Saturday, December 31, 2011

Aduh Sayang ~ Raja Dihatiku

Assalamualaikum w.r.t

Tirai 2011 bakal dilabuhkan.
Tirai 2012 bakal disingkapkan.

Tirai 2011, Te-Yan akhiri dengan lagu ini :

Raja Dihatiku : Nana Azmi
[OST Cerekarama Aduh Sayang]



Te-Yan dengar lagu ini setelah menonton cerekarama di TV3 bertajuk Aduh Sayang. 

Suka dengan watak Fateha semasa kecil. Petah adik kecil ini berbicara.
Sumber: Google

Cerita yang menarik, gandingan Remy Ishak dan juga Tiz Zakiah. 
Cerita berkonsepkan kekeluargaan. 

 " Berkisarkan tentang Nani dan Shidi yang dikurniakan dua orang anak Fateha dan Fayyad. Namun sejak mendapat dua orang cahaya mata, Nani dan Shidi sentiasa tidak bermaya ke pejabat. Permasalahan mereka ini disedari oleh ibu bapa Nani, dan mereka mencadangkan agar Fateha dan Fayyad ditinggalkan bersama datuk dan nenek mereka. Pada mulanya Nani dan Shidi agak keberatan, namun akhirnya mereka bersetuju untuk meninggalkan kedua-dua anak mereka di kampung. Walaupun merindui anak-anak nya, tetapi Nani dan Shidi kelihatan ceria dan lebih bersemangat di tempat kerja sehingga akhirnya Shidi dinaikkan pangkat dan ditawarkan bekerja di Melbourne semala 3 tahun. Demi untuk mencapai impian mereka, Nani dan Shidi terpaksa meninggalkan anak-anak mereka di bawah jagaan datuk dan nenek. Lima tahun telah berlalu, Nani dan Shidi akhirnya kembali ke tanah air. Mereka mengambil kembali anak-anak mereka yang telah lama ditinggalkan. Namun Fateha dan Fayyad tidak begitu gembira tinggal bersama kedua-dua ibu bapa mereka. Mereka lebih merindui datuk dan nenek yang telah mereka panggil Ayah dan Mak sehingga menyebabkan mereka telah lari dari rumah untuk berjumpa datuk dan nenek mereka. Namun atas nasihat datuk dan nenek, mereka akhirnya kembali ke pangkuan keluarga dan hidup dengan gembira."
Heheheh..seronok bila membacakan buku sewaktu anak ingin tidur.
Sumber: Google

Te-Yan suka dengan cerita ini yang lebih mengutamakan kasih sayang dan pengorbanan dalam keluarga.
Kasih sayang suami isteri
Kasih sayang anak kepada ibu bapa
Kasih sayang ibu bapa kepada anak
Kasih sayang cucu kepada datuk dan nenek
Kasih sayang datuk nenek kepada cucu
Juga pengorbanan dan cabaran yang terpaksa dilkukan oleh ibu dan bapa untuk memastikan kesempurnaan hidup anak-anak. 

Semoga tahun 2012 ini, Te-Yan akan lebih menjadi seorang isteri, ibu dan anak yang dapat membahagiakan insan-insan yang istimewa di hati sanubari Te-Yan. 


Thursday, December 29, 2011

Quotes Of The Day

Assalamualaikum w.r.t


BAHAGIA ITU MILIK KITA
IA BERMULA DI HATI
BERTAPAK DI HATI
BERKEMBANG JUGA DARI HATI



Monday, December 26, 2011

Jejak Kasih Setelah 24 Tahun dan 16 Tahun

Assalamualaikum w.r.t

24 Disember 2011.
Sabtu yang penuh memori.

Oh yup, memang Te-Yan gembira sangat pada hari Sabtu yang lepas. Te-Yan menghadiri kenduri kahwin sahabat lama Te-Yan di Selangor. Setelah 26 tahun tidak berjumpa, akhirnya di majlis perkahwinannya yang penuh sejarah kami semua bertemu. Sungguh besar kuasa Ilahi. Semuanya bermula dari ruangan Facebook. Pada Te-Yan, Facebook ini kadangkala berguna juga terutamanya dalam menjejak kasih teman-teman lama sejak dari bangku sekolah Tadika sehingga lah ke zaman sekolah menengah. Memang seronok bila tengok gambar-gambar lama zaman sekolah rendah dulu. Semuanya comot-comot belaka. 
Ini gambar kelas kami semasa Darjah 3 Biru semasa di SRMJDI dahulu. Di tengah-tengah tu lah Cikgu Marzuki Bojeng.
Kami semua rindu sama cikgu.
You are the best teacher forever...
Kalau pandai cuba teka..agak-agak Te-Yan yang mana satu...?

