Tuesday, November 06, 2012

~Tertusuk di Kalbu dengan Istikharah Cinta~

Assalamualaikum w.r.t

Hari ni Te-Yan mulakan tugas macam biasa di sekolah. Selesaikan segala tugas yang bakal diserahkan sebelum bermulanya cuti sekolah. Banyak yang perlu diselesaikan. Memang terasa amat penat tapi Te-Yan tidak perlu mengeluh dalam menjalankan tugas. Masih ingat dengan nasihat teman seperjuangan, "Buat sesuatu dengan ikhlas, dan jangan sesekali mengeluh". Ya, jangan mengeluh. Hari ni dah rasa jadi macam operator meja bantuan (help desk) dekat syarikat. Sejak dari jam 8.43 pagi sudah ada panggilan telefon masuk. Tapi Te-Yan tak perasan. Sebab masa tu tengah bersarapan di kantin. Kemudian Te-Yan buat semula panggilan. Habis satu panggilan, ada panggilan lain pula yang masuk. Kemudian dengan SMS yang bertanya itu ini. Sudahnya sampai ke balik menjawab panggilan dan SMS. Tapi semuanya berkaitan dengan kerja. Rasanya tak pernah alami situasi macam ni sejak kerja. Tapi hari ni memang merasa. Sampai technician kat makmal pun gelak. Dah jadi HOT LINE.  Tapi tak mengapa.Te-Yan membantu selagi boleh. Ilmu satu perkongsian.

Dah jam 1 petang Te-Yan kemas-kemas barang. Nak balik dah. Sambil drive, onn radio. Tiba-tiba dengar satu lagu yang menusuk di kalbu. Menghayati liriknya yang penuh mendalam maksudnya. Rasa nak menangis pun ada juga. Balik rumah, solat dan kemas rumah, terus Te-Yan onn laptop. Mencari siapa empunya lagu tu.~ "SIGMA"~ Satu kumpulan nasyid. Kiranya semua lagu nya berkonsepkan Ketuhanan. Memang sesuai didengar. Syahdu meresap dalam hati. 

Istikharah Cinta

Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yang tersembunyi 
Berteman di malam sunyi penuh doa

Sebut nama-Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjuk-Mu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata

Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Mememuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
Di istikharah cinta




Monday, November 05, 2012

~Penang - Kuala Kangsar- Terjejak Kasih Di Sini~

Assalamualaikum w.r.t

Minggu lepaih Te-Yan kena meeting nun jauh di utara...Kat mana..??? Nun kat Penang tu ha. Heheh dah kata meeting kat Penang, meh kita guna loghat utara nooo. Dah lama Te-Yan tak jejak Penang. Rasanya dah dekat 12 tahun kot. Ha betuilah..Last pi tahun 2000 sebelum final sem kat universiti. Pakat-pakat ngan member sekolej meronda sakan sebelum final exam. Dari utara pi Penang..pastu turun KL..pastu balik universiti.. Jadi bila dapat call dok kata ada meeting pasai si katak tu, kat Penang pulak tu, haishh mana boleh tolak. Orang lain pi meeting luaq negara sana sini. Tapi dalam Malaysia sendiri pun tak habis meronda kan.

Meeting dalam tiga hari. Tapi rasa macam satu hari setengah ja. Mana taknya..hari pertama perjalanan dah amik masa setengah hari. Gerak pukui 3 petang dari Shah Alam. Dah lah hujan sepanjang jalan. Sampai Penang dekat pukui 8.30 malam. Humang haiii...walaupun jadi penumpang ja, tapi penat duduk saja dalam keta. Tapi yang paling bestnya, tak boring sepanjang perjalanan sebab Te-Yan belajaq benda teknologi yang baru dengan boss2 Te-Yan tu. Hahaha dapat guna huddle 4G boss Te-Yan. Pastu menginstall apa saja sesuka hati. Dah orang bagi guna free..pakai ja la kan. Pastu Te-Yan install satu perisian untuk trafik. Namanya Waze. Heheheh manyak syiokkk ooo dengan Waze ni. Satu perisian untuk melihat trafik di jalan raya. Woooww..saya suka..saya suka...tak payah la hangpa nak beli Garmen ka..PapaGo ka..MamaGo ka..guna ja yang ni..Free ja..dengan syarat hangpa mesty ada line tenet kat henpun. kalu dak, tak dapat lah. Baguih lah software tu. Siap boleh chat bagai. Tahu mana ada kamera...trafik jem...keta banyak..ada construstion ka...apa ka...boleh navigate mana nak pi. Sama ja bunyi sora macam GPS. Dah tu kita boleh tau sapa dok kat jalan raya tu...ngehhhh..syiokkkk...Apa lagi..menge"waze" ja lah kami sepanjang perjalanan.

Sampai kat Penang dalam kol 8.30 malam. Huih penat owhhh..Perut pun dah lapaq. Sebelum tu dah singgah sat kat Sungai Perak. Terkujat sebentar sebab tak sangka dah ada eskalator kat situ. Nampak sangat dah lama tak berenti kat Sungai Perak punya RnR. Hhehehe dok kat Penang, hotel 5Star..bilik sorang pulak tu..dikelilingi dengan 5 bijik bantai gebu atas katil...manyak empuk loooo..

Esoknya meeting bermula. Huih tak sangka Te-Yan. Ni bukan meeting cokia-cokia punya..ini meeting penting. First time bermeeting ngan orang besaq-besaq dalam KPM ni..ada orang Iran lagi. Dah tu cakap English agak-agak slang arab. Kena lah dengaq betui-betui. Sat gi nganga tak paham apa. Tapi memang ternganga lah jugak...meeting punya meeting, dalam kol 1030 mlm tu break jap. Ingat dah abes dah..laaa kami tak leh off lagi..ada lagi meeting..tu dia aihhhhh...memang hangat lah meeeting....terkesima dalam tu...tengok jam dah dekat kol 12tengah malam..tak habis lagi..mata dah ngantuk..dok tersengguk-sengguk kat meja meeting. Mana pernah meeting sampai macam ni..kalau kat sekolah paling lama pun sampai kol 5 pm ja..heeee..sudahnya naik bilik jam 1 pagi...huhuhu...dah lari tyme tidoq..langsung takleh nak tidoq. Sudahnya melayan mata dengan baca novel..bila baca novel ingatkan boleh lah mata tu layu..takda nya nak layu..lagi segar bugar adalah. Hishhh penangan baca novel...kalau nak baca akan baca sampai habis...sudahnya pukui 4 pagi baru Te-Yan dapat lena...dikelilingi oleh 5 biji bantai gebu peneman tidoq...

