Assalamualaikum w.r.t
Baru berkesempatan Te-Yan untuk kemaskini blog kesayangan ni. Rasanya ini entri pertama atau kedua bagi bulan Mei. Haiiii, betul lah kata orang, kalau dulu bila tiada blog, terasa seperti mahu ada blog sendiri. Tapi bila dah ada blog sendiri, dari awal memang nampak rajinnya update itu dan ini. Tapi bila sudah semakin sibuk, ini lah jadinya. Tapi tak mengapa lah. Sekurang-kurangnya dapat juga Te-Yan update entri untuk kali ini. Tapi bila log in sahaja, wahhhhhh sudah berwajah baru setting untuk blog. Agak kepeningan buat seketika.
Okeylah tidak mahu bermukadimah panjang, hari ini Te-Yan nak buat entri pasal Sambutan Hari Guru yang telah diadakan di sekolah pada hari ini. Hari ini kan 16 Mei 2012. Kalau dah 16 Mei mestilah sambutan terhebat untuk semua guru di Malaysia. Sekolah Te-Yan juga tidak ketinggalan untuk sambutan ini. Tema pada tahun ini "Merah". Wahhhhh bila dah berkumpul tadi, mak aiiiii "Merahnya Cikgu". Umpama lautan darah pula bila cikgu-cikgu berkumpul. Tema Merah dipilih untuk tahun ini kerana ia melambangkan Keberanian. Keberanian guru untuk mengharungi dunia pendidikan yang semakin mencabar pada zaman serba canggih ini. Tema hari guru pada kali ini ialah "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara" . Ye, zaman sekarang cikgu perlu berinovatif untuk menghasilkan pendidikan yang bermutu.
Haaaaa betul tak...Merahnya Cikguuuuuu !!!!!!!!! |
Macam-macam lah aktiviti yang dijalankan pada hari ini. Dengan sukanekanya. Dengan persembahannya. Haishhhh habis kalau nak bercerita dalam ni. Jadi Te-Yan ingat nak buat part by part apa yang berlaku pada hari ini. Kira yang part pertama ni kategori Prolog lah ye. Lepas ni Te-Yan akan buat entri pasal aktiviti-aktiviti yang berlangsung pada hari ini. Baru lah syok sikit. Takde lah pembaca boring nak membaca entri yang panjang sangat.
Heheheh Badge ni cikgu-cikgu kena pakai.."SAYA GURU PENYAYANG" Tapi Te-Yan Cikgu Garang..hahahhaha |
Tapi Te-Yan rasa sangat seronok pada hari ini. Tambah pula Te-Yan juga terlibat dalam satu persembahan Pentomin guru-guru. Haishhhh pegang watak hebat pulak tu. Best juga lakonan tanpa suara. Takde skrip tapi aksi secara spontan. Masa berlakon tak tau apa yag terjadi.Tapi bila dah tengok video yang dirakam, haaaaa apa lagi semua bantai gelak tahap impak maksima. Part lakonan ni Te-Yan akan cerita pada entri yang lain.
Amacam..bila cikgu-cikgu tukar ke zaman dahulu kala menjadi murid sekolah..Masih cantik jelita.... |
Dear my beloved teacher:
This lil note takes to say "Selamat Hari Guru ! "..
You are:
* the 'sempoi'est teacher !
* the model icon of HIJAB for us ^^ !
* GREAT ICT Teacher ! (sumpah paham !)
* the one yg tak pernah jemu tunggu kitaorang
* sorry ICT saya drop:(
* great teacher always get great kids ^^
p/s sorry hadiah semurah sebatang pen anda :(
16 Mei 2012
12.17 am
Aduhhh menyentuh kalbu. Yang paling nak gelak bila murid tu tulis pasal HIJAB..hahahahha memang lah Te-Yan suka membega-bega selendang dan tudung jadi bentuk macam-macam...hehhhheheheh..tak sangka pulak boleh jadi ICON HIJAB kat depa....tapi itulah hakikatnya. Penampilan seorang guru mencerminkan siapa dirinya yang sebenar dan kadang kala menjadi ikutan murid.
Kad ucapan yang dihasilkan oleh murid-murid kelas Te-Yan. Kreatif..... |
Koleksi hadiah yang diterima. Terima kasih. |
Tece sayang kamu semua. Kita jumpa di bahagian seterusnya. Tunggu......
2 comments:
Selamat hari guru kak..
Tak sabaq nk tgk video nie.kih kih kih.
Selamat Hari Guru!!! Semoga tecer terus bersemangat mengajar anak bangsa dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat ;) - Dari bekas pelajarmu 5 ICT 2010 ;)
Post a Comment