Friday, September 16, 2011

Riang Ria Merdeka Raya 2011

Assalamualaikum w.r.t

15 SEPTEMBER 2011, tarikh keramat buat semua sekolah seluruh Malaysia rasanya. Mana taknya, semalam semua WAJIB buat sambutan MERDEKA RAYA  sempena bulan penutup kemerdekaan yang disambut pada hari ini 16 SEPTEMBER 2011 sempena HARI MALAYSIA.

Kesian juga buat student SPM yang exam trial terpaksa ditunda ke tarikh lain semata-mata nak beri laluan kepada Sambutan Merdeka Raya ni. Tak apa lah yang penting korang juga diberi peluang untuk bergumbira semalam. 

Majlis dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu rasmi, ucapan dan seterusnya pelepasan konvoi Kayuhan Merdeka yang disertai oleh murid-murid yang menaiki basikal ke sekolah. Mereka membuat kayuhan basikal mengelilingi taman. Perghhhh basikal masing-masing dihiasi bendera Malaysia dan Negeri Selangor.

Kemudian, diteruskan pula Forum Merdeka yang telah menjemput dua orang panel iaitu mantan pengetua Tn Hj Hisamudin bin Husnin dan juga seorang pelajar dari Tingkatan 6 Rendah, Saudari Faeqah Ahmad. 

Kemudian disambung lagi dengan persembahan dari pelajar-pelajar Form Lower 6. Yang sadisnya bila sound system tak berapa nak okey. Kesian dorang. Tenggelam timbul suara. Adoiyaaaaa....

Dan akhirnya yang ditunggu-tunggu oleh pelajar-pelajar JAMUAN MERDEKA RAYA...mak aiiiii..memang lah memerlukan KEKUATAN kaki untuk menjelajah satu sekolah, bermula dewan terbuka, turun ke parking kereta, masuk bangunan form 6, turun kantin...perghhhh banyak benar stall...dan juga KETAHANAN perut sebab nak menjamah segala menu yang ada...tapi Te-Yan cuma cari menu PELIK aje..setakat rendag, lemang, spagethi, haisshhh tu semua dah biasa makan......

Tapi yang pastinya meriah juga lah semalam walaupun berkobar-kobar ada yang kata PRESS datang....hahhaha tapi batang idung pun takdak....baik jadik PRESS sendiri...lagi berbaloi....








No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...