Ada lah masa sekejap kot nak ronda-ronda pekan Penang. So dua orang boss Te-Yan tu ajaklah meronda pekan Penang. Te-Yan tak tau lah berubah ke tak Penang tu. Tapi yang pastinya pi mana-mana mesti nampak Komtar tu..ceruk mana pun komtar tu mesti nampak gak. Trademark Penang kan. Boss parking keta kat Jalan Chowrasta. Kawasan yang popular sangat dengan segala macam jeruk meruk. Sana sini jeruk. Bau pun dah bau masam jeruk. Huhuhu..Te-Yan tak le teringin nak beli sebab tak berapa nak makan sangat jeruk ni. Ronda-ronda dulu. Huih depa bawak jalan kaki punya lah jauh meronda sakan. Penat gila rasanya. Tapi buat muka kontrol ayu kata tak penat. Tapi kaki dah rasa nak tercabut. Nasib Te-Yan bawak kamera canggih adik Te-Yan tu..dapatlah jugak snap gambaq-gambaq sekitar Penang tu..dan sempat jugak belajaq photoshoot ngan boss Te-Yan. Tenkiu boss. Dari Perangin Mall, masuk Komtar...Dari Komtar patah balik pi Jalan jeruk tu...huihhh membeli belah sakan jeruk boss-boss Te-Yan..depa beli banyak dapat jeruk free..hahaha Te-Yan bedal lah..hahahha..pandai tak....

Dari pekan teruskan perjalanan ke Pantai Feringgi..kengkonon nak carik cendui lah..apa lah..hahah dah lah jauh..amik hang..satu cendoi pun takdak....rupanya memang kat pekan ja ada..padan muka..sudahnya belasah makan air batu campur, laksa n rojak kat tepi pantai...sabaq ja lah kan. Pastu kami ronda lagi pusing Penang..ikut jalan macam bukit bukau..lengkok sana sini...laaaa yang bestnya kiri kanan penuh la ngan buah durian..looo musim ka..berjuntai2 kat tepi jalan..kalau hati jahat dah berenti petik..hahaha..tapi kami baik okey..tak suka nak amik2 orang punya tau...lalu tepi empangan..cantik..dan paling best berenti kat satu lokasi yang ada tulisan cina...tapi tak tau apa maksud...dan pemandangan di situ sesungguhnya sesuatu yang sangat indah. Subhanallah..indah ciptaan Tuhan....ronda punya ronda, Te-Yan notis macam ulang balik jalan yang sama...taraaaa...kami sesat...hahahahha....rasa dah nak muntah dalam keta ikut jalan pusing-pusing tu..ini semua Waze tu punya pasai lah..entah jalan mana bagi direction. Akhirnya sampai gak kami kat hotel semula..boss dua orang tu sempat lagi pegi mengeteh kat kedai mamak lagi...haiyooo hangpa tak kenyang-kenyang ka..?

Esoknya kami dah nak balik. Sebelum balik masa turun breakfast ada lagi meeting tak bape nak official. Face to face dengaq pak Iran tu cakap...ngehhhh....Then time balik rasa macam tuan puteri...ada orang tolong angkat beg masuk keta....ada orang parking keta terus depan lobi..tak yah susah-susah Te-Yan nak turun kat parking keta tu...hahahah bertuahnya jadi satu-satunya wanita yang wakil negeri......kuang...kuang...Patu kami teruskan perjalanan balik..

Kami singgah di Kuala Kangsar sebentar. Kononnya nak makan cendui ngan laksa kuala sebab kat Penang tak dapat makan cendui..hahaha hampeh..Dalam keta lagi boss2 dua orang tu sibuk bercerita pasai kawan-kawan depa lah..Te-Yan tak amik port. Sampai kat lembah kuala tu nak dijadikan cerita boss-boss Te-Yan terjumpa semula dengan kawan masa belajaq..jumpa professornya..dan jumpa anak muridnya..what da small world lah kan....sembang punya sembang rupanya jumpa sungguh....maka jadilah drama sebabak "Terjejak Kasih Di Kuala Kangsar"...hahahaha..kalau boleh buat skrip, Te-Yan dah buat skrip dah nie....Te-Yan dengan rasminya mengambil gambaq mereka berlima dan berempat..masing-masing bersoreh itu ini..dalam hati dok kata dah...huhuhu tak dapat lagi lah nak makan cendui...tup-tup hujan lah pulak kan...sudahnya memang tak makan cendui..makan ikan keli bakaq ngan nasi putih.....hampeh lah kan....lepaih makan kami terus balik..nak kejaq masa..esok nak pi sekolah..hishhh tak mau pecah rekod Kehadiran Penuh tahun ni....bila dah sampai rumah baru terasa penat sesangat..

Tapi ini dijadikan satu pengalaman berharga pada Te-Yan....meeting untuk anak didik Te-Yan jugak....hehehe nanty kalau dapat pi Korea ka..New Zealand ka..jangan lupa offer kat Te-Yan...nak pi jugak....heeee
Suasana kat hotel..dah nama hotel..makan pun lebih kurang sama jerk...

Komtar di mana-mana..ceruk mana pi mesti nampak komtar

Kamera canggih boss...

Novel yang Te-Yan baca konon-konon nak bagi mata layu..cehh takde maknanya

Komplek kraf kat Kuala Kangsar

Pintu belakang komtar rasanya

Sekitar Penang...Perangin mall..tempat gadget2 nie

Stesen bas

Yes 4G di mana saja

Main entrance Penang....kedai bundle

Benda baru yang Te-Yan dapat.. DiskStation Manager

Jeruk lagi....

Kat batu Ferenggi

Kedai steak The Ship

Waaaaa nak naik jugakkkkkkkkk

Indahnya ciptaan Ilahi

Tiga makanan kena makan kat sana.....

Pokok yang pelik dan empangan


Tak tau tulisan tu maksud apa..pastu buah durian bergayut-gayut..cantik kan pemandangan tu..

Air terjunnnnnnn

Orang kuat meeting..selalu sembang dlm fesbuk..hr tu jumpa face to face

Otw to Penang Bridge

Penang Bridge

Drama sebabak bermula

Drama Sebabak "Terjejak Kasih Di Kuala Kangsar"...Yang bersongkok tu kawan boss yg pakai baju itam tu..yang kakak baju biru tu isteri kawam bos yg bersongkok..dan yang best kakak tu anak murid pulak dengan boss yang cakap tepon tu....tak ke sesuatu yang tidak disangka....ngehhhhh

Makan..dan makan..dan makan

View of Penang town

Jalan Chowrasta..penuh ngan jeruk meruk..

Jeruk lagi...huhuhu

Kat bawah jambatan ni

Komtar walk
 

Sunday, November 04, 2012

~A Meaningful Quotes~

Assalamualaikum w.r.t

Hmmm semenjak dua menjak ni, Te-Yan ingin mengembalikan zaman kegemilangan membaca novel. Memang minat Te-Yan dalam pembacaan novel ni. Tapi bila dah mula bekerja dan berkeluarga ni hobi itu makin berkubur sedikit demi sedikit. Hari ni Te-Yan membaca satu lagi siri novel penulis Anis Ayuni- Bayangan Rindu. Sehelai demi sehelai muka surat novel ini diselak, dan akhirnya mata tertangkap pada satu quotes yang sungguh mendalam maksudnya...

