"A friend is someone you can be alone with and have nothing to do and not be able to think of anything to say and be comfortable in the silence "
Kadangkala sukar untuk kita mengerti tingkah laku individu di sekeliling kita. Tidak kiralah siapa pun. Pasangan, keluarga, saudara mara atau sahabat handai. Dan yang pastinya agak sukar untuk kita mencari sahabat yang betul-betul bergelar SAHABAT dalam dunia ini.
Entri Te-Yan kali ini bukanlah untuk menunding jari kepada sesiapa. Tapi seandainya ada di antara pembaca yang tersentap dengan entri Te-Yan kali ini, jutaan maaf Te-Yan pinta. Tapi Te-Yan harus juga menulis di sini, sekurang-kurangnya perasaan yang terbuku di hati ini dapat dileraikan.
Pelik sungguh Te-Yan dengan sikap manusia di sekeliling, seolah-olah tiada perkara penting yang ingin dibuat selain daripada SUKA MENJAGA TEPI KAIN orang lain. Kalau sekadar mengambil tahu untuk pengetahuan diri sendiri, tidak mengapalah juga. Tapi kalau sehingga menyampai-nyampai cerita kepada orang lain, baik kah perbuatan itu ? Jangan suka mengaibkan atau membuat cerita tentang orang lain sekiranya anda tidak tahu butir-butir yang sebenarnya. Tidak kah anda sedar bahawa tindakan anda itu bakal merosakkan nama baik orang lain walaupun hanya dengan sekecil perkara ?
Benarlah sikap manusia, tidak pernah senang seandainya kita berbaik dengan orang. Sering sahaja persahabatan itu disalah erti. SALAHKAH BERBAIK DENGAN ORANG ? Tidak salah kan ? Kenapa perlu untuk menyibukkan diri dengan hal peribadi orang lain ? Belum tentu diri anda itu benar-benar sempurna kerana TIADA MANUSIA DALAM DUNIA INI YANG SEMPURNA.
Te-Yan rasa tidak salah kita berbuat baik dengan orang. Lebih baik kita berkawan dari bermusuh-musuhan. Buang kan sahaja sifat DENGKI, IRI HATI, CEMBURU yang ada dalam diri anda. Kalau kita berbuat baik dengan orang, tidak bermakna kita inginkan sesuatu buat kepentingan diri. Kalau ada pendirian seumpama itu, baiklah kita tidak perlu punya kawan di dunia ini.
Sekurang-kurang nya kalau kita berbuat baik dengan orang, suatu hari nanti pasti orang yang berbaik dengan kita itu akan membantu kita jika kita ada kesusahan. Walaupun tidak dapat membantu, sekurang-kurangnya orang itu boleh menjadi PENDENGAR SETIA yang terbaik buat kita. Jadi lebih baik kita BERBAIK SANGKA dengan orang. Tidak rugi buat diri kita.
Kadangkala kalau kita bercerita perkara yang agak rahsia dengan rakan baik kita, dengan suara yang agak perlahan, ada juga orang yang berfikiran negatif. Eh, biarlah kan. Takkan lah pula semua cerita mahu dicanang satu dunia. Kita perlu lah pandai mencari sahabat yang betul-betul boleh dipercayai. Bukannya sahabat yang berciri TALAM DUA MUKA. Baik bagai semut dipijak pun tidak mati bila bercakap di depan kita. Tapi di belakang kita, dialah punya angkara.
Pada Te-Yan, walau di mana juga kita berada, sikap manusia begini mesti kita akan berjumpa. Manusia yang tidak pernah puas melihat kebahagiaan orang lain, manusia yang tidak pernah puas melihat kegembiraan orang lain. Hanya yang tahu dalam fikiran nya, bagaimana cara untuk menjatuhkan mereka yang tidak disukai walaupun orang itu tidak dikenali. Eh, cubalah berfikiran positif. Jangan asyik mahu selongkar peribadi orang lain. Jangan satu hari nanti diri sendiri yang terkena. Balasan Allah bila-bila masa sahaja.
Prinsip hidup Te-Yan senang sahaja. Kalau orang berbuat baik dengan kita, tidak salah kita berbuat baik juga dengan orang itu. Te-Yan bukan memilih kawan, tapi Te-Yan berkawan dengan semua orang. Macam Te-Yan di sekolah. Sudah nama lagi seorang guru, pastinya dengan semua orang Te-Yan bertegur sapa dan berkawan. Pentadbir, kakitangan, guru, murid, malah dengan pekerja am pun Te-Yan berkawan. Bukanlah satu kesalahan kita berbuat baik dengan orang, wahai teman seperjuangan sekalian. Yang penting keikhlasan di hati itu yang paling utama.
No comments:
Post a Comment