU, 4U2C, FEMININ. Apa lagi, ramai jugaklah budak-budak sekolah yang menubuhkan kumpulan yang ala-ala kumpulan rappers terkenal nie. Baju, gaya, stail semuanya ikut rappers. Tak kisahlah kan. Tak terkecuali lah jugak dengan group budak setan nie. Tapi setan-setan diaorang tu pun, rasanya disayangi oleh cikgu-cikgu. Sebab apa...? sebab dorang tu budak-budak pandai. Dapat result SPM pun gempak.

Te-Yan dulu sekolah lain di negeri lain, dan group setan ni sekolah lain juga di negeri yang lain. Mesty korang heran kan cemana lah Te-yan boleh kenal dengan group ni. Ada cerita di sebaliknya tapi Te-Yan malas nak cerita di sini. Tapi, walaupun Te-Yan tak sama sekolah dengan group ni, tapi apa sahaja update pasal group ni, Te-Yan pasti akan dapat tahu. Adussss tak boleh lah dibayangkan apa yang dorang buat kat sekolah kan. Kalau dalam filem ni Si Kasyah buat gila dengan masukkan CICAK dalam tin coke, tapi group ni pulak buat gila dengan muntah kat kasut cikgu sebab geli-geleman belah perut katak. Macam-macam juga insiden yang kelakar. Tapi hakikatnya nakal-nakal dorang pun, sebenarnya hati dorang amat baik. Suka tolong member. 

The best moment bila dorang nyanyi and menari lagu kumpulan KRU yang paling top dulu, MENGERTI....Perghh Te-Yan boleh bayangkan bila tyme dorang nyanyi tu, budak-budak terpegun. Muka masing-masing dah lah hensem. Boleh gila bayang lah sapa yang tengok tu. Hahahahaha....

Cuma perangai yang dorang yang paling Te-Yan tensen bila asyik menghilang macam CHIPSMORE. Tetiba muncul semula. Pastu hilang lagi. Then dua tiga bulan lepas ada salah sorang dari group ni yang contact member baik Te-Yan yang waktu tu berada di Bandung. Terkejut juga kami berdua. Bayangkanlah dah hampir 12 tahun tak dengar khabar, tetiba muncul dengan cerita HOT. Kemudian hilang lagi...adusss apa hal lah ngan korang semua nie kan..kesian lah kat kitaorang member-member korang ni kan...ingatan pada korang tak pernah luput dari ingatan tau.

Tapi sekarang semua dah jadi sejarah dan memori indah. Kalau dalam filem ni Ayu yang pergi meninggalkan Kasyah, tapi dalam kumpulan dorang, one of their friend pergi meninggalkan kami semua disebabkan kemalangan. Memang sadis waktu tu. Te-Yan dapat tahu pun waktu Te-Yan masih berada dalam sem matrik. Itupun setelah sebulan arwah pergi baru Te-Yan dapat tahu. Al-fatihah buatmu sahabat. Kau sentiasa dalam ingatan. Mudah-mudahan dirimu ditempatkan di kalangan insan yang beriman. Memang agak terkilan sebab tak dapat jumpa buat kali terakhir. Sejak dari hari tu, masing-masing bawa haluan sendiri. Langsung tak tahu khabar berita sehinggalah teman Te-Yan terjumpa salah seorang dari mereka hari raya yang lalu. Lepas ni mungkin tak jumpa lagi sebab dia akan berangkat ke Amerika semula. 

Cuma Te-Yan berharap agar lepas nie korang tak hilang lagi.  Penat tau mencari maklumat pasal korang selama nie. Rupa-rupanya dah duduk kat oversea. Then dengar pula macam-macam cerita. Walau apa pun yang berlaku dalam kehidupan korang semua, ingatlah bahawa ada memori indah yang tidak akan luput dari ingatan kita. 

Agak-agak ada lagi tak UKIRAN NAMA di pokok kat Taman Tasik Taiping tu....??????????

Itulah kisah kami.....Sekian....

Tuesday, September 06, 2011

Masih Dalam Mood RAYA

Assalamualaikum w.r.t

Wohohoho Te-Yan rasa semunya masih dalam mood raya. Te-Yan pun sama juga nie. Nak update blog pun dah takde idea. Takkan nak cerita pasal kisah berhari raya. Hehehe nanti orang boring nak baca. Students Te-Yan pun sibuk dok menanya bila agaknya Te-Yan nak buat entri baru..heheh sabor lah ye. Te-Yan dok risau ngan anak-anak didik Te-Yan yang tengah mengadap TRIAL exam bermula hari ini. Tadi dok meronda mereka jawab exam Bahasa Melayu..aduhai macam-macam jawapan yang diberi. Itu baru subjek BM...belum yang lain lagi... ICT entah cemana lah pula nanti..Adussssssssss...... walau apa pun Te-Yan doakan yang terbaik untuk mereka semua....

!!!.....GOOD LUCK......!!

Sunday, September 04, 2011

Working Life..Mood :: No Mood

Assalamualaikum w.r.t

Raya sudah seminggu berlalu. Tapi rasanya keseronokan bercuti masih tidak puas lagi. Esok dah mula semula kehidupan seperti biasa bagi mereka yang dah bekerja. Waduhhhhh malasnya lah Te-Yan nak mulakan hari pertama di sekolah esok nya nie. Yang pasti esok mesti ramai bebudak tak mai sekolah agaknya. Masih dalam mood bercuti. Tapi tugas harus diteruskan seperti biasa. Tambah pula 18 orang anak didik Te-Yan nak mengadap TRIAL SPM bermula SELASA ini. Waaaaa Te-Yan sangat risau. Dah cuti hampir seminggu, sudah pasti buku dicampak entah ke mana. Esok juga Te-Yan nak buat kelas tambahan untuk dorang semua. Risoooo bebenor bila nengok result PKS deme hari tu. Haishhhhh boleh ke idak nak capai target nie.... Hopefully deme ade le kesedaran nak exam nie. Cume Te-Yan hanya mampu berdoa yang terbaik untuk deme semua tu. Semua ilmu dah dicurahkan. Harapan Te-Yan agar deme semua tu berjaya lah hendaknya. 

TIADA HADIAH YANG PALING BERHARGA BAGI SEORANG GURU SELAIN DARI KEJAYAAN ANAK DIDIKNYA.......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...