
Alangkah sedihnya keluarga saudara Ariff Alfian apabila mendapat tahu bahawa anak yang mereka cari selama ini, rupanya telah berkahwin dengan pasangan sejenisnya di luar negara. Bila membaca tulisan dari bloggers lain tentang biodata saudara Ariff Alfian ini, sungguh tidak sangka bahawa seorang Ketua Pengawas dan juga pelajar cemerlang ini boleh terjebak sebegini rupa. Disebabkan kecemerlangan, saudara Ariff Alfian telah ditawarkan biasiswa Petronas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di UK dan seterusnya ke UCD tetapi tidak menamatkan pengajiannya. Ibunya telah 8 kali ke Dublin untuk menjejak anak keduanya ini.
Pastinya terkilan di hati keluarga Ariff Alfian di atas apa yang telah terjadi ini. Pastinya terkejut guru-guru yang pernah mengajar Ariff Alfian ini. Pastinya terkesima rakan-rakan yang pernah mengenali Ariff Alfian ini.
Te-Yan amat kasihan dan bersimpati kepada En Rosli Harun dan Pn Kamariah Hashim di atas apa yang telah terjadi ini. Tambahan pula beliau terpaksa pula berhadapan dengan saman oleh pihak Petronas yang menuntut wang pengajian Ariff Alfian sebanyak RM890000 disebabkan beliau adalah penjamin pertama.
Diharapkan pembaca semua mendapat iktibar dari kisah tragis ini. Janganlah kita melakukan perkara-perkara yang boleh menjatuhkan akidah dan keimanan kita. Sentiasalah kita memohon kepada Allah S.W.T supaya kita semua sentiasa dilindungi daripada perkara-perkara yang mungkar.
Marilah kita sama-sama berdoa supaya saudara Ariff Alfian ini sedar dengan kemungkaran yang telah dilakukannya olehnya,kembali bertaubat ke jalan yang diredhai oleh Allah, kembali ke pangkal jalan dan seterusnya kembali ke pangkuan keluarga yang selama ini telah berkorban untuk dirinya.
Kepada keluarga En Rosli Harun dan Pn Kamariah Hashim, bersabarlah di atas ujian Allah ini. Allah tidak akan menguji hambanya sekiranya hambanya tidak mampu untuk menerima ujian dariNya. Sentiasalah berdoa kepada Allah mudah-mudahan Ariff Alfian ini kembali sedar akan kesilapannya.
No comments:
Post a Comment