Thursday, December 22, 2011

Mata Wang Terbaru Malaysia

Assalamualaikum w.r.t

Inilah mata wang terbaru Malaysia. Unik kan....

Hari dalam akhbar Berita Harian ada terpampang gambar mata wang terbaru negara kita. Waaw !!!! sangat teruja Te-Yan bila melihat mata wang tersebut. Sungguh berwarna-warni. Mata wang terbaru ini terdiri daripada wang kertas RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100. Yang paling Te-Yan suka, mata wang kertas RM 20 yang berwarna Orange dan RM 100 yang berwarna Ungu. 


Mengikut Bank Negara, siri mata wang baru ini telah dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan dan bakal digunakan pada bulan depan.  Ia juga masih mengekalkan ciri-ciri unik negara Malaysia yang terdiri daripada khazanah semuala jadi, budaya dan juga warisan negara. Kalau lihat di gambar pun kita sudah nampak ciri-ciri unik tersebut di belakang setiap mata wang seperti wau bulan, burung enggang, penyu, bunga Raflesia, pokok kelapa sawit dan juga gunung Kinabalu. Secara tidak langsung ini dapat memperkenalkan Malaysia di serata dunia. 

Antara ciri-ciri unik mata wang terbaru ini :
  • menerapkan ciri-ciri tradisional dari segi seni dan kraf, keindahan alam sekitar, flora dan fauna, dan ekonomi
  • ciri-ciri keselamatan dipertingkatkan iaitu imej bayangan, tetingkap yang lebih jelas, potret bertanda keselamatan dengan piksel dan angka yang diserlahkan, benang keselamatan berwarna, benang lensa mikro, tampalan berkilat yang memudahkan pengguna mengenalpasti nilai setiap mata wang
  • pengenalan secara sentuhan yang membolehkan individu kurang penglihatan dapat mengenal pasti dan membezakan nilai mata wang
  • mengekalkan potret Yang diPertuan Agung Pertama, bunga raya, nilai muka bagi mata wang dan corak fabrik tenunan songket di bahagian hadapannya. 
  • bahagian belakang menampilkan elemen berlainan mengikut nilai termasuk alam sekitar, budaya, tradisi, flora dan fauna yang mencerminkan identiti Malaysia.
  • masih mengekalkan logo Bank Negara Malaysia, siri nombor, perkataan bertulis jawi dan corak tenunan songket
[sumber: Berita Harian]

Sungguh hebat rekabentuk dan ciri keselamatan mata wang negara kita. Tak sabar rasanya menunggu bulan hadapan saat ia digunakan. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...