Assalamualaikum w.r.t
Sekadar berkongsi petikan kata-kata ini:
"Sebenarnya begitu banyak tindakan dan perangai buruk seseorang yang boleh menyebabkan jiran terganggu dan tidak tenang hidupnya. Antaranya seperti MEMBUANG SAMPAH atau MELETAK KENDERAAN di kawasan rumah jiran sehingga mengganggu laluan keluar masuk ke rumahnya. Terlalu BISING sehingga mengganggu ketenteraman jiran. MENANAM POKOK dan MEMBIARKAN daun-daun jatuh lalu menjejaskan keindahan kawasan rumah jiran."
#Solusi, Isu 44
Inilah topik yang menarik dalam Majalah Solusi bulan ini. Ada topik pasal adab dengan jiran. Agak-agaknya lah, mesti korang pernah mengalami situasi di atas. Kalau tak korang yang kena, koman-koman korang yang buat perkara tu kat jiran-jiran korang kan...??? Tapi Te-Yan pernah alami satu dua perkara di atas. Terutamanya pasal isu parking ni. Memang tak dinafikan, isu parking ni boleh menyebabkan kita bergaduh dengan jiran.
Hoooohhh letih looo kalau dapat jiran yang tak dengar kata, tak makan saman atau bak kata orang utara "ketegaq nak mampusss". Selama ni isu parking memang tak pernah berlaku kat kawasan depan rumah Te-Yan ni. Tapi dua dua bulan lepas memang Te-Yan hangin satu badan dengan sekelompok pelajar kolej yang menyewa rumah berhadapan dengan lorong rumah Te-Yan. Bukan berdepan dengan rumah, tapi memang lorong lain lah senang cerita. Inilah salah satu masalah bila di kawasan perumahan ada budak-budak kolej datang menyewa. "PARKING" punya hal akan jadi masalah utama. Mana taknya, budak-budak kolej tu dah lah sewa rumah dekat 8-10 orang. Dah tu semua bawa kereta. Cuba bayangkan, kalau 8 orang duduk menyewa satu rumah, kalau semua bawa kereta, tak ke 8 bijik kereta ada kat situ. Itu baru kereta, belum motor diaorang lagi. Yang buat sakit hati, dah lah bawa kereta, parking pula betul-betul kat depan rumah Te-Yan. Tinggal kereta berminggu-minggu kat situ sebab diaorang pi kolej naik motor. Bapak punya cantik korang ye. Dah tahu tak nak guna kereta tu, tak payah lah bawak. Ni korang tinggal kereta berderet kat area rumah kitaorang sampai kami nak parking pun takde tempat. Ada otak ke takde otak. Korang tu dah lah menyewa je kat situ, boleh pikir lah kan jiran-jiran yang memang dah penduduk tetap dan bermastautin dekat situ. Kalau setakat sekejap je tinggai kereta takpe juga. Ini sampai berminggu-minggu terdasai macam besi buruk. Kalau ikut hati mahu je report kat majlis perbandaran sebab dah mengganggu ketenteraman jiran. Tapi bagi lagi peluang. Tak makan saman jugak. Ni memang kategori budak tak makan diajar.
Sudahnya, kami sound directlah kan. Pergi rumah terus. Lepas tu banyak cakap pulak. Memang lah kurang ajar. Ko ingat ko kaya sangatlah bila dah ada kereta tu. Bila dorang nak alih kereta tu siap pandang-pandang pulak kat rumah kitaorang. Konon nak tunjuk taiko lah ye. Heh boleh jalan broooo...Ko tu kena ada sikap hormati jiran tetangga. Belajar pun tak habis lagi dah nak berlagak taiko. Ko tak tengok ke lorong we all tu kereta jiran ada berapa bijik..? Alasan ko bagi sebab tempat tu kosong, jadi parking je lah. Woiiii memang lah kosong kalau orang semua dah pergi kerja. Tapi bila we all balik kerja, tengok pulak kereta korang 4-5 bijik kat lorong tu, tak ke hangin dibuatnya..? Dah susah nak parking. Bila Te-Yan tanya kawan-kawan kat ofis, mereka pun cakap benda yang serupa. Budak-budak kolej ni kadang-kadang takde adab. Hidup penuh kemewahan. Kawan Te-Yan siap buat report kat HEM kolej dorang lagi sebab membuat bising sehingga mengganggu ketenteraman jiran. Hellooooo, bila korang duduk berjiran di taman perumahan yang kebanyakannya dihuni oleh mereka yang berkeluarga, jadi korang kenalah sesuaikan diri di situ. Tengok keadaan sekeliling tu macam mana. Jangan nak ikut style korang yang entah macam apa. Hmmm alkisah dari kes kena sound tu, sampai hari ni dorang dah tak parking pun kat depan area rumah we all. Bila lalu kat lorong rumah dorang tu, haaaa boleh pulak lah kan korang parking kereta-kereta tu dalam rumah.
Haaa jangan korang tak tahu, ada kes kat taman sini yang keretanya kena pancit sebab parking kat area rumah orang. Dan ada yang keretanya kena letak sampah sebab parking kat tempat orang. Memang isu parking ni isu yang biasa di taman perumahan. Tapi kalau dah hidup berjiran tu kena pandailah sesuaikan diri yeeeee...