The most selfish one letter 'I' - Avoid it
Most satisfactory two letters 'WE'- Use it
Most poisonous three letters 'EGO'- Kill it
Most used four letters 'LOVE'- Value it
Most pleasing five letters 'SMILE'- Keep it
Fastest spreading six letters 'RUMOUR'- Ignore it
Hardworking spreading six letters 'SUCCESS'- Achieve it
Most enviable eight letters 'JEALOUSY'- Distance it
Most powerful nine letters 'KNOWLEDGE'-Acquire it
Most divine ten letters 'FRIENDSHIP'- Maintain it


Hmmmm....what do you think...????

Friday, November 02, 2012

~Assalamualaikum Tece~

Assalamualaikum w.r.t

"Assalamualaikum tece...maybe tece dah tahu tujuan saya text tece.. saya nak minta maaf sekali lagi..kali ni peperiksaan besar yangg akan sy hadapi..inilah penentu ms depan saya..saya mmg minat subjek ict.. n harap dpt sambung blaja dlm bidang ict jugak..tece, doakan utk saya ya..saya tak pernah lupakan tece sebagai ibu saya yang kedua di sekolah..tece byk beri ilmu pada saya..dan saya sangat berterima kasih..saya harap saya boleh jumpa tece n peluk tece utk minta restu..tp apakan daya..hanya ini yang mampu saya buat..
saya sayang tece <3
saya juga akan buat tece bangga satu hari nanti..
Insya Allah..
#salam sayang, ex-student tece.
-Iffah- "


Itulah bingkisan SMS dari seorang pelajar Te-Yan semalam. Terkedu sebentar. Setiap kali peperiksaan setiap kali juga Te-Yan akan dapat SMS dari dirinya. Apa perasaan kalian sebagai seorang guru jika dapat SMS seumpama ini..?? Te-Yan cukup terharu kerana dia masih mengingati Te-Yan sebagai guru yang pernah mengajarnya walaupun hanya untuk tempoh yang sementara. Hilang rasa penat dan letih sepanjang perjalanan balik dari berkursus di utara. Te-Yan hanya berikan ilmu yang terbaik untuk anak-anak didik Te-Yan agar mereka juga mendapat pendidikan yang sempurna. Bukan mudah sebagai seorang guru untuk mendidik pelajar menjadi generasi berguna di masa depan. Banyak cabaran dan dugaannya. Tapi Te-Yan anggap ini sebagai satu tugas yang mulia. 

Ini bingkisan kata buat Iffah di sana:

"Waalaikumsalam Iffah. Tece maafkan segala kesalahan Iffah walaupun tece rasa Iffah tak pernah buat salah pada tece sepanjang tece mengajar Iffah. Tece senang dengan Iffah. Iffah pendiam dalam kelas. Iffah tak pernah buat hal dalam kelas. Iffah beri tumpuan dalam kelas. Dan hasilnya Iffah tetap mendapat keputusan yang baik sepanjang tingkatan 4 dulu. Dan walaupun dah berpindah ke Johor, tapi keputusan ICT trial Iffah juga amat baik dan sangat konsisten. Tahniah Iffah kerana masih mengekalkan prestasi akademik Iffah dengan sebaiknya. Iffah buat yang terbaik sepanjang SPM nanti. Ini penentu masa depan Iffah sebenarnya. Keputusan SPM itu nanti bakal menentukan sama ada sebelah kaki Iffah bakal terjejak di bumi bernama "universiti". Teruskan minat Iffah dalam bidang ICT jika itu menjadi satu inspirasi untuk Iffah berjaya. Tapi jangan abaikan subjek yang lain pula. Terima kasih sebab anggap tece sebagai ibu kedua Iffah semasa di sekolah. Tece berikan yang terbaik untuk anak-anak didik tece. Tece marah sebab tece sayang. Tece gembira sebab tece mahu kamu semua juga gembira. Tiada balasan yang diminta oleh seorang guru melainkan kejayaan anak didik mereka. Peluk tece dalam mimpi. Tece doakan semoga kamu berjaya dan berbangga dengan kejayaan kamu sendiri. There's no shortcut for education. Setelah berusaha, bertawakkal kepada Allah. Mudah-mudahan hatimu diterangi sepanjang peperiksaan ini. Semoga berjaya, Iffah. Salam sayang dari tece di sini untuk kamu di sana. -Tece- "

Friday, September 28, 2012

~Terubatnya Hati Seorang Guru~

Assalamualaikum w.r.t

Wahhh lamanya Te-Yan tak update blog. Almaklumlah agak sibuk sikit waktu ni kat sekolah. Tambahan pula peperiksaan Percubaan SPM baru sahaja selesai. Jadi sibuk dengan menanda kertas peperiksaan. Nak kena kejar dateline key in markah dalam sistem. Kang buat last minute mau jem sistem tu. 

Kali ni Te-Yan nak bercerita tentang keputusan peperiksaan. Nak bercerita tentang progress student Te-Yan dalam peperiksaan ICT. Tahun ni kelas ICT yang Te-Yan mengajar adalah dari kelas aliran Sains Teknologi. Maksudnya pelajar-pelajar dalam kelas ni ambil subjek sains tulen tapi tak ambil paper Biologi. Paper tu digantikan dengan subjek ICT. Bilangan pelajar kelas Te-Yan seramai 17 orang. Walaupun 17 orang aje tapi punya perangai yang macam-macam. Te-Yan follow mereka dari tingkatan 4 sehingga tingkatan 5 memandangkan subjek ini ada kerja kursus yang perlu selesaikan sebelum bulan Ogos hari tu. 

Jadi sejak tahun lepas lagi bila peperiksaan selesai memang ada seorang pelajar dalam kelas ni yang pencapaiannya agak konsisten. Tak pernah kurang dari A. Dan dia pernah capai A+ bagi subjek ICT ni. Masa peperiksaan pertengahan tahun juga pelajar ini masih lagi konsisten dengan pencapaiannya mendapat A dalam paper ICT. Dan paling terharu dan menggembirakan Te-Yan bila menanda paper percubaan pelajar ini, dia mendapat A+ dengan markah 97%. Kat bawah ni paper sebenar pelajar tu. Te-Yan upload dalam fesbuk supaya menjadi motivasi kepada pelajar yang lain. 


