Thursday, September 29, 2011

Akan Ku Cuba Sebelum Pengakhirannya

Assalamualaikum w.r.t

Semalam students ICT Te-Yan menduduki peperiksaan Percubaan ICT SPM bagi kertas bertulis. Sebelum ini Te-Yan hanya mampu untuk berdoa supaya mereka dapat menjawab soalan dengan baik. Segala usaha Te-Yan dah lakukan sebelum trial ini. Tahun ini usaha dilakukan memang drastik memandangkan Te-Yan mengajar kelas yang agak lemah dari segi teorinya. Kelas tahanan, kelas tambahan dan latih tubi entah berapa kali dalam seminggu. 

Bila mereka masuk aje dalam dewan semalam, kebetulan pula tyme Te-Yan mengawas semasa itu. Hmmm bila mereka menjawab aje, Te-Yan meronda lah melihat apa yang mereka tulis. Sudah nampak sedikit kesungguhan mereka dalam menjawab soalan. Yang rajin datang kelas tambahan dan membuat semua latih tubi yang diberikan, Insya-Allah mereka tiada masalah. Tapi Te-Yan cukup risau dengan beberapa orang pelajar yang agak lemah dan selalu gagal dalam subjek ICT ni. Soalan pula adalah selaras negeri. Ini bermakna satu negeri menduduki peperiksaan ICT semalam. Jadi memang tiada berlaku kebocoran soalan. Elok sangat sebab Te-Yan memang tak galakkan pelajar Te-Yan untuk spot soalan itu ini. Buat apa macam tu. Kalau dapat result bagus pun bukan atas usaha sendiri. Kalau dalam peperiksaan sebenar siapa nak tolong ?

Habis aje exam, Te-Yan terus tanda paper ICT mereka. Keputusan yang di luar jangkaan. Alhamdulillah semua LULUS dengan keputusan yang memberangsangkan. Ada yang mendapat A, A- dan yang rendah pun cuma E. Pelajar yang mendapat E tu memang Te-Yan dah jangka. Harapan Te-Yan supaya dia boleh menilai dirinya selama ini. Pelajar-pelajar yang selama ini gagal, mendapat keputusan di luar jangkaan. Alhamdulillah. Bukannya tidak boleh, tapi usaha dalam diri tu tiada. 

Tapi ingat ye, ini baru pertengahannya. Belum pengakhirannya. Jangan terlalu gembira dengan keputusan yang telah diterima ini. Pengakhirannya hanya boleh ditentukan bila kamu semua menduduki peperiksaan sebenar nanti. 

Cuma Te-Yan rasa sungguh terharu bila menerima kata-kata dari dua orang pelajar ini melalui fesbuk Te-Yan.

lpas cikgu Marziean Shapian ckp kt aq td...
jgn setakat lulus,target math A...
aq dh berkobar2 utk study besungguh2....
thanks cikgu...
View Post · 15 hours ago


Cikgu yang paling baik dan ikhlas mengajar , The Best Teacher Ever Marziean Shapian ♥
View Post · 17 hours ago



Tenkiu sayang. Tece cuma berikan yang terbaik untuk anak-anak didik tece. Buat Fathin Aisyah, jangan kecewa dengan keputusan yang diterima. Cuba buat yang terbaik. Walaupun tece tak mengajar kamu Math, tapi tece doakan kamu buat yang terbaik dalam SPM nanti. Hopefully you can do the best. 

Aishah Ghazali : Terima kasih atas kata-kata itu. Tece hanya berikan ilmu yang tece ada. Tapi yang paling penting ialah usaha kamu. Jadi kamu dah nampak hasilnya kan. Kekalkan prestasi kamu sehingga peperiksaan sebenar. Hopefully tahun depan tece boleh tengok kamu naik pentas terima anugerah di hari kecemerlangan. 

Te-Yan terpaksa post result mereka semua di group fesbuk. Bukan untuk memalukan, tapi untuk beri kesedaran kepada mereka yang masih tidak sedar. Dan kesannya, ada yang membuat pengakuan maaf secara terbuka atas apa kesalahan yang telah dilakukan. Harapan Te-Yan kemaafan yang diminta itu akan ditunaikan. Bukan sekadar omongan kosong. 



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...