24 Disember 2011.
Sabtu yang penuh memori.
Oh yup, memang Te-Yan gembira sangat pada hari Sabtu yang lepas. Te-Yan menghadiri kenduri kahwin sahabat lama Te-Yan di Selangor. Setelah 26 tahun tidak berjumpa, akhirnya di majlis perkahwinannya yang penuh sejarah kami semua bertemu. Sungguh besar kuasa Ilahi. Semuanya bermula dari ruangan Facebook. Pada Te-Yan, Facebook ini kadangkala berguna juga terutamanya dalam menjejak kasih teman-teman lama sejak dari bangku sekolah Tadika sehingga lah ke zaman sekolah menengah. Memang seronok bila tengok gambar-gambar lama zaman sekolah rendah dulu. Semuanya comot-comot belaka.
Dulu, Te-Yan bersekolah di Sekolah Rendah Mejar Jeneral Dato Ibrahim sejak dari darjah 1 sehingga darjah 4. Te-Yan tinggal di Kem Penrissen. Inilah satu-satunya kem tentera yang terbesar di Kuching, Sarawak pada waktu itu. Sepanjang 8 tahun duduk di sana, Te-Yan tak pernah balik ke semenanjung. Majoriti orang semenanjung ramai di kem ini. Jadi waktu hari raya paling meriah sebab semua berkumpul di kem dan macam-macam aktiviti dilakukan. Banyak memori di SRMJDI dulu. Penangan dari Facebook jugalah dapat jejak kembali senior-senior yang sama-sama bersekolah di SRMJDI. Sehingga ada group sendiri untuk jejak kasih begini.
Dan yang paling tidak boleh dilupakan, bila dapat bertemu kembali dengan guru kelas kami, Cikgu Marzuki Bojeng di LCCT awal tahun yang lalu. Memang tidak disangka. Cikgu Marzuki masih tidak berubah seperti dahulu dan merupakan cikgu yang paling sporting. Sebab itu kami semua masih ingat pada cikgu.
Inilah our beloved teacher forever. Cikgu Marzuki Bojeng |
Bayangkanlah bila dah berjumpa semula, macam-macam cerita lah yang keluar termasuklah kisah nasi lemak paling popular sewaktu itu.."Nasi Lemak Sakinah Bujang"..Te-Yan tak sempat nak merasa nasi lemak Sakinah sebab Te-Yan dah pindah ke semenanjung waktu tu. Harapnya kalau lah Sakinah terbaca blog Te-Yan nie, hubungilah kwan-kawan di Facebook. Kami memang dalam proses nak menjejak kawan-kawan lama semasa di SRMJDI dahulu. Inilah kawan-kawan sekelas di Sarawak yang dapat dijejaki semula. Bila nak buat reunion ramai-ramai nie?
Inilah rakan Te-Yan tu. Rezeki kami semua dapat jumpa di kenduri Waty. Inilah peminat setia nasi lemak Sakinah Bujang. Ada syarikat sendiri dan juga menguruskan artis Dafi Fun Club. |
Heheheh nasib baik lah ada ko, Masz. Kalau tak kompom tak ingat kisah dahulu kala. Ko lah yang kembalikan memori kami semua. Thanks a lots... |
Che Nah..member kelas yang paling happy go lucky dan pandai. Sekarang bekerja sebagai pegawai kastam. |
Anak cikgu yang glemer. Tapi dia bukan anak cikgu marzuki. Mak dia pun cikgu kat sekolah tu juga. Heheheh Intan ni antara sentiasa berpakaian kemas dan rambut yang berfesyen masa zaman sekolah dulu. |
Kami semua paling ingat dengan dia nie sebab nama dia yang amat pelik dari semua orang. "Budiotomo". Orang kat Astro mesti kenal Budi sebab dia kerja ngan Astro. |
Dah lupa masa kecik rupa dia macam mana si Zul nie. Tapi sekarang dia dah jadi wartawan di Sinar Harian. |
Liza..muka sama macam dulu juga. Jadi cikgu juga dia... |
Fahim. Tak sangka jumpa dia tyme zaman matrik dulu. Dah tu sama universiti pula. Ada insiden pasal dia yang kami semua tak boleh lupa. Hanya dia sahaja yang tahu..hehehehe |
Fizah. Seorang yang pendiam dulu. Sekarang nie dah jadi nurse. |
Dan yang paling tidak disangka dapat berjumpa juga dengan rakan sekolah semasa sekolah menengah dahulu di kenduri yang sama. Setelah 16 tahun tidak berjumpa. Akhirnya bertemu di sini. Tak sangka, kawan Te-Yan pun kawan dia juga.
Tak sangka kan Balqis. Di sini bertemunya kita. Kawanku kawanmu jua. |
Itulah dunia. Kecil sahaja.Walau jauh mana pun kita terpisah, sudah ditakdirkan Allah kita semua pasti berjumpa semula.
5 comments:
kira nama glamour hang te-yan la ni..owh...baru aku tau..
yeakan...pi mai pi mai...tang tu la titik pertemuan...tak aku nafikan...facebook ni kalu guna sebaik mungkin tak merugikan..malah kebaikannyer lagi terserlah....
apa pun...tak puas bercerita...bayangkan masa sekolah rendah tu kita ni mcm2 perangai....bila jumpa...hamik..dah tak ingat sangat...kalu dapat ambil balik point lama...mmg kelakar...
apa pun..Alhamdulillah...kita usahakan pertemuan semua sekali dengan cikgu Marzuki....
hahahah nama Te-Yan tu ada orang bagi..aku suka sebab unik..hehehe
memang lah kalau gune fesbuk ni kalau betul caranya...
memang tak puaslah jumpe korang tyme tu...nanti kita buat lah reunion lagi..umah ko n aku dah sah2 dekat sedepa je...
aku le bakal jadi organiser neh...?
ngeeee
Assalamualaikum wbt...
Tahniah anknda Te-Yan nama tu ada nilai komersial...cgu sgt suka!
1st time cgu dpt melihat foto2 anak-anak didik cgu yg prnh mengisi ruang hidup cgu smasa cgu brada d SRMJDI sekitar tahun 80-an dlu.
Maha Pengasih Kau ya Allah krn mempertemukn aku dgn anak2 didikku wlpun hanya secara maya.
Alhamdulillah...smoga 1 hari nti cgu dpt bersama2 anaknda2 skalian wlpun sekjap!
Cgu amat MERINDUI anaknda2 sekalian!!!
Thank you Te-yan, saya juga merupakan salah seorang anak didik cikgu marzuki. Masa tu dia mengajar di sekolah SRK En Buyong tahun 90-an. Teringat kat cikgu sporting ni, lepas jer google nama dia..terus masuk blog awak ni.
Faizal: Sama-sama..saya pun tak sangka dapat jumpa cikgu tahun lepas tu..he's the best teacher ever....skang cikgu marzuki jadi penolong kanan kat SMK Matang Jaya, Sarawak..dye pun ada FB...skang ni FB dye suka tukar2 nama..huhuh..sy pun dapat contact anak2 cikgu juga...keciknya dunia.....
Post a Comment