Agak-agak pembaca sekalian, bagaimana pelajar ini dapat memperoleh pencapaian sebegini rupa..? Kalau anda pun boleh tersenyum bila melihat markah seperti ini, apatah lagi bila Te-Yan guru subjek yang mengajar subjek ini. Memang rasa amat terharu dan rasa seperti satu kepuasan mengajar. Sepanjang pemerhatian Te-Yan dari tingkatan 4 lagi pelajar ini merupakan seorang pelajar yang sangat pendiam. Tetapi pendiam yang berisi dengan ilmu. Dia tidak pernah buat bising dalam kelas. Dia tidak pernah melawan kata guru. Dan yang paling penting, dia sangat fokus dalam kelas bila Te-Yan bagi penerangan. Bila menanda paper pelajar ini memang amat mudah sebab dia menjawab seperti mana penerangan Te-Yan semasa dalam kelas. Jawapannya penuh dan sangat lengkap. Jadi tidak mustahil dia boleh mendapat markah penuh bagi Section B dan Section C untuk soalan struktur dan esei. Bukan tiada pelajar lain yang mendapat A atau A-, tapi Te-Yan memang suka dengan sikap pelajar ini. Kadang kala kita boleh bergurau senda dalam kelas, tetapi kalau waktu belajar, kita kenalah belajar. 

Kalau seseorang pelajar itu mendengar kata guru dan ibu bapa, beri tumpuan sepenuhnya dalam kelas, rajin dan bertanggungjawab dengan diri sebagai pelajar, menjawab peperiksaan mengikut panduan yang diberikan oleh guru....hasilnya....PELAJAR ITU MEMANG BERJAYA DALAM PEPERIKSAAN.....Te-Yan doakan semoga semua anak didik Te-Yan berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM yang sebenar nanti. Renung-renungkanlah masa depan anda semua sekiranya tingkah laku masih di takuk lama.

#Hasilnya memang sudah terbukti....

Thursday, September 06, 2012

~Mood Raya Dah Habis, Mood Exam Pula ~

Assalamualaikum w.r.t

Bulan Syawal masih tinggal berbaki  dalam 10 hari lagi. Tapi Te-Yan rasa mood raya dah habes. Sebab mula sekolah hari tu, dah start trial SPM. Tengok dalam fesbuk, majoriti status student semuanya masih dalam mood raya. Risau juga sebab masih ada yang tak sedar trial dah tiba. Te-Yan pun masih lagi mencari slot-slot masa exam mereka sekiranya kosong sebab nak buat lagi kelas tambahan pada students ICT Te-Yan. Ni cikgu yang cuak terlebih, students relax semacam je. 

Fenomena "check-in" hotel pun dah mula balik. Mulanya kursus-kursus yang melibatkan peningkatan dalam pengajaran dan pembelajaran. Ohoo risau nye sebab takut tak sempat nak buat revision dengan students. 

Hopefully my students dapat menjawab exam trial dengan baik. I wish u all da best.

Friday, August 17, 2012

~ Kad Online Tanda Ingatan ~

Assalamualaikum w.r.t


Di kesempatan ini, Te-Yan ucapkan Salam Aidilfitri buat blogger2 sekalian. Hanya kad online yang mampu Te-Yan sampaikan buat anda semua. Terima kasih sebab sudi membaca entri-entri blog Te-Yan yang tak berapa nak fofular nie. Semoga Syawal tahun ini memberikan seribu kebahagian buat anda semua. 

Salam Aidilfitri. Maaf zahir batin. Ikhlas daripada Te-Yan dan keluarga.

Monday, August 13, 2012

~ Nostalgia Kad Raya ~

Assalamualaikum w.r.t

Wauuuu hari ini dalam sejarah bila seorang rakan guru memberikan kad hari raya kepada Te-Yan dan rakan-rakan guru yang lain. Sungguh terharu. Mana taknya sekarang ni mana dah dapat kad raya. Sejak adanya teknologi Internet, sejak adanya e-Kad, mana dah nak nampak kad raya dalam pos box rumah kan..!!

Inilah kad raya Te-Yan dapat hari ini. Tenkiu pada
cikgu yang berikan ini. Nostalgia bebbbb....!!
Ini yang Te-Yan nak bernostalgia pasal kad raya ni. Masa zaman Te-Yan masih hingusan, masih budak sekolah, bila time puasa je, fokus dalam kepala, nak hatar kad raya kad sedara mara dan member-member. Siap ada check list pada sapa nak dihantar kad tu. Lepas tu berlumba-lumba dengan kengkawan, sapa yang hantar kad raya dulu, sapa yang dapat kad raya dulu dan yang paling best, siap kira lagi sapa dapat kad raya paling banyak. Setiap hari sepanjang bulan Ramadhan pasti menunggu kedatangan abang posmen bersama motornya hulurkan kiriman kad raya. Selalunya sehari boleh dapat dalam 4-5 keping. Huihhh kira banyak lah tu. Dah dapat kumpul kad raya, siap gantung-gantung lagi kat dinding. Kalau tak gantung kat dinding, kat ranting pokok yang letak kat dalam pasu pun jadilah. Berjuntai-juntai lah kad raya kat ranting pokok tu. Kira seni paling kreatif lah tyme tu. 

Bila dah zaman remaja, tradisi hantar menghantar kad raya tu masih berterusan, tapi lagi bermaknalah kan sebab zaman remaja masing-masing ada admire. Kalau kita tak admire kat orang, orang admire kat kita. Haaa tyme tu lah pastinya dapat kad raya dari orang yang tak dikenali. Kalau sapa yang dah ada buah hati tu, hehehe lagi lah haru. Mana taknya, for sure kad raya gabak-gabak punya. Dah lah gabak, siap ada music lagu-lagu raya tu. Dah ala-ala music box. Siap boleh flip flop gambar-gambar kat dalam kad tu. Menyengih je bila dapat kad raya macam tu. 

Kalau sapa yang kreatif, kad raya pun design sendiri..fuiyooooo..hehehe Te-Yan dulu macam tu jugak. Untuk yang special mesty design kad raya sendiri. Siap beli segala jenis kad warna lah, kertas A4 lah..heheh semua nak buat sendiri. Rasa kepuasan bila dapat buat sesuatu yang unik buat orang tersayang. Hubby Te-Yan memang selalu lah dapat kad-kad Te-Yan design sendiri masa berchenta dolu-dolu neh...sebab Te-Yan memang suka buat benda-benda kreatif nie..

Tapi bila budak-budak zaman sekarang, dah tak merasa rasanya kad raya. Contoh paling dekat macam anak Te-Yan lah. Bukannya dia heran pasal kad raya. Kad raya pun dia tak tau. Kalau pi kedai buku tu, mata melilau cari buku yang dia suka. Semuanya nak main e-Kad aje. Kalau yang design kad raya sendiri guna Photoshop itu dah kira okey jugak lah...hehehe...macam Te-Yan le...dah tua-tua neh, mana nak kirim-kirim kad raya. Guna je Photoshop design kad raya. 

Sekarang ni pun kalau jemputan kahwin, kalau tak sempat, mesti buat event kat fesbuk. Itu kira ada hemahnya juga. Tapi kalau jenis yang jemput kenduri kahwin guna SMS, apa kes pulak..? Di situ kita dah nampak, dah tak ada nilai-nilai jemput menjemput sekarang ni.  Kalau tradisi macam tu dibuat dekat kampung, huih harus takdenye orang nak datang. 

