Assalamualaikum w.r.t
Wohhhhh lama tak update blog. Almaklumlah baru balik dari kursus selama dua minggu. Perghhh pecah otak. Tapi sepanjang dua minggu tu memang banyaklah aktiviti bersantai bersama member-member kursus. Tapi yang paling best bila makan tyme kat Aroma Ikan Bakar Jeram di Klang, Selangor. Perghhhhh superb tempat tu. Te-Yan tak pernah tahu ada tempat makan seafood yang best kat situ. Apa lagi bila member-member group beri cadangan untuk makan di situ. Wooooo pucuk dicita ulam mendatang.
Maka kumpulan kami seramai 11 orang pun bergerak ke sana selepas Asar. Jarak dengan hotel penginapan tak jauh mana. Kalau tak jem dalam 30 minit. Tapi macam korang tak tau bandar Klang cemana kan. Bila jem, huhhhhh ada la lebih kurang dekat sejam gak nak sampai. Tapi bila sampai je kat situ....perghhhhhhhh damainye rasa di hati wa cakap kat lu.......
Kami tiba dalam pukul 6.15 petang. On tyme sungguh sebab air sedang pasang. Memang menakjubkan dengan suasana sekeliling yang mendamaikan. Sempat lagi Te-Yan jadi model tak bertauliah sebab member group nak testing ambil gambar guna camera canggih dia. Wahahahah macam-macam aksi lah sebab nak dapatkan gambar yang terbaik. Jatuh cinta pulak Te-Yan dengan camera tu. Ada rezeki mau rembat satu.
Kami order la makanan rutin kalau orang makan seafood kan. Nak merasa juga lah masakan kat Aroma nie yang dikatakan amatlah glemer. Haaaa korang nak tau apa kami menjamu petang tu, mesti korang tak percaya. Tapi hakikatnya begitulah....Ikan Jenahak, Ikan Siakap, Sotong Goreng Tepung, Butter Prawn, Asam Pedas Ikan Pari, Kerang Rebus, Sayur Campur, Sayur Kailan Ikan Masin dan satu lagi apa benda tah nama nya ..ala menatang yang badannya bersarung macam buluh tu....Hahahhahah banyak gila mengorder makanan. Habesssssss licin korang tau tak. Mau tak, dah bape hari melahap hotel punya makanan. Asyik menda yang sama je. Ha sekali sekala nak gak makan menda lain.
Apa lagi makan tyme laaaaaa.....weeeeeeeee.....
Panorama bila pertama kali sampai. Cantik kan. Indah sungguh alam ciptaan Allah.
Tyme matahari nak terbenam.
Hahahahah ada yang merenung jauh. Ada yang berteleku di meja menunggu makanan tak sampai-sampai lagi.
Tyme ni melahap kerang dekat dua kilo sementara menunggu main dish sampai. Air kelapa paling best kat sini. Manis asli.
Mari makan kerang rebus terbaek kat sini. Kerang besar-besar gabak... Freshhhh lagi tau...
Cakkkkk....!!!!! Hehehheheheh
Yooooooo!!!!!!!!!!! Kami model tak bertauliah yang tetap macho n vogue......
Haaaaaaaa amik koooo.....perghhhhhhh sedap dowhhhhhhh.....Nakkkk??? Ada lagi gambar pasal makanan nie tapi member tak upload lagi..so setakat ikan nie aje lah view dulu eaaaaaa.....
Dah habis makan, apa lagi tyme tu bayar lah....Nak tau berapa RM...? Jeng-jeng......RM400 tau...ulang sekali lagi RM 400...Terkedu mendengar. Tapi tak terasa membayar sebab kami semua sepakat collect duit untuk makan kat sini. So RM400 bahagi ngan 11 orang, haaaa bape hengget sangat lah kan... Tapi kepuasan menikmati makanan tu yang penting.....
So to my members group, tahun depan buat trip ke lain pula yew......
" BILA MAU DAPAT PELUANG MAKAN DURIAN MUSANG KING.....??????? "
No comments:
Post a Comment