Dulu, Te-Yan bersekolah di Sekolah Rendah Mejar Jeneral Dato Ibrahim sejak dari darjah 1 sehingga darjah 4. Te-Yan tinggal di Kem Penrissen. Inilah satu-satunya kem tentera yang terbesar di Kuching, Sarawak pada waktu itu. Sepanjang 8 tahun duduk di sana, Te-Yan tak pernah balik ke semenanjung. Majoriti orang semenanjung ramai di kem ini. Jadi waktu hari raya paling meriah sebab semua berkumpul di kem dan macam-macam aktiviti dilakukan. Banyak memori di SRMJDI dulu. Penangan dari Facebook jugalah dapat jejak kembali senior-senior yang sama-sama bersekolah di SRMJDI. Sehingga ada group sendiri untuk jejak kasih begini. 

Dan yang paling tidak boleh dilupakan, bila dapat bertemu kembali dengan guru kelas kami, Cikgu Marzuki Bojeng di LCCT awal tahun yang lalu. Memang tidak disangka. Cikgu Marzuki masih tidak berubah seperti dahulu dan merupakan cikgu yang paling sporting. Sebab itu kami semua masih ingat pada cikgu. 

Inilah our beloved teacher forever.
Cikgu Marzuki Bojeng
Bayangkanlah bila dah berjumpa semula, macam-macam cerita lah yang keluar termasuklah kisah nasi lemak paling popular sewaktu itu.."Nasi Lemak Sakinah Bujang"..Te-Yan tak sempat nak merasa nasi lemak Sakinah sebab Te-Yan dah pindah ke semenanjung waktu tu. Harapnya kalau lah Sakinah terbaca blog Te-Yan nie, hubungilah kwan-kawan di Facebook. Kami memang dalam proses nak menjejak kawan-kawan lama semasa di SRMJDI dahulu. Inilah kawan-kawan sekelas di Sarawak yang dapat dijejaki semula. Bila nak buat reunion ramai-ramai nie? 

Inilah rakan Te-Yan tu. Rezeki kami semua dapat jumpa di kenduri Waty. 
Inilah peminat setia nasi lemak Sakinah Bujang. Ada syarikat sendiri dan juga menguruskan  
artis Dafi Fun Club. 

Heheheh nasib baik lah ada ko, Masz. Kalau tak kompom  tak ingat kisah dahulu kala.
Ko lah yang kembalikan memori kami semua. Thanks a lots...
Che Nah..member kelas yang paling happy go lucky dan pandai.
Sekarang bekerja sebagai pegawai kastam.
One of our member kelas yang haru biru. Hahaha sekarang seorang
pensyarah TESL di Matrik UIA. Juga tenaga pengajar Tennis.
Siapa-siapa yang berminat dengan sukan Tennis, bolehlah gunakan
khidmat dia. Tak gitu, Hasrul...?
Anak cikgu yang glemer. Tapi dia bukan anak cikgu marzuki. Mak dia pun cikgu kat sekolah tu juga.
Heheheh Intan ni antara sentiasa
berpakaian kemas dan rambut yang berfesyen masa zaman sekolah dulu.
Kami semua paling ingat dengan dia nie sebab nama dia yang
amat pelik dari semua orang. "Budiotomo". Orang kat Astro
mesti kenal Budi sebab dia kerja ngan Astro.
Dah lupa masa kecik rupa dia macam mana si Zul nie.
Tapi sekarang dia dah jadi wartawan di Sinar Harian.
Liza..muka sama macam dulu juga. Jadi cikgu juga dia...
Fahim. Tak sangka jumpa dia tyme zaman matrik dulu. Dah tu sama
universiti pula. Ada insiden pasal dia yang kami semua
tak boleh lupa. Hanya dia sahaja yang tahu..hehehehe
Fizah. Seorang yang pendiam dulu. Sekarang nie dah jadi nurse.

Dan yang paling tidak disangka dapat berjumpa juga dengan rakan sekolah semasa sekolah menengah dahulu di kenduri yang sama. Setelah 16 tahun tidak berjumpa. Akhirnya bertemu di sini. Tak sangka, kawan Te-Yan pun kawan dia juga. 

Tak sangka kan Balqis. Di sini bertemunya kita. Kawanku kawanmu jua.

Itulah dunia. Kecil sahaja.Walau jauh mana pun kita terpisah, sudah ditakdirkan Allah kita semua pasti berjumpa semula. 

Friday, December 23, 2011

Wowwww !!! Kagum ~ Teruja ~ Bangga

Assalamualaikum w.r.t

WoWWW !!!!!! 
Itu je yang mampu Te-Yan katakan kali ini. 
Kenapa ?
Sebab gambar nie ha.....


credit to Buku Prima
Bakal diterbitkan pada 15 Januari 2012. Tak sabar Te-Yan nak dapatkannya...