Te-Yan rasa, nostalgia pos mengepos kad raya nie, elok lah dibangkitkan semula. Seronok tau. Bila tengok berita semalam, Pos Malaysia akan kendalikan kad-kad raya yang begitu banyak, terdetik juga dalam hati, masih ada lagi yang menggunakan cara nostalgia ini untuk mengeratkan silaturrahim.

******* Bape banyak kad raya korang dapat tahun ni...????? ********



Sunday, August 12, 2012

~ Kisah SMS Blaster ~

Assalamualaikum w.r.t

Salam Ramadhan ke 23. Kali ni rasanya nak bercerita pasal SMS BLASTER. Rasa-rasa kebanyakannya mesti dah tahu pasal sistem ni kan..? Sistem pemberitahuan sebarang makluman melalui henpon kita. Sekarang ni sekolah Te-Yan dah mula menggunakan sistem sms blaster ni dalam usaha untuk mempertingkat perluasan teknologi komunikasi pihak sekolah dengan ibu bapa pelajar. Tujuan utama sebab nak beritahu parents tentang aktiviti yang akan dijalankan oleh pihak sekolah. Semuanya gara-gara komplen daripada pihak parents yang mereka tidak tahu sebarang aktiviti yang dah dijalankan oleh pihak sekolah. Macam mana nak tahu, dah anak masing-masing diam membisu dan tidak buka mulut berkenaan apa sahaja aktiviti yang dijalankan oleh sekolah. Itulah tradisi pelajar masa kini. 

Jadi untuk memastikan semua ibu bapa mendapat makluman, pihak sekolah telah pun menggunakan sistem SMS Blaster. Sistem ini telah pun digunakan pada Julai 2012 yang lalu. Yang nak dijadikan cerita, macam-macam reply yang sekolah kami terima alkisah dari penghantaran sms tersebut. Kami dah set kan alamat emel untuk sistem ni. Jadi bila hari pertama di bulan Julai tu sekolah ada hantar sms pasal makluman sumbangan PIBG, maka bila view sahaja di emel, masya Allah, macam-macam reply yang kami terima. Setiap makluman yang diterima di henpon mereka tu, kalau mereka balas akan terus masuk ke emel. Nak gelak pun ada, nak kesian pun ada. Entah macam-macam reply yang diterima. Kalau parents yang dah attend mesyuarat PIBG memang takde masalah sebab mereka dah tahu pasal perkara ini. Kalau yang tak attend tu yang jadi masalah. 

" Nak tanya, ni siapa ye"
" Ni cikgu  ye.."
"Kami dah bayar dah"
"Kata semua yuran free, kenapa nak kena bayar pulak"
"Kalau ada yang tak bayar yuran, apa kata pihak sekolah yang tolong bayarkan.Kata 1 Murid, 1 Yuran"
" Saya dah ada dua orang anak sekolah kat situ, kira anak ketiga saya tak perlu nak bayar yuran tu"

Itu antara sms yang parents telah reply dan masuk ke emel sms tu. Adusss pening kepala admin nak tengok semua tu. Ada pula yang masih bertanya sms tersebut daripada siapa. Dah terang-terangan sms yang pihak sekolah hantar tu tertera nama sekolah dan juga PIBG. 

Ada juga makluman yang diterima, no telefon yang diberikan oleh pelajar-pelajar bukannya no telefon parents mereka. Sebab hari tu admin ada bagitau someone minta edit no henpon sebab katanya dia baru umur 22 tahun, takde lagi anak sekolah menengah. Haaaa dah sah-sah pelajar bagi no henpon salah. Sebab admin akan ambil semua no henpon parents yang ada kat APDM online tu. Kalau dah salah no henpon yang diberi, maka makluman pun sampai ke pihak yang tidak sepatutnya. Jadi tak sampai juga lah makluman kat parents mereka. 

Te-Yan pun dah minta students pesan kat parents mereka, tidak perlu nak membalas sms tersebut. 

Hohoho lepas ni kami nak sms pasal cuti hari raya pula. Nak tengok apa pulak reply nya nanti....

Pening nak membaca weeehhhhh.......!!!!!!

Saturday, August 11, 2012

~ Kerana Mulut Badan Binasa ~

Assalamualaikum w.r.t

Sejak dua hari ni pemilik nama "JOHARI PAIN" telah menjadi tersohor. Mula-mula Te-Yan pelik juga, sebab bila view di fesbuk, rata-rata friends list mention nama yang sama. Lepas tu kait-mengait dengan Pandalela, atlit renang negara kita yang telah memenangi pingat gangsa di temasya Olimpik. 

Jadi, bila Te-Yan view segala komen dan membaca blog-blog yang berkaitan, barulah faham kenapa nama insan bertuah ini menjadi begitu popular. Laaaa, rupanya status dia di fesbuk yang menjadi bahan diperkatakan. 

Hmmm betul lah seperti kata pepatah Melayu, "Kerana Santan Pulut Binasa, Kena MULUT Badan Binasa". Kadang-kala memang kita sebagai manusia ni suka membuat kesilapan, terutamanya dari segi percakapan. Mungkin kita tidak sedar, sepatah perkataan yang dikeluarkan dari mulut kita boleh mengguris perasaan orang lain. 

Maybe insan bernama Johari Pain yang menulis status begitu di fesbuk tidak sedar bahawa penulisannya yang dianggap lawak itu boleh menjadi satu isu panas. Mungkin agaknya perasaan geram yang ada di hati nya bila melihat atlit-atlit kita masih tidak mampu untuk menyumbangkan pingat selain Dato Lee Ching Wei membuatkan dia secara tidak sedar menulis status seumpama itu. Facebook dan Twitter pada zaman sekarang ni merupakan medium penghantaran yang paling mudah untuk kita menyampaikan sesuatu. Tapi, kita kena beringat, setiap tulisan atau perkataan yang kita post di wall masing-masing tu akan menjadi perhatian orang lain. Tidak kira status kita di laman-laman tersebut hanyalah sebagai gurauan. Tapi biasalah, orang akan suka memperbesar isu-isu yang hangat. 

Johari Pain pun dah meminta maaf. Jadi, ini menjadi satu pengajaran kepada anda sebelum menulis sebarang status selepas ini. Gunakan medium sosial network ini sebagai salah satu tempat untuk berkongsi sesuatu perkara yang baik dan berhemah. 

Kepada students Te-Yan yang dikasihi, kamu semua jadikan perkara ini sebagai satu pengajaran. Selama ni pun banyak kali dah tece dah pesan tentang penulisan status di fesbuk dan twitter. Semoga kalian mendapat pengajaran dari situasi di atas. 

Kepada Pandalela, tahniah diucapkan atas kejayaan anda merangkul pingat gangsa di temasya Olimpik.  Jangan peduli dengan penilaian orang kepada kemampuan anda kerana sudah terbukti anda telah berjaya. Semoga kejayaan anda ini menjadi titik semangat kepada atlit Malaysia yang lain untuk mengejar pingat buat negara kita. 

