Saturday, December 31, 2011

Aduh Sayang ~ Raja Dihatiku

Assalamualaikum w.r.t

Tirai 2011 bakal dilabuhkan.
Tirai 2012 bakal disingkapkan.

Tirai 2011, Te-Yan akhiri dengan lagu ini :

Raja Dihatiku : Nana Azmi
[OST Cerekarama Aduh Sayang]



Te-Yan dengar lagu ini setelah menonton cerekarama di TV3 bertajuk Aduh Sayang. 

Suka dengan watak Fateha semasa kecil. Petah adik kecil ini berbicara.
Sumber: Google

Cerita yang menarik, gandingan Remy Ishak dan juga Tiz Zakiah. 
Cerita berkonsepkan kekeluargaan. 

 " Berkisarkan tentang Nani dan Shidi yang dikurniakan dua orang anak Fateha dan Fayyad. Namun sejak mendapat dua orang cahaya mata, Nani dan Shidi sentiasa tidak bermaya ke pejabat. Permasalahan mereka ini disedari oleh ibu bapa Nani, dan mereka mencadangkan agar Fateha dan Fayyad ditinggalkan bersama datuk dan nenek mereka. Pada mulanya Nani dan Shidi agak keberatan, namun akhirnya mereka bersetuju untuk meninggalkan kedua-dua anak mereka di kampung. Walaupun merindui anak-anak nya, tetapi Nani dan Shidi kelihatan ceria dan lebih bersemangat di tempat kerja sehingga akhirnya Shidi dinaikkan pangkat dan ditawarkan bekerja di Melbourne semala 3 tahun. Demi untuk mencapai impian mereka, Nani dan Shidi terpaksa meninggalkan anak-anak mereka di bawah jagaan datuk dan nenek. Lima tahun telah berlalu, Nani dan Shidi akhirnya kembali ke tanah air. Mereka mengambil kembali anak-anak mereka yang telah lama ditinggalkan. Namun Fateha dan Fayyad tidak begitu gembira tinggal bersama kedua-dua ibu bapa mereka. Mereka lebih merindui datuk dan nenek yang telah mereka panggil Ayah dan Mak sehingga menyebabkan mereka telah lari dari rumah untuk berjumpa datuk dan nenek mereka. Namun atas nasihat datuk dan nenek, mereka akhirnya kembali ke pangkuan keluarga dan hidup dengan gembira."
Heheheh..seronok bila membacakan buku sewaktu anak ingin tidur.
Sumber: Google

Te-Yan suka dengan cerita ini yang lebih mengutamakan kasih sayang dan pengorbanan dalam keluarga.
Kasih sayang suami isteri
Kasih sayang anak kepada ibu bapa
Kasih sayang ibu bapa kepada anak
Kasih sayang cucu kepada datuk dan nenek
Kasih sayang datuk nenek kepada cucu
Juga pengorbanan dan cabaran yang terpaksa dilkukan oleh ibu dan bapa untuk memastikan kesempurnaan hidup anak-anak. 

Semoga tahun 2012 ini, Te-Yan akan lebih menjadi seorang isteri, ibu dan anak yang dapat membahagiakan insan-insan yang istimewa di hati sanubari Te-Yan. 


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...