Kalau nak tahu, ilustrasi pada kulit hadapan komik ini adalah hasil kreativiti salah seorang bekas pelajar ICT Te-Yan tahun 2010 yang lalu. Namanya Wan Norazura Wan Indera atau nama manjanya Zura. Dia sangat berbakat dalam melukis ilustrasi begini. Sejak Te-Yan mengajar dia dari tahun 2009-2010, bakat melukisnya memang amat terserlah sekali. Sekarang Azura bekerja sebagai Freelance Artist/Illustrator di Kumpulan Karangkraf. Te-Yan memang suka melihat lukisan Zura. Tahniah Zura. Teacher bangga dengan kamu. Walaupun banyak dugaan yang menimpa hidup kamu sebelum ini, tetapi akhirnya kamu dapat harungi semuanya dengan hati yang tabah. Teruskan usaha kamu ini. Insya Allah kamu akan berjaya. Tak sabar Te-Yan nak nantikan kemunculan buku komik ini di pasaran pada 15 Januari 2012 ini. Nak tengok semua hasil ilustrasi Zura dalam setiap muka surat di komik ini.

Inilah pelukis Ilustrasi Komik Hore, Syoknya Mariam !
Namanya Wan Norazura Wan Indera.
I'm proud of u my dear Zura....



Gambar karikatur pada header blog Te-Yan nie juga dilukis oleh Zura. Itu permintaan Te-Yan pada Zura dulu supaya dia lukiskan satu gambar Te-Yan. Hasilnya...wowwww...sangat cantik. 
Cute kan...Ada tak iras-iras muka Te-Yan ?...Thank you Zura...Teacher hargai sangat....

Sebagai guru, Te-Yan amat berbangga dengan kejayaan anak-anak didik Te-Yan. Semoga anda semua menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat.

Thursday, December 22, 2011

Mata Wang Terbaru Malaysia

Assalamualaikum w.r.t

Inilah mata wang terbaru Malaysia. Unik kan....

Hari dalam akhbar Berita Harian ada terpampang gambar mata wang terbaru negara kita. Waaw !!!! sangat teruja Te-Yan bila melihat mata wang tersebut. Sungguh berwarna-warni. Mata wang terbaru ini terdiri daripada wang kertas RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100. Yang paling Te-Yan suka, mata wang kertas RM 20 yang berwarna Orange dan RM 100 yang berwarna Ungu. 


Mengikut Bank Negara, siri mata wang baru ini telah dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan dan bakal digunakan pada bulan depan.  Ia juga masih mengekalkan ciri-ciri unik negara Malaysia yang terdiri daripada khazanah semuala jadi, budaya dan juga warisan negara. Kalau lihat di gambar pun kita sudah nampak ciri-ciri unik tersebut di belakang setiap mata wang seperti wau bulan, burung enggang, penyu, bunga Raflesia, pokok kelapa sawit dan juga gunung Kinabalu. Secara tidak langsung ini dapat memperkenalkan Malaysia di serata dunia. 

Antara ciri-ciri unik mata wang terbaru ini :
  • menerapkan ciri-ciri tradisional dari segi seni dan kraf, keindahan alam sekitar, flora dan fauna, dan ekonomi
  • ciri-ciri keselamatan dipertingkatkan iaitu imej bayangan, tetingkap yang lebih jelas, potret bertanda keselamatan dengan piksel dan angka yang diserlahkan, benang keselamatan berwarna, benang lensa mikro, tampalan berkilat yang memudahkan pengguna mengenalpasti nilai setiap mata wang
  • pengenalan secara sentuhan yang membolehkan individu kurang penglihatan dapat mengenal pasti dan membezakan nilai mata wang
  • mengekalkan potret Yang diPertuan Agung Pertama, bunga raya, nilai muka bagi mata wang dan corak fabrik tenunan songket di bahagian hadapannya. 
  • bahagian belakang menampilkan elemen berlainan mengikut nilai termasuk alam sekitar, budaya, tradisi, flora dan fauna yang mencerminkan identiti Malaysia.
  • masih mengekalkan logo Bank Negara Malaysia, siri nombor, perkataan bertulis jawi dan corak tenunan songket
[sumber: Berita Harian]

Sungguh hebat rekabentuk dan ciri keselamatan mata wang negara kita. Tak sabar rasanya menunggu bulan hadapan saat ia digunakan. 