Friday, August 10, 2012

~ 10 Malam Terakhir ~

Assalamualaikum w.r.t

Sudah 21 hari kita berpuasa. Syukur Alhamdulillah kita masih lagi diberi nafas dan kesempatan oleh Allah Taala untuk meneruskan ibadah puasa sehingga ke saat ini. Tinggal 10 hari lagi untuk kita berpuasa sebelum tibanya Syawal. Begitu pantasnya masa berlalu sehingga kita tidak sedar Ramadhan bakal meninggalkan kita. Jadi marilah kita merebut peluang 10 malam terakhir ini dengan mempertingkatkan lagi amal  ibadah kita di bulan penuh keberkatan ini. Mudah-mudahan kita menjadi insan terpilih oleh Allah untuk merasai  malam Lailatul Qadar. Amin Ya Rabbal Alamin.


Sunday, August 05, 2012

~ Tahniah Dato Lee Chong Wei ~

Assalamualaikum w.r.t

Rasanya hampir warga Malaysia menyaksikan perlawanan badminton akhir yang sengit antara Lee Chong Wei bertemu dengan musuh tradisinya Lin Dan. Te-Yan tak berkesempatan nak tengok. Kebetulan tadi bawa anak-anak ke Tutti Fruity. Tengah berlangsung siaran langsung perlawanan tersebut. Masa tu pun dah nak masuk game ketiga. Bila sampai kat rumah, tengok kat Facebook, ramai dah mention LCW tewas di tangan Lin Dan. 

Tak mengapa LCW. Pingat Perak pun sudah membanggakan Malaysia. Bukan senang untuk tersenarai ke Sukan Olimpik. Semangat yang ditunjukkan oleh beliau amat tinggi. Beliau sudah cuba sedaya upaya sehingga dapat melangkah ke final. Tetapi pingat emas itu bukan rezeki beliau. Semoga kejayaan LCW ini menjadi peniup semangat untuk kontinjen Malaysia yang lain.

Malaysia Boleh !!!!!

~Kasih Ramadhan~

Assalamualaikum w.r.t

Sepanjang bulan Ramadhan elok rasanya kalau ada rezeki lebih tu kita sedekah kepada mereka yang memerlukan. Mudah-mudahan rezeki yang kita peroleh itu mendapat keberkatan dari Allah Taala. Kadang kala Allah memberikan kita rezeki yang melimpah ruah dalam satu-satu masa. Jadi sebagai umatnya hendaklah kita beringat juga. Tidak salah jika kita sedekahkan rezeki yang Allah berikan itu kepada mereka yang lebih memerlukan. 

Jadi sepanjang bukan Ramadhan ni, sekolah Te-Yan sedang menganjurkan satu program yang dinamakan "Kasih Ramadhan". Program ini dijalankan oleh para pelajar Pra-Universiti atau Tingkatan 6. Tahun lepas pun mereka ada buat, dan Alhamdulillah sumbangan yang diterima amat membanggakan. Jadi tahun ini diteruskan lagi. Mudah-mudahan banyak sumbangan yang diterima untuk disalurkan kepada Rumah Anak Yatim Putra Perdana. 

Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang cara-cara mengendalikan program khidmat masyarakat. Di samping membentuk keyakinan dan daya kepimpinan pelajar dalam mengendalikan sesuatu program khidmat masyarakat. Dan yang paling penting dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan pelajar Pra-Universiti dengan golongan kurang berkemampuan dan anak yatim. 

Program ini akan berlangsung dari 27 Julai 2012 sehingga 15 Ogos 2012. Jadi kalau ada para blogger yang bermurah hati untuk menghulurkan sumbangan dalam program ini amatlah dialu-alukan. Maklumat lanjut boleh layari laman web ini smkbbst.wordpress.com Mudah-mudahan anak-anak yatim ini dapat bergembira di hari lebaran nanti. Dan mudah-mudahan sumbangan ikhlas kita itu nanti akan diberkati oleh Allah.
Program "Permataku Sayang" yang diadakan pada tahun lepas.

Saturday, August 04, 2012

~Mereka Yang Istimewa~

Assalamualaikum w.r.t

Update blog selepas sahur nie memang banyak idea yang datang mencurah-murah. Kali nie Te-Yan cuba untuk berkongsi rahsia alkisah pelajar-pelajar istimewa yang ada di sekolah Te-Yan nie. Kalau nak tahu di sekolah kami nie ada satu kelas yang dinamakan sebagai Program Pendidikan Khas dan Integrasi (PPKI). PPKI nie menempatkan pelajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran. Atau kita boleh panggil mereka anak-anak istimewa. Walaupun mereka ni kurang dari fizikalnya tetapi mereka tetap mempunyai keistimewaan. 

Kadang-kala Te-Yan rasa dari segi akhlak, pelajar-pelajar PPKI ni lebih berakhlak daripada pelajar-pelajar yang normal. Mereka lebih menghormati guru dan lebih mengikut peraturan sekolah.

Hari Isnin yang lalu telah diadakan kuiz sempena Bulan Kemerdekaan semasa perhimpunan pagi. Jadi kalau dah namanya kuiz, mesti ada hadiah kan. Tak kiralah hadiah tu berapa harganya, berapa besar saiznya. Bila diperhatikan, setiap kali soalan diajukan majoriti pelajar-pelajar yang normal akal dan fizikalnya tidak ada keyakinan untuk menjawab. Tetapi pelajar-pelajar PPKI ni mempunyai keyakinan untuk menjawab. Dan paling menyentuh hati dan membuatkan semua terkejut pada hari itu apabila diajukan soalan "Pada tahun berapakah Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia?"... haaaa semua ternganga-nganga. Tak tahu jawapannya. Tetapi dengan penuh keyakinan, seorang pelajar lelaki PPKI telah bangun dan menjawab soalan tersebut dengan betul. Cuba bayangkan ye, mereka yang mempunyai masalah pembelajaran juga boleh menjawab soalan-soalan berkaitan dengan kemerdekaan negara kita. Dan pelajar PPKI yang menjawab soalan ini juga merupaka Juara Pertandingan Azan Negeri Selangor. Wahhhhh...tahniah....

Selalunya setiap hari Rabu, kumpulan pelajar ini akan masuk ke makmal komputer, sebab mereka juga diberikan asas kemahiran untuk menggunakan komputer. Kebetulan pada hari Rabu lepas, memang Te-Yan berada dalam makmal semasa sesi kelas ini bermula. Apa yang Te-Yan perhatikan, mereka amat mudah untuk memahami segala yang diajar oleh guru mereka. Minggu ni mereka belajar cara nak design kad hari raya. Hanya guna Microsoft Word sahaja. Tapi penghasilannya amat membanggakan. Sangat kreatif. 

