Assalamualaikum w.r.t
Hari ni memang Te-Yan terasa hati yang amat sangat. Susahnya nak faham hati manusia. Betul lah bak kata peribahasa melayu "Rambut sama hitam, hati lain-lain". Te-Yan nak tanya korang lah kan, kalau kita bertanya pada seseorang tentang satu perkara yang baik atau sebarang kemusykilan, itu merupakan satu KESALAHAN ker?
Te-Yan bukan lah suka busy body hal orang lain. Lantak lah korang nak tungggang terbalik ke, apa ker.. Tapi kalau orang tu dah kita kenal, dah sentiasa kita berbual, dah tahu hati budinya, dan bila kita rasa orang itu mungkin ada masalah dari riak air mukanya, sudah pasti kita sebagai orang yang kenal dia punya rasa untuk bertanya sebab musabab nya kan..? Bukan bermaksud untuk menyibuk kan diri dengan permasalahan orang tu, tetapi sekadar ingin bertanya kenapa wajah sedemikian rupa.. Tapi rupanya, pertanyaan kita itu bagai satu kesalahan pada empunya diri agaknya. Sebab tu dapat balasan kata-kata yang Te-Yan rasa amat menyentap di hati ini. Kata-kata yang memang buat Te-Yan amat terasa hati. Jadi kalau sudah begitu rupa, maka fahamlah Te-Yan maksudnya.
Selama ni ada juga Te-Yan bagi nasihat juga, tapi boleh pula diterima. Agaknya masa tu buat-buat terima aje kot. Dalam hatinya tak lah pula Te-Yan tahu. Ye lah, kita bukan boleh baca hati orang. Tapi nasihat yang Te-Yan beri tu "ikhlas min qulubi" @ ikhlas dari hati. Tapi kalau rasa tidak selesa, baik lah dari dulu cakap awal-awal.
Bila difikirkan balik, "Buat baik pun orang tak suka, buat jahat dah sah-sahlah orang lagi mengata". Tapi hati Te-Yan ni masih ada tahap kesabaran lagi. Mungkin juga memang orang tu tak mahu diganggu atau mungkin tidak mahu berkongsi apa permasalahan dia. Jadi tak perlu lah Te-Yan mendesak untuk tahu segala. Terpulang lah empunya diri mahu bercerita atau tidak.
Cuma Te-Yan nak bagitau kat sini, Te-Yan tak pernah nak minta balasan apa pun atas apa yang Te-Yan dah beri, kongsi, atau cerita. Terpulanglah pada orang lain untuk menilai.
Tapi hingga ke saat ini, Te-Yan masih lagi terasa hati. Thank you so much.
PERLU KE SELEPAS INI AKU BUAT TAK TAHU AJE SEKIRANYA ITU YANG LEBIH MENYENANGKAN ????
No comments:
Post a Comment