Wednesday, December 21, 2011

Kisah Penuh Tragis ~ Jadikan Ia Satu Pengajaran

Assalamualaikum w.r.t

Renungan buat pembaca sekalian. Malam nie Te-Yan rasa ingin berkongsi cerita tragis dan juga ingin menjadikan ia satu iktibar dalam kehidupan kita semua. Rasanya kebanyakan pembaca sudah maklum dengan kisah pelajar perubatan dari negara kita Ariff Alfian Rosli yang hebat diperkatakan sekarang ini alkisah dari perbuatannya yang berkahwin dengan pasangan sejenisnya. Mulanya Te-Yan tidak tahu menahu tentang kisah ini, almaklumlah tiada berkesempatan untuk membaca akhbar. Tetapi apabila semalam hubby Te-Yan membuka cerita berkenaan dengan saudara Ariff ini, hati Te-Yan melonjak ingin tahu apakah kisah di sebaliknya. Apabila Te-Yan searching di Google, rata-rata menceritakan kisah saudara Ariff ini. Dan yang paling Te-Yan terkejut apabila melihat gambar Ariff Alfian yang lengkap berbaju melayu hitam, bersampin bersama dengan pasangan gay nya itu. 

Alangkah sedihnya keluarga saudara Ariff Alfian apabila mendapat tahu bahawa anak yang mereka cari selama ini, rupanya telah berkahwin dengan pasangan sejenisnya di luar negara. Bila membaca tulisan dari bloggers lain tentang biodata saudara Ariff Alfian ini, sungguh tidak sangka bahawa seorang Ketua Pengawas dan juga pelajar cemerlang ini boleh terjebak sebegini rupa. Disebabkan kecemerlangan, saudara Ariff Alfian telah ditawarkan biasiswa Petronas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di UK dan seterusnya ke UCD tetapi tidak menamatkan pengajiannya. Ibunya telah 8 kali ke Dublin untuk menjejak anak keduanya ini.

Pastinya terkilan di hati keluarga Ariff Alfian di atas apa yang telah terjadi ini. Pastinya terkejut guru-guru yang pernah mengajar Ariff Alfian ini. Pastinya terkesima rakan-rakan yang pernah mengenali Ariff Alfian ini. 

Te-Yan amat kasihan dan bersimpati kepada En Rosli Harun dan Pn Kamariah Hashim di atas apa yang telah terjadi ini. Tambahan pula beliau terpaksa pula berhadapan dengan saman  oleh pihak Petronas yang menuntut wang pengajian Ariff Alfian sebanyak RM890000 disebabkan beliau adalah penjamin pertama. 

Diharapkan pembaca semua mendapat iktibar dari kisah tragis ini. Janganlah kita melakukan perkara-perkara yang boleh menjatuhkan akidah dan keimanan kita. Sentiasalah kita memohon kepada Allah S.W.T supaya kita semua sentiasa dilindungi daripada perkara-perkara yang mungkar. 

Marilah kita sama-sama berdoa supaya saudara Ariff Alfian ini sedar dengan kemungkaran yang telah dilakukannya olehnya,kembali bertaubat ke jalan yang diredhai oleh Allah, kembali ke pangkal jalan dan seterusnya kembali ke pangkuan keluarga yang selama ini telah berkorban untuk dirinya. 

Kepada keluarga En Rosli Harun dan Pn Kamariah Hashim, bersabarlah di atas ujian Allah ini. Allah tidak akan menguji hambanya sekiranya hambanya tidak mampu untuk menerima ujian dariNya. Sentiasalah berdoa kepada Allah mudah-mudahan Ariff Alfian ini kembali sedar akan kesilapannya. 

Cuti-Cuti Pun Kena Men "DESIGN" Juga....Lalalalala

Assalamualaikum w.r.t

Hmmm lebih kurang dua minggu je lagi sesi persekolahan akan bermula. Tapi Te-Yan rasa macam tak bercuti pun. Siapa kata cikgu sekolah, bila cuti sekolah bermula, cikgu pun akan bercuti juga..? Mana ada dah sekarang nie. Te-Yan rasa kerja cikgu dah 24 jam sekarang nie. Semua kerja cikgu buat tau. Tapi masih ada lagi mulut yang bersok-sek itu ini pasal kerja cikgu. Biarlah apa orang sekeliling nak berkata apa pun kan, yang penting kami warga pendidik nie dengan seikhlas hati mendidik anak bangsa sehingga berjaya. Ingatlah kan, walau setinggi mana dan sehebat mana pun anda semua bekerja, belajar nya dulu di sekolah juga. Yang mengajar anda semua adalah insan yang bergelar guru juga. 

Oh yup terlupa tujuan asal nak mengomel di sini. Cuti sekolah nie Te-Yan masih ada lagi kerja grafik yang perlu dibereskan. Iklan majalah sekolah masih tidak siap sepenuhnya. Banyak lagi yang kena design. Hmmm 23hb nie dah nak kena submit. Tapi tahun ni majalah sekolah terpaksa diedarkan dalam bulan January. Tak sempat nak edar bulan ni disebabkan beberapa perkara teknikal. Memang macam-macam dugaan lah penghasilan majalah untuk tahun 2011 nie. Paling tidak boleh dilupakan bila insiden PC MELETOP. Fuhhhhh dasyat. Itu salah satu sebab kerja stuck lama juga. 