Hari tu Te-Yan tersentuh hati bila penyelaras PPKI ni buat teguran di perhimpunan. Ditujukan khas kepada sekumpulan pelajar-pelajar yang normal akal fizikalnya ni. Rupanya ada kes dimana terdapat sekumpulan pelajar-pelajar normal yang telah mengejek dan menendang beberapa orang pelajar PPKI ni. Masya Allah, terkejut kami semua bila mendengar laporan ni. Di mana letaknya akal fikiran pelajar-pelajar normal ni..? Tak ada sifat berperikemanusiaan langsung. Cuba bayangkan sekiranya ada diantara ahli keluarga kamu yang akal fizikal nya memang telah dilahirkan tidak sempurna diperlakukan sedemikian..??? Mesti marahkan..!!!!

Inilah barisan guru-guru PPKI yang penuh dedikasi.
Kesimpulannya, kita mesti menerima mereka yang istimewa ini dengan hati yang penuh keikhlasan. Jangan dihina atau diperlekehkan mereka kerana mereka ini ada sesuatu yang istimewa yang pastinya telah dijanjikan oleh Allah. Syabas kepada guru-guru PPKI kerana sangat sabar mendidik mereka menjadi orang yang penuh berilmu. Jasa dan pengorbanan anda sudah pasti Allah yang membalasnya. 

Friday, August 03, 2012

~Master Chef ~

Assalamualaikum w.r.t 

Hari ni dah 14 hari kita berpuasa. Cepat kan masa berlalu. Kali ni Te-Yan nak bercerita pasal masak-memasak lah pula. Kalau tiba bulan Ramadhan, memang lah Te-Yan akan jadi manusia yang paling rajin masuk dapur. Ni dah hari ke 14 maknanya sudah 14 hari lah Te-Yan jadi chef kat dapur. Kalau bukan bulan Ramadhan, bukannya tak mahu nak masak, tapi dalam seminggu adalah 4 kali je masuk dapur. Heeee sibuk punya pasal. Dah tu kat sekolah dah sah-sah banyaknya lauk jual kat kantin. Pilih saja apa mau. Semua ada. Dalam masa tak sampai 5 minit dah siap masak. Dengan syarat hulur je duit kat makcik kantin.

Tapi bila tyme bulan puasa ni, memang Te-Yan akan masak sepenuhnya. Sebab dapat balik awal waktu bulan puasa. Jadi masa untuk memasak tu ada. Setakat ni kaki tak jejak lagi kat bazaar Ramadhan. Te-Yan tak berapa gemar nak pi pasar Ramadhan. Malas nak bersesak-sesak ngan orang kat situ. Dengan parking yang memang susah nak cari. Haiiiissshh tak payah lah. 

Kalau bulan puasa ni, macam-macam idea yang keluar nak masak apa. Minggu ni dah tiga kotak Te-Yan bawa serbuk cheese cheezy wedges dan tepung magic kat opis. Waaauuu...habis langsai member-member beli. Alhamdulillah. Ajar pulak dorang menu-menu  guna bahan-bahan tu. Hehehhehe...

Memandangkan anak sulung Te-Yan tu tak tinggal puasa lagi, lagi lah bertambah semangat nak memasak. Menu buka puasa memang ikut menu si hensem tu nak makan apa. Setiap hari lah Te-Yan bertanya si hensem nak makan apa bila buka puasa. Kepuasan memasak tu memang ada sebab seronok bila tengok anak-anak dan cik abang makan dengan berselera. 

Hmmmmm esok nak menu apa pula yeeee....???? Macam biasa mesti kena tanya hensem tu...

Thursday, August 02, 2012

~Alkisah Pintu Pagar~

Assalamualaikum w.r.t

Ini cerita pasal kisah minggu lepas. Last week Te-Yan kena jaga pintu pagar sekolah. Ini semua alkisah Program Sekolah Penyayang yang telah diarahkan oleh kementerian. Jadi sekolah Te-Yan dah buat giliran setiap guru akan merasa jaga pintu gate. Bermula 7 pagi hingga 7.45 pagi. Apa kena buat kat situ..? Heheheh dah nama lagi sekolah penyayang, jadi cikgu-cikgu yang kena bertugas di pintu gate tu pun kenalah jadi "cikgu penyayang". Kena mengalu-alukan kedatangan pelajar ke sekolah. Wauuuu hebat budak sekolah zaman sekarang kan. Sampai sekolah dah ada orang jemput masuk dalam sekolah. 

Macam-macam insiden jugalah bila kena giliran Te-Yan. Macam-macam gelagat pelajar yang ditonjolkan kat depan pintu gate tu. Ada yang dah datang awal, tapi ambil masa untuk melepak macam benteng kat tepi bukit sebelah kelas Form 6 tu. Duduk berbaris kat situ dah macam tembok. Ada yang cuba untuk ponteng sekolah. Nasib baik lah pakcik Rela tu bagitau budak yang sama jugak nak ponteng. Te-Yan usha-usha budak tu nak tengok dia ponteng ke tak. Tetiba ada pulak member dia datang bawak dia balik. Then tahan lah kawan dia tu. Nak berselindung jugak tak nak bagitau kawan dia tu nama apa. Heh korang hengat cikgu-cikgu nie tak tahu cara ke nak bagi korang tu keluarkan jawapan bila disoal. Wooo tetiba budak yang nak ponteng tu datang pulak sekolah. Bila tanya, jawapannya, " Saya balik kejap"..Then Te-Yan tanya balik, "Bukan ke ko pi kedai ke tadi..?"..haaa ingat boleh kelentong. Baru form 3 tapi perangai...haishhhhh..sabor je lah bila jadik cikgu nie kan. 

Kadang-kadang kesian pun ada gak kat budak-budak ni. Nak kata orang susah, tak jugak. Datang sekolah naik moto atau kereta. Ada yang datang ke sekolah dengan baju yang digunting jadi pendek. Dah elok-elok baju tu labuh, digunting sampai atas pusat. Dilepaskan keluar pulak baju tu. Haisss ingat hensem sangat ke macam tu. Selekeh lagi ada lah. Itu belum mereka yang berbadan besar memakai baju sekolah yang kecik. Ala-ala baju sekolah rendah. Rasanya baju adik-adik dorang lah tu. Agaknya kalau pakai baju kecik tu, boleh lah tunjuk muscle-muscle lengan yang berketui-ketui tu. Cuba pulak korang bayangkan, bila kaki seluar yang besar tu dikecikkan sampai fit. Ya Ampun hodoh gila wehhhh. Dah kena gunting ngan cikgu-cikgu disiplin pun masih juga buat. Memang tak paham bahasa. Kalau pelajar perempuan pulak, dah pakai tudung kalau boleh nak singkat lagi. Kain tu kalau boleh nak singkat lagi sampai boleh nampak stokin yang berwarna-warni. 

Dan yang best sekali, pada hari tersebut 3 orang budak ponteng sudah dapat ditangkap oleh penyelia petang. Siap kena jalan kaki dan diekori oleh penyelia petang dengan kereta hingga ke gate sekolah. Hehehhe tu lah ponteng lagi. Korang ingat cikgu-cikgu tak tau ke port ponteng korang tu kat mana. Mana nak lari.....cubalah bayangkan perasaan parents korang bila tau korang ni ponteng..? 

