
Minggu lepas Te-Yan menunaikan hasrat mak Te-Yan nak balik kampung nun kat Kuala Kangsar. Mak Te-Yan orang Kuala Kangsar. Apa lagi memandangkan Selangor cuti hari Isnin lepas sebab birthday Sultan Selangor, jadi Te-Yan pun balik le ke kampung opah Te-Yan kat Kuala Kangsar nun. Wuuuuuu happy rasa di hati sebab balik tyme musim buah. Dah sah-sah le depan umah opah Te-Yan tu ada pokok doyan. Tak sabar nak melahap doyan bawah pokok. Dah le musim doyan, "moktan" pun berbuah juga. Tau "moktan" tu apa? Huissshhhh "moktan" tu rambutan leee...orang Perak sebut moktan.

Jenguk belakang umah opah, haiyoooooo ada sebakul besar buah doyan. Mak aiiiiii tak sabor nak ngopek weeehhhh....Apa lagi dengan perut kosong kami terus ngadap buah moktan. Huhuhu...lain rasa moktan fresh ngan moktan jual tepi jalan atau yang kat pasar malam tu. Yang fresh ni segar bugar dari pokok. Terbaik dari ladang oooooo....Sebesen penuh buah moktan, akhirnya tinggai separuh kami semua melahap. Hahahahahhaha.
Operasi seterusnya mengopek buah doyan. Anak-anak Te-Yan amatlah teruja nye nak tau cemana buah doyan kena kopek. Selalu deme dapat makan buah doyan yang dah sedia dikopek jual kat Giant je. Hoooo melopong memasing tengok Tok Ma deme ngopek doyan. Dah tu setiap kali operasi nak ngopek doyan, setiap kali tu le deme ngadap.
Ingatkan Te-Yan je yang balik kampung hari tu. Then bila Maghrib parking lah pulak Innova depan umah opah...loooo sepupu sepapat pun balik jugak..hahahha meriah dowhhhhh...then sejam lepas tu, adik Te-Yan plak sampai..ceh balik jugak dye. Maka meriah lah umah opah malam tu....
Esoknya ada lagi orang hantar doyan dari kebun opah. Weeee tak larat nak makan dah kome oiiii. Paracetamol memang buat spare. Mana tau kot-kot ada yang tumbang ngadap doyan. Risau gak tengok anak-anak Te-Yan makan doyan ngan moktan. Tak berhenti-henti. Isi doyan plak superb kemain. Dah le isi tebal, kuning berkilat plak tu. Tak payah lah nak pi beli tepi jalan dengan harga yang mahal tu. Makan free kat kampung lagi best. Itu lah untungnya sapa ada kampung.



Pagi Isnin, Te-Yan, mak and adik ziarah kubur arwah abah. Then pi umah my aunt kat pekan kuala. Pastu we all pi pekan kuala pekena Laksa Lembah dan Cendol. Nape panggil Laksa Lembah..? sebab semua gerai laksa kat sini kat tepi Sungai Perak. Dan kalau nak tahu kalau orang luar datang mesti diaorang akan singgah kat lembah ni nak pekena laksa dan cendol. Laksa kat sini semua laksa buatan sendiri. Ada yang kuahnya masak dalam buyung. Perghhhhh sedap...
Lepas Asar kami semua balik semula ke KL. Dengan membawa dua plastik besar moktan dan sekotak doyan. Uhuks..uhuks...harum semerbak bau keta ngan aroma doyan. Dan yang paling sadisnya.....
sob..sob..sob ..nak nangis nie...
keta Alza baru Te-Yan KEMEK kena hentam ngan bontot lori treler masa kat tol...hampeh sungguh......waaaaaaaaaaa
No comments:
Post a Comment