Sambil buat iklan, sambil tu juga Te-Yan update header terbaru blog nie. Asyik sama je kan. Tagline masih sama cuma letak lah gambar sekeping dua. 

Yeayyyy..this is my new blog header. Just a simple one. I'm so crazy wif Mr Adobe Photoshop..

Okeylah, Te-Yan nak teruskan mendesign iklan majalah nie. See u then.

Sunday, December 18, 2011

Oh Kome Doyan Dah Berbunga....HuHuHu..

Assalamualaikum w.r.t

Salam readers semua. Sekarang ni musim buah kan..? Hehehehe pergi mana-mana pun mesti nampak buah "doyan" kat tepi jalan kan..? " Doyan" ? Apa tu ? Looooo "doyan" pun tak tahu ker ? Durian laaa. Kalau loghat Perak sebut "Doyan" atau pun "Deroyan" [betui ke eja nie...bantai je la..]. Opah Te-Yan sebut "doyan" je. 

Minggu lepas Te-Yan menunaikan hasrat mak Te-Yan nak balik kampung nun kat Kuala Kangsar. Mak Te-Yan orang Kuala Kangsar. Apa lagi memandangkan Selangor cuti hari Isnin lepas sebab birthday Sultan Selangor, jadi Te-Yan pun balik le ke kampung opah Te-Yan kat Kuala Kangsar nun. Wuuuuuu happy rasa di hati sebab balik tyme musim buah. Dah sah-sah le depan umah opah Te-Yan tu ada pokok doyan. Tak sabar nak melahap doyan bawah pokok. Dah le musim doyan, "moktan" pun berbuah juga. Tau "moktan" tu apa? Huissshhhh "moktan" tu rambutan leee...orang Perak sebut moktan. 

Kami bertolak hari Sabtu. Dari KL ke Kuala tu kalau sapa yang jenis racing, kompom 2 jam je dah boleh sampai. Tapi Te-Yan ni pemandu yang berhemah. 100 km je sejam. 4 jam baru sampai..hahahhaha ..Dah tu berhenti-henti kat kawasan rehat. Penuh je la RnR tu...dah stuck kat situ bape lama. Haiyoooo...akhirnya dalam kol 1.30 petang kami pun sampai le kat Kampung Talang tu. Wooooo parking keta depan umah opah dah nampak buah moktan masak ranum bergayut-gayut kat depan umah. Haishhhhh tak sabor nak petik dari pokok dan terus makan. Uuuuu sedapnye. Anak-anak Te-Yan tak pernah balik kampung tyme musim buah. Bila dah sampai tu, maka agak jakun lah mereka berdua melihat buah moktan atas pokok. Then bila Tok Ma nye tunjuk buah doyan kat atas pokok lagi lah jakun. ada ke suruh kait buah doyan tu. Hohohoho....

Jenguk belakang umah opah, haiyoooooo ada sebakul besar buah doyan. Mak aiiiiii tak sabor nak ngopek weeehhhh....Apa lagi dengan perut kosong kami terus ngadap buah moktan. Huhuhu...lain rasa moktan fresh ngan moktan jual tepi jalan atau yang kat pasar malam tu. Yang fresh ni segar bugar dari pokok. Terbaik dari ladang oooooo....Sebesen penuh buah moktan, akhirnya tinggai separuh kami semua melahap. Hahahahahhaha. 

Operasi seterusnya mengopek buah doyan. Anak-anak Te-Yan amatlah teruja nye nak tau cemana buah doyan kena kopek. Selalu deme dapat makan buah doyan yang dah sedia dikopek jual kat Giant je. Hoooo melopong memasing tengok Tok Ma deme ngopek doyan. Dah tu setiap kali operasi nak ngopek doyan, setiap kali tu le deme ngadap. 

Ingatkan Te-Yan je yang balik kampung hari tu. Then bila Maghrib parking lah pulak Innova depan umah opah...loooo sepupu sepapat pun balik jugak..hahahha meriah dowhhhhh...then  sejam lepas tu, adik Te-Yan plak sampai..ceh balik jugak dye. Maka meriah lah umah opah malam tu....