Kesimpulannya kat sini, Te-Yan tengok, bila ada program Sekolah Penyayang ni masih ada lagi parents yang hantar lambat anak ke sekolah. Ada yang 7.45 pagi baru hantar anak ke sekolah. No comment lah Te-Yan kalau macam nie. Kalau dah sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah bermula jam 7.30 pagi, tapi kalau ada parents yang hantar anak jam 7.45 pagi, tidak kah 15 minit anak anda telah ketinggalan dalam pembelajaran mereka..? Cuba renungkan. 

Friday, July 27, 2012

~Terima Kasih Atas Kebahagiaan Ini~

Assalamualaikum w.r.t

Hari ini Te-Yan hampir terlupa satu hari yang paling istimewa. Nasib baik lah buat reminder dalam phone. Kalau tak for sure sudah terlupa dek kesibukan. Kalau nak tahu hari ini merupakan 9th Wedding Anniversary Te-Yan dan hubby. Dalam bulan Ramadhan pula tu. Alhamdulillah, mudah-mudahan ikatan ini mendapat keberkatan di bulan penuh mulia ini. 

Semoga rezeki kami sekeluarga semakin diberkati oleh Allah. Semoga kedua-dua anak kami menjadi anak yang soleh dan solehah. Semoga Te-Yan dan hubby dapat menjadi ibu dan ayah yang terbaik untuk kedua-dua anak kami.


Wednesday, July 25, 2012

~Rezeki Berganda~

Assalamualaikum w.r.t

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah mengurniakan rezeki yang cukup bermakna buat Te-Yan pada tahun ini. Keberkatan sebelum bulan Ramadhan. Rezeki tidak disangka dan boleh dikatakan sebagai "Rezeki Berganda". Pada 17 Julai 2012, Te-Yan telah hadiri satu Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Sungguh tak sangka Te-Yan akan dapat APC setelah 9 tahun bertugas sebagai guru. Tak pernah langsung terfikir untuk dapat pengiktirafan ini. Sebelum tu juga kenaikan gred telah berjaya dan lulus. Tak sangka rezeki datang bergolek. Bersyukur ke hadrat Allah Yang Maha Esa atas kurniaan ini. 

Betul juga apa yang telah disampaikan oleh perasmi semasa majlis tersebut.

"Jika Allah telah takdirkan bahawa rezeki itu milik kita, tidak kira apa sekalipun ia tetap menjadi milik kita. Tetapi sekiranya Allah telah suratkan bahawa rezeki itu bukan milik kita, tidak kira macam mana sekalipun ia tetap bukan milik kita".

Te-Yan ucapkan ribuan terima kasih kepada ibu Te-Yan yang banyak berkorban selama ini. Jasamu ibu tetap dikenang sepanjang hayat. Tidak lupa juga kepada suami, anak-anak, adik-adik Te-Yan yang sentiasa menyokong dalam kerjaya Te-Yan. Juga kepada pihak pentadbir kerana mempercayai segala tugasan yang telah Te-Yan lakukan di sekolah. Insya Allah mutu kerja akan sentiasa dipertingkatkan selepas ini dan sampai bila-bila. Tidak lupa kepada anak didik Te-Yan. Kerana kamu semua menjadi pendorong untuk Te-Yan bergelar seorang guru yang berjaya. 

Te-Yan akan teruskan perjuangan sebagai guru sehingga hayat dikandung badan. 

Senarai Penerima APC sekolah Te-Yan.
Depan dari kiri:
 Cikgu Aisah, Cikgu Nariman, Cikgu Nik, Cikgu Rosnah, Cikgu Roslin, Cikgu Salmi, Cikgu Eva
Belakang dari kiri:
 Cikgu Alma, Cikgu Siti Fatimah, Cikgu Anidah, Tn Pengetua, Cikgu Shamsul, Cik Norriha,
Te-Yan


Sunday, July 15, 2012

~Rombongan Datin-Datin Vogue~

Assalamualaikum w.r.t

Heheeh hari ni jadi hari paling bersejarah dalam hidup Te-Yan lah. Kalau orang lain mungkin perkara biasa aje. Tapi kalau bagi Te-Yan, haishhhh ini 1st tyme koooo. 1st tyme ikut rombongan kenduri kahwin naik "BAS"..heeeeee. Rasanya memang tak pernah pun ikut rombongan kahwin naik bas. Kalau rombongan lain tu biasalah. Si Kajol pun dah naik syok. Budak zaman sekarang ni mana nak naik bas. Semua mak pak dah ada kereta. Bagi lah merasa si gurlz Te-Yan tu naik bas. Becok mulut bertanya itu ini. Nape bas tu macam itu ini. Haiyaaaa penat mau jawab. Balik rumah dok gebang kat abang dia pasal naik bas. Berbulu je si abang mendengar. Mana taknya, si abang tak dapat join sekali sebab bas dah penuh. Hahahha takpe lah, lain kali mama bawak abang naik bas pulak. 

Tak main lah Rombongan Cik Kiah. Ini "Rombongan Datin-datin Vogue". Mana taknya, baju glemer-glemer bagai. Tenkiu pada ibu pengantin yang sudi sewa bas nak bawa datin-datin vogue ke kenduri.

Sebahagian rombongan "Datin Vogue"

Yang pakai baju kuning tu lah ibu pengantin. Vogue kannnnnn....

Kalau nak tahu gambar ni kena snap sampai 11 keping dalam posisi yg sama....gara-gara tak pasti cemana nak guna Galaxy tab......

Te-Yan wif my x-student, merangkap sepupu kepada pengantin......

Friday, July 13, 2012

~Senyuman Mereka~

Assalamualaikum w.r.t

Jumaat penghulu segala hari. Hari ni dapat panggilan daripada dua orang anak manja. Tahniah kepada mereka sebab sudah ditawarkan untuk menyambung pengajian di universiti. Ada yang dapat universiti pilihan di hati. Tapi ada juga yang dapat universiti nun jauh menyeberangi Laut Cina Selatan. Buat Angah, Acu, Adik dan Cik Nani, tahniah diucapkan. Tak kira walaupun di mana anda semua berada dan meneruskan pengajian, sentiasa yakin dalam diri bahawa anda semua boleh lakukannya. Mama doakan kamu semua berjaya. 

Si Adik yang sambung belajar di negeri kelahiran. Senyap je sekarang ni...
Miss u okey...

This Three Stooges : Angah jauhnya sampai ke Sarawak, Acu di Uitm, Ucai Insya Allah pasti ada rezeki.

This cute gurl seronok bukan main dapat tempat yang diidamkan. Dah tak patah pinggang lah ulang alik rumah naik bas. 

Honestly to say, i'm gonna miss all of u. There is a lots of memories since we knew each other. Best of luck.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...