Friday, September 09, 2011

Lagenda Budak Setan ~ Suratan atau Kebetulan

Assalamualaikum w.r.t

Semalam Te-Yan berpeluang menonton filem LAGENDA BUDAK SETAN yang ditayangkan di Astro Ria. Dah lama Te-Yan tunggu filem ni. Dulu tak berpeluang nak tonton wayang sebab Te-Yan memang tak suka tengok wayang. Mencari CD nya asyik SOLD OUT aje. Nasib lah En Astro amat baik hati menayangkan filem ni malam tadi. Mestilah tak lepaskan peluang. Tapi kenapa Te-Yan suka sangat dengan filem ni yeee..? Ha meh sini Te-Yan nak cerita.

Kisah LBS ni lebih kurang sama dengan cerita masa zaman Te-Yan sekolah dulu. Tak tahulah ianya SURATAN atau KEBETULAN. Bukan totally sama, cuma perangai si Kasyah yang macam SETAN tu mengingatkan Te-Yan pada zaman persekolahan. 

Dulu, Ahadiat Akashah ni merupakan penulis yang PALING TOP masa zaman Te-Yan sekolah dulu. Rata-rata memang remaja sekolah pada zaman tu memang menanti-nantikan karya penulisan Ahadiat ni. Kan kebanyakan novel Ahadiat ni berkisar tentang remaja. Tak terkecuali lah dengan Te-Yan yang memang mengumpul novel penulisan Ahadiat. Mesti korang pernah dengar atau baca novel Budak Momok, Pilot Cafe, Katerina, Budak Setan 1, Budak Setan 2, Budak Setan 3 dan Lagenda Budak Setan. Itu semua karya Ahadiat. Tapi novel LBS lah yang paling TOP. Dan Te-Yan masih simpan koleksi ini. 

Bila tonton filem LBS ni membuat kan Te-Yan mengimbau semula zaman persekolahan. Kalau dalam filem ni ada 4 orang satu geng, tapi masa zaman sekolah Te-Yan tu kalau tak silap ada 7 budak SETAN. Tapi yang FOFULAR dalam group tu cuma dua makhluk aje. Yang lain tu bak kata teman baik Te-Yan, SUAM-SUAM KUKU. Waktu tu zaman yang amat taksub dengan RAPPERS. So kumpulan artis yang memang TOP tyme tu dah sah-sah lah KRU, 4U2C, FEMININ. Apa lagi, ramai jugaklah budak-budak sekolah yang menubuhkan kumpulan yang ala-ala kumpulan rappers terkenal nie. Baju, gaya, stail semuanya ikut rappers. Tak kisahlah kan. Tak terkecuali lah jugak dengan group budak setan nie. Tapi setan-setan diaorang tu pun, rasanya disayangi oleh cikgu-cikgu. Sebab apa...? sebab dorang tu budak-budak pandai. Dapat result SPM pun gempak.

Te-Yan dulu sekolah lain di negeri lain, dan group setan ni sekolah lain juga di negeri yang lain. Mesty korang heran kan cemana lah Te-yan boleh kenal dengan group ni. Ada cerita di sebaliknya tapi Te-Yan malas nak cerita di sini. Tapi, walaupun Te-Yan tak sama sekolah dengan group ni, tapi apa sahaja update pasal group ni, Te-Yan pasti akan dapat tahu. Adussss tak boleh lah dibayangkan apa yang dorang buat kat sekolah kan. Kalau dalam filem ni Si Kasyah buat gila dengan masukkan CICAK dalam tin coke, tapi group ni pulak buat gila dengan muntah kat kasut cikgu sebab geli-geleman belah perut katak. Macam-macam juga insiden yang kelakar. Tapi hakikatnya nakal-nakal dorang pun, sebenarnya hati dorang amat baik. Suka tolong member. 

The best moment bila dorang nyanyi and menari lagu kumpulan KRU yang paling top dulu, MENGERTI....Perghh Te-Yan boleh bayangkan bila tyme dorang nyanyi tu, budak-budak terpegun. Muka masing-masing dah lah hensem. Boleh gila bayang lah sapa yang tengok tu. Hahahahaha....

Cuma perangai yang dorang yang paling Te-Yan tensen bila asyik menghilang macam CHIPSMORE. Tetiba muncul semula. Pastu hilang lagi. Then dua tiga bulan lepas ada salah sorang dari group ni yang contact member baik Te-Yan yang waktu tu berada di Bandung. Terkejut juga kami berdua. Bayangkanlah dah hampir 12 tahun tak dengar khabar, tetiba muncul dengan cerita HOT. Kemudian hilang lagi...adusss apa hal lah ngan korang semua nie kan..kesian lah kat kitaorang member-member korang ni kan...ingatan pada korang tak pernah luput dari ingatan tau.

Tapi sekarang semua dah jadi sejarah dan memori indah. Kalau dalam filem ni Ayu yang pergi meninggalkan Kasyah, tapi dalam kumpulan dorang, one of their friend pergi meninggalkan kami semua disebabkan kemalangan. Memang sadis waktu tu. Te-Yan dapat tahu pun waktu Te-Yan masih berada dalam sem matrik. Itupun setelah sebulan arwah pergi baru Te-Yan dapat tahu. Al-fatihah buatmu sahabat. Kau sentiasa dalam ingatan. Mudah-mudahan dirimu ditempatkan di kalangan insan yang beriman. Memang agak terkilan sebab tak dapat jumpa buat kali terakhir. Sejak dari hari tu, masing-masing bawa haluan sendiri. Langsung tak tahu khabar berita sehinggalah teman Te-Yan terjumpa salah seorang dari mereka hari raya yang lalu. Lepas ni mungkin tak jumpa lagi sebab dia akan berangkat ke Amerika semula. 

Cuma Te-Yan berharap agar lepas nie korang tak hilang lagi.  Penat tau mencari maklumat pasal korang selama nie. Rupa-rupanya dah duduk kat oversea. Then dengar pula macam-macam cerita. Walau apa pun yang berlaku dalam kehidupan korang semua, ingatlah bahawa ada memori indah yang tidak akan luput dari ingatan kita. 

Agak-agak ada lagi tak UKIRAN NAMA di pokok kat Taman Tasik Taiping tu....??????????

Itulah kisah kami.....Sekian....

2 comments:

Irham Aqashah said...

teringat kisah lama ye ma..??hehehe..biasalah,mama vogue la katakan..hihihi

MARZIEAN MOHD SHAPIAN said...

Angah,
Hmm kebetulan teringat...tapi memang akan ingat sampai bila2...:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...