Esoknya ada lagi orang hantar doyan dari kebun opah. Weeee tak larat nak makan dah kome oiiii. Paracetamol memang buat spare. Mana tau kot-kot ada yang tumbang ngadap doyan. Risau gak tengok anak-anak Te-Yan makan doyan ngan moktan. Tak berhenti-henti. Isi doyan plak superb kemain. Dah le isi tebal, kuning berkilat plak tu. Tak payah lah nak pi beli tepi jalan dengan harga yang mahal tu. Makan free kat kampung lagi best. Itu lah untungnya sapa ada kampung. 

Bukan setakat rezeki kitaorang murah ngan doyan dan moktan, ada pulak yang bermurah hati bagi buah manggis dan dokong. Alhamdulillah, rezeki.





Menu tengah hari kitaorang kalau balik kampung ialah ikan keli bakar. Menu wajib. Ikan keli bakar + air asam + ulam + nasi putih panas = bertambah-tambah makan nasi..hahahahha..besttttt....
Pagi Isnin, Te-Yan, mak and adik ziarah kubur arwah abah. Then pi umah my aunt kat pekan kuala. Pastu we all pi pekan kuala pekena Laksa Lembah dan Cendol. Nape panggil Laksa Lembah..? sebab semua gerai laksa kat sini kat tepi Sungai Perak. Dan kalau nak tahu kalau orang luar datang mesti diaorang akan singgah kat lembah ni nak pekena laksa dan cendol. Laksa kat sini semua laksa buatan sendiri. Ada yang kuahnya masak dalam buyung. Perghhhhh sedap...

Lepas Asar kami semua balik semula ke KL. Dengan membawa dua plastik besar moktan dan sekotak doyan. Uhuks..uhuks...harum semerbak bau keta ngan aroma doyan. Dan yang paling sadisnya.....
sob..sob..sob ..nak nangis nie...

keta Alza baru Te-Yan KEMEK kena hentam ngan bontot lori treler masa kat tol...hampeh sungguh......waaaaaaaaaaa

Friday, December 16, 2011

16 December......What's Up....

Assalamualaikum w.r.t

16 December 2011.....
Hehehe what is da most special date haaaaa..?


Hehehe today is ME and MY SON BIRTHDAY.....
So sweet coz we shared da same date....

Jangan terpedaya eaaa dengan SWEET 16 tu. Bukan bermakna umur Te-Yan 16 tahun..ada kaaa...tahun ni dah masuk 33 tahun...wooooo tua sudah..buat apa nak sorok-sorok pasal umur kan..? Dah sah-sah lah umur kita nie semakin meningkat setiap tahun. 

Hmmmm sepanjang 33 tahun nie macam-macam dah Te-Yan harungi. Gembira, sedih, pahit, manis semua cukup rasa lah. Te-Yan amat bersyukur ke hadrat Allah sebab masih diberikan nyawa untuk bernafas di muka bumi ciptaan-Nya. Alhamdulillah. Rasanya Te-Yan nak berkongsi cerita pengalaman yang ada sepanjang 33 tahun mengecap nikmat dunia. Kiranya story  pasal umur bermula lepas habis sekolah lah...

Umur 18 Te-Yan masuk matrik. Setahun je eaaaa....

Umur 19 Te-Yan dah 1st year degree kat salah sebuah universiti nun paling hujung di utara.

Umur 21 Te-Yan dah graduate...weee 3 years je buat degree [ kami batch xpress sejak matrik], sempat keje kat KL dalam 4 bulan. Then "BLAH" sebab dapat company cam hampeh. 

Umur 23 jadi lecturer kat one of da college kat Ipoh. Hheheheh muda-mudah dah jadik lecturer. Mengajar plak budak-budak remaja yang lebih kurang sebaya..haiyoooo but its so fun..

Umur 24 tak sangka dapat sambung KPLI buat diploma pendidikan nun kat institut perguruan nun di utara. Hehhehehe utara je la kalau sambung study....then umur nie pun dah bertunang...ngeeeee [ gelap gile muka tyme bertunang sebab baru je habis sukan kat maktab]

Umur 25 first posting cikgu nun kat one of da chinese school kat Sabak Bernam. Umur ni pun Te-Yan dah selamat jadi "PUAN"...hehheeh dapat duit gaji sedebuk buat kenduri kawen...dok ingat tyme ni satu hari mengadap buat sendiri bunga telur sehari 50 biji....perghhhhhhh....umur ni juga jadi weekend husband n wife. Mana taknye hubby dok jauh..Hujung minggu je kami jumpa..sadis sungguh...

Umur 26 dapat my first baby on 16 December 2004.......weeeee lahir pada tarikh besday yang sama. Sapa sangka kan. Hadiah besday paling berharga waktu tu. Umur ni dah dapat transfer ngaja kat ngan tempat hubby keje. Alhamdulillah. Tapi sekolah jauh gak la ngan umah. Tempoh lori setiap pagi..lalu kebun kelapa sawit...wuuuuu..ngeri....Ngaja kat sekolah ni dekat 4 tahun. Then dapat my second baby...weee

Umur 30 start ngaja kat sekolah yang paling dekat ngan umah..hehehehhehehehe
Umur 33 ni banyak jugalah kenangan manis Te-Yan. Dapat dua anugerah sepanjang berkhidmat sebagai guru. 

Namun rupanya
Dah hampir 9 tahun jadi cikgu...........

Happy Birthday to My Son Muhammad Izz Firdaus. Semoga menjadi anak yang soleh. Berjaya dalam hidupmu dunia dan akhirat. 

Happy Birthday to Blogger FizzGraphic. Tak sangka la kita punya birthday sama tarikhnya.

Semoga Allah masih memberi peluang kepada Te-Yan untuk terus bernafas menikmati nikmat dunia dan sentiasa untuk mensyukuri nikmat kurniaannya. Terima Kasih Ya Allah. Kau sejahtera lah hidupku dan keluarga ku. Amin Ya Rabbal Alamin.



Thursday, December 08, 2011

Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

Assalamualaikum w.r.t

Kali ni Te-Yan cuma ingin berkongsi maklumat ini khususnya buat kakitangan awam. Ini info berkaitan dengan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam [SBPA] yang sibuk diperkatakan sekarang. Kalau betul, maka betul lah info ini. Kalau salah, wallahuallam sebab Te-Yan pun dapat dari rakan-rakan blog dan fb.



1. SBPA akan start Jan 2012. Bermula 16/12/2011 hingga 30/12/2011 tempoh untuk sign borang SBPA. setuju ke tak setuju kena sign jugak.

2. Bagi pegawai bersara selepas 1/01/2012 tidak ditawarkan SBPA

3.Tiada lagi istilah kumpulan sokongan 1 atau kumpulan sokongan 2. Hanya akan ada 4 peringkat kumpulan kerja dalam kerajaan. (1. premier) (2. pengurusan tertinggi) (3. pengurusan profesional) (4. kumpulan pelaksana)

4. Kumpulan sokongan sekarang ini akan duduk di dalam kumpulan pelaksana.

5. Perlantikan individu ke dalam setiap kumpulan akan dinilai berdasarkan keupayaan. mekanisme/cara penilaian baru akan digunakan untuk menilai calon yang layak. memberikan peluang yang luas kepada semua penjawat awam. perlantikan lateral entry juga akan dilaksanakan.

6. Exit policy yang lebih mudah. anda boleh keluar  dari sektor kerajaan ke swasta atau kembali semula ke sektor kerajaan selepas berkhidmat untuk sektor swasta. Tapi ada beberapa syarat yang perlu di patuhi seperti prestasi melebihi 70% dan tiada tindakan tatatertib. ada 2 jenis exit policy 1. PDKPA (Persaraan Demi Kepentingan Perkhidmatan Awam) dan 2. PDKA (Persaraan Demi Kepentingan Awam)

7. Dalam SBPA sistem penilaian akan dilakukan secara 360 darjah. Maksudnya, anda bukan sahaja dinilai oleh bos anda, bahkan orang di sekeliling. Sebabnya nak tengok keberkesanan kerja yang anda lakukan. Erti kata lain, nak tengok kerjasama anda dengan orang lain.

8. Pergerakan gaji akan bergantung kepada prestasi kerja anda. Contohnya markah yang melebihi 95 akan mendapat kenaikan gaji 15%. markah diantara 75-84 akan mendapat kenaikan 5% sahaja. Tiada lagi tangga gaji menegak melintang patah membujur lalu macam sekarang, hanya akan ada gaji minima dan maksima

9. Ada beberapa pilihan yang akan diberikan kepada anda untuk menerima atau menolak SBPA ini
a. menerima SBPA dan persaraan 60 tahun
b. menerima SBPA dan menolak persaraan 60 tahun
c. menolak SBPA dan menerima persaraan 60 tahun
d. menolak semuanya dan kekal dengan persaraan 55/56/58

Credit to Mr Azwan Anuar

Hmmmm amacam my frenzsss...? Agak-agak kita nak ambil opsyen apa ye.. Te-Yan tak kisah ambil opsyen yang mana pun, janji selagi diberikan kesihatan yang baik oleh Allah, selagi itu Te-Yan akan berkhidmat untuk  anak bangsa. 

"SELAGI ALLAH BERIKAN KESIHATAN YANG BAIK, SELAGI ITU AKU AKAN MENABUR BAKTI KEPADA ANAK-ANAK BANGSA "


Aroma Ikan Bakar Jeram Part 2

Assalamualaikum w.r.t

Entri yang lepas Te-Yan dah story pasal tempat makan seafood kat Jeram tu kan ? Tapi yang itu tak habis lagi sebab ada beberapa gambar yang tak dimasukkan sebab menunggu kawan-kawan Te-Yan tu upload. So now i got all da pictures. Apa lagi tyme tu continue da story wokey......




Sempat lagi bagi post terbaek sebelum menyerbu apa yang ada atas meja tu

Buat 3 hidangan..waduhhhh best wooooooo

Ngehhhhh....diam tak terkata menjamu selera di depan mata....

Sampai kuyu mata ngadap makanan..hehehehhehe....sedap nyeeee

Hye....inilah kengkawan semua...weeeeee

Sunday, December 04, 2011

Aroma Ikan Bakar Jeram ~ Owhhh Memang Aroma Sungguh

Assalamualaikum w.r.t

Wohhhhh lama tak update blog. Almaklumlah baru balik dari kursus selama dua minggu. Perghhh pecah otak. Tapi sepanjang dua minggu tu memang banyaklah aktiviti bersantai bersama member-member kursus. Tapi yang paling best bila makan tyme kat Aroma Ikan Bakar Jeram di Klang, Selangor. Perghhhhh superb tempat tu. Te-Yan tak pernah tahu ada tempat makan seafood yang best kat situ. Apa lagi bila member-member group beri cadangan untuk makan di situ. Wooooo pucuk dicita ulam mendatang. 

Maka kumpulan kami seramai 11 orang pun bergerak ke sana selepas Asar. Jarak dengan hotel penginapan tak jauh mana. Kalau tak jem dalam 30 minit. Tapi macam korang tak tau bandar Klang cemana kan. Bila jem, huhhhhh ada la lebih kurang dekat sejam gak nak sampai. Tapi bila sampai je kat situ....perghhhhhhhh damainye rasa di hati wa cakap kat lu.......

Kami tiba dalam pukul 6.15 petang. On tyme sungguh sebab air sedang pasang. Memang menakjubkan dengan suasana sekeliling yang mendamaikan. Sempat lagi Te-Yan jadi model tak bertauliah sebab member group nak  testing ambil gambar guna camera canggih dia. Wahahahah macam-macam aksi lah sebab nak dapatkan gambar yang terbaik. Jatuh cinta pulak Te-Yan dengan camera tu. Ada rezeki mau rembat satu. 

Kami order la makanan rutin kalau orang makan seafood kan. Nak merasa juga lah masakan kat Aroma nie yang dikatakan amatlah glemer. Haaaa korang nak tau apa kami menjamu petang tu, mesti korang tak percaya. Tapi hakikatnya begitulah....Ikan Jenahak, Ikan Siakap, Sotong Goreng Tepung, Butter Prawn, Asam Pedas Ikan Pari, Kerang Rebus, Sayur Campur, Sayur Kailan Ikan Masin dan satu lagi apa benda tah nama nya ..ala menatang yang badannya bersarung macam buluh tu....Hahahhahah banyak gila mengorder makanan. Habesssssss licin korang tau tak. Mau tak, dah bape hari melahap hotel punya makanan. Asyik menda yang sama je. Ha sekali sekala nak gak makan menda lain. 

Apa lagi makan tyme laaaaaa.....weeeeeeeee.....

Panorama bila pertama kali sampai. Cantik kan. Indah sungguh alam ciptaan Allah.

Tyme matahari nak terbenam. 

Hahahahah ada yang merenung jauh. Ada yang berteleku di meja menunggu makanan tak sampai-sampai lagi.

Tyme ni melahap kerang dekat dua kilo sementara menunggu main dish sampai. Air kelapa paling best kat sini. Manis asli. 

Mari makan kerang rebus terbaek kat sini. Kerang besar-besar gabak... Freshhhh lagi tau...

Cakkkkk....!!!!! Hehehheheheh

Yooooooo!!!!!!!!!!! Kami model tak bertauliah yang tetap macho n vogue......

Haaaaaaaa amik koooo.....perghhhhhhh sedap dowhhhhhhh.....Nakkkk??? Ada lagi gambar pasal makanan nie tapi member tak upload lagi..so setakat ikan nie aje lah view dulu eaaaaaa.....

Dah habis makan, apa lagi tyme tu bayar lah....Nak tau berapa RM...? Jeng-jeng......RM400 tau...ulang sekali lagi RM 400...Terkedu mendengar. Tapi tak terasa membayar sebab kami semua sepakat collect duit untuk makan kat sini. So RM400 bahagi ngan 11 orang, haaaa bape hengget sangat lah kan... Tapi kepuasan menikmati makanan tu yang penting.....

So to my members group, tahun depan buat trip ke lain pula yew......

" BILA MAU DAPAT PELUANG MAKAN DURIAN MUSANG KING.....??????? "

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...